Rabu, 30 November 2011

sayangsesayangsayangnya bencisebencibencinya.

Assalamualaikum..

aku kan, kalau dah sayang orang, aku akan sayangsesayangsayangnya.
mai la mamat hensem badan ketulketul macam Kim Jong Kook pon, aku tetap jugak sayang walau orang yang aku sayang tu hakikatnya muka macam mat bangla yang keje stesen minyak.

kau orang mesti nak kata untung orang yang aku sayang tu.
memang beruntung la wa cakap sama lu!
tapikan, kenapa orang yang aku sayang biasanya tasedar pon yang aku sayang dia?
atau dalam kata lain, orang tu tasedar pon yang diri dia dalam situasi yang menguntungkan.

so, boleh tak nak kata yang orang tu bodoh sebab tasedar keuntungan yang ada pada diri dia?

huh?
sapa yang angguk tadi?
*baling botol kaca*

sama la jugak bila aku dah benci orang, aku akan bencisebencibencinya.
takisah la muka kau hensem dan badan kau ketulketul macam Kim Jong Kook pon, aku tetap jugak akan benci kau.
kau buat la baik macam mana pon, aku tetap jugak label kau sebagai manusia yang patut dibenci.

kejam?
mungkin.
kim jong kook.
badan ketulketul, tapi dalam
hati ada taman. (:
tapi, setakat ni, tade la aku benci orang sampai tahap macam tu sekali, mungkin sebab setakat ni, manusia di persekitaran aku semuanya baikbaik stok pijak semut pon semut rasa nak pijak balik.
nampak tak betapa baiknya orang di sekitar aku?

kau pernah dengar orang kata faktor persekitaran banyak mempengaruhi peribadi kita?

jadi, kalau persekitaran aku terdiri dari orang yang baikbaik, so, aku ni kiranya........?

okay, jangan jawab!

kalau tak, masakan ramai makcikmakcik yang berkenan nak jadikan aku menantu untuk anakanak mereka yang hensem bergaya.
terlalu ramai sampai aku terpaksa bukak satu kaunter depan pagar rumah dan suruh diorang ambil nombor giliran.
bukan setakat tu, kenderaan tetap aku kalau nak pergi manamana sekarang ni adalah baraccuda.
takpe, aku sabar dengan dugaan dunia!

owh ya..
kejap lagi nak interview makcik yang ke 2509 pulak.
penatnya hanya kerbau di sawah yang mengerti..
*mengeluh sambil picit kepala yang pening*

nota kaki : terima kasih la pada yang akan jaga incikdomosaya walau aku tataw pon ang tu sapa pasai ang guna nama mak anom, tapi aku rasa aku taw kau sape, aku dengan detective conan tu ada hubungan sulit. (:


Senin, 28 November 2011

kau nak lupa orang yang kau cinta takubah macam kau nak ingat orang yang tapernah kau kenal!

Assalamualaikum.

mungkin sesaat itu sudah mencukupi untuk buat kau jatuh cinta. tapi kau kena ingat, seumur hidup pon belum tentu kau akan dapat melupakan cinta tu.

kauorang pernah dengar ayat tu?
or, kauorang sendiri pernah merasainya?

susah.
memang susah.
sangat susah.
betolbetol susah nak melupakan seseorang yang pernah kita sayang.

kalau ada bendera putih, dah lama aku kibar.
sama tinggi dengan kibaran jalur gemilang masa malaysia menang lawan indonesia hari tu.

tapi, nak tanak, kena jugak kan?
its for our own benefits right?


nampak apa yang gambaq atas tu tulis?
kau kalau tanampak aku tampaq sampai nampak.
nak?

kau nak lupa orang yang kau cinta takubah macam kau nak ingat orang yang tapernah kau kenal.

macam mana kau nak ingat orang yang kau tapernah kenal?

mustahil kan?
susah kan?
gitulah bila kau cuba untuk lupa orang yang kau cinta!

dulu kan, aku amek masa more than a year nak lupa cinta pertama aku.
even sekarang mulut asyik kata dah lupa dah lupa, tapi sekali aku hadap album gambaq kami, meleleh hingus keluaq.
atau dalam kata mudahnya, aku masih belum fully lupa la kat cinta pertama aku.
even masa aku dah kenal incikdomosaya pun, kadangkadang ada la jugak aku teringat kisah lama aku dengan dia.

bukan senang aku habaq ang, aku banyak kali putus asa.
ayaq mata aku ni kalau kumpul, dah sama banyak dengan air banjir depan rumah aku ni kau taw.
*emo*

dah lepas azab nak lupa cinta pertama, sekarang datang pula azab lupakan cinta kedua.
ahhhhh, tensen aku.
kalau nak melupakan depa tu senang macam nak makan nasik pakai tangan, aku terima la.
ni tak, susah mengalahkan macam nak makan nasik pakai chosptik.
susah wa cakap sama lu.
percaya la cakap aku nih.
padahal bunyi tepon aku datangnya dari celcom offer je. cis!
kauorang ada suggestion tak?
tolong aku wey, nanti aku belanja makan roti canai kosong cicah susu kegemaran aku sejak zaman berzaman.

errr, teringat roti canai Jitra!
sedapnya~

Minggu, 27 November 2011

kenapa aku jadi pencuri. (:

Assalamualaikum..

kau tau aku taip entry ni sambil air mata bercucuran sampai basah lappy aku?
bukan sebab aku yang baru putus cinta.
bukan, bukan, bukan.
tapi sebab bola kelayakan olimpik Malaysia lawan Bahrain.
aku kecewa sebab aku dah buat party celebrate malaysia leading dengan 2-0, tapi dalam masa 5minit, party aku bertukar menjadi majlis tahlil.
mama aku yang tengah tengok tv dari dalam bilik dia dah call cakap malaysia gerenti menang, tapi semuanya hancuss dengan tiga gol lolos.
ahhhhhhh, aku kecewa taw tak.
kecewa sangat.
*hantuk kepala ke lantai*

~tukar channel~

kau tau aku dah lama tabazirkan masa aku tengok drama melayu kat tv?
selepas aku kecewa tadapat tengok Soffiya episod last, aku merajuk tatengok drama melayu.
tapi tadi, aku TERtengok satu telemovie yang bertajuk Kenapa Aku Jadi Pencuri.
tolong alert dengan kata terbitan yang aku gunakan iaitu TERtengok.
TER bermaksud tasengaja, dan ianya memang benar.
lepas aku fruz dengan Malaysia kalah, aku TERtukar channel 105 yang mana menayangkan telemovie tu.
kebetulan pakwe aku si Zulhuzaimy berlakon, terus aku stay la tengok.
*posing muncung itik*
kisah pasal Zul yang jadi pencuri sebab kesempitan hidup.
mak sakit, adik pulak sekolah, ayah dah tade.
dapat duit gaji pertama, kena samun.
bapak sedara pon dah tamengaku darah daging.
mintak kerja, semua tamenjadi.
kau bayangkan betapa tertekannya hidup si Zul ni.
dia ada kawan dengan penagih dadah nama Edi.
Edi ni la yang selalu tolong dia dalam bab mencuri.
aku tertarik dengan dialog Zul lepas dia menyebat ayam PakLebai.
"duit ni, daripada aku buat makan dadah, baik aku bagi mak adik aku makan!"
see, akibat kekangan hidup, kesempitan hidup dan keadaan yang memaksa dia jadi macam tu.
bukan dia sukasuka.

aku kan kalau orang mencuri sebab nak beli dadah ke, nak buat judi ke, aku sendiri yang akan berada di depan pegang parang nak hlur kat si pemotong.
tapi kalau yang kes macam ni, aku mungkin akan jadi kesian dan tetiba rasa nak tolong.
nampak tak betapa baiknya aku?
nampak?
okay, jangan jawab.

lepas orang kampung tau kenapa Zul ni jadi pencuri, diaorang dengan rela hati menghalalkan apa jua yang dah dicuri oleh si Zul ni dengan syarat dia bertaubat.
meleleh hingus waa beb bila nampak ketulusan muka orang kampung tuh.
walaupun itu hanyalah LAKONAN, tapi, sekurangkurangnya ada sesuatu elemen penting yang terselit di situ.
dan aku sebagai penonton yang menghayati kekacakan Zulhuzaimy, dapat sesuatu lepas tengok telemovie tuh.

so, pada sesape yang ada astro, jangan lupa tengok telemovie nih.
pasni mesti akan ada ulangan.
astro kan asyik ulangulang cerita sama.
kau orang mesti tengok taw sebab aku dah penat promosi nih.
harus!

eh, kau orang jangan ingat aku pencuri pulak hanya sebab aku excited promosi cerita nih..=,=

nota kaki : walau aku suka tengok Zulhuzaimy, tapi cinta aku pada Fizo Omar tetap tiada tandingan. (:

nota lagi : eh, congrate la klasmate aku yang dah jadi tunangan orang, jeles ai tawwww.mencik!

Sabtu, 26 November 2011

aku putuskan hubungan kita dengan lafaz bismillah.

Assalamualaikum.

alhamdulilah, kita bakal masuk ke tahun baru lagi.
1432H dah setahun berlalu, giliran 1433H pula mengisi hari kita.
so, dikesempatan ni, aku nak ucapkan selamat tahun hijrah pada semua yang selama ni sudi baca entryentry dekat blog aku ni.
dan aku jugak harap, segala azam aku yang tauntaun lepas yang belom terlaksana, akan terlaksana di 1433H ni.
btw, jangan lupa baca doa awal tahun dengar akhir tahun okay!

baeklah, ramai yang taw keadaan aku sekarang taberapa stabil.
sebab tu status aku kat fb, entrentry aku banyak yang jiwang, yang sedih.
so, harap korang bersabar la ye untuk sementara waktu nih.
bagi can aku nak jiwang puaspuas, pastu kita kembali kepada entry yang mengarut lagi merapu seperti dulu eh. (:

okay la, i'm officially ended my relationship with incikdomosaya.
jangan tanya kenapa, or apaapa soklan yang berkaitan sebab biarlah aku dengan dia je yang taw.
mungkin, ini yang terbaek untuk kami berdua.

sedih? kecewa?

haruslah.
itu sudah pasti.
tapi, aku dah makin okay.
i'm just need time to renovate my heart and my mind.
terima kasih la untuk member aku yang banyak bagi aku semangat, sudi jadi telinga aku, sudi pinjamkan bahu untuk aku.
sumpah, aku bertuah ada mereka. (:
‎".. Apabila DIRIMU MEMINATI SESEORANG , BERMOHONLAH kepada ALLLAH SWT agar HATINYA akan KAMU MILIKI . jika , KAMU SANGAT MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR - BENAR KEINGINAN , maka , BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR - BENAR PENGHARAPAN..."
well, semoga dia berjaya menjadi seorang muslim yang baik dan menjadi anak yangg terbaek buat kedua orang tuanya.
sumpah, dia seorang yang sangat baek, so, aku sikit pon taberdendam ataupun simpan perasaan tapuas hati kat dia.

incikdomosaya,
jaga diri baikbaik.
maaf segala salah silap saya.
terima kasih sudi membahagiakan saya untuk satu tempoh yang agak lama.
jaga domo pemberian saya baikbaik,
satusatunya pengganti diri saya.
semoga berjaya menjadi doktor yang baik.
semoga dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.

mungkin kami tidak berjodoh untuk mempunyai rasa cinta, rasa sayang, tapi kami mungkin boleh jadi kawan yang baik untuk satu sama lain.
aku menharapkan hubungan persahabatan kami yang terjalin sebelum masuk elemen cintan cintun tu tetap kekal.
aku tanak gado sampai jadi musuh macam hubungan aku dengan cinta pertama aku.
its so childish. (:
terima kasih untuk semua yang pernah mendoakan hubungan aku dengan dia, walaupun mungkin kami tiada jodoh sekarang, mungkin di masa depan, kami mungkin bertemu lagi.

terima kasih pada semua.

terima kasih incikdomosaya.

terima kasih.

nota kaki : Ya Allah, jadikan tahun 1433H tahun yang membawa erti kepada aku sebagai seorang islam. amin. (:

Kamis, 24 November 2011

crying is killing me~

I'm still smiling even I'm hurt inside.
it shows how strong I am. (:

nota kaki : sahabat, terima kasih untuk ini dan juga untuk ini (:

23/11/2011

jawapan bijak bagi soalan bodoh!

Assalamualaikum..

kau pernah tak tengah syok skodeng wall skandal korang, tetiba ada je yang datang nak berkenalan. yang pasti, orang tu adalah makhluk yang anda tidak ketahui asal usulnya.

kalau aku senang je, kalau ada yang tegor aku cam gitu, on the spot aku akan stalk profile dia. caricari datadata peribadi beliau yang memungkinkan aku untuk mengenali beliau, dan kalau tade apaapa info, on the spot jugak aku akan remove friends.

kejam? jual mahal?

bukan, aku hanya menitikberatkan soal keselamatan. lagipon aku taw, para sweettalker ni just cuba nasib je, semua pompuan pon dia tegor, kalau dapat, alhamdulilah, tadapat, depa cari lain. see. itu adalah hakikat kehidupan dunia akhir zaman. ahhh,ayat aku dua tiga hari ni sungguh awesome aku rasa..muahah

tadi lepas godekgodek facebook, ada jumpa satu notes ni. sinis bahasanya, tapi bagi aku, apa yang hendak disampaikan tu memang sampai la. dalam notes tu menyediakan antara pilihan jawapan yang boleh kau orang berikan bila disoal soalan seperti yang tertera. apaapapon, kau orang baca je la eh.

*****

Soalan: Hai,apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je...Awak?

Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?

Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...

Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.

*****

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...

Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?

Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.

Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.

Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

*****


Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?

Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...

Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.

Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

*****

Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.

Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.

Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.

Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

*****

Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?

Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~

Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?

Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?

Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

*****

Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?

Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!

Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?

Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

*****

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?

Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.

Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak kawan aku hari tu?

Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

*****

Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar porno.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?

Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

*****

Soalan: Awak,jom keluar nak?

Jawapan 1: Urm..Bila?

Jawapan 2: Boleh. kita nak pergi masjid mana ni?

Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang tangan aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!

Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah,nenek,datuk dan adik beradik saya ikut sama.

*****

Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan?

Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...

Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!dasar tak laku

Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.

Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

*****

so,pandaipandai la kau orang pilih jawapan yang paling sesuai, kau punya pilihan menentukan kau punya masa depan. ingat tu! haha

Rabu, 23 November 2011

tanda-tanda kau dah jatuh tangga eh bukan, jatuh cinta.

Assalamualaikum.

tadi, masa aku dok mesej dengan kawan aku, tetiba dia tanya aku, macam mana nak taw yang kita dah fall in love kat seseorang.
dia tu adalah budak skema dan agak suci dalam babbab bercinta, tapi dah masuk UM* ni, barula dia punya hormone untuk jatuh cinta sampai.

actually, aku pon tataw macam mana nak taw yang kita dah fall in love, sebab aku pon tapernah fall in love. ahh, nampak sangat aku menipu kan.
iya la, aku memang pernah jatuh cinta, tapi baru dua kali, tasempat nak buat kajian pon. aku mula kenal cinta masa form3, iya, agak gatal aku di situ. ahh, apa ke bangang aku kutuk diri sendiri kat sini. abaikan abaikan.

tapi, pada pendapat aku la kan, ehem, bila kita dah fall in love kat seseorang, orang tu akan selalu kita ingat. maksud aku, kau tengok kipas kau ingat dia, kau tengok almari, kau ingat dia, kau tengok lembu, err salah perumpaan, okay, kau tengok kereta pon kau ingat dia. semua benda yang ada kat sekeliling kau mengingatkan kau pada dia. faham ?

selain tu, bila kau dah fall in love dengan someone tu, kau rasa nak dia sentiasa ada di sisi kau, takkira masa kau tengah hodoh atau kau tengah jelita, masa kau tangah gelak macam pontianak atau masa kau menangis macam pocong. atau dalam bahasa mudah, sentiasa ada time susah jugak time senang. kalau kau ada masalah, kau nak dia je, ada dia, automatic kau rasa tenang. faham? 

kalau boleh, nak je kau berkepit duapolohempat jam dengan dia tanpa memikirkan dia akan fed up dengan muka kau. dan kau pasti akan simpan mesejmesej dari dia walaupun hanya ungkapan kata ‘ok!’ dari si dia.

besides that, bila kau rasa sedih, mesti orang tu la orang pertama yang kau nak jumpa. kau rasa, dengan kehadiran orang tu akan buat kesedihan kau lari jauhjauh. dengan adanya orang tu, sedih pon takut nak dekati kau. dan memandangkan kau ni jenis cengeng, suka nangis bila sedih, mesti kau mengharap orang tu la yang akan sapu atau lap ayaq mata kau.

talupa jugak bila kau tengah gembira, mesti dengan orang tu la kau nak kongsi kegembiraan tu. contoh macam kau dapat no satu dalam pertandingan lari dalam guni, oran pertama yang kau akan bagitau adalah dia, dia yang kau angau nak mam tu. maksudnya kat sini, kau nak orang yang kau cintai tu turut merasai kegembiraan yang sedang engkau rasa.



pastu kalau la kau tau orang yang kau cintai tu sakit, kau akan rasa menyesal kenapa dulu kau tabelajar betolbetol sampai jadi doctor, kalau tak, boleh kau rawat dia. kau akan jadi sangat risau, boleh katakan kat sini, kau punya perangai akan sedikit hiperbola. baiklah, contoh macam orang yang kau cintai tu luka kena pisau masa tengah potong sayur, kau punya tahap risau tu dah macam orang yang kau cintai tu tengah usaha nak lahirkan anak pertama. kadangkadang kau punya orang tercinta tu demam sikit je, tapi kau punya risau dah macam dia ada tempoh hidup dua hari je lagi. over giler.

yang pasal kau akan selalu stalk facebook orang tercinta tu aku malas nak sentuh sebab budak darjah tiga pon taw pasal tu. dah tu setiap kali dia update activity dia, mesti kau la orang pertama nak komen, nak like. ada je kaum sejenis kau orang datang komenkomen dekat wall dia, kau mula mencarut dua bakul. apa nak jadi la anak mak jaaaah ni. kau akan jeles bila dia berbual mesra dengan kaum sejenis kau, nak nak kalau kaum sejenis kau tu lagi hensem/cun dari kau. semuanya sebab dia dah berada dalam hati kau. <3

bila ditakdirkan tibatiba hubungan korang dilanda badai, mesti kau akan cuba sedaya mungkin untuk selamatkannya, sebab kau taw kau sangat mencintai dia.

konklusinya, bila kita dah jatuh cinta dengan seseorang tu, orang tu akan nampak sempurna je kat mata kita walhal orang lain tengok si dia dah macam lanun. orang tu la yang kita sentiasa doakan menjadi imam/makmum in the future. so, kalau kau mengalami simptomsimptom yang aku sebutkan di atas, mungkin kau tengah ada perasaan cinta kat seseorang.


tapi, nasihat aku, berhatihatilah dengan cinta, kadangkadang cinta boleh bawak kau ke syurga, juga boleh bawak kau ke neraka. (:

so, kepada kawan aku yang baru nak mengenal erti cinta, good luck, semoga hubungan kau dengan dia kekal ke jinjang pelamin. (:

nasihat aku, pandaipandai la pikir baik buruk untuk diri sendiri dan masa depan. pilihan kau hari ni menentukan siapa kau di masa hadapan, chewaah ayat aku, dah ada improvement.

~Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

~Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

~Jangan jatuh cinta atau menerima cinta kalau belum sedia sebab kau akan seksa orang yang benar-benar jatuh cinta dengan kau.

~Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

nota kaki: semua gambar tu adalah dari cerita Mimpi Tinggi, aku kipas susah mati cerita tu sebab boifren aku berlakon dalam tu.
nota kaki dah ada, so, kira nota tangan la : betol ke apa simpton yang aku nyatakan tu? kau rasa macam mana? nak tambah pon okay. (:

Selasa, 22 November 2011

kenangan mengusik jiwa.

Assalamualaikum.

kau tau sekarang kawasan tempat aku tinggal dah mula banjir?

rumah aku takena banjir, rumah aku atas bukit, cuma jalan nak pergi ke rumah aku tu je yang terpaksa ditutup. dulu, masa aku spm, aku terpaksa tumpang tido hostel sebab di antara perjalanan dari rumah aku ke sekolah, ada tiga tempat yang dinaiki air. 

kau jangan tataw, aku pernah kena mengharung ayaq banjir sambil memakai uniform sekolah masa aku form 4 tasilap, masa tu abah aku datang kelas aku, mintak izin cikgu nak bawak balik aku. dah la masa tu aku tengah dating dengan boifren aku, kan dah kantoi, isk teruk bebenor perangai aku dulu. muahaha

esok, adik aku yang ambik SPM ada paper addmath, so, nak tanak, dia terpaksa la menumpang tido rumah mak sedara aku, kalau tak, pagipagi esok, adalah yang naik bot. aku dulu pon sit paper addmath sewaktu banjir, dan kisah cinta aku dengan boifren aku pon putus masa tuh lar. ahhh, kenangan lama mengusik kembali.


nampak keretakereta yang terpaksa mengharung?

banjir pon, semangat menang bola tetap ada. (:


air laju taw, dah macam air sungai.

masjid ni memang everyear naik air.

amacam? ada macam gaya karamsiwalia tak? haha
over gila aku pakai sweater macam amek gmbr kat
oversea..muahah
apaapapon, aku doakan yang terbaek la untuk adik aku, jangan ulangi kesilapan aku masa exam add math dulu. buat yang sebaik mungkin. (:

Senin, 21 November 2011

11 perkara menarik perhatian aku sepanjang final Sukan SEA : Mas-Indon

Assalamualaikum.

perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia ni adalah perlawanan yang paling mendebarkan hati aku.
lebih berdebar dari masa akad nikah dulu (?).
tibatiba jek pelbagai penyakit nak datang, semuanya dalam masa 110minit permainan dengan masa penalti.
jantung, darah tinggi, fallinlove dan macammacam la.
badan aku pun dah lunyai neh, asyik melompat, menjerit, memukul kerusi dan taklupa jugak memukul adik aku saat Indonesia score goal.muahaaa..

sekarang neh buat Indonesian yang dok kutuk malaysia macammacam dalam beberapa hari neh, apa khabar?

ada apaapa yang hangpa nak cakap lagi?

tapi nasihat aku, takyah nak cakap banyak lah weh.
kau orang taw konsep redha dengan ketentuan takdir kan?
adat beb, adat.
naama pun pertandingan, mesti ada kalah menang, kalau semua nak menang, kesian la kat kalah.
neh pertandingan jek pon, tak payah nak emosi bagai.
tapayah nak buat rusuhan, bagi je player malaysia balik dengan aman.
dah kalah tu, buat la cara kalah, jangan nak hack webweb malaysia pulak.

Malaysian pulak, jangan kutukkutuk Indonesian okay?
kita kan budak baik, jom  kita raikan kemenangan kita.
buat sujud syukur, yang nazar puasa tu, bayarlah nazar tuh.

sambil angpa semua dok bergembira pum pam pum pam tu,aku nak kongsi beberapa perkara menarik yang aku perasan sepanjang 110minit masa permainan ditambah masa penalti.

1) pemain Indonesia berjersi 25 akan sentiasa menyentuh jaring gol setiap kali sepakan percuma ataupun tendangan sudut dari team Indonesia, ada unsur bomoh di situ barangkali.

2) Muslim kelihatan sangat comel ketika bertepuk tangan selepas jaringan penalti oleh Fandi. tergoda mak jahhhhh~

3) apabila Fakri gagal menyempurnakan tendangan penalti, berbakulbakul sumpahan dari rakyat Malaysia yang diterimanya. kesian my fakri, mai kat baby mai..

4) pemain Indon berjersi 28 bernama Abd. Rahman sungguh kacak dan beragama islam, ketika dia menyempurnakan tendangan penalti, beliau telah melakukan sujud syukur. alhamdulilah, tenang makk jahhh nengoknya.

5) ada tiga orang makluk dari Indonesia sedang makan nasik di bahagian tempat duduk penonton ketika lagu Negaraku dinyanyikan. isk, rasa nak je aku p tampaqtampaq.

6) Asrarudin dan Badrol keduaduanya memakai kasut bewarna oren. saja nak tarik perhatian i la tewww.

7) pemain bernombor 17 dari Indonesia ada melakukan aksi 18sx di atas padang ketika saatsaat akhir. maaf, aku taboleh cerita. haha

8) Khairul Fahmi sangat gembira menerima maskot bewarna hijau selepas menerima pingat emas, nak bagi kat Dahlia la tewwwww, jeles mak jaaahhh.

9) antara tv1, astro arena dan tv3, pengulas yang buat aku gelak dari tingkat tiga sampai aras tanah adalah pengulas tv3. beliau sangat bersemangat bro. (:

10) Thamil sangat berani di atas padang, dalam masa seminit, beliau telah menolak sorang pemain Indon dan menghalang kaki salah seorang pemain Indaon yang lain, sebab tu la jurulatih cepatcepat keluarkan dia, bimbang ada kejadian berdarah pulak lepas tuh.

11) dalam perjalan balik, 3 orang pemain malaysia kena doping dan salah seorang adalah buah hati aku, asrarudin, ceit, ada ke patut.

konklusinya, kita dah buktikan kita mampu lakukan.
harimau muda mampu mengaum walaupun garuda berteriak kencang.
tahniah skuad Harimau Muda. 
Tahniah Coach, Ong Kim Swee.
AWESOME! 
Khairul Fahmi hebat!
Baddrol Bakhtiar sebagai Kapten juga hebat! 
Semuanya hebat! 

buat temanteman dari Indonesia, kalian juga hebat.
penalti mana2 sahaja pasukan akan menang.
kini, terus hubungkan silaturrahim antara kita kerana Allah..:)
tahniah malaysia, tahniah penyokong malaysia.
tahniah jugak untuk diri aku.
errr~

nota kaki : ada lagi perkara menarik yang aku terlepas pandang?

Minggu, 20 November 2011

cinta mereka, takkan mungkin bersatu, untuk saat ini, di dunia ini.

Assalamualaikum..

semalam aku ada buat entry jiwang.
aku bajet ramai yang akan muntah pelangi macam mengandung anak sulung lepas baca entry tu.
entry tu panjangggggg sangat.
(kau faham nape aku eja 'panjang' dengan guna banyak 'g' ?)
tapikan, yang buat aku terharu, ramai pulak yang bagi aku semangat lepas baca entry tuh.
dan yang lebih mengharukan, ada yang dapat feel entry tu sampai dapat rasa apa yang aku rasa.
terbaekkk la korang, betolbetol feel eh?
korang ikut tak saranan aku suruh dengar lagu Hatimu Milikku sambil baca entry tuh?
bagusbagus.

so, di kesempatan ni, aku nak ucapkan ribuan, eh bukan, jutaan terima kasih pada semua sama ada yang bagi semangat melalui ruangan komen, facebook mahupun telepon. terima kasih banyakbanyak.
*mata berkaca*
Pwinces Eruzu Liyana
sebenarnyakan, lepas aku tulis entry tu, aku ada terjumpa dua blog yang aku kira mereka punya nasib yang sama.
aku takenal mereka, cuma melalui tulisan dalam blog mereka, aku cuba menyelami perasaan mereka.
perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang.
bukan berpisah sebab kau curang atau pakwe kau main kayu tiga, tapi berpisah sebab Allah lebih menyayangi mereka.

Zizi Teo (ZT)

kalau kauorang nak selami jugak perasaan mereka, kau orang boleh singgah pada link yang aku dah sertakan tu.
aku rasa kau orang boleh baca entry diaorang tu dengan background music lagu Kisah Hati.
sentap mak nak~

kita berpisah sebab putus cinta dah nangis terjun KB mall, agakagak bagaimana pulak dengan mereka?

kalau kita berpisah putus cinta dah menyalahkan takdir macam orang tade agama, bagaimana pulak dengan mereka?

kalau kita rindu pasangan kita, kita masih boleh berjumpa.
bagaimana pulak dengan mereka?

sedar tasedar, kita jauh lagi bertuah dari mereka.
mereka tidak akan bertemu lagi dengan orang yang mereka cintai sampai hujung nyawa mereka.
hanya doa, bacaan Quran dan Al-Fatihah menjadi penghubung cinta mereka.

AH dan ZT, semoga kalian tabah menghadapi ujian ini.
semoga kalian dikurniakan kebahagiaan walau mungkin bukan dengan mereka yang kalian cintai.

terima kasih kerana menyedarkan aku dan merekamereka betapa bertuahnya kami.
terima kasih kerana memberi kesedaran kepada kami tentang nikmat bersyukur.
semoga kita semua mendapat redha Illahi. (✿ ♥‿♥)

baiklah, sebelum aku akhiri entry aku yang panjang lebar ni, aku nak tinggalkan korang dengan sesi luahan perasaan dari seorang insan yang telah tiada di dunia ni.
sekali lagi, sila kuatkan volume lappy anda dengan memasang lagu Kisah Hati.

☼ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ ☾ ☽ ❄ ϟ … ☑✓✗✔

hey sayang. awak rindu saya tak?
awak, saya nak cerita pasal kisah kita pada orang boleh tak?
saya nak orang lain taw betapa saya sayangkan awak walau saya dah tade.
boleh kan awak?
*muka mintak simpati*

awak ingat lagi tak 26/04/2011?
saya happy sangat, awak cakap awak nak jumpa saya..
saya nak pakai cantikcantik, biar terbeliak mata awak tengok saya, biar awak tapandang pompuan lain dah..
saya rindu awak sangatsangat taw.
saya harap awak pon rindu sy gak..

hari tu, kita pergi jalanjalan.
awak nak taw, saya gembira sanggggggat sebab masa tu awak ada bagi saya hadiah yang sangat bermakna.
hadiah yang saya tunggu setiap kali jumpa awak.
..senyuman manis awk..



comel betol awak bila senyum.
kita jalan beriringan sepanjang taman.
awak ingat taw, esokesok, bila saya dah taboleh jalan lagi dah, awak mesti teman dan iringi saya.
awak mesti ada disamping saya sampai hujung nafas saya.
ingat taw!!

pastu baru saya ingat hari ni hari jadi saya.
awak cakap awak lupa nak belikan saya hadiah.
sampai hati awak kan. T__T
saya nak merajuk dengan awak.
saya mintak awak hantarkan saya balik.

tibatiba, awak suruh sy hulur tangan..
dengan muka masam alaala baby face, saya hulur jugak tangan saya.
awak terus sarungkan cincin kat jari manis saya..
awak ckp, "selamat hari jadi syg"..

awak taw tak, sy terharu sangat..
saya ingat awak dah lupa bezday sy..
tapi awak cakap yang awak takkan lupa hari di mana bidadari kesayangan awak dilahirkan.
awak taw, masa tu jugak air mata saya menitis.
saya rasa terharu sangat.
saya sayang awak sangatsangat taw.

awak perasan tak, hari tu, saya tatap muka awak yg comel tu puaspuas.
saya takut tadapat tengok awak dah pasni.
saya seronok sanggggattt sebab dapat luang masa dengan awak hari tu.
awak layan saya macam puteri.
awak buat saya senyum sepanjang hari.
sebelum kita berpisah, awak tanya saya nak hadiah apa lagi.
"saya nak awk hadiahkan saya baju kurung putih"
saya teringin sangat nak pakai..
awk belikan tau..

masa awak nak hantar saya balik, saya cakap saya lapar.
saya nak makan char kue teow.
kedai char kue teow tu seberang jalan.
awak gengam tangan saya eraterat..
awak cakap kereta banyak, bahaya nak lintas jalan..
tasangka awak sayang jugak kat saya..

masa tengah melintas, saya nampak satu kereta dengan laju menuju ke arah kita.
saya nampak awak tengah cakap telepon.
mesti awak taperasan kan kereta tu.
saya tanak kereta tu langgar awak.
so, saya terus tolak awak ke tepi jalan..
alhamdulilah, kereta tu talanggar awak.
tapi, kereta tu langgar saya..
saya terpelanting ke pembahagi jalan..
saya rasa sakit sangat masa tu.

awak, kenapa ada banyak darah dekat kepala saya.
saya dengar awak jerit panggil nama saya.
tapi saya tamenyahut.
bukan saya tanak menyahut, bukan saya tadengar.
tapi saya taberdaya.
saya nampak awak berlari mendekati saya.
saya nampak awak nangis, kenapa awak?

awak, sakit sangat kepala saya ni.
saya rasa masa saya dah tiba.
kenapa badan saya penuh darah?
kenapa kaki saya taboleh bergerak?
kenapa awak dukung saya?
kenapa saya rasa gelap je ni awak?
awak!

awak, saya nampak awak pakai baju melayu.
comel sangat, tapi kenapa awak nangis?
awak tanampak ke saya kat sebelah awak?
kenapa awak tategor saya pon?
ohhh, rupanya kini kita dah berpisah. (:

awak, saya nak mintak sesuatu boleh tak.
tapi bukan cincin atau baju kurung yang saya nak..
saya just mintak awak sedekahkan al-fatihah untuk saya.
awk bacekan untuk saya taw..
saya dah taboley baca sendiri..

kejap lagi orang akan letak saya bawah papan, awk jangan nangis ya..
awak kena kuat, sentiasa senyum sebab senyuman awak manis sangat.
awak jaga diri okay.
sambung impian saya yang takesampaian.
tolong jaga mama abah saya sebab diaorang kan 'bakal' mertua awak.
saya sayang awak selamanya.
EruzuLiyana2011
☼ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ ☾ ☽ ❄ ϟ … ☑✓✗✔

♥~ Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya..

♥~ Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya..

♥~ Bila ada yang MENANTI, pastikan kamu kembali..

♥~ Bila ada yang SETIA, lakukan yang sama..

♥~ Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia bererti..

Sabtu, 19 November 2011

kalau tade sense of jiwang, jangan baca . aku warning awalawal.

Assalamualaikum.

aku nak buat entry jiwang.
entry jiwang yang boleh buat kau orang muntah pelangi.
aku nasihat kau orang taperlu baca kalau kau orang tade sense of jiwang.
aku dah nasihat awaiawai ni, pasni lau ada yang kotorkan blog aku dengan muntah pelangi, aku tampaq senyum tabergigi la.

baiklah, jom tukar ke channel romantik saluran 143.
sebelum teruskan pembacaan bukak kuatkuat lagu Hatimu Milikku kat lappy untuk tambahkan feel.
kalau yang tade lagu tu, kau anggap la aku yang tengah nyanyi penuh feeling eh.

tapayah nak buat muka ungka.
tapayah.
pehlis tapayah.

*******
awak..
saya rindu awak sangatsangat.
sangatsangat rindu.
terlalu rindu.
saya tataw macam mana nak gambarkan betapa saya merindui awak.
sumpah, saya tatipu.
saya betolbetol rindu awak.
awak, saya rindu awak yang dulu.

dulu, masa saya exam, awak teman saya study.
bila saya cakap saya ngantuk, saya nak tido, awak suruh saya tido.
pastu, awak kejutkan saya pulak untuk study.
bila saya stress, awak hiburkan saya.
awak buat saya senyum.
pastu awak bagi saya semangat supaya saya study lagi.
awak, saya rindu saat tu.

dulu, masa saya naek bas, awak teman saya.
sebab awak taw, saya akan pening, nak muntah.
awak mesti akan nasihat saya macammacam.
pastu awak suruh saya tido.
awak teman je sampai la saya cakap saya nak tido.
kalau saya boring, mesti awak layan kerenah saya.
kalau saya naek sorang, mesti awak suruh saya bayang awak ada disamping saya.
kalau saya duduk sebelah lelaki, mesti awak risau.
kalau saya sejuk dan tabawak sweater, mesti awak marah.
marah awak tanda sayang.
marah awak tanda awak risaukan saya.
awak, saya rindu saat tu sangatsangat.

dulu, setiap hari mesti awak akan mesej saya.
awak call saya, ubat rindu saya pada awak sebab kita jauh.
sebelum tido, saya akan baca balik mesejmesej awak.
pastu senyum sorangsorang.
dan yang pasti, sebelum tido, mesti saya akan dapat wish 'gudnyte' dari awak.
kadangkadang berjela wish awak bagi.
kadangkadang ringkas sepatah kata.
tapi, cukup bermakna bagi saya.
tanda saya adalah orang yang awak ingat sebelum awak tutup mata.
awak, saya rindu saat tu sangatsangat.

dulu, saya yang akan semak keputusan exam awak.
dan setiap kali tu, awak mesti dapat result gempak.
awak kan budak pandai, jauh beza dari saya.
dan bila keputusan exam saya keluar, result saya down, awak tetap bagi saya semangat.
walaupun awak tau saya punya result hanyalah berapa peratus dari result awak.
awak tetap tak kutuk saya.
awak tetap cakap saya pandai walaupun saya taw hakikat sebenar.
awak, saya rindu saat tu sangatsangat.

dulu, saya selalu sakit.
kejap demam, kejap selsema, kejap sakit perut.
dan sebab saya ni jenis cuai, saya selalu jatuh.
jatuh dalam longkang, jatuh masa main lompat getah, jatuh tangga.
awak selalu ada untuk nasihat saya.
pesan suruh saya sabar dengan ujian sakit nih.
awak sentiasa ada untuk pesan saya buat itu, buat ini untuk kesembuahan saya.
awak akan tanya sama ada saya makan ubat atau tak sebelum tido.
awak akan marah saya kalau saya merengek macam budak kecik sebab tatahan sakit.
awak selalu mahu jadi doktor untuk saya.
awak buat semua tu sebab awak sayang saya kan?
awak, saya rindu saat tu sangatsangat.

awak nak tau tak,
saya rindu senyuman awak.
saya rindu cara awak pandang saya.
saya rindu cara awak bercakap dengan saya.
saya rindu cara awak berjalan dengan saya.
saya rindu cara awak tenung saya.
saya rindu cara awak dengar saya bercerita.
awak tarindu untuk buat semua tu lagi ke?

awak tau, saya rindu nak suruh awak teman saya study.
saya rindu nak suruh awak dengar saya bercerita.
saya rindu nak suruh awak teman saya setiap kali saya naek bas.
saya rindu nak suruh awak marah bila saya buat perangai.
saya rindu nak suruh awak kejutkan saya bangun pagipagi.
saya rindu nak suruh awak teman saya makan.
awak, saya rindu semua tu sangatsangat.

saya rindu nak dengar awak cakap kelantan.
saya rindu nak dengar awak tanya saya sama ada saya rindu awak ke tak.
saya rindu nak dengar awak panggil nama penuh saya.
saya rindu nak dengar awak cakap awak sayang saya.
saya rindu nak dengar awak nasihat saya.
saya rindu nak dengar awak marah saya.
saya rindu nak dengar awak cakap awak nak jadikan saya makmum awak.
saya rindu nak dengar bunyi 'basikal' pada henset saya sebab tu msg ringtone yang saya khususkan untuk awak.
saya rindu nak dengar bunyi lagu 'jar of heart' pada henset saya sebab tu ringtone yang saya khususkan untuk awak.
awak, saya rindu nak dengar semua tu awak tau?

