Jumat, 06 Januari 2012

takde la lambat sangat untuk aku ucap hepi new year kan kan kan.

Assalamualaikum..

agak lama jugak aku tak ke update entry ek? setahun mungkin.

apa?

ha? 

ohh ehem. berapa kali aku nak cakap, jangan pandaipandai buat tanggapan aku kena kanser jari-tak-berapa-nak-runcing sampai aku takmampu nak hapdet entry. aku tak hapdet sebab ada sebab lain la. tapi kauorang jangan risau, sekarang sebab tu dah tak ada, so, insyallah lepas ni aku akan post sekurangkurangnya 13 entry sehari.

aku tau kau sedang buat muka ungka kan?
sampai hati. =,=

sedara sedari sekalian, sat naaaa. aku nak pergi warm up jari dulu. dah lama tak menaip, rasa ketar pulak jari jemari nih. ye la, keyboard pon dah tumbuh lumut, bakteria, kuman pon dah ada tujuh generasi. so, tindak balas jadi lembap tuh kira normal la kan. tu pasal la aku tekan huruf, limabelas minit kemudian baru nak appear kat skrin. jangan keluar perkataan whatthehell sudah la dari mulut kiut aku nikan.

~!@#$%^&*()

ekceli, banyak yang berlaku lepas entry terakhir aku. dan kalau kauorang perasan, ni adalah entry pertama aku untuk tahun 2012 nih. sekarang ni aku rasa macam kesuntukan idea nak menulis. kalau dulu mencurahcurah je idea untuk entry baru. sambil tengah bayar tigaposen masa nak masuk tandas pun aku akan dapat ideaidea baru. now aku dah mati kutu dan aku dah dapat rasakan yang sekarang ni aku dah jadi semakin bimbo.
*libas-libas rambut.

lagipon, aku sekarang baru je lepas minggu orentasi, so, pantang ada masa free, aku gunakan sebaiknya untuk tidor, qada balik tido aku yang tacukup sebelom nih. =,=

eh eh, aku rasa intro aku kemain lagi panjang kan, isi masih tade pon lagi, aku ingat nak buat entry ilmiah siket sempena entry pertama 2012 nih, tapi tetiba otak aku tingtong menyimpang ke arah jalanjalan yang disukai makhluk bertanduk. lagipon, ada member aku datang bilik, ni tak lain la ni, nak tambah dosa kering la ni, takpetakpe, nanti aku selitkan tazkirah sikit time dia tengah mengumpat tuh nanti, ada jugak saham akhirat aku kan. haha

so, daripada aku terus mengarut taktentu hala, lebih baik aku stop sampai sini je dulu, nanti entry seterusnya baru aku try pikir idea yang sesuai untuk ditulis. iya, aku taw, aku dah bazirkan masa kauorang lebih kurang duaminit baca entry nih, tapi jangan close tab dulu, aku nak buat ucapan nih.

selamat tahun baru 2012, semoga tahun ni akan memberi kejayaan dan kegemilangan pada aku, dan kau yang sedang baca entry nih, juga kepada semua follower serta stalker aku di luar sana. yang pasti, semoga tahun nih akan menjadikan kita lebih baik dari tahuntahun yang sebelumnya. sehingga berjumpa lagi, baibai. :)

ohh, baidewei, makhluk bertanduk tuh aku maksudkan asshetonnn, jangan tunjuk sangat yang kau tuh bimbo dengan memikirkan aku memaksudkan lembu atau kerbau atau kambing atau yang sama waktu dengannya.
terima kasih pada semua
yang mewarnai hidup aku
sepanjang tahun 2011. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar