Selasa, 19 Juni 2012

rumah teres

Assalamualaikum. 

dah lama gila aku tak menyinggah kat sini almaklumlah dekat rumah sewa yang baru seminggu aku duduk nih takda internet lagi. bukan setakat berbelog bertweet berpesbuk semua pon dah bersawang ape dah menampakkan bakteria hidup bahagia. tunggu bulan tujuh nanti la pasang streamyx ka wimax ka.

aku sebenarnya tak biasa hidup berjiran ni pasal kat kelantan rumah aku sejibik je dikelilingi rumah sedara mara belah abah aku. tapi bila semester ni aku dah kena halau dari asrama dan dan je pilih rumah teres kaler oren. paham paham je la kalau rumah teres macam mana. jiran dari segenap penjuru pon ada. kadang kadang bunyi kete masuk macam masuk dalam pagar sendiri je walhal rumah jiran sebelah. tuh tak kira lagi tang bunyi laki bini gadoh ke ape.

jiran belah kanan rumah aku pakcik Hassan rasa nama dia. ada anak lelaki yang hensem kacak lagi polite jugak tak kurang manis senyumnya. semalam ada la kitaorg bertego sapa sebab aku nak tahu pasal proses pelupusan sampah kat taman nih, cara dia bercakap masyallah macho gila sukanyeeeeee. eh eh lupa pulak kan nak suh dia follow twitter titewwww.

alkisah pulak jiran sebelah kiri, penuh misteri dan macam biasa la bebudak rumah aku nih memang virus badan sibuk lebih sikit dalam tubuh masing masing, hari hari dok stalk rumah tuh. misteri macam mana tuh nanti pas kami berjaya siasat aku cerita naaa. kang kalau cerita sekarang benda tak betol jadi fitnah pulak. nauzubillahiminzalik.

pesanan ikhlas

Senin, 04 Juni 2012

kematian....

Assalamualaikum.

lama gila gila lama aku tak hapdet khonnn. well dah namanya aku sekarang tengah cuti so autometik ler belog aku pon ikut cuti. amacam? ada yang rindu aku tak? takdaaaaaaa............? *asah pisau

aku sebenarnya nak kongsi kesedihan aku nih, jadi sekarang semua kena mood sedih bersama sama aku, aku taknak ada yang ketawa pon, senyum pon tak boleh, semua kena bersedih dengan aku.

semalam hampir sepuluh ekor ikan yang family aku bela mati, entah kejadah apa mati pon nak berjemaah ikan ikan tuh. sedih bukan main aku. yela sebelum ni hari hari keje aku bagi dyorang makan sampai tak sempat pon nak hapdet belog takut ikan aku tuh kebulur. tetiba semalam sekor demi sekor kembali ke rahmatullah. aku syak ada unsur unsur khianat dan semestinya aku akan tuntut bela kematian mereka ke muka pengadilan. buat masa nih kami masih belum dapat kesan la sebab musababnya sob sob sob.

pastu kan, tadi masa aku pergi dapur nak TOLONG MAMA AKU MASAK (perlu ke caps lock?) tetiba bau busuk macam mayat yang duapoloh hari orang tak kebumi. cari punya cari ruparupanya dua ekor kucing aku pulak mati. DUA ekor kau tahu. buka sekor, dua ekor. aku ulang, DUA EKOR. dua ekor mati serentak. tapi takda la sedih mana sebab kucing duaekor yang mati tuh masih peringkat baby baby so takda la terasa sangat kehilangannya hewhewhew.

entah entah pasni giliran aku pulak khon........?