Senin, 31 Oktober 2011

suggestion untuk aku jadi kaya pelis

Assalamualaikum..

hai ahli mesyuarat tingkap jendela window sekalian..
apa kabar ahliahli sekalian?
aku rasa ni first entry aku tanya khabar orang.
malaysia book of record, take note please!

baiklah, aku takboleh tido.
aku syak ada orang jampi aku.
ni tade lain, nak sabotaj aku la ni.
apa taktau ke hukum hakam agama.
okay dah, jangan nak bangang percaya ada orang jampi aku.
tolong jangan bangang sampai begitu sekali.

kau taw, hari sabtu, aku berada di kelantan.
dengan bantuan flight CC7 berwarna biru, pada hari ahad aku sudah berada di negeri kedah.
keesokan harinya, pada pukul sepoloh pagi, aku meninggalkan bumi kedah dan meneruskan perjuangan ke perlis pulak.
dan hari seterusnya yakni hari ini yang mana bersamaan 1 november 2011, dengan izin Allah, aku akan berada di selangor pulak.
kau nampak berapa negeri aku jelajah?
kau hade? (nada rokiah propa)

apa?
kenapa aku tak duduk ipda diamdiam?
aku participate sukansukan peringkat universiti dekat uitm arau?
aku buat lawatan sambil belajar ke shah alam?

bukan, bukan.
bukan dengan sebab di atas aku berada di negerinegeri yang aku sebutkan di atas.
bukan sama sekali.
sebab musabab yang paling utama adalah sebab aku tanak riak.
takfaham?
baiklah, biar aku terangkan.

sekarang, duit aku agak banyak,
aku takut bila duit aku banyak aku  jadi riak,
dan, untuk elakkan duit aku banyak,
aku pergi shoppim,
shopim setakat satu negeri mana best,
so, aku pilih 4buah negeri.
nampak tak hubungkaitnya di situ?
nampak tak?
nampak tak?
okay, jangan jawab.

dan kalau korang nak taw,
kerana shopim, aku boleh jadi lupa dunia.
lupa akhirat.
lupa harga minyak baru naik.
lupa next week final exam.
lupa tengok citer Soffiya.
lupa betapa hensemynya fizo omar.
lupa orang johor.
lupa tengok Keeping Up With The Kardashians yang nabil dok sebutsebut masa maharajalawak dulu.
lupa untuk buat-buat lupa tentang aku yang tengah study week sekarang ni. lupa segalagalanya.
bahaya... kan?

dan dengan menjelajah 3buah negeri
(kecuali selangor sebab aku akan sampai pukul 9malam nanti), aku dah habiskan rm650.
enam ratuslimapuluhringgitmalaysia.
aku bukan anak raja mahupun perdana menteri untuk berlagak sampai begitu sekali.
tapi, akibat kedunguan aku dan kelupaan yang aku alami, i did it.
habiskan RM650 dalam masa duahari.
ahhhhh, aku rasa nak bunuh diri selepas kira perbelanjaan aku.
*jeling rumate aku dengan muka saiko*

tadi, aku bukak purse aku.
ada lagi RM37.30 campur dengan duit kawan aku pinjam sepoloh ringgit.
atau dalam bahasa jujurnya, dalam purse aku hanya ada
RM27.30
maknanya, aku nak naek bas pukul 3 nanti untuk ke shah alam dengan hanya duit duapuluhtujuhringgittigapuluhsen.

beli nasik tengahari dengan ayaq lebih kurang RM5.
dah aku jenis pening bila naik bas, asam mestilah dibeli seguni, RM5.
air mineral, RM1.
dan aku baru lepas check balance nombor maxis aku, baki ada duaplohsen, means kena topup RM10.
nanti bas berenti dekat R&R, nak masuk toilet kena bayaq lagi tigapolohsen.

so, aku akan survive dekat sana untuk duahari dengan hanya RM6.
iya.
aku hanya ada RM6.
RM6.
nak aku ulang lagi?
eh, takuasa aku.

aku tengah pikir aku nak rompak bank mana ni.
atau mungkin kedai emas berhampiran.
atau mungkin culik anak orang kaya dan minta tebusan.
atau aku perlu jual balik semua barang yang aku dah beli ni dengan harga yang mahal duakaliganda.
any suggestion?

nota kaki : terima kasih pada mereka yang sudi bawak aku jalanjalan :)
terima kasih sebab buat poket aku kosong.
ringan sikit aku nak gi manamana pasni.
kalau tak, mesti berat je poket ni.
korang memang sahabat dunia akhirat!

Kamis, 27 Oktober 2011

untuk mereka yang putus cinta (skema tak title entry aku?)

Assalamualaikum..

aku pernah putus cinta.
mungkin sekali.
sekali.
eh, sekali ke?
atau mungkin sudah dua kali?
aku sendiri tataw apa status hubungan 'kami' sekarang.
pelik kan?

muka fruz putus cinta.
*lakonan sematamata*
okay, abaikan saja intro di atas sebab bukan kisah cinta aku yang aku nak kongsikan sekarang.
bukan jugak nak kongsikan kisah cinta client aku yang asyik buzz aku kat ym citer masalah cinta dia dengan awek dia.
tapi, satu kisah cinta yang aku kira agak menarik untuk dikongsikan bersama.
ahh, aku taw ayat aku sangat skema.
tapi, tolong la jangan nak pertikaikan sebab aku malas nak tekan backspace.
tolong mengerti.

baiklah, aku nak minta korang bukak mata, bukak minda untuk fahami kisah dibawah.
ohh, lawak bodoh seperti bukak baju adalah sangat kuno untuk zaman manusia makan shushi ni.
tapi, jika anda seorang lelaki yang mempunyai sixpack, aku rasa anda dibenarkan buka baju.
ahhh, apa aku mengarut ni.
mudah benar terpesong akidah.

okay, teruskan pada cerita di bawah.

******

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”

Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”

Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku.”

“Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.

“Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”

Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.

*****

see?
nampak?

so, kalau korang jenis yang macam aku (?),
jenis yang setia,
jenis yang ikhlas,
jenis yang hanya taw mencintai satu manusia dengan sepenuh hati,
jangan menangis.
kita hanya kehilangan kehilangan orang yang takmencintai kita.
tapi, orang tu la yang patut nangis, sebab kehilangan manusia yang ikhlas, setia mencintai dirinya.
kebahagiaan terletak kepada betapa seseorang itu mencintai kita, bukan betapa kita mencintai orang lain.
~EruzuLiyana 2011~ 
baiklah, sekejap lagi sudah pukul 7.
citer feveret aku kat tv3 akan ke udara.
aku perlu bersiap untuk berebut tv dengan adik aku.
kadangkadang prinsip 'kakak selalu mengalah' perlu ditolak ketepi.
perlu.
perlu demi fizo omar yang hensem.
aku suka dia.
fullstop.

nota hati : apa status diri aku sekarang eh?

Rabu, 26 Oktober 2011

aku pon nak cerita pasal deepavali jugak.

Assalamualaikum..

hujan.
aku baru siap jemur kain sebakul.
kecewa?
mungkin aku perlukan kbmall untuk bunuh diri.
ahhh, besar dosanya bunuh diri.
heyy jangan mainmain soal agama.
kena panah petir nanti, nak?

bila dah hujan macam ni.
tapayah nak cakap la kan kelajuan berukband ni kan.
kalau takena carut dengan aku, memang aku punya komen kat fb tak keluar la kan.
tekan keyboard sampai tenggelam pon, xjugak publish aku punya status.
macam ada satu konspirasi nak dajjalkan aku je kan.
ahhhh, aku campak jugak berukband ni luar tingkap.
kang ada cop aku tabersyukur pulak.
susah betol hidop ni.
tapi mati lagi susah.
naknak manusia yang kurang beriman macam aku ni.
asyik nak enjoy je kejenye.
*kesat ayaq mata keinsafan*

ohh, aku lupa, hari ni deepavali.
patut la semua anak beranak aku penuh rumah je hari ni.
hari cuti rupanya.
biasa, aku celik mata, aku sorangsorang je.
tapi hari ni, celik mata, dah dengar suara puan mama dok berborak dengan bekas-mak-mertua aku.
aku curicuri dengar dari dalam bilik aku kotkot dia datang nak meminang aku.
hampa.
dia datang nak ajak puan mama gi kenduri rumah dia bulan sebelas ni.
haa, tapayah nak buat kontroversi dengan mengatakan bekas skandal aku yang nak kawin.
bukan.
nanti ley la aku purapura teman puan mama g umah dia, mana taw, cinta lama bertaut kembali.
ahh, sudah.
aku geli memikirkannya.

aku taramai kawan yang sambut deepavali ni.
dari kecik, aku belajar dekat sekolah yang berpesekitaran melayu je.
lau ada yang indian pon, memang tasebanyak bulu hidung aku la.
masa aku darjah 2 kalau tasilap, aku ada member sekelas nama Rubassini ( sori kalau salah eja).
aku takingat sangat kenangan aku dengan dia.
tapi, dia adalah indian girl yang pertama jadi kawan aku.
maklumlah, manusia jakun macam aku, mana pandai nak bergaul.

pastu masa form 1 sampai form 3, aku sekelas dengan Vnesh.
dia sangat hensem okay, semua indian girls sekolah aku suke dia.
okay, aku tipu.
tapi betol la, vnesh ni hensem dan baik orangnya.
muka dia dengan shah rukh khan tabanyak beza la.
masa sekolah dulu, ada la jugak bebudak ni yang saja cipta kontroversi aku dengan vnesh ni.
biasalah, budak takmatang.
dan barubaru ni, aku dengan sedara yang baubau bacang dengan aku, menjejaki kehilangan vnesh.
cari punya cari, lastly aku jumpalah facebook dia.
dengarnya sekarang dia belajar dekat johor.
ahhh, johor lagi.
kenapa perlu johor.
taw tak hati aku tersayat setiap kali dengar perkataan tu.

lepastu, ada sorang junior aku masa sekolah menengah terus menjadi junior aku di ipda sekarang.
hubungan kami dikira agak baik la.
almaklumlah, aku dapat amanah dari bekas cikgu aku (her dad) suruh tengoktengokkan dia.
she is owsom okay.
sangat rajin study.
selalu datang jumpa aku tanya pasal pelajaran.
dia silap orang.
mungkin dia belum sedar betapa pemalasnya aku.
tahap nak angkat kening pun siap misscall abah aku kat ofis suruh balik angkatkan kening.
nampak tak betapa pemalasnya aku?
ohh, lupa nak cakap, nama dia, eswarapriyaa.
aku dengar citer, dia punya baju raya cost about 800++.
homaigad, tiga tahun aku punya cost untuk baju raya.

selain dari itu (skema) , aku jugak kenal ramai indian lepas aku masuk ipda ni.
antaranya manju, priya, kanamah, kalayarasi.
sebab kelas aku selalu gabung dengan kelas mereka.
ahh, jangan nak buat kontroversi aku gabung kelas tamil dengan diaorang.
aku takberapa rapat dengan diorang, tapi kehadiran mereka sangat mencuri tumpuan aku dengan rekaan baju punjabi (?) mereka yang bewarnawarni.
aku suka tengok mereka pakai baju kebangsaan mereka sebagaimana aku suka tengok lelaki pakai baju melayu.
owh, sungguh owsom lelaki berbaju melayu.
naknak lau baju melayu kaler oren yang disinsing lengan.
memang tergugat iman aku.
ahhh, sudah lari dari topik.
kembali ke pangkal jalan.

sebagai bekas pelajar yang mendapat A dalam pmr dan spm bagi subjek bahasa inggeris,
aku sangat berterima kasih pada teacher seetha.
beliau sangat garang okay.
sekali kau tak siap homwork, bersedia la untuk hukuman gantung sampai mati.
tapi, sebab kegarangan beliau la aku dapat A.
sampai sekarang, dia masih ingat aku.
bukan setakat aku, adik aku pon dia hafal nama.
itulah kehebatan teacher seetha yang semestinya digeruni semua peringkat umur.
tapi, jauh di lubuk hati, she is nice and funny.

dah masuk ipda ni, ada duorang lecturer aku indian.
dr.siva and miss kally.
both of them teach me in grammar.
ahhh, aku memang bodoh grammar.
nasib baik this two awesome lecturers sudi ajar aku.
lau tak, maunya aku repeat paper every sem..
terima kasih ye miss and dr.
do pray for me in dis coming final.. (:
ini dr.siva..
dia sangat nice..
pernah belanja aku dengan farhan.
he is handsome right?ahaa
as a conclusion, happy deepavali to all of you yang menyambutnya.
terima kasih kerana menjadikan hidup saya cukup 'satu malaysia'.

Selasa, 25 Oktober 2011

macam mana eja bunyi yang dikeluarkan bila kenyang? sendawa? sedawa?

Assalamualaikum.

aku baru balik bertapa.
di sebuah gua.
dalam gua tu broadband aku tade coverage.
bukan tade lansung.
ada.
tapi sangat slow.
taw apa itu slow?
bagus.
pastu tok guru aku tabagi aku update entry, katanya boleh menganggu proses pertapaan.
aku akur.
ye, aku sangat mendengar kata.

aku sebenarnya heran dengan diri aku.
bangun pagi tadi macam ada benda tersekat dekat keronkong aku.
lepas aku telan sebaldi air, tak juga benda tu hilang.
Benda alah ni aku azan sampai anak tekak tersimpul jadi reben pun tak hilanghilang jugak.
aku syak ada orang suap makanan dalam mulut aku masa aku tido semalam.
cubaan membunuh aku mungkin.

oleh kerana benda yang tersekat kat keronkong aku tu,
hari ni aku sendawa banyak kali walaupun sebenarnya aku tengah lapar.
biasa orang sendawa sebab kenyang.
heran, how can ha?

tadi, masa aku teman mama aku pergi beli sayur (?) di tujuhsebelas, ada sorang laki yang agak hensem beratur belakang aku.
agak la, tade la hensem mana pon.
dengan control ayunya, aku bagitau akak cashier :
“kak, topup celcom rm30 errrrrrr….”
korang taw kenapa ada perkataan ‘errrr’ kat ayat aku tu?
bukan.
bukan sebab aku gagap.
tapi itu bunyi sedawa.
sedawa aku..
ye, aku sedawa.
kuat?
mungkin.
malu?
semestinya.
demn =,=

laki hensem tu gelakkan aku.
gembira betol dia ketawa.
ketawa macam tengok kumpulan sepah buat lawak.
aku pandang dia dengan jelingan maut.
aku geram.
aku marah.
aku rasa muka aku dah merah macam warna selimut aku.
aku perlu balas dendam.
dengan selamba, aku rampas air slurpee dari tangan dia.
apa aku nak buat?
minum sampai habis air dia?
itu tindakan yang kurang bijak.

tanpa fikir panjang mahupun pendek,
aku simbah slurpee tu tepat kena kat baju polo black market warna pepel yang dipakainya.
basah.
puas hati aku.
aku bayar topup tadi dan melangkah pergi dengan segaris senyuman bangga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“dik, ni topupnya dik. adik adik ADIKK!”
suara siapa tu?
aku rasa macam ada orang pegang tangan aku.
akak cashier.
kenapa dia pegang tangan aku?
ahhhh, ruparupanya aku dah ke alam lain tadi.
apa yang aku buat kat lelaki hensem tu semua hanyalah imaginasi.

hakikatnya, aku masih lagi berdiri di tempat cashier tu.
dan lelaki hensem itu masih tersenyum pada aku,
dan slurpee masih lagi di tangan dia.
aku pandang baju polo black market warna pepel yang dipakainya.
takbasah.
aku bayar topup tadi dan melangkah pergi dengan segaris senyuman malu.

wahai doktordoktor malaysia dan afghanistan, apakah penyakit yang sedang aku alami ni?

nota kaki: sebenarnya aku tataw yang mana ejaan yang betol..sendawa ? sedawa ?

Jumat, 21 Oktober 2011

aku punya cerita, tentang kekasih yang tercinta.

Assalamualaikum..

lagi beberapa jam lagi dah nak masuk tarikh 22/10..
duapolohempatjam lepas tu dah masuk tarikh 23/10..

korang taw apa sejarah yang berlaku pada dua tarikh yang aku nyatakan tu?
haaa, dah terlambat untuk korang selak buku sejarah..
sebab korang takkan jumpa pon sejarah tarikh tu..

dua tarikh tu bukan berkaitan dengan kemajuan ekonomi malaysia,,
bukan juga tarikh perkahwinan najib dengan kakros..
semestinya jugak bukan tarikh dr.rozmey beli ferrari..
bukan.
bukan.
nak aku ulang lagi perkataan bukan tu?
ahh, takuasa aku..

yang sebenarnya, tarikh tu berkaitan dengan hidup aku je pon.
sejarah hidup aku..
ahhh, aku malas nak ingat sebenarnya..
tapi, aku rasa nak juga bagitau..
motifnya, sebab aku nak tunjuk betapa hebatnya kisah hidup aku..
aku nak riak?
mungkin..

aku pernah jatuh cinta dua kali sepanjang 19tahun lebih aku hidup..
ye, aku dilahirkan pada tahun 1992..
ye, aku taw korang cekap matematik untuk kira tahun kelahiran aku.
teruskan..

aku suka ramai orang..
aaron aziz, amir raja lawak, mamat sepah..
aku taksuke diorang.
sebab aku suka abang yang nyanyi nasyid.

tapi, setelah diselidik dan dikaji, hanya dua manusia yang aku pernah betolbetol sayang..
ingat tu, aku hanya pernah sayang orang lebih dari kawan biasa hanya duaorang.
duaorang untuk 19taun kehidupan aku.
ye, jelas disitu aku bukan player.
sebab, bukan senang untuk aku jatuh cinta.
aku rasa, aku lagi banyak kali jatuh tangga daripada jatuh cinta.
sebab sakitnya jatuh tangga taseberapa dibandingkan dengan sakitnya jatuh cinta dan cinta itu dikecewakan.
demn =,=

nampak tak betapa istimewanya duaorang makhluk ni?
ahh, tolong janganh nak over dengan mintak aku dedahkan nama dua orang makluk bertuah tu..
aku tanak mereka riak.
aku tanak mereka berdua masuk neraka..
baik kan aku?
ye, terima kasih.

apa kena mengena dengan tarikh di atas?

sabar la..
aku nak cerita la ni..
iman ada ke tak ni?
sabar tukan separuh dari iman.

22/10?
23/10?

sebenarnya, dua tarikh tu adalah tarikh dimana kisah cinta aku bermula..
memang.
memang tade kena mengena dengan korang.
tapi, aku nak cerita jugak.


tak suke?
sila tonggeng bontot agar senang aku nak terajang korang ke planet lain.
aku garang?
eh, tadelah.

pertama kali aku jatuh cinta adalah pada manusia yang namanya bermula dengan huruf M.
ye, pada  tarikh 23/10 hubungan kami diistiharkan oleh penyimpan mohormohor besar dengan rasminya.
dua tahun lebih hubungan kami bertaut walau kadangkadang dilanda badai.
ahhh, jangan korang nak gelakkan aku hanya kerana bahasa aku berbunga di situ.
namun sayang seribu kali sayang, bersamaan dengan seribu sayang.
wah, dah macam betul je persamaan quadratic tu..
sayang seribu kali sayang hubungan kami takdapat diselamatkan..
17/12/2009, semuanya berakhir.
dengan memakai selendang dengan jambul tersembur ditambah dengan spek besar gajah, mahkamah mengesahkan penceraian kami dengan talak tiga..
*kesat ayaq mata*
dan sampai sekarang, tarikh 23/10 akan sentiasa aku ingat..
kalau hubungan kami masih bernafas, mungkin ucapan Happy-Anniversary-yang-ke-empat -papa! akan berkumandang di telinga beliau..

okay, tutup cerita kisah 23/10.
kita undur sehari sebelumnya yakni 22/10..
tapi pada tahun 2010.
pada tarikh 22/10/2010, aku berkenalan dengan manusia kedua yang berjaya mencuri hati aku..
pertama kali beliau mengepost di wall aku adalah pada tarikh tersebut walaupun kami dah friend dekat fb dari bulan july taksilap aku..
ahh, bulan july adalah besday cinta pertama aku..
*gelenggeleng kepala sambil lari terkedekkedek*

setelah sekian lama (?), aku tutup pintu hati aku dengan alarm system tahap first kelaaasss sebab kecewa dengan cinta pertama, berkat kehebatan beliau, akhirnya hati aku berjaya beliau curi.
kiranya beliau sangat hebat la kan?
(mungkin beliau baca entry ni, so, sila tepuk tangan untuk kehebatan diri sendiri)

nampak tak betapa hebatnya duatarikh tu dalam hidup aku?


baiklah, aku malas buat penutup untuk entry kali ni.
aku ada kerja nak dibuat.

Rabu, 19 Oktober 2011

foundation untuk putihkan kulit yang dijamin berkesan.

Assalamualaikum..

semalam aku menghadapi kesukaran untuk tidur walaupun aku sangat mengantuk.
aku rasa aku terlelap pun dalam pukul 4 pagi tadi.
mungkin.
mungkin juga pukul 4.47...
aku tak pasti. 
aku tak tengok jam.

sekarang, aku baru bangun dari lena.
jam menunjukkan pukul 12 tengahari..
tu pun selepas mama aku call tanya pukul berapa nak bertolak balik.
ahhh, mama betolbetol rindukan aku rupanya.
sungguh aku terharu.
*kesat air mata*

ohh ya, sebelum aku lupa, aku dah nak habis semester 3.
today is da last day for kuliah.
tapi, sebab bebudak kelas aku semua dilahirkan dengan otak yang bijaksana (?), semua pandai je mengampu lecturer suruh batal kelas.

so, malam ni aku akan balik rumah dengan bas.
ye, dengan bas.
aku takisah naik bas..
sebab kalau diberi pilihan sama ada naik bas atau helikopter,
memang aku pilih bas.
bukan sebab aku gayat naik helikopter.
what?
aku jakun?
bukan la ngok.
tapi sebab rumah aku tade tempat landing helikopter.
tunggu pilihanraya nanti la,
kotkot ada peruntukan untuk keluarga aku 3.4billion.

aku cuti dari 20/10/2011 sampai 29/10/2011.
ye, cuti deepavali ditambah dengan cuti sem secukup rasa.
lepas bukak cuti tu, dah study week.
then aku punya final exam.
lepas habes exam, maknanya aku dah habeskan program foundation. 
(bukan bedak asas yang korang tempek kat muka tu).
next sem aku dah masuk degree.
hopefully pointer aku untuk program foundation ni takkan mengecewakan perasaan rakyat malaysia la. =,=
aku tanak sebab pointer aku drop menjunam macam semester lepas, ada perhimpunan demostrasi haram pulak.
sungguh, aku cintakan keamanan.

(baru aku ingat, aku basuh kain, lebih baik aku jemur sekarang, kalau tak memang seminggu la kain aku di ampaian ta berangkat)

baiklah, sambung balik.
kat mana kita tadi?
ohh ya, pasal pointer aku.
ye, pointer untuk semester ni akan dicampur dengan semester lepas dan semester sebelum semester lepas untuk mendapatkan pointer keseluruhan bagi program foundation ni.
haruslah untuk aku risau.
pointer semester lepas aku drop 0.1 .
dan aku tanak untuk semester pon drop lagi.
ahhhh, aku sangat risau.
nampak tak muka risau aku?

tapi, probability untuk aku belajar bersungguh semester ni adalah sangat rendah.
sebab ada pertindanan dengan cuti sembelih lembu.
dan kali ni, suasana final exam yang aku lalui turut berubah.
ye, berubah.
ahh sudah, aku tamau ingat lagi.
*gelenggeleng kepala penuh dramatik*

dan sebenarnya, aku belum packing barang pon lagi.
kan best kalau ada suami, boleh tolong aku packing.
errr, macam pelik je.
abaikan.
we shall never be separated through :) through :(
nota kaki : bila terasa rindu, ku sebut namamu, dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku, dan semalam kau betulbetul muncul dalam tidurku. i really miss you incikdomosaya.

Senin, 17 Oktober 2011

aku nak bawak korang mengembara nih, sape nak ikut? free je~

Assalamualaikum..

di saat semua manusia tengah tido mampos tak ingat dunia maupun akhirat, aku sorangsorang sedang terkebilkebil depan lappy.
bukan!
bukan buat esemen ke apa..
tapi aku tengah tulis apa yang tengah korang baca ni la..

sebenarnya tadi aku dah tido lepas tengok movie sekerat jalan,
apa kaitan movie tu dengan jalan janganlah korang nak persoalkan pula..
tapi, tetiba je aku terbangun..
kalau dulu, zaman 'berumahtangga' , mesti aku mula mesej beliau..
sekarang, terpaksa la aku bukak lappy, naip mende alah ni..
bosan?
mungkin.

aku nak bawak korang mengembara ni..
apa?
bukan la~
bukan mengembara ke alam fantasi la ngok..
*gelenggeleng kepala sampai terkehl bahu*
tapi, mengembara kepada satu persoalan..

bayangkan korang berada di situasi ini..

sekarang dah pukul 2 3 pagi..
tapi korang takleh tido...

TV tak ada cerita best, tupun kalau korang ada TV la, aku kat sini memang miskin sikit..
bukak internet yang lembap macam kurakura patah kaki, pon tada benda best...
nak baca buku ilmiah, takut makin bijak pulak...
nak baca buku taberilmiah, stok yang ada semua dah khatam berjuta kali sampai ingat setiap ayat pada perenggan berapa mukasurat berapa..
nak bergayut macam monyet, korang ni single mingle.
nak main mesej, tade yang nak layan, tambah dengan celcom buat hal malam ni..
nak makan takot gemok, apa ingat senang ke aku nak mengembalikan berat badan aku macam sekarang ni...
nak keluar pergi jalanjalan memang kira nak mampus la sebab pukul sekarang dah pon 2 3 pagi..
dan korang jenis malas beramal ibadat pulak tu...

so, agakagak apa yang patut korang buat?

nota kaki : hafiz, be strong my dear! nekad dan yakin dengan keputusan yang diambil, family is the best relationship in this world, tapayah nak menyesal lepas ni :)

Minggu, 16 Oktober 2011

5W 1H untuk stalker yang hebat! :)

Assalamualaikum..

siapa manusia kat dunia ni yang pernah jadi stalker angkat tangan?
fuhhh, satu dua enam lapan enambelas uhhh ramairamai..

baiklah, 
seterusnya soalan berkonsepkan 5W 1H..
mesti korang taw kan apa itu 5W 1H ni kan..
ingat tak masa sekolah dulu, sebelum buat karangan, mesti cikgu suruh buat mind map guna konsep 5W 1H..
apa?
cikgu korang takajar?
kesian, sape nama cikgu tu?
*posing detective conan

owh ya, sebelum tu, aku lupa nak suruh korang jatuhkan tangan korang..
patutlah dari tadi aku bau macam ketiak tiga rasa..

menurut kamus dewan edisi khas dewan bahasa dan puaka, 5W 1H adalah singakatan kepada what, where, why, when, who dan how..
aku rasa tidak perlu aku translate satu persatu sebab majoriti dari pembaca blog aku ni semua terer bahasa inggeris, muka takpernah nak kalah dengan edward kulempang..
so, agakagak dah boleh kot kita teruskan ke perbincangan kita..
boleh?
bagusss..

baiklah, di intro entry ni tadi, aku ada tanya siapa yang pernah jadi stalker..
pastu aku jugak ada sebut pasal 5W 1H kan..
mesti korang yang lembap takdapat nak fikir apa hubungkait dua mende tu kan..
tape, jangan rasa rendah diri..
aku tak hina pon, cuma mungkin memperlekehkan sikit je..

*cuba kaitkan STALKER dengan 5W 1H*
sebenarnya, aku nak buat kajian pasal stalker ni..
so, sape yang merasa diri mereka adalah stalker yang hebat, sila jawab soalan dibawah dengan memastikan anda tidak menampakkan kebodohan anda di khalayak ramai.

  • What - apa yang korang stalk?
  • Who - siapa yang korang stalk?
  • Where - di laman sosial yang mana yang korang dijadikan medan untuk korang mengasah bakat jadi stalker?
  • When - bilakah waktu yang paling sesuai untuk stalk?
  • Why - kenapa anda memilih untuk menjadi stalker?
  • How - bagaimana untuk menjadi stalker yang berjaya?
dan untuk pengetahuan rakyat malaysia dan sekitarnya, aku merupakan salah seorang stalker yang hebat di facebook.

banyak anugerah yang telah aku menangi sepanjang berkecimpung dalam bidang ini..
ahh, tolong jangan gelakkan kehebatan garapan bahasa sastera aku kalau tanak makan nasik pakai straw.
antara anugerah yang betulbetul berjaya membuat aku jadi riak tahap hidung kembang korek pakai ibu jari kaki adalah :
  • anugerah stalker paling popular di ABPBH 2011 (anugerah bintang popular berita haruan)
  • anugerah stalker wanita paling kiut di AIM (anugerah industri mukabuku)
  • anugerah stalker sepanjang zaman di AJL 2011 (anugerah juara lampu) 
ni gambar masa aku nak terima anugerah stalker terbaik peringkat negeri kedah..
nampak tak betapa hebatnya aku?
okay, sudahsudah!
stop buat muka kagum..
aku penat nak hidup dalam dunia yang penuh riak.

baiklah..

tadi, masa aku blogwalking,
(jangan tanya kenapa perlu aku 'walk' sedangkan kelajuan aku berlari memang tdk dapat disangkalkan lagi)
aku ada jumpa satu entry..
aku malas nak ulas panjang sebab apa yang diperkatakan kat situ memang betol dan macam ada anak panah tepat atas dahi aku niy..
yang aku paling suka :
nampak tak?
"selalunya seseorang takkan komen orang yang dia admire"
aku sokong sejutapoinlima peratus kenyataan tu!
kenapa aku sokong?

sebab masa aku jadi stalker, aku lagi suka memerhati je.
aku tengok recent activity, aku tengok semua wallpost, status..
tapi, sangat jarang untuk aku komen di wall orang yang aku admire tu..
kalau tetiba keberanian aku memuncak, aku like je..
tu paling berani yang mampu aku lakukan.

tapi bukan bermakna aku tapernah komen lansung..
ada la jugak yang aku komen, tapi penuh berhatihati..
penggunaan bahasa yang sesuai, tanda baca yang betul, ejaan yang tepat amatlah aku titikberatkan..
nampak tak betapa istimewanya mangsa stalk aku?
*posing Najwa Latif sambil makan dunkin donut..

ehemehem..
apa?
korang nak aku jawab soalan 5W 1H berdasarkan pengalaman aku menjadi stalker yang hebat??
baiklahbaiklah..
*muka penuh suci selepas guna pembersih muka shurah suci murni*
aku jawablah..
anggap ni sebagai hadiah untuk korang yang sudi bazir masa 3minit baca entry aku ni..
What - aku stalk recent activity, wallpost, status, latest photo, stalk wall seseorang yang dicurigai mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa stalk aku..
Who - tentulah wall manusia yang aku dah curi hati aku..dasar pencuri!
Where - aku hanya friend dengan dia dekat facebook, so, situ je la tempat aku mengasah bakat menjadi stalker..
When - setiap waktu dikira sesuai, atau dengan kata lain, setiap kali aku online dan dia punya link adress dah aku pin up dekat lappy aku..
Why - sebab aku dengan dia jauh, hanya dengan menyetalk (?) la aku dapat tau perkembangan terkini dia..
How - jangan pernah putus asa, usaha doa dan tawakal..
nampak tak kebijaksanaan aku menjawab soalan menggunakan konsep 5W 1H ni?
baik, terima kasih, muahh, sarang burung heyo..
aku taw, aku punya kebijaksanaan hanya kurang 0.0001 dari mencapai tahap manusia genius.
hentikan pujian yang boleh meriakkan aku..
hentikan..
sekarang..
aku kata hentikan sekarang..

pesanan khidmat masyarakat pada mereka yang baru berjinakjinak dalam bidang stalker ni :

  • pastikan anda mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Stalker Dalam dan Luar Negeri..
  • kalau nak dapat anugerah macam aku dan nak rasa jadi stalker yang mencabar, cuba post dekat wall mangsa stalker korang :
kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi, sila berhatihati! (bunyi kilat)

Jumat, 14 Oktober 2011

remove friends yang taberguna!

Assalamualaikum..

semalam hari jumaat dan jadual hidup aku memang ketat giler..
lebih ketat dari baju yang retis pakai masa gi anugerah bintang fofular..
start pukul 8pagi, aku macam manusia bodoh dok tengah padang main balingbaling bola..
nasib dapat no 3, lau tak aku baling jugak botol asid dekat pengadil..

balik bilik,terus tido takhengat dunia sampai mimpi bendapelikpelik..
pastu pukul 5, bangun tidoq, terus rempit p cari roticanai, pekena duabijik, sambung aktiviti shopim..
pukul 7.30 aku dah kena siapsiap nak pergi alor setar, nak p tengok teater..
kol 11 baru la balik..lepas siap semayang, basuh gigi, gosok muka, aku baring atas katil..
tapi mata tanak pejam..
padahal badan penat giler, dah macam buruh yang kerja siang malam nak siapkan klcc dalam masa 36jam..
haruslah~

bila penat, emosi mula tamenentu..
mula la nak tacing..
emo..
bosan..

usyausya facebook, banyak benda bodoh dari benda cerdik yang aku buat dlm facebook niy..
apa yang aku buat tapayah la nak tanya..
sebab aku malas nak tunjuk diri aku bodoh di khalayak ramai..
sesungguhnya itu satu tindakan yang tidak bijak..

hek eleh,bosannye..
nampak tak betapa seriusnya muka aku?
okay, sila takut..
harap je dalam frenlist ada blambak,
tapi bila bosan, xde pon yang nak tolong..
ni talaintabukan, add aku sematamata nak menyemak je,
bukan ikhlas nak bertegur sapa pon..

baiklah, aku rasa aku sudah taw ape yang patut dibuat untuk hilangkan bosan ni..
(muka bersinar dengan sebiji mentol di atas kepala)

  • friend yang selalu buat aku muntah bila muncul dekat home aku..
  • friend yang memang aku takenal batang hidung walau hidung macam benggali jual roti tempayan..
  • friend yang takpernah bertegor sapa dimana dan kenapa..
  • friends yg guna nama bajet mcm 'hana tajima', 'lee min ho' dan ape lagi semua nama korea..
  • friend yang aku rasa merupakan matamata kepada orang yang sengaja nak menggalakkan aku melakukan jenayah bunuh..
  • friend yang selalu muncul dekat home aku dengan status bagitaw 'shaye tengah uk uk' , 'itew gadoh dgn pakwe itew', 'b, i miss you la barbie!'..

okay, sumpah aku menyampah..
apa ko ingat dengan meluahkan perasaan cinta dekat fb dengan pakwe/makwe ko, ko akan dapat anugerah Sweet Kapel Of the Hell Year la?
aku dulu dapat title Sweet Kapel Of the School 2007/2009 pon putus jugak..
so, pahampaham la eh..
okay, emo aku datang lagi..
=,=

nota kaki : demn!aku dapat title baru, Janda Bendang! insyallah, nanti aku cerita nape aku dapat nama 2..

Selasa, 11 Oktober 2011

kali pertama aku buat rabu bisu, rasa sangat jakun!

assalamualaikum..

apa??
rindu nak baca entry tak berilmiah??
entry sepanjang doploh harakat??


cukup..
aku kata cukup..
cukup la desak aku supaya menaip entry yang panjang..
sebab, hari ni hari rabu..
dan aku..
aku..
aku jugak punya keinginan untuk buat rabu bisu macam orang lain jugak..

tapi..
sayang seribu kali sayang..
aku tapandai nak main wordless wednesday, rabu bisu, rabu kelu dan yang sama waktu dengannya..
bukan aku bodoh,
bukan..
cuma mungkin aku kurang pandai..
kurang pandai nampak lebih sopan..


bila aku menaip je, mesti darah sasterawan negara mengalir dengan lajunya melalui saraf aku..
sebab tu..
aku nak mintak tolong dengan korang..
tolong..
tolong jangan salahkan aku..
(gelenggeleng kepala penuh dramatik)


tadi, masa aku tengah layan lagu jar of heart..
demn, kenapa lagu 2 kena sgt dengan aku sekarang ni!!
tetiba terjumpa satu gambar..
mungkin korang dah pernah tengok gambar ni,
korang kan lagi maju dari aku, lagi milenium, lagi bergaya, lagi canggih..
ok dah, jangan nak riak..
malas aku nak tanggung dosa riak korang..
gambar ni aku tujukan pada player di luar sana..:)
jangan nak bajet sangat la kan..
sekali mainkan perasaan orang,sepuluh kali kena balik..
disebabkan aku terjumpa gambar yang aku kira agak menarik ni, so aku nak kongsi la bersama..
mungkin gambar ni boleh jd pengajaran kat kita..
jangan nak jadi player sangat la kan..
sebab akan ada satu masa nanti, kita akan betolbetol jatuh cinta..
dan jangan lupa, what goes around comes around..
so, jangan nak menangis ayaq mata darah la bila masa tu kita plak yang kena main..
nampak tak betapa ikhlasnya aku menasihati korang..
ehem, segan..


apa??
aku baik??
ye, aku taw..
terima kasih pada yang puji aku..
tolong..
tolong hentikan pujian ini..
bukan..
bukan aku riak..
tapi..
aku tanak buat korang makin teruja dengan aku..
tafaham??
baiklah, saya bagitau satu persatu okay.. 
*posing enot
bila dah korang puji aku, dengan secara tidak live (secara tidak lansung) nya, hidung aku akan mengembang yang mana membolehkan aku korek hidung pakai ibu jari kaki..
dan itu satu keajaiban yang mana mengujakan hati mereka yang jakun macam korang....
nampak tak hubungkait kat situ?
bagus..


sampai situ la dulu rabu bisu(?) aku..
sebab aku tengok dari tadi lagi lecturer dok hadiahkan jelingan goku kat aku..
sebelum jelingan bertukar tendangan, lebih baik aku shut down lappy cepatcepat..
ok, bye semua!

hidup adalah tentang sebuah pilihan! (dah macam lirik citer indon zaman sekolah dulu)

Assalamualaikum..

berjumpa lagi kita pada hari selasa yang permai ini..
baiklah anakanak, cube kita fikirkan sejenak,
dalam hidup ni, kita tak akan lari dari buat pilihan..
macammacam pilihan yang kita kena pilih..
samaada pilihan yang kita buat tu tepat atau tak, hanya Allah yang tahu..
dan aku rasa aku pon dah pernah buat entry pasal pilihan yang kita buat..
hilang ingatan??
sila klik sini..
:)

ok, kita teruskan kepada tajuk perbincangan kita iaitu buat pilihan..
nak beli susu kat kedai pon nak kena buat pilihan taw!
jujurnya aku sendiri dah trauma untuk membuat pilihan.
setiap benda yang aku pilih tu selalunya lebih banyak mengundang malapetaka dari kebaikan.
dan biasanya pilihan yang aku buat selalunya tidak tepat..
pilihan untuk kapel dengan F adalah pilihan yang paling tidak tepat aku rasa..

dulu aku tak kisah sangat nak pilih.
suka hati je aku buat pilihan tanpa fikir pro and kon..
sebab bagi aku apa yang aku buat semua dah tertulis dekat takdir aku.
aku selalu anggap, apa jua pilihan yang aku buat, adalah berdasarkan percaturan dari Allah dan aku pasrah tanpa ambil inisiatif pun walhal aku taw pilihan yang aku buat tu takberapa nak membangunkan ekonomi negara.
kadangkadang, aku boleh buat pilihan tanpa fikir panjang mahupun pendek..
naknak kalau pilihan tu secara mata kasarnya banyak positif dari negatif, walhal kalau tengok dengan mata hati, hamek kau, sakit jiwa kak bedah!

tapi sekarang ni, aku dah mula fikir..
kalau aku salah pilih, agak-agak sempat ke aku nak patah balik?
sempat ke aku nak baiki balik apa yang dah rosak disebakan pilihan yang aku pilih..
tabah sangat ke aku nak mulakan dari awal semula lepas pilihan pertama yang aku buat tu salah..

Demn!
selalu bagi aku kusut.
kalau boleh, aku nak hidop rilekrilek je..
aku taksuke keadaan yang mana memerlukan aku buat pilihan..
terutama pilihan yang berkait dengan masa depan aku sendiri..
haruslah aku takut nak buat pilihan yang berkaitan dengan masa depan aku..
pilihan yang berkait dengan masa depan negara amerika aku peduli hape kan..
bukan aku dapat jadi presiden amerika pon kan..

tapi, nak tanak,
akan tiba masanya, bila kita harus membuat pilihan.
kiri kanan akan ada orang yang menunggu jawapan.
atas bawah orang dok mengintai menanti jawapan.
semua orang pandang dengan penuh pengharapan pilihan yang akan diberikan..

dan masa tu, bahu yang sebelum ni ringan, lebih ringan dari kapas menjadi terlalu berat dengan bebanan yang ditanggung umpama mendukung anak gajah..
see!
betapa susahnya nak buat pilihan..
tambahtambah bila ada tekanan dari orang sekeliling..

dan sekarang, aku juga ada satu pilihan yang perlu aku pilih..
mungkin pilihan aku ni tapenting pon bagi korang..
sapela aku nikan..
aku pilih ape pon buka ada yang nak kisah..
aku makan ke tak ke, mana ada orang peduli..
*tacing*

berbalik pada pilihan yang aku cakap tadi..

sekarang, aku berada di satu persimpangan..
dan semestinya aku kena pilih nak ikut jalan mana..
aku tataw jalan mana yang akan membantu kemewahan aku di masa hadapan..
sebab yang aku nampak, pilihan yang aku ada sekarang, kesemuannya penuh liku, ranjau dan onak duri..
satu jalan bengkang bengkok macam ular kena palu..
satu jalan lurus tapi dipenuhi dengan najis lembu kambing meratarata..
satu jalan rosak yang dipenuhi lubanglubang yang menyusahkan golongan drifter seperti aku..
dan yang lebih teruk lagi,kesemua jalan yang ada itu memerlukan aku untuk menangis!
sungguh!
sungguh aku tafaham..
tapi aku taw, manamana jalan sekalipun yang aku pilih, aku tetap akan tiba ke destinasinya..
bezanya, cepat atau lambat, mudah atau susah atau mungkin selamat atau aku yang takdapat diselamatkan..

dan yang pasti, untuk kali ni..
aku akan serahkan pada takdir..
istikharah adalah jalan terbaik bila dalam keadaan sekarang..
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..

nota kaki : aku rindu ............... sangatsangat!

Senin, 10 Oktober 2011

yang mana kawan yang mana lawan, yang mana kawan yang mana sahabat.. :)

Assalamualaikum..
Ok! hari ni, petang ini, saat ini, mari kita semua berlaku jujur dengan diri sendiri.
pernah tak korang pikir apa yang akan jadi pada hidup korang dalam masa 10 tahun akan datang?
korang mungkin akan berkahwin.
ada anak.
ada kerja yang bagus.
nak lagi hebat, korang mungkin dah merasa untuk drive BMW.
makan malam dekat hotel mewah.
makan tengah hari dengan client dekat restoran mewah dengan nama makanan yang sama panjang dengan nama tuan punya restoran.
yang tersemat cantik di badan kau adalah pakaian dari jenama-jenama yang mungkin korang sendiri tergeliat lidah nak sebut.
tangan korang selembut sutera dengan adanya khidmat amah yang melakukan semua kerja rumah dan kamu hanya perlu goyang kaki sambil baca paper tentang saham dunia..
dan korang tidak perlu bermandi peluh hanya untuk mendapatkan sesuap spageti..
sungguh hebat hidup sebegitu..

well anakanak sekalian,
masa depan yang sebegitu mungkin akan diperolehi sekiranya korang adalah dari golongan yang kayaraya harta berjutajuta dengan pendapatan tigaratus angka sebulan..
kalau nasib korang baik, kehidupan sebegitu akan korang nikmati setelah korang berkahwin dengan anak dato'. 
atau mungkin dengan dato' itu sendiri.
apadehal jadi bini nombor 2 atau 3.
tua muda hitam putih belakang kira..
bukan hal besar selagi poket setebal lemak di perut

taktak.
bukan itu maksud aku.
yang pasti, aku taberminat pun nak tahu apa perancangan hidup korang sepuluh tahun kedepan.
korang nak kawin dengan dato, jadi mistress ke, tu masalah hidup korang..
hidup aku sendiri pun terumbang-ambing sekarang ni.
Pwinces Eruzu Liyana
dengan pelbagai masalah yang dok berkeliaran dalam kepala hotak aku..
masalah lama dalam otak ni pun tak hilang lagi, dah ada manusia yang cipta masalah baru.
kalau pepatah duludulu, mesti nak cakap yang hidup aku sekarang ni dah ibarat jatuh ditimpa tangga kayu, tangga besi, tangga lipat, tangga batu rumah dua tingkat, segala jenis tangga la..
bukan setakat tangga, ni dah macam lif pun dah hempap aku sekali..
peribahasa baru :
sudah jatuh ditimpa basikal, ditimpa barang, dalam hujan pulak tew..
di saat bermasalah macam ni la baru senang nak detect yang mana kawan yang mana lawan..
well, lepas aku analisis, aku ada sorang kawan. jap!
bukan sorang, dua pun bukan.
tapi ramai..
ye, mungkin aku punya ramai kawan..
tapi aku hanya ada beberapa orang sahaja sahabat..

bukan susah nak beza mana sahabat mana kawan..

bila korang menangis macam babun hilang anak, dan sahabat itu akan cuba menenangkan korang tanpa mempedulikan pakwe mereka yang sedang menelefon berjutajuta kali..
sudah terang lagi nyata tanpa perlu nak bersuluhsuluh pakai lampu spotlight, itulah sahabat!
faham maksud aku?

lagi satu cara senang nak bezakan yang mana sahabat yang mana kawan..

bila korang ada masalah dan korang akan rasa tenang dengan bermain hujan, dan di saat itu korang mengajak sahabat korang menemani korang, tanpa banyak cakap sahabat itu menarik korang ke tengah court walhal korang taw, sahabat korang juga taw, bermain hujan di waktu malam adalah satu tindakan yang sungguh tidak bijak dan boleh menyebabkan korang dan sahabat korang demam, sakit kepala, migrain, batuk atau mungkin mati.

okay, mungkin tak sampai tahap mati..
ye, sahabat korang mungkin akan sakit kepala, migrain garagara terkena hujan..
tapi, dia tetap temani korang sehingga korang berasa tenang, lupa segala masalah..
dan itulah sahabat!

dan sahabat yang baik juga akan sentiasa memberi sokongan walau sokongan yang diberikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan..
ahh,, rasa macam takena je peribahasa itu..
malas aku nak edit..
cuma cukup la kalau korang faham maksud yang cuba aku sampaikan..

sahabat yang baik itu adalah yang tanpa memikirkan pembaziran kredit, menghantar mesej berjelajela sematamata untuk memotivasikan korang, dan tanpa memikirkan pembaziran masa, menaip entry yang panjang lebar yang mana di saat korang membacanya, salji turun dari mata korang..
hebat bukan?
bukan??
kaki nak kaki?

dan satu je cara nak bezakan yang mana kawan, yang mana lawan, yang mana kawan yang mana sahabat!

situasi 1..
Peah : Ramlah, aku sedih ni.. aku dah putus dengan Sarip.. :(
Ramlah : takde kaitan dengan aku, k thanx bye !
(bunyi guruh)
situasi 2..
Peah : Ramlah aku sedih ni.. aku dah putus dengan Sarip.. :(
Ramlah : alaa, tapayah nak sedih sangat la kan, nnti baik la plak 2, macam la aku tataw korang 2, gadoh je manjang..lagipun, aku dah lama xsuke dengan Sarip 2!cari yang lain je.. (muka cuak)
situasi 3..
Peah : Ramlah, aku sedih ni.. aku dah putus dengan Sarip.. :(
Ramlah : (senyum) habis 2, kau okay x sekarang? nak aku teman kau main hujan? kau nak nangis, ni bahu aku pinjamkan, siap lengkap dengan pakej sapukan hingus lagi! nak aku slowtalk dengan Sarip??sabar ehh! bla bla bla bla..
agakagak la kan, orang di sekeliling korang sekarang ni berada di situasi mana?

dan terima kasih untuk mereka yang menjadi Ramlah dalam situasi 3 dalam hidup aku.. :)

nota kaki : kemana awak pergi sehingga bertanyakan sy soklan yang ada perkataan 'sepanjang ketiadaan saya....... '