Selasa, 02 Juli 2013

kahwin muda.

Assalamualaikum.

ke kanan ke kiri mop lantai belog yang berdebu, lompat lompat sambil sapu sawang, selak rambut ala ala iklan shampoo rejoice sambil menyanyi lagi hindustan. fuhhh lama betol tak update belog. last entry bulan january, ni dah masuk july. kalau kawin kompem dah tengah sarat mengandung nih. hihihi

memandangkan dah lama sangat tak menulis, tangan pun macam kaku je nak menari atas keyboard ni. asyik tertypo je. dekat seribu dua belas kali jugak aku tekan backspace sampai dah masuk ke dalam dah keypad tuh. eh betol ke orang panggil keypad? ahhh lantak la, malas aku nak tekan backspace lagi semata mata untuk puaskan nafsu eh ape pulak cakap pasal nafsu ni ishhhh.

kalau kau rasa aku tulis entry ni dengan niat nak buat entry ilmiah, memang kau silap besar la. mana la aku nak dapat idea perihal ilmiah ni. kalau pasal Teduhan Kasih ke Sebenarnya Saya Isteri Dia tuh tahu la aku. biasalah remaja zaman sekarang, tak habes habes dimomokkan dengan cerita suami isteri yang bajet suwit muwit padahal alam realiti entah ada ke tidak kisah cenggitu. ahh menyampahnya aku dengan drama melayu yang entah ape ape nih haa. berminggu minggu aku folo drama tuh tup tup ending macam hampas kelapa. tak best langsung. plot drama melayu zaman sekarang mesti mula dengan kawin paksa dah tuh tetiba bahagia then datanglah pemusnah rumah tangga yang jeles dengan kebahagiaan itu . ending tetap sama. kembali bahagia dengan scene dok manja manja sekali dengan anak-anak. ohmaiiii drama melayu. zzzzzz

"alaaa cakap je la padahal kau jeles kan eruzu sebab kau tuh tak kawin kawin lagi. calon pun takda tuh yang kau jeles kan?"

*angguk perlahan-lahan sambil menangis*

umur 21 still takda calon kira forever alone dak? :(
doa masa kat jabal rahmah nak dapat suami
yang dapat bersama sampai syurga. :')
tapi honest, memang kalau boleh nak sangat kawin di usia muda. baru lah dapat manja manja, dapat gedik gedik. dapat......... okbai

aku maksudkan dapat sembahyang berjemaah dengan suami. jangan nak otak kuning. -.-"

Rabu, 09 Januari 2013

hai myvi DBY 5050

Assalamualaikum.

ekceli mata aku tak berapa nak sihat ni, maklumlah dah tahu penyakit resdung tahap kronik boleh pulak pi telan udang kerang sambal belacan sekaligus. nah hamekkkk kau mata merah bengkak bengkak sikit sampai nak sujud masa semayang pon tak boleh lama lama. eh bajet macam masa tak sakit lama je kan aku sujud padahal ting tong ting tong siap semayang sekali dengan zikir dan doa lagi bahahah.

semalam aku kena denda sebab datang lewat untuk kawad pagi unit beruniform dan aku malas la nak komen lebih lebih pasal kemarahan aku pon dah menyejuk kang kalau ungkit balik mula lah aku nak carut marut karut segala bagai kannnnn. so lupakan dan abaikan secukup rasa.

haaa, nak buat pengumuman ni, sape tahu pemilik myvi putih bernombor pendaftaran DBY 5050 tolong laporkan pada balai polis berhampiran. ehcece dah rupa macam penjenayah je kheenn. dak aih, aku nak tau pemilik myvi tuh sebab dua tiga hari nih selalu sangat kami selisih. aku pi kelas dia pon pi kelas, aku balik kelas dia pon balik kelas adakah ini cinta....? ohh maannnn apa barang cakap pasal cinta pulekssss.

salah satu sebab aku nak tahu pemilik myvi tuh sebab tuannya insyallah kalau takda aral melintang adalah kelantanese. haaaa, macam biasa la kelantanese punya pasal kompem la aku tak menyombong sangat. ada la aku reply senyum dia hari tuh. dah tu setiap kali jumpa boleh pulak dia himpit himpit aku. haaa yang tuh mintak kaki gayanya. tapi takpe, kelantanese punya pasal aku wat lek wat pis sap kok luuuuu bahahaha. tak cool la marah kawan satu negeri walhal kami di bawah pimpinan yang sama iaitu tuan haji guru nik aziz dan peminat kental lagi setia lagi tegar the red warrior. eh? macam takda kena mengena kannnnn? whatever.
yang anti TRW tuh tak payah sibuk nak bash TRW kat sini.

ok fine sebenarnya takda motif pon aku naip entry ni, saja nak tunggu nasik jatuh ke perut sebelum tido, ittew taknak peyuttt ittew muncittt. eiwwwww *muntah*

nota kaki : ingat lagi kisah aku dengan reza? btw hari tuh dia masuk hospital buat operation, semoga cepat sembuh ye awak. :)

updated : tadi (13/1/2013) sekali lagi kami jumpa and depa ada tego tego aku tapi oleh kerana jarak jauh sangat malas la nak bagi respon kihkihkih padahal aku nak kena langgaq dengan basikal masa tuh hmmm haaaahaaa

Kamis, 27 Desember 2012

#Aneh : Mati Hidup Kembali

Assalamualaikum.

*menggeliat betolkan urat saraf*

hari tuh aku ada cakap dah nak tutup belog ni kan tapi acano nak buat bila perasaan aku rasa terguris terhiris dek belati tajam setiap kali nak tekan 'delete this blog'. perasaan sedih tuh tak dapat kau bayangkan kecuali kalau kau pernah mengandung dan gugur sehari sebelum kau melahirkan anak tuh. haaaa sadis gila kan. tsk tsk tsk.

bila tulis tsk tsk tsk teringat pulak hari tuh kawan aku cakap tsk tuh shortform pada Tahik Saya Keras. ahhh bangang punya member tak pasal pasal aku dah tulis benda kotor kat belog aku yang suci murni seharum kasturi nih. *simbah clorox*

aku mungkin takkan tutup belog ni tapi aku taknak janji yang aku akan selalu update macam dulu dulu. kau tahu kenapa? haaa pandai. sebab otak aku dah makin lembap untuk menjana idea. eh? kau nak cakap yang aku ni lembap la? *cium keris*

ada perubahan tak muka aku lepas lama korang tak
tengok?
apa.....?
makin buruk....?
*terjun bangunan*
sebenarnya kan hari tuh aku hilang mood nak berbelog sebab banyak sangat masalah. kononnya la kan. padahal malas. hmm. tapi betul la wey, aku pon tak faham kenapa aku dengan masalah umpama isi dengan kuku umpama ilmu dengan cikgu umpama seluar dengan baju umpama najib dengan rosmahku. eh? macam tak kena je perumpamaan tuh. hahahahaprak punya erujju.

tapi sekarang aku dah kental, dah kuat, badan pon dah berketul ketul, betis dah sama besar dengan betis penjaga gol arsenal dah. apa jua masalah yang mendatang lepas ni akan aku tempuhi dengan assobarulminalimannn. tak nak dah merenget mengadu menjerit melolong melalak macam pontianak kehilangan rambut sehinggakan digelar pontianak botak. taknak dah. insyallah. 

oklah, malas aku nak taip panjang-panjang bukan ada orang nak baca pon. habes habes pon kau baca intro pastu terus tekan kotak pangkah sambil menjuihkan bibir dan berbisik di dalam hati " hidup lagi rupanya minah ni, siap update entry lagi" . aku faham. * berjalan tanpa menoleh ke belakang*

nota kaki : jangan tanya aku apa hubungkait tajuk entry dengan isi entry sebab aku main hentam je tajuk tuh. sapa tanya aku hantar santau. bai.

Senin, 08 Oktober 2012

selamat tinggal buat selamanya.

assalamualaikum.

nih adalah last entry sebelum aku tikam belog nih sampai mati dan uruskan pengebumiannya secara senyap-senyap.

tak payah nak mengalirkan air mata sebab aku tau air mata tuh air mata gembira. lepas nih dah tak payah spend time baca entry merapu aku lagi dah, masa boleh digunakan untuk usha balak machooos atau awek seksi kain belah. 

aku tau kauorang gembira.

*kecik hati*

p/s : hey my dear 'reza', kalau kita memang takda jodoh, saya kebumikan kenangan kita bersama belog nih. :')

gambar sebagai pengubat rindu, jangan tampal
kat botol budu walaupun aku tau tujuan kau
nak lariskan jualan budu. jangan. 
pasni kalau aku ada masa dan sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan berbicara, mungkin aku akan gali balik kubur belog nih dan menulis kembali.

tolong jangan juihkan bibir tanda protes. :D

Sabtu, 01 September 2012

untung gilerrrrrrrrrr jadi cikgu woiiii.

Assalamualaikum.

malas aku nak mintak maaf sebab lama tak hapdet sebab aku tau aku hapdet ke tidak takda yang kesah pon kan sob sob sob. disebabkan lama gila babeng saya tak hapdet eh eh saya gitewww, ulang balik ulang balik. 

disebabkan lama gila babeng aku tak hapdet sudah tentulah banyak sekali cerita yang aku nak cerita. ceit ayat macam keling. =="

tapi disebabkan aku baru je habes Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) minggu lalu ditambah dengan tersebar meluasnya satu entry yang mengkritik kerjaya cikgu (well, i'm part of them), so kali ni titew rasa titew nak buat reply la entry yang dibuat oleh ENGINEER nih.

yang tak baca lagi entry dia p baca dulu, kalau tak probability hangpa tak paham butir bicara aku pasni amatlah tinggi. pastu mula lah meroyan memkhinzir buta. :B

so far memang bagi aku agak beruntunglah jadi cikgu ni. teramat beruntung. sebab apa? sebab cikgu ni adalah insan yang sebarkan ilmu.
Jika mati anak Adam, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat Muslim).
baiklah, ni jawapan aku kepada fakta-fakta yang telah Puan Engineer tuh keluarkan. kalau ada kawan kawan pada engineer tuh terbaca entry aku nih, boleh la tolong pass pada Puan Engineer tuh untuk dibaca. nanti aku belanja tutti fluti. :3

1. Gaji cikgu berlambak, kerja tak seberapa jika dibanding operator kilang.

first of all, kita nak bagitau kat manusia manusia yang tak tau kat luar sana. nak jadi cikgu hangpa kena spend 5tahun setengah bersamaan 11sem sebelum dipostingkan. takkan la cikgu cikgi yang belajar 5tahun setengah hangpa nak bandingkan dengan operator kilang yang sesetengah daripadanya terdiri daripada pendatang asing. well, open minded la girl. kenapa kau tak jeles dengan perdana menteri yang gaji berpuluh ribu sedangkan nak spesific kan keje depa pon kau tak reti?

setiap pekerjaan yang kita lakukan kat dunia nih ada tanggungjawab tersendiri, ada amanah yang kita pikul. tak kira la kau engineer, kau penoreh getah, kau doktor, kau tukang sapu, ada tanggungjawab yang akan disoal di mahsyar kelak. kalau kau jadi cikgu kau tak jalankan tanggungjawab kau dengan baik, kau dapat gaji buta beribu ribu, apa kau ingat kau boleh lepas kat Mahsyar nanti? begitu jugak la dengan kerjaya engineer or whatever kerjaya atas muka bumi nih kan, semuanya akan diperhitung nanti. so, tak payah la kau nak pertikai kau kerja banyak gaji sikit aku kerja sikit gaji banyak, anggap je rezeki masing masing. :)

2. Cikgu banyak cuti, ikhlas ke tak mengajar?

iya sayang, cikgu memang lebih sikit cuti dari awak yang bergelar engineer dari awak yang bergelar operator kilang tuh. tapi suka saya maklumkan di sini, kerja cikgu bukan terhenti lepas bunyi loceng balik tuh, balik rumah cikgu still ada tugasan yang kena buat. mana nak siapkan Alat Bantu Mengajar, nak tanda buku murid, siapkan RPH untuk pengajaran esok, semua benda tuh cikgu buat kat rumah. kau tau kenapa? sebab golongan cikgu taknak golongan macam kau ni cakap kami tak mengajar, sebok buat RPH, ABM dalam kelas.

eh eh bukan aku merungut tahu. bukan bukan bukaan. aku cuma nak memberitahu. ==''

soal keikhlasan kau nak pertikaikan ke Puan Engineer? tang tuh aku taknak cakap banyak, biar pepatah nih menjelaskan segalanya.
Ikhlas boleh diumpamakan sebagai semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap. Tiada siapa akan nampak semut itu walhal ia wujud di situ. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui kewujudan ikhlas di hati. Ikhlas tidak boleh ditemui pada lidah yang manis berkata-kata. Ia tidak dapat dilihat pada senyuman yang dibuat-buat.

3. Cikgu kalut dok hapdet belog, kalut dok bukak tuisyen.

yang pasal hapdet belog kau nak kecoh ape wey. tak paham betei aku. cikgu pon manusia jugak. suka hati dia la hapdet belog ke hapdet ape. yang kau dok kecoh tuh pe hal? dia hack wifi kau ke? lahaiiiii.

murid yang pergi tuisyen lebih berjaya dari murid yang tak pergi. fakta tuh macam betul la jugak kan. sama dengan kes orang yang rajin menghadiri kuliah agama lebih banyak ilmunya dari mereka yang dok tengok televisyen. tak paham? ok, cuba kau fikir. murid A dengan murid B sekelas. murid A balik sekolah attend kelas tuisyen, murid B balik rumah tido. so, sapa yang lagi pandai? lu pikiaq la sendiri. 

part hantaq murid p hospital tuh cikgu berlumba lumba memang sakai la cikgu tuh. kau tau tak cikgu yang boleh hantar murid sakit ke hospital adalah cikgu yang bertugas. apa kau ingat senang senang cikgu boleh keluar time sekolah? eh eh aku lempang jugak budak nih. 
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi
one of my student together with
 jalur gemilang + baju melayu semasa
sambutan merdeka raya. :)
untuk tambahan, memang aku bersyukur sangat bakal jadi cikgu one day insyallah. aku juga sedar tanggungjawab yang akan aku pikul nanti sangat berat. cikgu la yang akan melahirkan perdana menteri, doktor, engineer, polis, dan sebagainya. kalau tak, takkan terhasilnya karya Usman Awang tuh.

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)
sampai situ dulu la entry aku kali nih, esemen tengah dok lambai lambai suruh aku siapkan, kang tak buat esemen ada yang pertikai ikhlas ke tak aku belajar nak jdi cikgu nih. hmmm.

apa yang penting, respek kerjaya orang dan orang akan respek kerjaya kau. peace yaw !


Jumat, 03 Agustus 2012

he is my reza. do pray for me :')

Assalamualaikum. 

aku nak mintak kalian doakan aku sesuatu perkara, maklumlah bulan puasa nih doa makbul. so, aku harap sangat la doa dari kalian semoga impian aku nih termakbul. segala doa yang diberikan aku dahulukan dengan ucapan terima kasih dan ciuman muah muah hewhewhew.

sebenarnya aku ada suka seorang lelaki yang aku panggil REZA. fine, nama dia bukan reza tapi disebabkan aku pernah jatuh cinta dekat suami irma si reza tuh, so, aku namakan dia jugak sebagai reza. mungkin tak nampak sebarang kaitan kat situ kan, tapi kauorang buat buat la macam ianya sangat berkait sebab aku jamin kauorang pon tak suka kalau aku merapu sampai dua tiga muka surat kan kan kan ekhem. 

kita kembali ke pangkal jalan. dia adalah jiran aku, bukan jiran misteri, tapi jiran yang satu lagi. to be honest, aku suka sangat how he interact with his family, how he treat his mother, how he spoke to his niece, and everything he did look polite in my eyes. when he smile, he make me forget about my problem(S). ok, betol la orang kata kalau dah suka kentut tuh pon bau perfume Naughty Alice. ok cun bau perfume tuh, xcaye mai dok seblah aku dan rasakan betapa wanginya aku ekhem. T.T

halamak, suka sangat tersasar kan. hmmm.

aku tak tahu apa apa pasal dia, yang aku taw dia pernah buat praktikal sebagai Medical Assistant (kot) dan nama samaran dia Ayok. ok fine kalau dia baca entry nih mesti dia malu malu kucing parsi pasal aku siap mention nama dia kan. ==''

aku pernah beberapa kali bertegur sapa dengan dia tapi tuh la, cakap benda benda yang simple pimple je la takkan aku nak terus tanya pesbuk dia no ic dia pulak kan, walaupun orang kata tak salah perigi cari timba tapi selagi aku masih waras insyallah aku tunggu je la timba yang cari perigi. well, aku kan pemalu. ( lari lari sorok bawah dapur )

Ya Allah, andai perasaan yang aku rasa kini
adalah cinta, pastikan ianya tidak melebihi
cintaku padaMu. :')
hari tuh aku balik kelantan, bawak la sikit ole ole dan mak aku pesan suruh share dengan jiran. anak yang baik memang dengar cakap mak phewitttt. so, aku bagi la dekat mak dia, pastu the next day, terus akak dia bagi kami popia tak silap aku, dan semalam mak dia bagi pulak goreng pisang dan ubi. tak nak terhutang budi, tadi aku buat dadih coklat vanila, so aku pon pass la kat depa (well, i'm passing it to REZA face to face, give me an applauce for my bravery). dan lepas tuh boleh pulak mak dia pass puding dekat aku, dan aku taktaw pasni apa lagi yang akan aku bagi kat depa sebab aku bukanlah golongan yang pandai memasak T.T

masa bagi dadih kat reza tadi, dia nak pergi masjid for teraweh actually, and bila dia senyum sambil ucap terima kasih, that moment la aku rasa aku dah suka dia.  aku pasti. maybe dia tak sekacak abang dia yang jadi idaman budak rumah aku, tapi dia tetap punya aura yangg tersendiri. :D

and for you my reza, if you are reading this, let me know yaa. how lucky i am if you willing to add me on my facebook or twitter. :)

nampaknya ayat aku dah makin menggelikan okbaiiii.

Sabtu, 14 Juli 2012

apa maksud semua nih?

Assalamualaikum.

ohoi orang kampung nih aku nak cakap nih rumah sewa aku dah ada streamyx yea yea jom kita semua melompat tinggi tinggi sampai cucur atap sebagai meraikannya. sebenarnya dah lama dah pon masuk streamyx tapi almaklumlah student nerd macam aku nih mana ada masa nak bazir dengan blogging, facebooking segala bagai tuh. masa aku hanya dihabiskan untuk baca buku, buat peta minda, hafal sifir sampai sifir 3juta limabelas lapan ribu pon aku dah hafal mengalahkan hafalan shalat dellisa. eh?

lagi satu, hari khamis baru nih kan bebudak maktab aku semua dah naik taraf jadi orang kaya dah lepas terima elaun berjumlah RM3+++, haaa bulat mata aku tengok jumlah duit dalam bank aku berjumlah ribu riban sedangkan dua hari sebelum tuh last balance aku tengok puluh puluh je. apa? aku tak reti berjimat? eh hello, okay la tuh ada puluh puluh kan daripada ada sen sen je. kan..............?

baik kauorang iyakan je apa aku cakap kalau taknak kadar kematian kat malaysia nih meningkat.

baiklah, memandangkan aku nih memang pesen elergik sikit bila dalam akaun aku ada banyak duit so dengan rasa rendah diri dan dengan hormatnya aku mempersilakan sahabat handai aku berjimbajimba pada tanggal 13/07/2012 yakni semalam. well, seharian jugak la kami habiskan masa nak kurangkan sikit tahap kekayaan kami tuh. but wait, bukan itu yang aku nak sampaikan dalam entry ni, bukan bukan bukaaaaannnnnn. *geleng geleng kepala*

aku sebenarnya tengah mencari seseorang nih. alkisahnya bermula...........

semalam masa aku gi city plaza dekat alor setar tuh lebih kurang pukul lima dekat pukul enam la kot masa tuh, aku ada nampak sorang mamat ni. hensem xda la hensem mana tapi memang taste aku la rupa macam tuh. ohh well kawan aku selalu cakap taste aku memang pelikpelik. ==''

first aku jumpa dia kat kedai makan, aku tengok dia dok sorangsorang je then aku pon mula la sawan bagitau member aku yang aku dah jatuh cinta kat mamat tuh, well hey itu perkara biasa bagi aku and member aku as it was one of our cara kami bergurau dan melawak walaupun aku tahu tak lawak pon. wuwuwu sadis.

pastu kami teruskan agenda kami pusing pusing bangunan city plaza yang xberapa nak besar tuh dengan tak mempedulikan pon pasal kejatuhan cinta aku tuh but suddenly tetiba mamat tuh berselisih dengan kami dan aku perasan yang dia pakai baju Jerman. baju Jerman okay. pasukan kesukaan aku dulu kini dan selamanya. aku pandang dia and then cakap 'baju jerman i love you' pastu sambung gelak dengan bebudak ni disebabkan aksi 'lawak' aku itu. okay, aku tahu kauorang nak cakap tak lawak pon kan. ok foine foine.

after that kami naik tangga bergerak yang orang panggil escalator ( dak tau betoi ka dak ejaannya ) tuh, nak dijadikan cerita tetiba aku ternampak butik pengantin so normal la sawan aku datang balik bila dah nampak baju pengantin yang comeicomei tuh, aku cakap ngan member aku suh pergi cari mamat tadi sebab aku nak kami pilih baju perkahwinan kami. eh eh KAMI okay. penggunaan kata ganti diri KAMI yang membawa maksud aku dan dia. ehem.  tetiba bila pandang belakang aku nampak yang dia berada betul betul belakang aku. BELAKANG.

jap, mak aku call.

kat mana kita tadi? ohh, dia kat belakang aku. panjang lagi cerita nih nak sampai endingnya. so, dengan segala hormatnya aku pendekkan la cerita iya pasal besok pagi aku punya kelas pagi buta orang buta pon tak sebuta paginya kelas aku tuh. 

kami berjumpa dan terus berjumpa dan masa aku hampir selesai shopim, aku bagitaw member aku tentang kepelikan kenapa kerap sangat kami berselisih, tetiba kawan aku, Hafiz cakap, kalau ditakdirkan aku dan dia berjumpa lagi sekali, memang kami nih ada jodoh la. tutupnya mulut hafiz ungkapkan kata kata tuh, tetiba je mamat tuh turun dari escalator betol betol depan aku. sumpah wey aku tak tipu. masa tuh seme member aku terbelalak bijik mata nasib baik tak jatuh bergolek je. pastu kami terus blah dari situ dengan perasaan yang penuh kekejutan dan kami ambil keputusan untuk hilangkan kekejutan yang kami alami dengan menjamah McD. ada hubungkait ke?
malas nak rotate~~

so, di sini aku nak sangat sangat la kan kalau boleh tahu siapa mamat tuh. andai kata dia terbaca la kan entry aku nih, tolong add pesbuk aku dan set date untuk kita kawen. eh?

dah dapat green light dari one of my bestie nih hewhewhew
# citer di atas adalah benar sebenarnya dan aku memang mencari siapa gerangan mamat berbaju jerman itu. so, kepada sesapa yang adik atau abangnya yang memakai baju jerman pada 13/07/2012 around 5pm dilihat berkeliaran di city plaza bolehlah pm aku. kalau betul mamat tuh kenalan hangpa, aku belanja cendoi puluit sedulang. *muka serius*

nota kaki : sangat mengharapkan pertemuan yang berikutnya dengan si dia :) amin.

p/s : love after marriage, i hope !