Rabu, 23 Mei 2012

cuti sudah mula !!

Assalamualaikum..

aku bakal cikgu. 

cikgu dengan murid memang tak boleh dipisahkan umpama lagu dengan irama umpama kentut dengan baunya. begitulah betapa cikgu dan anak murid tak dapat dipisahkan.

bermula khamis / jumaat ni sekolah sekolah dekat Malaysia ni akan start holiday. bila sebut sekolah mesti la terbayang murid terbayang cikgu. so, kalau sekolah cuti maksudnya murid murid cuti. kalau murid cuti cikgu nak ngaja sapa? takkan nak ajar kuntilanak pocong segala bagai khoonn. so otometik cikgu pon akan cuti jugak.

begitu jugak bakal cikgu seperti aku.

aku cuti.

tiga minggu.

jeles tak?

bye.

jangan nangis sebab rindu titew ye :D

Sabtu, 19 Mei 2012

penalti tuh tak diiktirah ke wey?

Assalamualaikum.

biasa orang buat wordless wednesday tapi kali nih aku nak buat wordless sunday pulak. ke menjadi satu kesalahan kalau buat wordless pada hari selain wednesday? ada tertulis dalam mana mana kitab tak habaq mai aku nak kaji nih. kalau takde dok diam diam layan gambar bawah. aku taknak komen lebih lebih kan tak jadi wordless pulak khon khonn khonnnnnn.

sumber
pastu aku nak tanya lagi buat golongan yang bising pasal Kelantan menang penalti nih, andai kata la Kelantan tak dapat penalti tuh, apa kau lupa lepas tuh akan ada match yang masa tambahan pastu kalau masih takde yang lead akan ada sistem penalti jugak khon? ke kau panggil sistem PENALMATI? pastu kau taknak iktiraf la kalau depa menang yang gol lima bijik penalti tuh? yang FIFA sebelum ni acane tuh? *emo*

biarlahkan, aku taknak cakap banyak sebagai menghormati syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Wordless Wednesday/Sunday peringkat Kampung Baju Berkedut. kauorang boleh tengok je kat pesbuk aku komen selanjutnya dari aku. yang tak friend (kau tak add aku eh...?) dengan aku, aku dah printscreen untuk tatapan kalian hewhewhew

apa apa pon tahniah Sime Darby atas rentak permainan yang agak menggoyahkan kubu Kelantan. tapi aku sikit tak puas hati dengan Patrick, await la siku dia tajam sangat sampai berdarah kepala subramaniam. cuba laen kali sebelum masuk padang tukar siku dengan Spongebob. okay, tak lawak. 

satu lagi aku nak komen pasal budak budak dok bingai pasal fan Kelantan conteng muka bagai bagai sampai tak semayang. kauorang belajar tak jama' qasar masa sekolah dulu? ni mesti ponteng kelas Fardh Ain nih. apa kau ingat jarak Kelantan dengan Bukit Jalil tuh macam jarak rumah kau dengan kedai Mak Limah jual jajan yang kau boleh merangkak dan kau kentut kat rumah Mak Limah terpaksa tutup hidung ke? kalau depa p sana masa asaq dah conteng muka, kita pikiaq positif je depa dah buat jama' ta'dim dan yang soal semayang maghrib tuh pulak, pikir je depa buat jama' ta'khir. tak salahkan kita berfikir positif kat orang. jangan nak pertikaikan solat orang sebab solat kita pon belom tentu Allah terima. okay dah masuk dah tazkirah aku.

nota kaki : tak payah nak gadoh gadoh sebab bola, dekat akhirat tak tanya pon kau penyokong team mana, team kau menang penalti ke apa. kita hidup hormat menghormati dah la, 1 Malaysia la katakhonnnn. :)

PEACE!!!!

Kamis, 17 Mei 2012

masalah betei la kau nih!

Assalamualaikum.

dah tua nih kan rasa rimas sangat dengan masalah yang pelbagai. masalah kawan, masalah study, masalah kewangan, masalah muka hodoh, masalah pakwe lari dengan minah indon, masalah takcukup duit nak beli air gedegang, masalah baju tak basuh setimbun dalam bakul dan macam macam lagi masalah yang kalau iman tak kuat harus ramai yang dah bunuh diri nih. masalah tuh buat kita rasa penat letih sengsara sampaikan tak lalu makan tak lalu nak minum tak lalu nak korek hidung. susah betei kan ==''

kita kena ingat setiap pintu berkunci ada kuncinya, cuma sama ada kunci tuh ada kat tangan kita atau kat tangan orang lain yang perlu kita pinjam. gitu jugaklah dengan masalah, setiap masalah tuh pasti ada penyelesaiannya. sama ada kita sendiri selesaikannya atau kita berkolaborasi dengan orang lain untuk tolong kita selesaikannya. tapi ingat, jangan sampai susahkan orang lain sebab orang lain pon ada masalah diaorang sendiri. pasni kalau tak pasal pasal orang tuh pendekkan hidup kau jangan cari aku pulak. :)

apa yang penting, kalau semua orang taknak bagi kunci tuh pada kita, mintaklah pada Allah. Allah adalah pemegang kunci yang paling berkuasa. masterkey kepada penyelesaian masalah kita. jangan kita marah marah kat Allah. sapa kita yang rasa hebat sangat nak marah marah Allah sedangkan kita nih cuma hamba dia je. kalau kat opis pon kita tak berani nak lawan cakap bos, tapi kenapa dengan bos bumi nih berani pulak kita nak lawan. nauzubillah.

so, pandai pandai la cari jalan penyelesaiannya. jangan sampai menyusahkan orang dan lari akidah. gudluck pada semua yang tengah pening layan masalah tuh. *cakap dengan cermin*

senyum eruzuliyana :)

Selasa, 15 Mei 2012

tolong percaya aku pon bakal cikgu nanti.

Assalamualaikum.

ohoiii lama gila tak merepek kat sini semenjak dua menjak aku jadi rajin tahap tujuh petala cinta eh eh tujuh petala langit nih. tolong la percaya kehilangan aku lebih kurang seminggu adalah disebabkan aku menelaah pelajaran. wuyooo menelaah tuh perkataan yang aku guna. nampak berilmu sikit aku nih khon khon khon....? 

sapa buat muka platipus tuh....?

baiklah, seperti sedia maklong paklong abanglong kaklong tolong tolong tolong aku sekarang tengah musim final exam. jadi normal la kalau musim exam manusia cool macam aku jarang online biar semua orang akan sangka betapa skema nya aku menelaah pelajaran sampai tak sempat nak hapdet status kat pesbuk nak tweet kat twiter dan pasti tak hapdet entry. menelaah pelajaran la katokhonnnnn. rajin betei aku semester nih.
*tepuk tepuk bahu*

aku dah lepas dua paper killer Falsampah Pendidikan dengan Perkembangan Konak-Konak. lumrah la student cool macam aku study last minute. tak cool la beb study week tuh kau bantai study tapi malam exam pon kau study lagi. siyes tak cool. bak kata oghang putih takde life u know.
*posing avril lavigne

apa yang aku nak bagitau aku menyesal sebab percaya soalan spot sebab habuk pon takde seiras dengan spot tuh dalam exam sebenar. aku punya la bantai menelaah tajuk tajuk macam yang spot tuh habaq sampai abai makan minum mandi berak eh busuk gila sebut pasal berak kat sini hewhewhew. alih alih tak keluar pon. ohoi soalan SPOT, baik kau tukar nama je buat malu je buh nama spot spot. punya la english educated namanya tapi habuk pon tarak. aku marah ni taw marah. pasal kau la aku tak dapat jawab exam tadi. pasal kau la soklan spot. semua salah kau. salah kau. iya salah kau. *bunuh diri*

abaikan je la pasal semua tuh pasal dua paper dah selamat aku contengkan dan buku buku dah selamat bersemadi dalam kotak buku bundle. sekarang kita ke tarikh hari ini iaitu 16 Mei 2012 bersamaan berapa ntah tarikh dalam kalendar maya yakni hari ini adalah hari guru.
kalendar maya.
well, selamat hari guru pada semua guru guru yang pernah ngajar aku dari tadika sampai IPG. malas aku nak sebut nama sekolah aku kat sini kan nanti glemer pulak cikgu cikgu aku tuh. kang habes wartawan dok bertenggek dok depan pagar sekolah aku semata mata nak bongkarkan kehidupan aku masa di sekolah dulu. konon cerita exklusif lettew. takda privacy lansung ==''
aku yang pakai baju maroon tuh. bukan baju putih.
ada potensi tak nak jadi cikgu yang dapat banyak
hadiah time hari guru hewhewhew :D
terima kasih pada yang wish kat aku jugak walhal aku tak jadi cikgu pon lagi. satu je nak mintak, doakan je aku jadi cikgu yang baik in the future agar anak murid aku tak jahanam macam budak sekolah buang bayi dalam tong sampah. nokharommm punye budak.

Senin, 07 Mei 2012

m a ma l a s las malas.

Assalamualaikum.

sebenarnyakhon, entry nih adalah kesinambungan dari entry lepas dan juga yang ni yakni berkisarkan perangai aku yang pemalas tahap tertinggi. bukan setakat master, PHD pon aku boleh dapat kalau kira aspek kemalasan aku nih.

okay, tahap malas aku adalah sama level dengan situasi di mana aku akan mintak abah aku yang ada kat ofis balik tolong kelipkan mata aku nih. sampai gitu sekali malasnya. takpon kau bandingkan je aku dengan orang lukis bendera PAS eh eh tak boleh belog aku bukan belog politikus tukar tukar. bandingkan je aku dengan orang yan lukis bendera jepun. nampak? nampak?

bendera jepun.


bendera pas.

eh eh kauorang tengok aku ni pemalas ke?

tentulah tak khon.....?

huh?
siapa yang angguk tadi?
*baling pinggan Vantage kesayangan mak aku*

tolong jangan buat assumption sebegitu kalau kau rasa nak hidup lama. kau kena ingat, hidup kita ni pendek je, jangan sampai aku pendekkan lagi hidup kau hanya kerana assumption yang kau buat tuh dah membuat hati aku terguris tersiat luka berdarah.

sebenarnyakan, aku bukan la malas sangat pon. aku cuma sayang nak guna tenaga yang ada dalam badan aku nih. maksud aku, penat penat aku berusaha keras nak hasilkan tenaga nih, so tak memadainye pon kalau aku bazir macam tuh je kan. kalau eletrik tahu pulak buat kempem jimatkan tenaga letrik dengan PROKETA tak proketa aduhainyepon, apa salahnya kalau aku pulak nak anjurkan kempem jimatkan tenaga sendiri pulak khonnnnnnnn. salah ke...?

doakan je la aku jadi rajin memandangkan aku punya final lagi seminggu je lagi dan sekarang aku berada di hari ketiga study week tapi satu buku pon aku tak sentuh. =,=

nota kaki : sila jangan masukkan unsur politik kalau nak komen. belog aku bukan belog politik, nak belog politik pergi belog najib tak pon anuar ibrahim tuh pon kalau diaorang ada belog la. aku bawah umor lagi.

Minggu, 06 Mei 2012

ini kisah rambut.

Assalamualaikum.

ohoi orang kampung mai dekat mai rapat ceq ada benda ajaib nak ceghita kat angpa semua yang jauh kita dekatkan yang dekat kita eratkan yang erat kita eratkan lagi, yang kita eratkan lagi kita eratkan lagi, yang dah dieratkan tuh kita erat eratkan lagi dan sampai bila bila pon aku rasa apa yang aku nak cerita ni takkan diceritakan selagi dok mengeratkan orang je kejenye khonnnn.
*posing katak pisang

sebenarnya, aku heran la dengan rambut aku nih. makin hari makin pendek makin hari makin pendek makin hari makin pendek. dua je kemungkinan yang aku dapat fikirkan buat masa ni, sama ada roomate aku potong rambut aku diam diam time aku tido atau rambut aku dah jadi  colourless. 

tuh je ceghita yang aku nak habaq tadi.

ajaib bukan...?

berani la kau kata tak ajaib kalau rasa pasni nak korek hidung pakai kaki.

kalau aku bangun pagi rambut aku otometik
jadi gini. satu lagi keajaiban.
btw, aku pompuan. malas nak tampal
gambar perempuan, kan dedah aurat
pulak khonnnnnnn....? =,=
nota kaki : budak kelas aku juga bestfriend aku selalu marah bila aku hapdet panjang panjang, nahh, kali ni seciput aku bagi kau. puas hati........?

nota kaki orang lain : esok nak pergi jimba jimba. kan ni study week. study week memang untuk bergumbira tepuk tangan ramai ramai kita menari goyang tangan kanan kiri horray horray hip hip horray hooraayyyyyy. okassalamualaikum.

Sabtu, 05 Mei 2012

tangisan tuh ada dua jenis. aku baru tahu.

Assalamualaikum.

aku ada beberapa soalan yang sering bermain di fikiran dan sampai sekarang persoalan tuh tak letih letih dan terus bermain dalam fikiran aku nih sampai buat aku fikir ada padang permainan ke dalam fikiran aku nih sampai banyak sangat persoalan dok bermain kat situ.

kauorang faham ke apa yang aku nak sampaikan nih? aku rasa better kauorang faham atau buat buat faham kalau taknak kadar kematian kat negara kita ni meningkat.

apa aku nak cakap tadi? ahhh, dah lupa la plak. malas aku nak ingat balik.

so, off topic tadi dan on topik baru pulak.

semalam aku chatting dengan skandal lama aku. skandal tak bermakna kapel tak bermakna boifren pasal aku dengan dia berskandal masa aku tengah kapel dengan ehem ehem dan masa tuh dia pon tengah kapel dengan uhum uhum. so, kira dia nih kira skandal aku masa aku sekolah dulu la zaman jahiliah zaman makan beger cap Ramli bukan beger McD lagi masa nih. baru baru baligh la katokannnnn.

dia: lepas kau takda dalam hidup aku, aku selalu je nangis.
aku: awww! sweet gila babeng la kau! rindu aku lettew.
dia: tapi aku nak cakap yang tangisan tuh ada dua jenis, satu tangisan sedih dan satu lagi gembira dan tangisan aku tuh tangisan gembira.
aku: nokharommmmmmmmmmmmmmm. !#$%^$#

ok foine foine foine. 
takpe la encik skandal lama, aku ni jenis yang mudah forgive and forget. satunya sebab aku nih memang baik hati dan satu lagi sebab ingatan aku nih lemah sikit semenjak menjak nih. =,=

Jumat, 04 Mei 2012

pengajaran #1

Assalamualaikum.

salam jumaat. penghulu segala hari. bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang menghirup udara segar dengan nyaman di bumi Malaysia sedangkan sudah ramai di antara kita yang telah kembali ke rahmatullah. gunakan kesempatan ini untuk perbanyakkan amal ibadat untuk menampal balik calit calit dosa yang dah kita lakukan sepanjang kita hidup nih.

sapa kata aku tak reti buat introduction yang berilmiah..? see.
*posing Ramlah Ram

baiklah anak anak sekalian alam, pada hari ini iaitu hari jumaat bersamaa dengan empat mei dua ribu dua belas iaitu tarikh perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, aku nak kongsi satu cerita dengan kauorang. bukan nak tunjuk betapa cuai nya aku, betapa sukanya aku, betapa hebatnya aku tetapi ianya sebagai pengajaran kepada kauorang semua.

semalam masa UAK (Ujian Akhir Kursus) dekat dewan exam, aku jatuh tersungkur. kau faham maksud jatuh tersungkur? jatuh tersembam. jatuh tersadung. ahh, peduli lah jatuh ape pon yang penting aku jatuh. tapi bukan jatuh cinta.

kaki aku tetiba cramp, tak boleh nak bergerak dan kawan aku yang berjalan belakang aku terlanggar aku di saat aku tak boleh bergerak tuh. masa tuh jugak aku jatuh bedebuk macam nangka buruk. sakit. malu. hilang semua ilmu aku nak jawab exam. malu. nak control tanak bagi ketara sangat malu tuh, aku pura-pura ketawa. bodoh bukan? aku malu. sakit lagi. kawan-kawan yang dok berdekatan datang hulur bantuan. terima kasih. malu.

kau nampak berapa kali aku ulang perkataan malu dalam perenggan tadi? cuba kira. lima kali bukan? tapi tahap malu aku bukan hanya tahap lima tapi tahap lima poloh ratus pulus ribu kali lebih dari tuh. satu batch ada dalam dewan tuh. satu batch bersamaan 16 kelas bersamaan lebih kurang tiga ratus orang lebih. kalau kau agak agak kau malu tak?
sekadar gambar hiasan.
aku tak jatuh macam nih.
aku jatuh dalam keadaan terhormat.
eh?
aku malu.

dah la sakit, malu lagi. bertambah tambah sakit nih tahu.....!
telepon mama aku, dia cakap itu perkara normal sebab kalau aku tak jatuh maknanya itu bukan aku. kejam bukan.....?

pengajarannya di sini adalah kita hendaklah sentiasa menghargai anggota tubuh badan kita sewaktu sihat. hal ini kerana mahkota kesihatan yang baik yang terdapat pada seseorang individu itu hanya dapat dilihat oleh mereka yang sakit. oleh itu, berhati-hatilah walau di mana anda berada.

nampak macam jawab soalan komsas masa tingkatan lima khon....?

Rabu, 02 Mei 2012

entry ilmiah #1

Assalamualaikum.

kelantan dapat masuk final Piala FA. gembira baq hang. mula mula macam keliru jugak nak sokong team mana, Kelantan tanah airku, Kedah tempat menimba ilmu, tiga hari tiga malam tak dapat tido fikir nak sokong team mana, tuh takcampur pening memikirkan kat mana aku nak tengok siaran lansung match tuh memandangkan asrama aku takde astro. sedih bukan kehidupan aku tanpa astro? nak nak masa match penting mengalahkan pentingnya kemenangan Mat Haron dalam ABPBH hari tuh. aku kira kejayaan melangkah ke final semalam hadiah besday yang paling bermakna dari Kerul Pahmi Cek Mat buat aku. oh lupa nak bagitau aku dah terima lamaran beliau menjadi awek beliau. aku tak nak cerita secara terperinci macam mana dia lamar aku. nanti Dr. Rozmey nak guna kisah hidup aku pula buat drama. malas lah nak jawab panggilan telefon dia. rimas.

ok. melalut. aku pikir hari ni nak buat entry baurbaur ilmiah sikit tapi kelaut juga akhirnya. mari korek hidung bersama-sama.

kita selalu je rasa hidup kita nih panjang pasal kita tak tahu bila perjalanan kehidupan kita nih akan tamat. kalau drama cerekarama tuh takpe la, start kol 10 dalam pukul 12 kita dah boleh jangka dah yang cerita tuh dah nak tamat. tapi hidup kita tak macam tuh. entah esok entah lusa perjalanan tuh akan tamat. kita memang tak tahu bila ianya akan tamat. kita cuma tahu yang ianya pasti akan tamat. pasti. macam kehidupan aku selama duapuluh tahun ni, perjalanan aku kadangkadang bengkang bengkok kadangkadang lurus kadangkadang jammed kadang-kadang dalam perjalanan tuh kereta yang aku naik tuh rosak. shit. mungkin lepas ni aku kena belajar baiki kereta sendiri. takde lah menyusahkan orang sangat. takkan sepanjang panjang hidup nih kita nak menyusahkan orang je, ye dakkk.....?

sepanjang duapoloh tahun hidup nih, macam macam perangai manusia aku jumpa. ada yang selfish, yang gila kuasa, yang hipokrit, yang jenis tak tahu malu dan pelbagai lagi. tapi dalam beberapa keadaan, perangai itu diperlukan supaya kita tidak dipijak kepala oleh manusia yang suka mengambil kesempatan. maksud pijak kepala kat sini bukan la bermaksud kawan kau pijak kepala kau sampai terburai otak kau. bukan. buka. tolong jangan tunjuk kau bangang di khalayak ramai gini. kontrol sikit.
hakikatnya, hidup kita ni cuma sekali je, pendek plak tu. janganlah kita biarkan orang lain pendekkan lagi umur kita tu disebabkan perangai 'macam bagus' kita tu. entah apa yang akan jadi pada masa depan tak de siapa yang tahu takda sape yang boleh duga. tapi yang pasti kita yang akan tentukan sama ada perjalanan kita tuh akan smooth atau berombak dan semuanya kita kena mula dari sekarang. iya sekarang. jadi kauorang yang selalu berperangai menyusahkan orang nih boleh la berhenti daripada berbuat demikian. jangan sampai semua makhluk kat bumi nih ditambah dengan makhluk asing planet marikh jupiter pluto pon mengeji kau okay. itu sangat tidak cool kawan. sangat.


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" 
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin) 

baiklah, sampai sini saja entry ilmiah kali nih. aku nak mandi. hari nih aku penat gila. gila penat. badan pun dah busuk. tapi masih comel. itu point penting.