saya rindu senyuman awak.
saya rindu suara awak.
saya rindu wajah awak.
saya rindu diri awak.
awak tak rindu saya ke?

saya rindu nak bercerita pada awak apa yang berlaku pada saya setiap hari.
saya rindu nak dengar awak pesan suruh saya makan ubat setiap kali saya sakit.
saya rindu awak jadi doktor saya bila saya sakit.
saya rindu nak dengar idea bernas awak di kala saya menghadapi masalah.
awak, saya rindu sangatsangat kat awak.

saya rindu nak merajuk dengan awak.
saya rindu nak pujuk awak.
saya rindu nak awak merajuk dengan saya.
saya rindu nak awak pujuk saya.
saya rindu nak gadoh dengan awak.
saya rindu nak romantikromantik dengan awak.
saya rindu nak baca mesejmesej awak sebelum tido.
awak, saya terlalu rindukan itu.

SMS Cinta Jarak Jauh
saya rindu panggilan masuk dari awak.
saya rindu mesej dari awak.
saya rindu nak komenkomen dekat facebook dengan awak.
saya rindu nak like status dengan awak.
saya rindu nak main wallpost dengan awak.
saya rindu nak lukis kartun domo bila saya rindu awak.

saya betolbetol rindu semuanya.
semuanya.
semua pasal awak.
semua pasal kita.
semuanya.
iya, semuanya.

saya tataw samada perlu atau tak saya merindui semua itu.
saya tataw samada penting atau tak saya merindui semua itu.
saya tataw samada harus atau tak saya merindui semua itu.

yang saya taw, saya terlalu rindukan awak saat ini.
yang saya taw, perasaan rindu ni buat saya sakit.
sakit sangatsangat.
dan penawar kepada semua kesakitan itu adalah, awak!

~incikdomosaya~

ketahuilah, saat awak membaca entry ni, saya, EruzuLiyana tengah mengingati  dan merindui awak sangatsangat! :)


*******

okay dah, tukar balik ke channel biasa.
dah, hentikan mood jiwang.
ayuh kembali ke sekolah!
errr, apa kena mengena dengan sekolah?

Jumat, 18 November 2011

doktor cinta adalah mereka yang selalu bermasalah dalam bercinta . itu ayat soal yang aku sengaja tanak letak tanda soal .

Assalamualaikum.

panas telinga aku cakap tepon more than one hour untuk pujuk awek yang tengah merajuk dengan pakwenya.
agakagak kalau dr.fadzilah kamsah, berapa eh caj yang dia kenakan dengan masa yang digunakan tu?
seribu? dua ribu?
woahaaa, kaya la aku macam ni.
tukar profesyen la, dari cikgu ke doctor cinta.
*posing ziana zain dengan pose keningnya

aku bukan la pro sangat dalam babbab bercinta ni.
aku sendiri pon pernah fail kecewa tahap kalau takuat iman aku terjun kbmall.
kalau setakat nak suruh aku bagi nasihat sepatah dua, insyallah, aku cuba sedaya termampu.
tapi kalau nak suruh aku satukan balik hubungan yang dah dilandai badai ombak tsunami tuh, maaflah, aku bukan bomoh.
abang ada masalah apa ye abang?
awek merajuk sebab abang tahensem macam fizo omar?
kesian abang, abang jadi pakwe saya je la senang. :D
biasanya budakbudak yang bermasalah dalam percintaan kontek aku melalui facebook la.
iya la, free kan, jimat dan untung itu penting.
lagipon, kira bersilaturahim melalui ruangan chatting la ni.
tengah aku dok syok stalk wall skandal aku, tibatiba kotak chat aku melompat keluar menandakan ada manusia cuba bersilaturahim.
pastu bermulalah sesi kaunseling dan sesi merapatkan silaturahim antara aku dan mereka.

aku takisah pon sapesape pon yang datang cari aku.
kawan aku ke, musuh aku ke.
yang mana aku mampu tolong, insyallah aku akan tolong.
yang tamampu aku nak tolong, aku tolong doakan je la eh.
sebab aku pon tanak manusiamnusia di dunia ni bergadoh perang dunia yang entah keberapa kali.
as for me, aku pon tasuke gadogado dalam hubungan cinta.
romantikromantik kan lagi bagus. :P

apakah aku perlu buat iklan perkhidmatan doktor cinta kat manamana stokis di seluruh negara?
kau nampak apa ayat dalam gambar yang aku printscreen tuh?
kau nampak?
aku rasa ayat tu macam betol dan memenuhi syarat benar untuk dijadikan ayat penyata yang betol.

so, pasni kalau ada orang buzz aku kat chat:
"Eruzu, kau taw tak mana Minah (bukan nama sebenar) pergi?aku call dia tadapat la, dia merajuk sebab aku tapakai baju warna oren masa date tadi, dia cakap nak pergi kbmall, kau taw dia nak buat apa? "
dan aku hanya akan menjawab :
"Takde kaitan ngan aku. Kthxbai"
baiklah, aku hanya bergurau.
aku sayang clientclient aku, dan aku akan cuba membantu mereka dalam melalui liku-liku kehidupan yang serba sakit dan penuh perih dan jerih ni.
iyaa.aku pun tak faham apa yang aku cakap.
aku rasa aku perlu tidor sekarang sebab pagipagi esok aku kena bangun awal teman mama pergi pasar.
*bakal mak mertua mesti bangga kan?*


nota kaki : aku totally takisah sebenarnya kalau ada orang mintak tolong aku, walau mungkin aku sendiri selalu je fail dalam babbab cinta nih, tapi dapat tengok pasangan lain bahagia pon dah okay. :)


untungla anak murid aku nanti, dapat cikgu sekali dengan pakej tambahan, doktor cinta.. :D