Selasa, 25 Oktober 2011

macam mana eja bunyi yang dikeluarkan bila kenyang? sendawa? sedawa?

Assalamualaikum.

aku baru balik bertapa.
di sebuah gua.
dalam gua tu broadband aku tade coverage.
bukan tade lansung.
ada.
tapi sangat slow.
taw apa itu slow?
bagus.
pastu tok guru aku tabagi aku update entry, katanya boleh menganggu proses pertapaan.
aku akur.
ye, aku sangat mendengar kata.

aku sebenarnya heran dengan diri aku.
bangun pagi tadi macam ada benda tersekat dekat keronkong aku.
lepas aku telan sebaldi air, tak juga benda tu hilang.
Benda alah ni aku azan sampai anak tekak tersimpul jadi reben pun tak hilanghilang jugak.
aku syak ada orang suap makanan dalam mulut aku masa aku tido semalam.
cubaan membunuh aku mungkin.

oleh kerana benda yang tersekat kat keronkong aku tu,
hari ni aku sendawa banyak kali walaupun sebenarnya aku tengah lapar.
biasa orang sendawa sebab kenyang.
heran, how can ha?

tadi, masa aku teman mama aku pergi beli sayur (?) di tujuhsebelas, ada sorang laki yang agak hensem beratur belakang aku.
agak la, tade la hensem mana pon.
dengan control ayunya, aku bagitau akak cashier :
“kak, topup celcom rm30 errrrrrr….”
korang taw kenapa ada perkataan ‘errrr’ kat ayat aku tu?
bukan.
bukan sebab aku gagap.
tapi itu bunyi sedawa.
sedawa aku..
ye, aku sedawa.
kuat?
mungkin.
malu?
semestinya.
demn =,=

laki hensem tu gelakkan aku.
gembira betol dia ketawa.
ketawa macam tengok kumpulan sepah buat lawak.
aku pandang dia dengan jelingan maut.
aku geram.
aku marah.
aku rasa muka aku dah merah macam warna selimut aku.
aku perlu balas dendam.
dengan selamba, aku rampas air slurpee dari tangan dia.
apa aku nak buat?
minum sampai habis air dia?
itu tindakan yang kurang bijak.

tanpa fikir panjang mahupun pendek,
aku simbah slurpee tu tepat kena kat baju polo black market warna pepel yang dipakainya.
basah.
puas hati aku.
aku bayar topup tadi dan melangkah pergi dengan segaris senyuman bangga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“dik, ni topupnya dik. adik adik ADIKK!”
suara siapa tu?
aku rasa macam ada orang pegang tangan aku.
akak cashier.
kenapa dia pegang tangan aku?
ahhhh, ruparupanya aku dah ke alam lain tadi.
apa yang aku buat kat lelaki hensem tu semua hanyalah imaginasi.

hakikatnya, aku masih lagi berdiri di tempat cashier tu.
dan lelaki hensem itu masih tersenyum pada aku,
dan slurpee masih lagi di tangan dia.
aku pandang baju polo black market warna pepel yang dipakainya.
takbasah.
aku bayar topup tadi dan melangkah pergi dengan segaris senyuman malu.

wahai doktordoktor malaysia dan afghanistan, apakah penyakit yang sedang aku alami ni?

nota kaki: sebenarnya aku tataw yang mana ejaan yang betol..sendawa ? sedawa ?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar