Minggu, 29 April 2012

welcome to the twenteen club :)

Assalamualaikum.

pukul 09;01 duapolohenamapril lepas dah genaplah duapuluh tahun aku hidup kat dunia nih. satu kata. alhamdulillah.

dah umor dua puluh kan, dah masuk peringkat puluhan nih rasa lain macam je sebutannya. rasa tua pon ade rasa comel pon ada.

target kawin umo duapuluh empat. calon belom ada walaupun dengar cerita borang pencalonan dah habes orang beli dekat Bank Simpanan Nasional masa hari first bukak lagi. agak agak sape la eh pemilik tulang rusuk aku nih.

*bunyi cengkerik*

terima kasih pada yang sudi wish sama ada melalui pesbuk, twiter, henpon mahupun secara pes to pes. sekurangkurangnya dapat la aku rasa perasaan retis-retis yang glemer noti pesbuk berbillionbillion, henset berbunyi berdentumdentam, manusia datang rumah ketuk pintu bertalutalu untuk sehari nih. haaa, jangan nak kata ayat aku hiperbola, itu semua betolbetol berlaku okay. *posing doraemon buat peace

kalau ada yang aku tak sempat nak balas tuh, janganlah caci maki aku, aku nih manusia biasa, penuh dengan kekurangan bagai hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri pergi kutip la emas kat negeri orang balik negeri sendiri boleh jadi puteri. eh?

terima kasih pada yang sudi bagi hadiah pada aku, terutama mama aku yang beli kek spesel untuk aku, juga abah yang belanja dinner yang super duper menggemukkan dengan sotong sebesarbesar alam, juga adik aku yang menambahkan lagi koleksi 'katak' aku. adikberadik yang lain pon terima kasih jugak sebab jadi kawan aku selama duapoloh tahun nih. aku harap depa takbaca belog aku nih sebab nanti diaorang akan perli tak hengat dunia pigidahhhhh. malas aku nak tacingtacing la ngan diaorang tapi satu je nak cakap, i love them dem dem dem much.

sumpah sedap kek nih walaupun aku makan
seslice je pasal aku anti benda manis pasal
aku rasa tercabar pasal aku pon dah cukup
manis :D
terima kasih pada amirah dan nadia yang menambahkan koleksi 'katak' aku. ditambah dengan sinchan junior dari Aisya, juga satu buku scrap dari Anis yang sumpah buat aku terharu beb kalau tadah air mata nih boleh membentuk satu tasik insyallah sama besar sama dalam dengan tasik chini tapi jangan risau takde naga macam naga tasik chini. terima kasih juga pada Jaja sebab dah makbulkan permintaan aku nak beli scarf rambut sekian lama dan akhirnya dia hadiahkan aku tanpa sempat aku beli. haha. terima kasih juga waniey yang sudi belanja aku makan makanan peberet aku masa oldskul dulu hew hew hew.terima kasih semua. :D


dah macam buat penghargaan masa tulis thesis pulak khon nak terima terima kasih bagai. tapi kalau tak ucap terima kasih nak ucap ape? takkan orang bagi hadiah orang wish besday nak ucap 'takziah' pulak khonnnnnn...?
comel kan 'katak' aku...?
cuba cari mana aku. sapa jumpa dapat
otograf aku hew hew hew.
tadi godek godek entry lama aku jumpa entry nih. dah setahun rupanya. masa nih follower pon tiga orang je hew hew hew. kenangan ni macam baru semalam berlaku khon khon khon.....?


nota kaki : aku dah umo duapoloh. dah taboleh perangai kanakkanak riang ribena dah, dah kena matang. pasni belog aku akan jadi belog ilmiah mungkin. setaraf belog dewan bahasa dan pustaka mungkin. mungkin.


Selasa, 24 April 2012

wordmore wednesday :|

Assalamualaikum.

ini adalah entry terakhir aku bergelar remaja belasan tahun yang comel. bukan bermakna di entry akan datang kecomelan aku berkurang. bukan. bukan. kauorang kena ingat kecomelan aku nih tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. aku cuma memaksudkan di entry akan datang aku akan menginjak ke umur dua puluhan dah. nampak tak macam mana aku menggunakan perkataan 'menginjak'?

kauorang paham ke tak maksud tersurat aku dalam perenggan di atas? await yang mata terkebilkebil, bulu hidung terkeluar tergantung tahik hidung tu? tuh simptom simpton orang tak faham tuh. biarlah, senang je aku buat rumusan, kalau kauorang tak faham maksud tersurat aku dalam perenggan di atas, sah sah la kauorang ni termasuk dalam golongan golongan yang tidak sempurna akalnya atau dalam bahasa orang belajar agrikultur berpenyakit gila.

esok besday aku.

*bunyi cengkerik*

sila set reminder sekarang jugak. atau mungkin kau akan tergolong dalam golongan manusia yang mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. eh?

dan kepada golongan yang sayang aku, mohon post banyak banyak dekat wall aku kat pesbuk wish besday bagi menambahkan lagi riak aku sebagai retis fofulew. mohon sesangat. nak buat fake akaun semata-mata nak wish aku pon aku tak kisah. secret admire la katewkannn *mata ke atas tangan ke dada*

*cengkerik membuat bunyi lagi*

ekceli aku nak buat wordless wednesday hari nih wey. tapi tetiba tertaip panjang panjang pulak. takkan aku nak delete pulak kang. ahhh peduli hape aku, pinjam ayat blogger jakun sat 'suka hati aku la blog aku'. ok bye :D

nah aku tempek sekeping gambar bagi memenuhi syarat wordless wednesday yang tak berapa menjadi. nokharemmmm.


nota kaki : quotes dalam gambar tuh aku tuju buat semua member aku tak kira di mana jua anda berada walau di Zimbabwe mahupun Hungary kauorang tetap sahabat aku. nampak tak betapa penyayang nye aku? okay, boleh add aku kat pesbuk atau follow kat twiter untuk rasai lagi kasih sayang aku hew hew hew :|

Minggu, 22 April 2012

Fakta Ker Der..? #1

Assalamualaikum.

aku baru balik dari jalanjalan utagha selama 3hari 2malam.
duit dah takde, nampak sedikit pokai. makanya aku perlu duduk diam diam berpandangan mata bertentang mata malu malu aku malu kau buat begitu. eh?

lepas ni aku mungkin perlu membanting tulang demi mencari sesuap nasik taruk kicap lauk telur mata kerbau, ikan kering goreng kalau kena sambal belacan pun sedap jugak. kalau tak aku hanya perlu bersabar dengan kerenah mangkuk hayun sekeliling aku yang suka shopping tiap masa sepanjang menunggu kemasukan elaun aku semester depan.

what..........?
semester depan.........?

nehiiiii!
*guling-guling atas bukit sambil main sembunyi-sembunyi belakang pokok durian*

dalam bank aku sekarang ada rm26.40. kau tahu nilai tuh sangat simbolik bagi aku? cuba tengok betolbetol nombor dalam jumlah duit aku tuh dan jadikan tarikh.

26/4 kan...?
kau tau tuh hari lahir aku...?
dan kau tahu kenapa aku cakap tarikh lahir aku kat sini...?

iya. aku nak hadiah.
aku takisah apa pon hadiah tuh. kalau kauorang taksempat nak belikan hadiah, duit tunai pon aku terima. bank in pon boleh. nak bagi cek pon boleh.
aku tak memilih. betol, aku tak memilih. *posing sinchan

katak yang paling besar tuh mama aku bagi hadiah
besday tahun lepas. yang kanan kecil sejibik macam
katak besar tuh Nadia kasi aku besday tahun nih.
sinchan tuh pulak Aisya yang bagi. yang barney tuh pulak
aku nak bagi kat member baik aku masa sekolah dulu.
besday dia sehari lepas aku. harapharap dia tak baca blog aku. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
sebenarnya entry kali nih aku nak habaq kat hangpa semua satu fakta yang menarik lagi ajaib diminum tiga kali sehari lepas makan insyallah mujarab segala kurap kurap. eh?

tahukah kauorang bahawa dalam sebuah buku atau majalah atau kamus atau apa jua hasil penulisan mahupun penaipan tak kira apa jua genre, berapa tebal mukasuratnya sebenarnya ianya hanyalah gabungan antara 26 huruf alphabet dan adakalanya dicampur dengan gabungan nombor 0-9 sahaja. itu fakta dan kadangkala agak auta.

so, itu saja untuk kali ini, jangan lupa temu janji kita setiap hari bersama saya Dr. Eruzu Kamsahsah dalam 'Fakta Ke Der....?' bersihkan jiwa, bersihkan hati, jangan lupa gosok gigi. bye bye
*muzik tema dimainkan sambil aku purapura belek kertas macam pembaca berita tv3 selalu buat*


nota kaki : terima kasih Nadia dan Aisya untuk hadiah itu walhal besday kami tasampai lagi. walaupun kali nih akan sambut besday single mingle, i happy uuuuuuu. 

Kamis, 19 April 2012

setiap kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong!

Assalamualaikum.

haaa, ce ceq last entry aku berapa hari bulan?

sekarang ce ceq pulak tarikh hari ni pulak berapa hari bulan?

dah tengok.....?

okay sekarang kira pulak jangka masa last entry aku dengan entry kali nih?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
haishh, takkan guna kalkulator kot soklan kot nak kira benda macam tuh. nih masa sekolah kompem add math cukupcukup makan je nih.

tak ohsem la kauorang ni.

apa aku sebut tadi......?
ohsem.....?

wahhhhh. ohsem gitewwww.

menatang ape ntah ohsem, orang sebut ohsem aku sebut jugak hew hew hew.

baiklah, kalau kira guna formula sinn x dx = sinn-1 x(sin x dx), genaplah sebulan aku menghilangkan diri, tapi kauorang kena percaya sebab aku menghilangkan diri bukan sebab aku malas sebab mak aku cakap orang malas tak ohsem. dan aku takkan biarkan aku memburukkan diri aku sendiri di khalayak ramai. takkan.

ekceli, the main reasons why i dissapeared for a month as my sister's friend's mother's grandpa's brother's granddaughter's uncle's goldfish died. is it tragic? so, i was in the mood of mourning.

haikkkk. acene bulih keluar bahasa inggeris tibatiba nih...?

sebenarnya takde point pon aku nak merepek malam ni cuma nak kasi taw semua peminat peminat aku yang dah lama tertunggutunggu kemunculan aku selama nih yang aku dah kembali dan desas desus yang aku jadi isteri kedua sheikh muszaphar tuh tabetol sama sekali. memang dia ada lamar aku, tapi aku tak sanggup bermadu dengan harlina, lagipon aku tak sanggup tengok bella kehilangan kasih sayang ayahnya, jadi aku sanggup undur diri. kau nampak betapa sucinya hati aku nih? nampak tak nampak tak?

tak............?

kau memang..!

buta.
kenapa perlu bermesra di
depan aku...? =,= 
comel jugak bakal anak tiri aku nih.
tengoklah mak ngan ayah dia.
*jeles*
nota kaki : semua esemen aku dah hantar dan aku kini dah merdeka. so dah tiba masa aku kembali berblogging dan blogwalking dekat blog orang. esok nak jalanjalan negeri utara. rabbi yasir wala tuasir :)