assalamualaikum rakanrakan sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. hari ni, kita nak buat entry ilmiah sikit naaaaa.
apa................?
entry ilmiah......?
tutup mulut tuh, tak payah nak nganga sangat. masuk lalat kang jadi isu pulak. sebenarnya entry hari ni aku kira sebagai pelaburan akhirat untuk aku la. yang suka boleh terus baca, yang tak suka dipersilakan close tab dengan seberapa segera.
hadirin dan hadirat sekalian, kita kembali kepada paksi kebenaran. ekceli ( cecece) , semalam tibatiba je aku dapat hidayah untuk pergi ke satu majlis ilmu. mungkin sebab banyak sangat masalah yang aku hadapi sekarang buat aku cuba mencari kelainan. T__T
ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman tuh sangat menarik dengan cara penyampaian seolah-olah ada tangan menggeletek hati nih. tak kering gusi aku gelak. eh lupa pulak, ceramah tuh bertajuk Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. :)
siapa Sultan Muhammad Al Fateh?
kalau sebut al-fateh, automatik kita akan kaitkan dengan kota konstantinopel. penah dengar apa apa cerita pasal kota konstantinopel ni? kota ni bukan dekat area damansara maupun jitra. kota konstantinopel ni jgk bukan tempat letaknya menara klcc, bukan letaknya sogo, dan yang pasti, bukan letaknya rumah aku. kalau bagi manusia zaman muka buku ni, kota konstantinopel ni lebih dikenali dengan nama Istanbul..
".....kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibukota negaranya!".
~Napoleon Bonaparte~
Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan salah seorang sultan yang semangatnya berkobar-kobar untuk takluk Kota Konstatinopel ni. tapi, sebelum al-fateh, dah ada lebih kurang 29 ( xingat) empayar empayar besar dunia yg lain try untuk takluk kota ni dan 12 daripadanya adalah percubaan dari tentera islam dan semuanya gagal..
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,
"...Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Disebabkan itulah, umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel dari terus menjadi milik puak kafir untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagaiman yang tercatat dalam hadis tersebut. Namun begitu, nak takluk kota ni bukan semudah kau takluk hati awek awek tepi jalan, susah baqqq hanggg. sebab 2 la, hadis nabi SAW ini hanya dapat direalisasikan selepas hampir 800 tahun kemudiannya oleh seorang pemuda yang hanya berumur 21 tahun iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
ce bayangkan manusia berusia 21 tahun pada zaman sekarang, apa yang sedang mereka lakukan? kalau kata dok belajar di IPT tuh fine la alasan yang agak baik. tapi bagaimana pulak dengan yang tak belajar? merempit sana sini, rosak akhlak, rosak akidah. Allahurabbi T___T
pastinya, perkara yang paling menakjubkan dalam usaha menakluk konstantinopel adalah strategi yang digunakan oleh al fateh. bukan mudah untuk masuk memecahkan tembok dan kubu yang dibina dengan penuh kekuatan. macam macam ancaman dan tentangan yang tentera islam terpaksa hadapi. yang mati pon xterkira la kan. AlFatihah :')
bagi menjayakan proses penaklukan ni, strategi serang serentak dari laut maupun darat dijalankan. tapi kan, nak masuk kota konstantinopel ni ikut jalan laut punya la susah. bukan sebab ada ikan jaws mahupun piranha. tapi sebab ada kubu pertahanan yang kebal dan salah satunya rantai perentang yang ada alarm system. yang macam kereta mahal mahal 2, telanggaq sikit dah bunyi macam suara soprano ning baizura tuh. sehinggakan sampai satu tahap, tentera islam hampir berputus asa..T__T
akhirnya, al fateh mengarahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. tindakan ini dilihat sebagai satu idea yang sungguh luar biasa serta di luar jangkaan musuh. kita pon xkan pernah terfikir kan untuk nak bawak kereta di lautan? nak bawak basikal lagi la kan. so, macam mana al fateh ni boleh fikir untuk layarkan kapal di daratan. bijak bijak. (muka kagum)
“kami tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar sebelumnya, sesuatu yang sangat luar biasa seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah mengubah bumi menjadi lautan dan dia menyeberangkan kapal-kapalnya di puncak-puncak gunung sebagai pengganti gelombang-gelombang lautan. Sungguh kehebatannya jauh melebihi apa yang dilakukan oleh Alexander yang Agung,”
terkejut beruk puak puak kristian bila bangun pagi esoknya melihat 72 buah kapal perang tentera islam sudah berada dalam selat tanpa sedikitpon menjejaskan rantai perentang (salah satu pertahanan) yang menjadi kebanggan puak kafir masa 2. dan bayangkan proses ini hanya berlaku dalam masa satu malam sahaja. satu malam je rakan rakan. bayangkan.
after that, bermulalah satu peperangan yang hebat. Lagi hebat dari merong mahawangsa, lagi hebat dari peperangan lefternan adnan..
dan dengan izin Allah, pada 29 Mei 1453, kota konstantinople akhirnya jatuh ke tangan Islam. Sultan Muhammad al - Fateh dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya, lalu melakukan sujud syukur. Allahurabbi, punyalah beriman al-fateh ni. agaknya kalau dia hidup lagi zaman sekarang, maunya aku tergila gilakan dia macam budak jakun terkinja kinja minat justin bibir. ==''
sumpah, aku terlalu kagum, teruja, bangga dengan kisah kepimpinan beliau. start awal ceramah, sampai abes ceramah, mulut aku tahabishabis dok mengeluarkan bunyi 'pehhhhhhh'. 2 la efek akibat terlalu kagum.. :)
konklusinya, dengan munculnya al-Fateh, berakhirlah kesombongan dan kesesatan empayar Byzentium serta kotanya Konstantinopel dan seterusnya membuka laluan pintu Edirne sebagai memulakan perkembagan Islam keseluruh Eropah dan dunia. dan yang paling buat aku gembira bila dapat taw gereja besar St. Sophies telah ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.
untuk ilmu tambahan, masjid aya sofiya ni adalah tempat di mana solat jumaat pertama dilansungkan setelah keberhasilan penaklukan kota konstantinopel ni.
so, kalau nak taw lebih lanjut, bley la beli buku yang ditulis penceramah aku semalam..

insyallah, wang RM18 yang korang guna untuk beli buku ni, bley jadi salah satu saham di akhirat nanti.. :)
moral of the story :
dunia zaman sekarang, kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. dan sekiranya pemimpin yang tidak berintegriti (dah macam pidato aku la plak) terus menakluk bumi Malaysia ni, agaknya macam mana kita nak mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali macam masa zaman rasulullah saw dulu.
ayuh kita mulakan langkah pertama dengan menakluk diri menjadi muslim yang sempurna sebagai mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel..:)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar