Senin, 09 Januari 2012

pendedahan ekslusif !! takde la ekslusif sangat pon..haha

Assalamualaikum..

ingatkah kauorang tentang ini , ini , ini , ini , dan ini ? semua tuh adalah penceritaan aku tentang seseorang yang pernah aku sayang suatu ketika dahulu. PERNAH! tapi sekarang aku rasa perasaan tuh dah takde, cuma tadi, bila dapat result final exam untuk semester lepas, tetiba aku teringat kembali pada dia.
incikdomosaya.

**************
esok saya mula final exam, tapi kali nih berbeza dengan exam saya sebelumsebelum ni, awak tak teman pon saya study, saya study sorangsorang, awak cuma hantar sms wish goodluck. pastu awak terus menghilang. takpe, saya fikir mungkin awak merajuk dengan saya. saya mintak maaf ye awak. :)

tadi, masa saya nak release tension, saya bukak pesbuk, saya nampak awak online, pastu ada satu wallpost dekat wall awak, pompuan yang post, dia tanya pasal status awak, awak macam tanak mengaku yang awak ada gerfren, saya fikir mungkin awak takngaku sebab hubungan kita taramai yang tau. takpe, saya cuba faham. tapi, tetiba ada kawan awak komen kat wallpost tuh, dia cakap gurl yang awak sayang tuh start dengan huruf T. eh awak, nama saya takde huruf T pon la awak. sapa T tuh awak?

pastu saya ada buat status tuju dekat awak, beberapa minit lepas tuh, awak mesej saya, awak cakap semua tuh salah faham, bila saya cakap pasal nak berpisah, awak cakap saya mungkir janji saya yang nak jadi makmum awak. awak ungkit tentang kisah awalawal masa kita mulamula kenal, awak cakap yang saya takpernah nak hargai awak, saya tak pernah sayang awak sebagaimana awak sayang saya, habis tuh ni ape? ni lagi. dan ini jugak. takpe la awak, mungkin saya yang tapandai nak tunjuk rasa sayang saya ni, saya mintak maaf banyakbanyak. malam tuh saya tastudy lansung awak taw, saya asyik fikir pasal hubungan kita.

agakagak macam mana saya masuk dewan exam dengan hanya berbekalkan ilmu yang saya belajar dalam kelas sambil telinga menyumbat MP3? agakagak saya akan dapat ke soalan yang ditanya dengan betul? entah la awak, saya taktaw, sungguh, saya serabut. :(

takpe, saya tawakal, saya jawab exam tuh dengan kepala otak yang penuh berserabut lebih kurang macam wayar charger yang bersimpul tuh. saya terbayangbayang muka awak dekat kertas soalan warna oren kat depan saya. walaupun ianya bewarna oren, warna kesukaan saya, ianya tetap tadapat nak bantu saya tenang tanpa perlu fikir tentang hubungan kita. saya kawal air mata dari membasahkan kertas soalan tuh, saya takut jiran sebelah meja saya nampak, saya takut dia fikir bukanbukan. saya keluar dewan exam dengan sebuah kekecewaan, saya tadapat jawab soklan exam tuh dengan baik. saya pasti akan mengecewakan parents saya kalau result saya rendah. saya takut la awak. T__T

semua tuh taberhenti di situ je, dalam masa saya menghitung hari menghabiskan final exam untuk foundation nih, saya terima satu kiriman mesej melalui pesbuk, awak nak taw apa yang ada dalam mesej tuh? iya, lampiran penuh chatting awak dengan seorang perempuan, dan apa yang buat saya terkejut, awak ajak perempuan tuh kapel, dan awak ada buat beberapa pengakuan pada perempuan tuh yang mana buat saya rasa betolbetol tertipu. kawankawan saya suruh sabar, jangan percaya, tapi saya taboleh nak menipu diri saya betapa saya sangat mempercayai kandungan mesej tuh. saya cuba dapatkan penjelasan dari awak, awak cakap awak dengan perempuan tuh takde pa pe, awak kesiankan perempuan tuh yang baru lepas clash, habes tuh awak tak kesiankan saya? takpe la awak, takpe. :(

lepas lebih kurang seminggu lebih saya kat rumah habes final exam, lepas banyak ujian dan dugaan yang kita tempuhi, akhirnya kita setuju untuk berpisah, masa tuh takde sebab yang jelas, tapi saya setuju dan ikhlaskan perpisahan tuh sebab mungkin hati saya pon dah tawar bila saya taw awak tipu saya. saya takmerayu untuk selamatkan hubungan kita bukan sebab saya dah tasayang awak, tapi saya takut kalau hubungan kita masih diteruskan, saya akan lebih terseksa. akhirnya ini berlaku juga. :)
lepas kita declare yang kita dah tade pape, saya tapernah kontek awak sekalipun, saya dah nekad nak melupakan awak, saya dah tanak terus terluka, saya tanak taw lagi pasal awak, dan masa tuh, saya taw awak kontek dengan kawan baik saya, tapi, saya malas nak tanya terperinci sebab bagi saya, ianya hanya akan menyusahkan saya untuk melupakan awak. masa tuh, hanya saya dan Allah yang tau betapa susahnya saya nak lalui ujian perpisahan tuh, kadang saya menangis, kadang saya berpurapura kuat, kadang saya cuba tersenyum, saya perlu tabah, biarlah air mata saya yang keluar masa tuh membawa pergi semua kenangan sepanjang kita bersama.

saya takkan bersedih lagi, saya akan kuat, doakan saya ye awak. terima kasih untuk setahun sebulan dan sehari perkenalan kita. :)

**************

entry di atas aku taip masa aku baru lepas clash, tapi aku tapunya kekuatan untuk publish. lama terperap dalam draft samapai dah jadi pekasam. memandangkan sekarang idea untuk aku meaip pon dah makin kurang, aku rasa tasalah untuk aku publish balik. :)

alhamdulilah, today, result untuk exam yang aku hadapi dengan penuh ranjau dan duri sebagaimana yang aku cerita kat atas tuh dah keluar, aku target result aku akan jatuh berbanding semester lepas.

yelakan, study entah kemana, emosi terganggu, semangat hilang terbang ke planet pluto, aku redha kalau result aku down walau aku yakin kalau itu berlaku, aku akan mengecewakan mama dan abah aku. aku target pointer aku mungkin dalam 3.5, tapi syukur alhamdulilah, aku dapat lebih dari tuh. walau bukan 4.0, tapi 3.88 sudah cukup untuk aku bersyukur sangatsangat dan buat parents aku gembira. alhamdulillah..

baidewei, aku tade chenta hati untuk teman aku study malammalam, tapi aku ada kawanbaik aku teman aku, bersamasama dengan aku saat aku diuji. dan yang pasti, Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya. :)

jadi, pada sapesape yang tengah kecewa putus cinta ke ape, mai jumpa aku, aku ada cara mudah, insyallah, atas kuasa tuhan, kita mampu merubahnya. ingat, kadangkadang, Allah tarik satu nikmat yang kita rasa sangat kecewa kehilanganya, pada hakikatnya, Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai.
Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya. tapayah nak nangis lawan pedang dengan takdir, just tunggu apa hadiah yang akan Allah berikan pada kau setelah DIA tarik sesuatu nikmat dari kau.

aku mungkin kecewa setelah aku ditinggalkan sang kekasih, tapi aku dapat sesuatu yang lebih baik yang dah buat mama abah aku gembira, sebab aku sanggup dikecewakan cinta dari mengecewakan mama abah aku dengan result yang rendah. terima kasih ya Allah. alhamdulillah :)

nota kaki : entry nih akan ada sambungan, cuma mungkin lambat sikit sebab aku sekarang ada masalah sikit, insyallah, ada ruang dan waktu, aku publish sambungannya. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar