Kamis, 12 Januari 2012

nasihat untuk semua dari aku manusia yang tasempurna, kau nak dengar, alhamdulillah, tanak dengar pon takpe.

Assalamualaikum.

nih aku ada pesanan/nasihat tulus ikhlas pada sweetsweet kapel yang tengah hangat menyulam kasih, tak ditujukan pada sapesape, just saja nak berpesan.

apa?

aku tak layak nak bagi nasihat?

sebab aku tak sempurna?

hey hello, kau pernah dengar pepatah 'takde manusia kat dunia ni yang sempurna' ?

kalau macam tuh semua orang kat dunia nih taboleh nak nasihat orang la?

apasal tunduk kepala tuh?

okay, aku hanya sampaikan pesanan, kau nak dengar ke tak, kau punya pasal la kan, aku tetap nak jugak taip sebab benda nih dah ada dalam otak aku. kau tak suka kau boleh blah tanpa tinggalkan sebarang kata nista okay?
*muka seserius yang boleh*

goodboygoodboy goodgirlgoodgirl!

baiklah, pada mereka yang tengah bercinta, tengah kapel, tengah dating, tengah bahagia menyulam kasih, aku nak bagi nasihat nih.

kalau raihan ada lagu pasal ingat-lima-perkara-sebelum-lima-perkara,
aku pulak ada ingat-lima-perkara-sebelum-kau-clash.

macam takde kaitan je kan?

biarlah, takkesahhh pommmm. =,=
*posing chef wan

baiklah, kita mulakan sesi nasihatmenasihati kita, rapatkan saf semua. luaskan telinga, letak telepon kat tepi, fokus pada screen.

1. jangan kau abaikan mak bapak.

ini yang palingpaling penting. masa kau kecik hingus meleleh dulu, mak bapak kau la yang tolong lapkan, masa kau nangis sebab orang panggil kau 'gemuk', 'botak', mak bapak kau la yang pujuk kau cakap gemuk tuh menawan, botak tu seksi.

tapi apasal bila kau dah ada boifren/gefren kau tanak peduli dah dekat mak bapak kau? kau dah tanak dengar nasihat mak bapak kau? yang kau kesah, boifren/gefren kau je tiap masa, kau kena ingat, kau tuh bukan anak yatim piatu yang tade mak bapak. *emo*
bila mak kau kata, jangan buat begituh, tapi boifren/gefren kau kata kena buat, agakagak kau buat ke tak?

hey sedara sedari, jangan sesekali abaikan pandangan mak bapak sedarasedari walaupun masa tuh kau dah ada boifren/gefren yang kau rasa jauh lagi bijak dari mak bapak kau hanya sebab boifren/gefren kau tuh ada degree, ada master. kau kena ingat, mak bapak kau tuh lagi 'master' tentang kehidupan nih, diorang lebih makan garam.

ohhh, jangan nak buat lawak bodoh pergi tanya mak bapak kau masin tak garam yang diorang makan tuh, tak lucu okay. =,=

2. jangan kau lupa kau jugak perlu kawan.

okay, dunia ni sangat la luas! itu ayat penyata. kau rasa satu langkah yang bijak ke kalau kau hanya hidup berdua je dengan boifren/gefren kau kat dunia Allah yang luas nih tanpa sorang pon kawan?

seromantik mana pon kau dengan boifren/gefren kau, kau jugak kena ada life dengan kawankawan, jangan nak duapolohempatjam berkepit je dengan boifren/gefren kauorang. nanti kalau kau dah clash, kawan tuh la jugak yang akan kau cari. kawan tuh jugak la yang akau akan mintak tolong bila time tersepit. yang pasti, bila kau putus, apa kau ingat kau boleh cari pengganti on the spot la untuk luahkan kekecewaan kau tuh? yes, kau memang perlukan kawan yang pasti akan temani kau saat menyedihkan tuh. perlu.

dan tolonglah spend masa untuk bersama kawan kau tanpa kehadiran boifren/gefren merewang bersama, aku komfem, tadenya kawan kau nak hepi bila dia ajak kau keluar lepak, kau bawak boifren/gefren kau sekali. silap hari bulan, ada yang putus kawan sebab tuh. so, pandaipandai la bahagikan masa antara life kau dengan kawan dan sinetron cinta kau okay! (:

3. jangan abaikan pelajaran

selagi bapak kau tak memiliki lima bijik BMW atau Ferrari serta rumah banglo atas bukit bernilai limapolohjuta, kau jangan sesekali abaikan pelajaran. ohh, kalau boifren/gefren kau miliki harta sebanyak tuh pon, kau jangan nak senyum bangga sangat, jangan nak 'open' sangat dengan abaikan pelajaran dengan alasan kau dah ada boifren/gefren kaya, sebab kau dengan dia tuh hanya kapel, bukan kawin, apa kau ingat kalau kau putus, kau boleh tuntut kat mahkamah macam orang yang bercerai ke? tak okay, percayalah cakap aku nih.

4. jangan terlalu nak ber'drama' sangat di khalayak ramai.

aku bukan maksud kau jadi penerbit drama ke ape, maksud aku kat sini, aku nasihatkan kau orang, jangan nak tunjuk sangat pada seluruh dunia yang kau dengan boifren/gefren tuh tengah menyulam kasih bahagia senyum sampai telinga. 

seluruh dunia tuh pulak bukan la aku kata kau menjelajah seluruh dunia, tolong jangan tunjuk kerendahan tahap IQ kauorang kat sini. maksud aku, facebook, twitter, blog or whatever la kan, kau takkan tau manusia dari benua mana yang sedang memerhatikan kau tuh melalui lamalaman sosial tuh semua. 

aku takisah kalau kadangkadang nak post i love you ke i miss you ke, tapi kalau dah penuh home aku dengan madah romatis kau dengan dia je, takke kau dah mengundang carutan dan umpatan dari aku. bukan aku jeles okay, tapi aku geli. cuba kau bayangkan, kau bukak facebook nak tenangkan fikiran, bukak home je baca status yang boleh buat kau muntah pelangi. eiwww.
b, bEbiIiI cAyAm B ChaNGat-cHanNgAt tAwh, tAmoW cHuRaNG-ChUraNg taWh..mUaXX mUaXXX uNtUk BooDax MusYuk MaSyaM tUh. <3
apa ke bengap, dah tau boifren/gefren kau tuh busuk masam, boleh pulak kau muahmuah, dah tuh mengeja macam budak kelas paling belakang, dah tataw kata nama khas, kata nama am, nasib la kauorang tuh bukan anak murid aku, kalau tak, memang aku lempang kau sampai kau post status ikut format karangan bahasa melayu yang betol seumur hidup. =,=

5. jangan lupa yang dalam I/C kau punya agama adalah Islam.

orang selalu cakap, umat Islam zaman sekarang nih hanya pada I/C, hanya pada nama, tapi perlakuan, wallahua'lam. senang cerita, kau bukak je facebook, twitter, berlambak gambar sweet-kapel-of-the-year yang berpegangan tangan, lagalaga pipi, dan aku tanak la pulak sentuh pasal video yang 18sx tuh, aku pon belum cukup umur lagi untuh cerita pasal videovideo tuh semua, so, sindri mau ingat la ye boboy boboy dan gegel gegel sekalian.

biar la dalam diri kita ni ada perasaan malu pada orang bukan Islam, tabanyak, sekelumit pon takpe. sedangkan kalau kau kahwin pon kau tak digalakkan bermesra di khalayak ramai, inikan pulak kau yang belum ada apaapa ikatan melainkan sweet kapel of the hell year tuh. okay anakanak? (:

so, lu ada mata lu baca, lu ada telinga lu dengar, lu ada otak lu fikir la sendiri, kalau dah nasik jadi bubur, jangan nak nangis macam budaklimatahun sesat kat shopping complex, tolong sedar bahawa muka kau sangat buruk bila nangis. berpijak di bumi yang nyata okay? (:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar