Sabtu, 14 Januari 2012

abang, saya nak beli masa boleh tak? *muka menggoda

Assalamualaikum..

sekarang ni, aku dapat hapdet blog ni jarangjarang je, mungkin kerana semangat untuk menulis itu semakin kurang, semakin pudar, semakin luntur dan mungkin jugak kerana masa aku semakin terhimpit dek kerjakerja seharian yang takpernah nak berkurang malahan makin bertambah.

kadangkadang ada jugak aku rasa mungkin masa 24 jam yang Allah pinjamkan tu tidak mencukupi untuk aku. aku nak tambahkan lagi kredit hour dalam hidup aku agar aku punya lebih masa untuk buat semua benda yang aku inginkan, takisahla benda tuh melibatkan urusan duniawi ataupun urusan akhirat. aku betolbetol rasa yang duapuluhempatjam tuh sangat tidak mengcukupi bagi manusia yang bernama Eruzu Liyana nih. nampak tak betapa takbersyukurnya aku. haishhh. *lempang diri sendiri

sebenarnya, bukan kita takcukup masa, tapi kita ni yang tak pandai nak guna sepenuh masa yang ada tuh dengan sebaiknya. banyak risau taktentu pasal, gelabah pada bendabenda yang takkan menyenangkan kita pon, guna masa maksimum untuk buat kerja yang taberfaedah, dan yang pasti kita lebih banyak relaks, tidor dari berusaha manfaatkan masa yang ada uhh.

realitinya, setiap manusia kat muka bumi ni ada 24jam tiap seorang. takda sorang pun yang dapat 25jam atau 24jam 30minit. takda okay! semua orang pun hanya akan dapat 24jam sehari, tak lebih takkurang.

habis kenapa orang lain boleh menceracak buat macammacam kerja lalu dapat macammacam hasil?

dan kenapa kita hanya mampu buat satu kerja lalu dapat satu hasil tapi mengeluh dan mengadu sanasini cakap takcukup masa. satu kerja pon takcukup masa ke jahhhh? =,=

betol ke masa itu emas? cuba kita fikir rasionalnya dan kebenaran di sebalik pepatah tuh.

jika kita kayaraya, kita masih boleh beli emas permata intan berlian sampai penuh sebuah banglo kita isi. tamuat banglo kita, banglo jiran sebelah kita isi dengan semua emas uhh.

namun begitu, kita kena ingat, walau seberapa banyak duit pon kita ada, secantik mana pon rupaparas kita, kita takkan boleh membeli masa. kita takkan boleh nak mintak extra time walhal kita cuma mau seminit je masa tambahan. takboleh.

konkulusinya kat sini, masa tuh lebih berharga dari emas, lantaran emas boleh dijual beli dan begitu juga emas yang hilang boleh ditukar ganti tapi bukan seperti masa. masa yang berlalu tetap berlalu. ianya tidak akan berulang lagi.
jadi, gunakanlah masa yang Allah berikan ni dengan sebaiknya, cipta seberapa banyak kenangan manis, cipta seberapa banyak perbuatan yang akan membawa kita ke syurga kelak.

jangan terlalu banyak mencipta anganangan, jangan terlalu banyak mencipta persengketaan, mencipta dosa, mencipta keseronokan dunia semata, tapi di akhirat kelak, kita yang menderita.
masa terindah bagi seseorang yang telah tua ialah mengingati kenangan lamanya.
sedarlah, kebanyakan perbuatan kita sehariharian adalah siasia, tapi kita selalu je menyangka apa yang kita buat itulah sebaikbaik perbuatan.

jadi, sebelum tido, selalulah menganalisa perbuatan seharian kita sama ada banyak kebaikan atau keburukan yang kita lakukan pada hari tersebut. jika terdapat banyak kebaikan, teruskan dan berazamlah untuk mempertingkatkannya. tapi, kalau lebih banyak keburukan, seharusnya kita memohon keampunan dari Allah moga kita dapat berubah menjadi yang lebih baik.


Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa jawapan paling benar adalah masa lalu. bagaimana hebat pon kita, apapun kenderaan kita, berapa mewahnya kehidupan kita, anak Tan Sri mana pon kita, kita tetap tidak boleh kembali ke masa lalu yang telah kita lalui.

oleh sebab itulah kita harus menjaga hari ini dan harihari yang akan datang dengan melakukan perkaraperkara yang baik dan sesuai dengan ajaran agama Islam.
Masa itu umpama pedang ditangan kita, samada kita memotong atau kita yang akan terpotong diri sendiri.
Rasulullah SAW sudah memberikan peringatan kepada kita, bagaimana kita harus pandai memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu:
Masa muda sebelum tua.
Masa sihat sebelum sakit.
Masa kaya sebelum miskin.
Masa lapang sebelum sibuk.
Masa hidup sebelum mati.
dan kalau kita persiakan masa yang ada, kita sendirilah yang akan menanggung akibatnya, bukan orang lain, bukan jiran sebelah, bukan rakan sekerja, bukan pemandu teksi yang kita naik lupa nak bayar nak tambang. kita.
Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar