Selasa, 02 Juli 2013

kahwin muda.

Assalamualaikum.

ke kanan ke kiri mop lantai belog yang berdebu, lompat lompat sambil sapu sawang, selak rambut ala ala iklan shampoo rejoice sambil menyanyi lagi hindustan. fuhhh lama betol tak update belog. last entry bulan january, ni dah masuk july. kalau kawin kompem dah tengah sarat mengandung nih. hihihi

memandangkan dah lama sangat tak menulis, tangan pun macam kaku je nak menari atas keyboard ni. asyik tertypo je. dekat seribu dua belas kali jugak aku tekan backspace sampai dah masuk ke dalam dah keypad tuh. eh betol ke orang panggil keypad? ahhh lantak la, malas aku nak tekan backspace lagi semata mata untuk puaskan nafsu eh ape pulak cakap pasal nafsu ni ishhhh.

kalau kau rasa aku tulis entry ni dengan niat nak buat entry ilmiah, memang kau silap besar la. mana la aku nak dapat idea perihal ilmiah ni. kalau pasal Teduhan Kasih ke Sebenarnya Saya Isteri Dia tuh tahu la aku. biasalah remaja zaman sekarang, tak habes habes dimomokkan dengan cerita suami isteri yang bajet suwit muwit padahal alam realiti entah ada ke tidak kisah cenggitu. ahh menyampahnya aku dengan drama melayu yang entah ape ape nih haa. berminggu minggu aku folo drama tuh tup tup ending macam hampas kelapa. tak best langsung. plot drama melayu zaman sekarang mesti mula dengan kawin paksa dah tuh tetiba bahagia then datanglah pemusnah rumah tangga yang jeles dengan kebahagiaan itu . ending tetap sama. kembali bahagia dengan scene dok manja manja sekali dengan anak-anak. ohmaiiii drama melayu. zzzzzz

"alaaa cakap je la padahal kau jeles kan eruzu sebab kau tuh tak kawin kawin lagi. calon pun takda tuh yang kau jeles kan?"

*angguk perlahan-lahan sambil menangis*

umur 21 still takda calon kira forever alone dak? :(
doa masa kat jabal rahmah nak dapat suami
yang dapat bersama sampai syurga. :')
tapi honest, memang kalau boleh nak sangat kawin di usia muda. baru lah dapat manja manja, dapat gedik gedik. dapat......... okbai

aku maksudkan dapat sembahyang berjemaah dengan suami. jangan nak otak kuning. -.-"

Rabu, 09 Januari 2013

hai myvi DBY 5050

Assalamualaikum.

ekceli mata aku tak berapa nak sihat ni, maklumlah dah tahu penyakit resdung tahap kronik boleh pulak pi telan udang kerang sambal belacan sekaligus. nah hamekkkk kau mata merah bengkak bengkak sikit sampai nak sujud masa semayang pon tak boleh lama lama. eh bajet macam masa tak sakit lama je kan aku sujud padahal ting tong ting tong siap semayang sekali dengan zikir dan doa lagi bahahah.

semalam aku kena denda sebab datang lewat untuk kawad pagi unit beruniform dan aku malas la nak komen lebih lebih pasal kemarahan aku pon dah menyejuk kang kalau ungkit balik mula lah aku nak carut marut karut segala bagai kannnnn. so lupakan dan abaikan secukup rasa.

haaa, nak buat pengumuman ni, sape tahu pemilik myvi putih bernombor pendaftaran DBY 5050 tolong laporkan pada balai polis berhampiran. ehcece dah rupa macam penjenayah je kheenn. dak aih, aku nak tau pemilik myvi tuh sebab dua tiga hari nih selalu sangat kami selisih. aku pi kelas dia pon pi kelas, aku balik kelas dia pon balik kelas adakah ini cinta....? ohh maannnn apa barang cakap pasal cinta pulekssss.

salah satu sebab aku nak tahu pemilik myvi tuh sebab tuannya insyallah kalau takda aral melintang adalah kelantanese. haaaa, macam biasa la kelantanese punya pasal kompem la aku tak menyombong sangat. ada la aku reply senyum dia hari tuh. dah tu setiap kali jumpa boleh pulak dia himpit himpit aku. haaa yang tuh mintak kaki gayanya. tapi takpe, kelantanese punya pasal aku wat lek wat pis sap kok luuuuu bahahaha. tak cool la marah kawan satu negeri walhal kami di bawah pimpinan yang sama iaitu tuan haji guru nik aziz dan peminat kental lagi setia lagi tegar the red warrior. eh? macam takda kena mengena kannnnn? whatever.
yang anti TRW tuh tak payah sibuk nak bash TRW kat sini.

ok fine sebenarnya takda motif pon aku naip entry ni, saja nak tunggu nasik jatuh ke perut sebelum tido, ittew taknak peyuttt ittew muncittt. eiwwwww *muntah*

nota kaki : ingat lagi kisah aku dengan reza? btw hari tuh dia masuk hospital buat operation, semoga cepat sembuh ye awak. :)

updated : tadi (13/1/2013) sekali lagi kami jumpa and depa ada tego tego aku tapi oleh kerana jarak jauh sangat malas la nak bagi respon kihkihkih padahal aku nak kena langgaq dengan basikal masa tuh hmmm haaaahaaa