Selasa, 17 Januari 2012

aku orang kampung, kau orang bandar. tahniah lerrrr~

Assalamualaikum..

untuk duatigahari nih, aku akan usaha segigih mungkin untuk hapdet harihari, kalau boleh lapan entry sehari biar sampai kauorang yang baca sampai terberak keluar emas. itu baru dinamakan kesetiaan kan kan kan. apa kenamengena antara aku hapdet lapan entry sehari dengan kesetiaan usahlah kau tanya, aku takde masa nak fikir persoalanpersoalan yang tamasuk exam macam tuh. *senyum sombong sambil kaki silang sehabis tinggi

lagi satu, tapayah kau nak bertepuktampar dengan jiran sebelah rumah bila aku cakap aku dah tak hapdet nanti, walaupun mungkin masa tuh kau rasa sangat gembira sebab tabazirkan masa kau yang berguna tuh dengan membaca entryentry yang taberilmiah dari aku. tolong jangan meloncatloncat. buruk kau tau. buruk. =,=

dan jangan pernah nak sebarkan kontrobesi yang aku cuti bersalin hanya kerana aku jarang hapdet nanti. aku masih dara, belom berkahwin, berwajah ayu, berlesung batu, bermata kuyu, dan kau boleh muntah jika kau mahu.

nampak tak? nampak? nampak tak kehebatan aku mengolah ayat menjadikan ianya cukup puitis, romantika dan penuh dengan elemen meriakkan diri sambil bergembira mengembangkan lubang hidong sendiri. nampak?

iyaaa, aku tau kauorang cukup mengagumi ketinggian penguasaan bahasa melayu aku, ohh, aku takkan bagitau korang yang aku dapat A+ masa SPM dulu subjek bahasa Melayu. aku tanak kauorang kata aku riak. riak itu dosa.

apa...?
aku dah TERbagitau yang aku dapat A+ dulu...?
TER...?
eh eh, aku rasa kauorang faham kenapa orang menggunakan imbuahan TER kan kan kan?
faham....?
apasal kauorang gelenggeleng kepala...?
*muncung bibir sepanjang 22mm.
baiklah, kembali ke pangkal jalan, khamis nih aku akan balik Kelantan dah, cuti seminggu, ohhhh, sila jangan nak tunggu depan rumah aku ramairamai, aku tau kauorang dah lama tunggu aku balik kan? iyaiya, aku akan adakan satu press konperen nanti, so, tapayah nak bukak khemah depan rumah aku nak sambut aku. rimas okay. *aku tadah muntah korang.

yang paling mustahak, kat rumah aku tuh nanti line internet sama laju dengan kau merangkak masa tengah tahan cirit. laju gilerrrrr okay! kalau hujan siket, mulalah internet lari entah kemana, ada yang lari marathon, lari dalam guni, larilari polis entri, lari dari rumah, macammacam lari lagi la, penat la nak mention satusatu. *kesat peluh.

kat area rumah aku tuh, jarangjarang je nak dapat line 3G, line GPRS je yang selalu nak mencapub. maklumlah, rumah aku tuh area kampung, aku ni pon orang kampung, petangpetang dok kat beranda anyam tikar mengkuang bentuk bunga kekwa. jadi, takmustahil la kalau line internet berukban pusaka tuh selalu buat hal. okay, aku tanak emo. =,=

kadangkadang, ada la jugak aku rasa sedih campur geram secukup rasa. kau bayangkan, aku syoksyok dok donlod movie, tetiba internet terputus tanpa bagi signal pon, kalau iman aku takuat, aku bako je menara telko depan rumah aku tuh, ratakan lotnya dan tanam buah stroberi. adanya jugak masuk income. tuh lagi baik dari aku merompak bank kan?

ehem, esok aku ada kelas pagipagi, so, aku perlu tido sekarang, atau mungkin esok aku akan tido lagi dalam dewan kuliah macam yang aku buat hari nih. malu aku kau tau! =,=



Tidak ada komentar:

Posting Komentar