Kamis, 26 Januari 2012

application pesbuk yang jujur.

Assalamualaikum..

aku rasa bersalah sangat sebab dah lama takhapdet blog. padahal hari tuh bukan main lagi jerit "I'm Back!" , "Aku dah kembali!" , tapi lepas tuh penyakit aku datang lagi.

penyakit yang aku kira sangat bahaya bagi generasi muda seperti aku nih. dah la penyakit ni takde ubat, ahhh, aku mintak maaf semua. aku taw aku dah mengecewakan korang sebab tak hapdet entry. aku taw korang tertunggutunggu kan, aku taw kauorang sampai tade selera nak makan hanya sebab aku tak hapdet, kauorang tasanggup nak mandi sebab takut aku hapdet kauorang tasedar, and aku dengar ada yang sampai telan friskies hanya sebab aku tak hapdet. aku betolbetol dihujani rasa bersalah.
PANGGG!!!
eh, aku ada cakap benda taksepatutnya dalam mukadimah di atas?

aku rasa macam aku bagi salam dan tanya kabar je, tapi, apasal ada orang lempang aku?

nasib baik aku sempat elak, kalau tak, senyum tabergigi la aku nanti. ke ada elemen aku meriakkan diri dalam mukadimah di atas? atau mungkin unsurunsur  membangga diri?

aku taw, aku taw, aku TERselit ayat mintak-pelempang-tambah-terajang-secukup-rasa eh. alaaaaaaaa, aku tasengaja. maafkan aku eh? *muka menggoda

baiklah, hari nih aku dah nak balik kedah. ada sapesape nak jemput aku kat airport tak? ohh, aku akan sampai lebih kurang pukul empat pagi, maka dengan itu, pihak polis, FRU kena bersiapsedia la sebab dijangka 15000 orang akan membanjiri airport pagi esok, aku tanak ada kejadian yang tak diingini berlaku lagi macam masa aku buat lawatan ke negara Zimbabwe tigaplohtiga hari lepas. sadis kau tau.

ohh ya, aku naik bas.


dan aku tataw sama ada bas tuh berenti kat airport ke tak. *gulunggulung rambut sampai kerinting

ehem, baiklah, hentikan semua karutmarut yang aku dok canang kat atas tuh, ianya hanya sebagai mukadimah, takde kena mengena pon dengan apa yang aku nak sampaikan sekarang ni. so, sila telan balik muntah yang kauorang keluarkan tadi. telan balik sekarang. sekarang. aku kata sekarang.

eisshhh, pengotor la kauorang nih, aku pulak rasa nak muntah. uwekkkk.

jangan nak suruh aku telan balik muntah aku.

jangan.

YOU ARE VERY LAZY.

lazy tuh pemalas kan. aku ni pemalas ke....?

apasal ada application kat pesbuk cakap aku very lazy? *muka berkerut

hey sedara, tolong jangan nak bertempuktampar dengan jiran sebelah dulu, dengar apa yang aku nak ceghita ni. nampak je perkataan 'pemalas' tertepek pada entry aku, terus gembira. bukan main lagi korang ni ya.

sebenarnya gambar tuh adalah hasil dari satu application yang aku main kat pesbuk. ehh, tapayah nak close tab entry aku sematamata kauorang nak pergi cuba application nih. itu sangat keji okay. cukupcukup la application nih dah buat aku terasa hati, takkan kauorang pon nak tambah keterasaan hati aku nih. tuh lagi satu perangai keji okay.

application nih cakap aku VERY lazy, tapi, kalau kauorang buat dua perkara keji yang aku sebutkan kat atas, maknanya kauorang VERY keji.

keji lazy.

lazy keji.

keji lazy.

tabanyak beza kan bunyi keji dengan lazy. ni kalau buat pantun pon boleh nih.

so, lepas kauorang tengok gambar tuh, kauorang dah tapayah nak runsingrunsing la pikir sampai pecah otak kenapa aku tahapdet blog. tapayah nak mintak tolong detective conan ataupon sarjan misai. aku takhapdet bukan sebab aku dah kena bunuh atau diculik macam derama petangpetang tuh, aku takhapdet sebab aku malas. malas. malas. malas.

dah boleh tutup mulut yang terlopong tuh. bukan sesuatu yang pelik pon kalau aku malas kan. lagipon, aku malas hapdet blog je, benda lain aku rajin.

benda lain tu makan dengan tidor je kan eruzu...??

*muka berkedut duaribu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar