Rabu, 29 Februari 2012

JPP jabatan perparitan persekitaran ?

Assalamualaikum..

hari ni aku penat pasal hari nih hari terakhir aku kat Kedah sebelum balik Kelantan buat SBE sekali dengan cuti mid sem. harusla kan sebelum balik lecturer paksa hantar segala bagai esaimen sampai semalam aku terpaksa tido pukul empat pagi kau taw. bila aku tacukup tido, mulalah emosi jadi tamenentu, kawan ajak bergurau fikiran aku rasa macam kawan ajak bergaduh, mulalah ada yang lebam sana sini. nilah kehidupan insan yang bernama Eruzu Liyana. *angkat kening

sekarang bilik aku dah macam tongkang pecah atau dalam bahasa mak mak macam kapal muatan barang pecah di lautan samudera. sebenarnya aku memang kurang berpuas hati la dengan sistem kat asrama aku nih, ye la, setiap kali balik cuti, kena kosongkan bilik. kau faham maksudkan kosongkan bilik? aku kena simpan semua barang aku dalam beg pastu pergi letak dalam bilik utiliti yang mana mempunyai potensi tinggi untuk dicuri. nak buat macam mana dah ni sistem kat asrama nih, nak tanak aku ikut je kang kalau aku melawan ada yang cop aku tak reti nak bersyukur plak kan. hmmm.

dekat IPG aku nih baru je selesai pilihanraya JPP. alhamdulilah aku menang jawatan naib yang dipertua, terima kasih pada yang menyokong dan mengundi saya. segala undian awak amatlah saya hargai. saya pasti akan memberikan khidmat sebaik mungkin. :)

eishh macam geli plak cakap guna saya saya nih. tukar tukar. ulang balik.

terima kasih pada yang menyokong dan mengundi aku. segala undian kauorang amatlah aku hargai. aku pasti akan memberikan khidmat sebaik mungkin. :)

sebenarnya yang part aku menang tuh hanya rekaan je pasal aku tamasuk bertanding pon pasal mentor aku cakap dia tak galakkan kami masuk bertanding ye la dah la aku ni belajar lembap kang dah jadi JPP asyik tamasuk kelas tapasal pasal nanti result aku ke laut. menangis tak berlagu aku nanti. so, demi masa depan aku dan anak anak aku, aku takkan masuk bertanding sebarang jawatan pon sebab aku sangat benci dengan mesyuarat, perjumpaan, perbincangan atau seumpama dengannya yang aku kira cukup sinonim dengan title JPP tuh. tak jadi JPP pon tido aku tacukup, inikan plak kalau jadi, maunya ada yang mati terbunuh bila ajak aku bergurau nanti.

apa....?
tak faham.....?

kang aku dah cakap tadi semalam aku tido tak cukup sampai kawan aku ajak bergurau aku marah, tu baru tak cukup tido, kang kalau aku tak tido, kawan aku bergurau takke ada yang dapat title arwah instead of title tansri datuk tun tom bak. kauorang jangan lupa yang aku nih garang campur ganas secukup rasa boleh bertindak di luar kawalan bila terasa ada ancaman dari pihak luar. ok cukup aku merepek.

so, kepada JPP yang dah berjaya tuh, tahniah aku ucapkan. jangan lupa kebajikan pelajar-pelajar yang comel macam aku nih. *muntah* dan aku mintak sangat kalau boleh bincang dalam mesyuarat tolong letak kipas atau econ dalam bilik tivi, aku nak tengok tivi pon bising dengan mulut sendiri dok membebel. tu tak campur mulut kawan aku lagi. stress kau tau. stress. pastu pasal harga kat kafe yang mahal tahap gila babeng kawan aku makan nasik kosong dengan telur mata kerbau jantan harga rm2.20 tak ke haram jaddah mahalnya, kawan aku beli lauk sotong saiz siput baby tiga ketul tanpa nasik dah rm2.00 lagi gila aku rasa. okay aku nak berenti merungut pasal tangan aku pon sakit kena gigit ngan charlie. okthanxbye :)

Minggu, 26 Februari 2012

ni belum jadi perdana menteri lagi nih.

Assalamualaikum..

ya kepap kepum kepap kepum haruslah bunyi kompang sambut pengembalian aku ke ladang ni setelah sekian lama aku menghilangkan diri. kau orang dah boleh berhenti berpesta sekarang sebab aku belum mati sebagaimana yang kau orang sangka. *posing maya karin

baiklah, sebelum aku pergi panjang lebar, aku nak tanya, ada orang rindu aku tak sepanjang aku takda ni? ohhh tolong lepaskan pelukan yang maha kemas ini, aiii tak selesa okay, okay okay aiii tau you olls rindu gempang dengan aii kan, tapi bagi ruang untuk aii bau oksigen plis. kang mati betol betol baru u olls menangis tak berlagu purnama merindu.

sapa buat muka ungka tuh?

kalau terer sangat cuba buat muka platipus ke muka tapir ke. ni buat muka ungka, tapayah buat pon dah sebijik macam ungka.

sumpah aku tersangat busy minggu nih, weekend nih aku balik kelantan, pastu seminggu kena pergi SBE dekat sekolah, sambil berSBE aku kena analisis budak budak kat sekolah tuh, pastu balik dari SBE ada mid term break tapi takdanya nak bermid term break sangat pasal esemen aku yang setinggi lori balak tuh dah buat apoinmen dengan aku. aku ada lebih kurang 7 esemen. maybe lebih dari tujuh tapi takkan kurang dari tujuh dan ape kejadah aku guna frasa lebih kurang dalam ayat tadi. uhuk

habes SBE dan cuti, seminggu lepas masuk kuliah, aku dah kena pergi BIG pulak. em, BIG tuh bukan big yang bermaksud besar yang mana memerlukan aku membesarkan tubuh aku ni. bukan. apa kejadah aku nak besarkan tubuh aku plak. hari tuh bukan main lagi merungut dah macam kena sawan walhal berat naik sekilo je. BIG stands for Bina Insan Guru dan ianya adalah program seperti BTN ataupun PLKN. so, seminggu aku hadiri BIG insyallah balik tuh aku taperlu joging sebab probability untuk berat aku turun sangat tinggi dan muka aku dengan kuali lepas bakar ayam warnanya mungkin beza cuma senipis kulit bawang. sikit je bezanya.
gambar takde kena mengena. saja nak tunjuk anak
aku yang cantik macam mama nya. okay aku adalah
ibu tunggal. so, sape nak aku kena bersedia la
dapat anak expres duaorang. :)
haruslah aku tidak mendapat tidor yang cukup sejak dua tiga menjak ni dengan pelbagai aktiviti yang kena buat dengan segala bagai masalah nak menyemak dalam kepala hotak aku nih. yang pasti aku masih normal dan masih belum gila dan bersedia untuk mendaftar kat tanjung durian eh rambutan.

nota kaki : doakan aku melalui bulan 3 nanti dengan penuh kesabaran dan ketabahan serta dilindungi dari rasa nak mencarut pada SBE, BIG dan esemen. n pada bestie aku, sorry sebab mood aku selalu swing skang, jiwa bergelodak, paham2 la. jangan amek aty k.. :) okthankbye.

Rabu, 15 Februari 2012

kira pilihan yang aku buat tuh salah la?

Assalamualaikum..

aku takhapdet entry semalam bukan sebab aku pergi sambut valentine ke sambut ape, aku berkabung. kau taw makna berkabung?

menurut wikipadiaa berkabung bermaksud tak hapdet entry sebab aku tengah sedih. memang aku sedih sangat semalam kau taw. lagi sedih dari masa aku kena dumped duludulu, lagi sedih dari masa Yuna tamenang juara lagu ini tidak adil tidak adil baginya. dan yang pasti perasaan sedih tuh bukan disebabkan masalah cinta hati keluarga kawan sahabat handai pelajaran atau disebabkan diri-aku-yang-taberapa-nak-putih.

semalam dekat IPG aku nih, ada satu tayangan movie Hafalan Shalat Delisa. memang aku dah tengok cerita tuh, malahan masih ada lagi dalam lappy aku nih. memandangkan aku nih memang lah anak solehah baik budi pekerti sopan anggun ayu jalan terkepit, memang takla mama aku nak bagi aku masuk panggung wayang kan. so, nih la satusatunya peluang nak membayangkan situasi alaala berada di panggung wayang walaupun tempat tayangan tuh hanya dalam dewan kuliah yang biasa aku tido sampai termeleleh ape yang boleh meleleh.

nak dijadikan cerita, semalam jugak ada match antara Kelantan dengan Selangor. so, dengan tidak semenamena aku jadi keliru sama ada nak stay hostel tengok match atau pergi tengok si Delisa yang taingatingat macam mana nak baca bacaan dalam solat.

fikir punya fikir punya fikir, dari pagi sampai petang, masa tengah mandi tengah makan, aku terus dalam kekeliruan. nak tengok bola atau Delisa. bola ada Aziz jersi no 11 yang hensem auw auw, Delisa ada Nirina Zubir yang kalau aku lesbian memang aku dah rasa dia sangat kiut miut. nak buat istikharah, nampak macam melampau sangat, dan akhirnya aku buat keputusan nak tengok bola selepas kawan aku kalahkan aku osom dan dia paksa aku tengok bola dengan dia. =,=

lepas je siap semayang maghrib haruslah untuk aku berlari ke bilik tibi sematamata untuk cop tibi tuh. kalau tak memang aku kena layan vanila salad eh bukan coklat la jawabnya pasal adikadik akakakak cikgu sekalian nih memang fanatik cerita tuh. dan semestinya merekamereka yang nak tengok cerita tuh merasa sangat frust bila tengok geng aku tengah layan bola pasang volume paling kuat seterusnya mereka perlu pergi bilik tibi blok lain dan aku rasa aku sangat kejam tapi keadaan mendesak dan ape ke bangang ayat aku sangat skema aku tapaham. hew hew hew

dipendekkan cerita, lepas menjerit bagai kena histeria, Kelantan kalah dengan 1-2 dan semestinya ada beberapa pemain Kelantan yang kena carut dengan aku pasal aksi yang macam tengah tayang body sixpack kat tengah padang tapi bila dapat bola lari terkepitkepit. ahhh, rasa nak sunatkan je depa kali kedua. nasib je Subramaniam skor semalam, kalau tak, tapasalpasal bersunat mamat tuh. haha.

dan yang pasti, bagi aku game semalam best cuma mungkin ada beberapa kesilapan yang ketara buat team Kelantan nampak sungguh loser. tapi tahniah la apek walau kau lepas dua bola tapi kau tetap hebat walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mau kita berdua bersatu auw auw. dan aku dengar peter butler dah nak letak jawatan pastu M. Kutu eh eh Karuthu akan kembali bersama TRW. dan tolong la jangan nak ada gadoh gdaoh dalam KAFA ka sape ke, sat agi aku merajuk tanak sokong TRW lagi dah barulah merana kerol pahmi tuh. haha

dan sebenarnya panjang lagi aku nak cerita pasal bola semalam tapi sebab aku ada latihan teater dan Rita Rudaini yang datang ajar aku, terpaksa aku chow dulu nak solat nak mandi nak pakai comelcomel kotkot beliau nak bermadu dengan aku. auw~

Senin, 13 Februari 2012

walau apa pon terjadi, ini pilihan aku. rezeki di tangan tuhan :)

Assalamualaikum..

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi doctor. tadi aku pergi klinik dia, aku demam. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
"kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak Toyota Camry dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan doctor, tu la, kau tamasuk asasi sains macam aku, kalau tak, boleh je kau sambung degree buat medic macam aku! nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi peguam. tadi aku pergi pejabat guaman dia, aku ada masalah berkaitan tanah pusaka arwah nenek. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
“kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak Ferrari dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan lawyer, tu la, kau tamasuk asasi law macam aku, kalau tak, boleh je kau sambung degree amek law macam aku. nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi engineer. tadi aku pergi pejabat dia, ada urusan yang perlu diselesaikan. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
"kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak Merc  dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan engineer, tu la, kau tamasuk asasi kejuruteraan macam aku, kalau tak, boleh je kau sambung degree amek kos kejuruteraan macam aku! nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi menteri. tadi aku pergi rumah dia, untuk dapatkan sponsor dari dia untuk satu majlis yang sedang aku uruskan. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
"kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak BMW dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan menteri, tu la, kau tanak terlibat dengan dunia politik macam aku, kalau tak, kau taperlu nak mitakmintak sponsor cenggini, duit kau pon tahabis nak guna, macam aku! nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

wahai sahabatku yang kini sudah bergelar menteri, engineer, lawyer dan doctor atau apa jua pekerjaan kat dunia nih..

gaji aku mungkin tasebanyak kauorang, sebab aku hanya seorang guru. guru sekolah rendah. tapi, aku bersyukur, sebab dengan kerja aku nilah, lahirnya doctor, peguam, engineer dan jugak menteri yang punya kereta mewah ataupun rumah sebesar istana. macam kau. 

kalau semua manusia di bumi ni nak jadi menteri, engineer, lawyer ataupun doctor, siapa yang akan jadi cikgu? tanpa cikgu, kauorang rasa akan lahirkah seorang menteri, engineer, lawyer, doctor atau apaapa kerja pon kat dunia nih? dan tanpa cikgu, kau rasa sekarang kau boleh ke baca blog aku nih? boleh baca status dekat pesbuk? boleh taw macam mana nak selesaikan 9m12n + 4m4n x 12r dengan hanya sekelip mata. boleh ke?

aku mungkin takkan sekaya korang hanya dengan gaji cikgu, tapi aku harap aku akan kaya di akhirat nanti. sebarkan ilmu. insyallah, ilmu yang berguna. tahniah sebab berjaya dapat pangkat tinggi, tapi, jangan pernah rendahkan martabat seorang guru. :)

tolong, tolong, tolong!

jangan pandang rendah hanya kerana aku seorang cikgu!
aku bukan doctor.
aku bukan lawyer.
aku bukan peguam.
aku bukan menteri.
aku hanya seorang cikgu. 
nota kaki : pekerjaan yang aku sebut tuh hanya kiasan, takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati, hanya luahan rasa terkilan bila sering ditanya kenapa aku pilih kerjaya cikgu dan tanpa aku sedari pilihan aku diperlekehkan. takpe, jadi cikgu kena kuat! :)

Minggu, 12 Februari 2012

bukan senang nak curi hati orang. :)

Assalamualaikum..

tolong jangan marah aku sebab dah lama takhapdet. lagi satu, tolong jangan fikir yang aku dah kena penyakit hepatitis B. bukan sebab tu aku takhapdet entry. bukan. tolong la faham.

aku takhapdet sebab internet sekarang dah macam tahik yang nak kuar masa kau sembelit. punya la susah nak dapat line yang betolbetol cemerlang. nak bukak pesbuk pon dah kena tunggu limapuluh minit, apatah lagi kalau nak publish entry. maunya tiga hari dua malam baru terpublish. jadi, jangan buat kontrobesi yang aku kena penyakit hepatitis B okay. aku sihat alhamdulilah. sekarang, kauorang dah boleh duduk diam sambil makan popcorn dengan tenang ye. jangan risaukan aku.

baiklah, memandangkan aku sekarang berada dalam zon kegawatan ekonomi, aku perlu fikir satu cara untuk buat aku jadi kaya raya. takisah la raya aidilfitri ka aidiladha, yang penting kaya raya. haaaa, tapayah nak suggest supaya aku rompak bank atau ragut beg duit Datin Rosmah, aku baru menjangkau umor duapoloh tahun dan aku masih belum bersedia untuk bergelar banduan.

lagipon, takkan la orang sesopan aku nih nak jadi banduan kan. muka banduan kan ganasganas, nak lagi legend, ada parut macam kesan jatuh beskal kat pipi. tuh baru sesuai jadi banduan.
aku punya muka ada parut jerawat je, tuh pon takde la nampak sangat. terima kasih Safi Rania sari kecantikan asli. *posing maya karin

teringat zaman kecikecik dulu, suka sangat main polis entry one two jaga, polis mati pencuri jaga. yang sadisnya, aku mesti kena jadi pencuri. bukan sebab aku ada bakat lari pecut, tapi sebab member aku cakap muka aku sesuai jadi pencuri. haishh, ada ke patut. aku nih nak curi hati orang pon takut, apatah lagi nak curi limpa jantung segala bagai tuh.
tapi aku tafaham la macam mana orang lain senangsenang je nak curi hati aku, padahal aku dah lock pakai mangga yang besar gedabak jatuh atas kaki lumpuh sampai mati. dah la lepas curi tuh tareti nak hantar balik, sesuka hati je curi hati aku. nih mesti tabelaja sistem barter kan masa sekolah dulu. sepatutnya, dah curi hati aku, bagilah pulak hati dia kat aku. ni tak, haishhh, nasib je aku ni penyabar, kalau tak dah lama aku lempang secukup rasa. baru taw langit tinggi rendah.

takpetakpe, pada sapesape yang pernah curi hati aku tuh, terima kasih sebab kau pulangkan balik lepas kau seksa ia sampai hancur lebur lumat leik. tahniah  sebab berjaya curi hati aku sebelum ni, tapi jangan pernah berharap hati ini akan dapat dicuri lagi lepas ni sebab kau dah diblacklist. doakan hati yang dah lebur tuh dapat bercantum balik dengan kekuatan yang aku ada nih agar dengan itu kau akan ku maafi. :)

baidewei, bukan tadi aku nak cerita pasal macam mana nak jadi kaya raya ke? macam dah lari topik je. takpela, lain kali je aku hapdet pasal tuh k. aku punya semangat blogwalking tengah tinggi nih. nak singgah semua 'rumah' petani kat ladang aku nih sat. bye bye.
air mata di hati lebih payah dihapuskan berbanding air mata yang mengalir di pipi...

Kamis, 09 Februari 2012

tolong bangunkan aku esok :)

Assalamualaikum..

alhamdulilah, impian aku nak pergi Padang Besar tercapai jugak. gembira takterkata. bukanlah taterkata tuh sampai aku tabercakap pon seharian nih, tolong jangan bangang dengan fikir sebegitu. sepanjang hari ni aku senyum je, senyum tuh bukan calangcalang senyum taw, senyum panjang. panjangnya adalah dalah tiga harakat. dah macam pompuan yang baru melahirkan anak sulung. comel je aku senyum kan. *muntah

terima kasih la semua member aku yang sudi teman aku pergi sana walaupun pada awalnya semua macam menolak. dah sampai sana, semua pon dah jadi macam kinkong dapat bunga. tacukup tanah nak bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain. ikut perancangan nak balik pukul 3, tapi tuh la, perancangan kami memang selalu tamenjadi. so, dengan muka yang letih tapi masih mengekalkan kecomelan, kami meneruskan agenda kami membelibelah sampai pukul 5.30. takda la lari jauh sangat dari perancangan asal kan?

sape yang geleng kepala tuh.......?
*baling kamus dewan edisi keempat

sebenarnya, malam ni aku nak keluar pergi Jitra Mall pulak sebab aku dapat tiket wayang dan main bowling free, tapi nak buat macam mana, aku tewas dalam kepenatan yang teramat. mana tak penatnya, pagipagi pergi kelas, balik kelas bergegas iron baju, keluar pergi Alor Star, pastu drive pulak ke Padang Besar, lorilori muatan berat usah cerita la, memang kerja diaorang la buat catwalk atas jalan tuh. nasib baik aku penyabar, kalau tak memang dah lama aku pancitkan tayar diaorang. sesungguhnya orang yang sabar itu adalah orang yang comel. (:

sumpah aku sangat penat. perasaan penat tuh aku rasa hanya kerbau yang dipaksa tuannya membajak sawah seluas lima hektar je yang mengerti. aku rasa bila aku tido malam ni, aku hanya akan bangun apabila kalendar dah jadi tarikh 11 haribulan rasanya. kalau 11haribulan tahun 2012 takpe la jugak, kan tapasalpasal aku bangun dan masa tuh dah masuk tahun 2020. alamaknya dah tamuat la aku nak pakai bajubaju yang aku baru beli tadi. takpun kalau aku pakai baju yang aku beli tadi, mesti masa tuh orang akan cakap aku ketinggalan zaman. eh, bukan aku ketinggalan zaman taw, zaman yang ketinggalan aku. ahhh apa yang aku cakap nih!=,=

baidewei, aku tatau kenapa aku baik hati sangat beli baju untuk duaorang adik aku tuh jugak hari nih. sesungguhnya mereka tergolong dalam kalangan orangorang yang beruntung. ada sapesape nak jadi adik aku jugak? haha

Selasa, 07 Februari 2012

tolong bakar aku.

Assalamualaikum..

sebelum kauorang kerut kening baca tajuk entry aku nih, sebaiknya korang tambah perkataan 'lemak' ditengahtengah antara perkataan 'bakar' dan 'aku', okay sayang semua?
*anggukangguk kepala sampai rambut terimpul jadi reben

dah lama sebenarnya aku tak bakar lemak. haaa, tolong jangan nak tunjuk kau sangat tolol bila kau bayang aku tengah buat unggun api nak bakar lemak aku nih. maksud aku kat sini, dah lama aku tajoging. mungkin sebab sekarang aku dah kurang berminat dengan abang hensem pakai baju oren yang selalu joging dengan penuh kemachoan. dulu, aku suka usya time dia khusyuk dok lap peluh. haaa, mesti korang dah lupa yang aku sangat suka lelaki yang berpeluh kan. ohh, tapi bukan peluh yang berbau kasturi okay. body odour no no no!

aku baru siapkan esaimen pasal falsampah pendidikan islam timur barat. nak jadi cekgu memang nak kena taw la falsampah pendidikan nih semua, takkan nak suruh juruukur bangunan pulak kan study pasal falsampah pendidikan kan. pendidikan. dah nama pon falsampah pendidikan, cikgu tuh memang ada hubungan sulit dengan pendidkan, so, memang perlu la aku kena tau semua falsampah tuh semua annn.

aku sebut falsampah ke tadi....?
ohh, tersasul. maksud aku falsafah. falsafah pendidikan.

to be honest, aku tersangat taksuke belajar subjek yang memerlukan otak aku membaca sebab kajian dah mebuktikan bahawa sekiranya aku memperuntukkan masa aku untuk membaca, kecelaruan emosi aku akan mencapai tahap kronik. bagi mengurangkan tahap kecelaruan emosi tuh satu je cara iaitu aku perlu tidor. iya, aku perlu tidor. no wonder la semester nih aku punya ketagihan pada tido tuh semakin melampaulampau kan. dan tolong lah faham kalau aku ponteng kelas, jangan risau, aku tapergi berjimbajimba, tapayah cari aku kat disko atau pusat karok, cukup dengan cari aku kat atas katil dalam bilik aku je.

sambil baca falsampah, aku buat doodle. entah doodle ke noodle yang aku buat tuh aku kurang pasti. yang pasti, sape berani kutuk, aku sumpah jadi kek coklat indulgence, boleh aku makan free. jimat duit rm6.80 aku.
insyallah kalau aku rajin, nanti aku buat semua untuk geng the power of 8+1 dan mungkin untuk sapesape yang berminat. kalau aku rajin. kalau.

baidewei, aku nak pergi padang besar, tapi takde orang nak bawak aku pergi sana. sedih kan nasib aku nih. *lap hingus kat baju rumet

Senin, 06 Februari 2012

ukhuwah yang hilang~

Assalamualaikum..



Ya Allah, kekalkan ukhuwah ini, aku benarbenar rindukannya. :')

nota kaki : tapelik kalau kadangkadang aku nak berada dalam mood jiwang. jiwang dengan sahabat :)

Minggu, 05 Februari 2012

bukan susah pon nak dapat pahala.

Assalamualaikum..

aku ada cerita ni nak bagitau hangpa semua. skang rapatkan saf, betulkan saf. yang jauh mai rapat, yang rapat siap sedia dengan pen dan kertas di tangan. salin apa yang aku nak cerita nih. insyallah dapat manfaatnya.

【ツ】 【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】
di suatu hari yang indah dengan angin sepoisepoi bahasa entah bahasa melayu ke bahasa inggeris, ada seorang muslim sedang menikmati keindahan ciptaan Allah seraya berkata,
ALLAHU AKBAR
tidak cukup dengan ungkapan itu, beliau menyambung lagi,
LAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
setelah itu dia terus berkata,
LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN
setelah menyedari bahawa masih banyak kerja yang perlu beliau lakukan, beliau mengucapkan katakata beliau yang terakhir,
SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM
tanpa beliau sedari, dengan mengucapkan semua itu, beliau telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】

nampak macam takmenarik kan cerita aku tuh? 

sapa yang angguk tuh...?
*bunyi botol kaca pecah

baiklah, aku yakin mesti kauorang nak tau sapa manusia yang beruntung dapat ganjaran pahala dari Allah SWT tuh kan. 

dan sebenarnya, orang itu adalah KAU. 

kau yang tengah baca entry aku nih. tahniah, kau dah dapat pahala dengan percuma. dengan cara yang paling senang mudah cepat dan bijaksana. kalau korang rasa nak melipatgandakan lagi pahala kauorang tuh, boleh la ulangulang baca tulisan warna biru tuh seberapa banyak yang boleh. senang kan?

nak lagi afdal, ajarkan jugak pada orang lain. kongsikan bersama mereka yang kau mau bersama di syurga nanti. semoga ini salah satu cara kita meraih keredhaan Allah SWT. :)

satu lagi cara mudah nak dapat pahala adalah dengan senyum. senyum tuh kan satu sedekah. sesungguhnya orang yang sentiasa senyum adalah orangorang yang bahagia hidupnya. :)

salam maulidur rasul dari aku, Eruzu Liyana :)
mohon maaf salah silap. doakan aku berjaya dunia akhirat. ^__^

Sabtu, 04 Februari 2012

aku jugak punya perasaan :)

Assalamualaikum..

aku baru lepas nangis nih, jadi mood aku taberapa nak elok, jadi sapesape yang rasa nak beranoyying dengan aku, lebih baik simpan dulu hasrat tuh, kang kalau pasni mata kau ber eye bag kaler pepel, jangan salahkan aku eh.

baiklah, aku tataw kenapa duatiga hari nih aku sangat suka menyendiri. aku lebih suka dok dalam bilik, kunci pintu pastu pasang lagu kuatkuat. sama la jugak situasinya bila dalam kelas, aku duduk diamdiam sambil sumbat telinga dengan earphone, dengar lagulagu yang ada dalam phone c902 aku.

volume usah cerita la kan. dah tentutentu la dengar dengan volume yang paling maximum. even kawan aku dok sebelah pon boleh tau lagu apa yang aku tengah dengar. jadi jangan tanya lah kenapa kawan aku selalu terpekikpekik bila nak bercakap dengan aku.

kauorang pernah tak rasa perasaan alone sangatsangat. kau rasa macam semua orang pon tasuke kau, kau sorang je yang hidup atas dunia nih. bila ada masalah takde orang pon nak tau masalah kau, bila kau lapar kau makan sorangsorang, bila kau nak mandi kau terkedekkedek sorang diri. kau rasa diri kau tersangatlah forever alone. padahal sekeliling kau ada je membermember yang menghulurkan senyuman, tapi kau tetap rasa yang kau alone. iya, kau rasa alone. alone. alone. alone.

bila kawankawan ajak kau keluar lepak samasama, kau rasa macam kau hanya akan menganggu mereka. rasa macam kewujudan kau tidak diperlukan di situasi itu. terasa seolaholah kau halimunan yang hanya akan menyusahkan mereka. bila kau sendirian, mula fikir bendabenda negatif, makin down, air mata mula nak bermanja dengan pipi dan akhirnya kau nangis. cengeng.

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......!

aku benci perasaan ni. penat. letih. kalau boleh nak je larikan diri pergi bertapa kat manamana. kalau la IPDA ni ada rooftop, mesti aku akan cop tempat tuh sebagai tempat untuk aku bertapa. tapi sayang, IPDA hanya ada bangunan tiga tingkat dengan atap nipah je. dan mustahil untuk aku bertapa kat situ. jadi, nak taknak, tempat yang paling sesuai untuk aku bertapa sekarang nih adalah atas katil aku sendiri. bertapa atau tido aku kira benda yang sama. sama. mungkin.

aku bukan macam merekamereka yang punya kekasih hati nak mengadu setiap inci kesedihan yang aku alami, aku hanya ada kawankawan dan keluarga je yang boleh aku kongsikan apa yang aku rasa. tapi, mereka juga punya masalah mereka sendiri, dan aku yang memang selama ini seorang yang gembira-pergi-bertuah semestinya talayak untuk menambahkan beban mereka dengan masalahmasalah yang aku hadapi. takpe, aku akan terus tersenyum. sesungguhnya orang yang sentiasa tersenyum itu sungguh comel. aku taw. 

Jumat, 03 Februari 2012

sebelum bergurau tuh tolong fikir masakmasak.

Assalamualaikum.

kauorang pernah takberhadapan dengan manusia yang tapandai bergurau? maksud aku, bukan tapandai tuh pasal masa sekolah dulu dia tak amek subjek Kemahiran Bergurau, tapi cara dia bergurau boleh mengundang umpatan, kejian, carutan, cacian serta makian secukup rasa. haaa, pendek kata gurauan bodoh lagi hina dan keji la. aku memang benci dengan manusia gitu.

aku ni bukan la jenis sensitif yang kalau orang bergurau terus aku bagi tendangan sudut, aku cool je dengan gurauangurauan yang normal, tapi kalau dah bab keterlaluan, sikit hari lagi ada yang makan pakai kaki.

kat sini aku nak senaraikan beberapa gurauan yang aku rasa keterlaluan dan mampu mengundang umpatan, kejian, carutan, cacian serta makian secukup rasa.

gurauan zaman moden
situasi : kau dah lama takonline, tetiba masa kau bukak pesbuk nampak gambar kau tengah korek hidung pastu rasa kemasinannya kawan kau upload. pastu siap buat caption biodata diri kau sekali dengan nama jiran kau pon ada sekali. agak agak orang macam nih buat BBQ sedap tak?

gurauan tentang benda mistik.
situasi : masa kau tengah berkerut dahi melabur saham dalam jamban, dah la jamban tuh memang popular dengan cerita hantu semalaya, kau pulak memang asal penakut dari bayi lagi. tetiba ada plak manusia nak bermanja dengan menutup lampu sambil buat suarasuara mistik. pastu bila kau jerit, boleh pulak dia gelakgelak pastu sambil korek hidong cakap,
'alaaa, aku gurau je, chill la beb!'
chill kepala hangguk kau.

gurauan berkaitan dengan fizikal.
situasi: kau seorang yang gemok lagi banyak jerawat. pastu dengan selamba je kawan kau laung pakai speaker panggil kau ZOMBIE GERGASI depan orang ramai. pastu bila kau buat muka, dia boleh pulak cakap,
'alaaa, kau tau kan aku ni memang suka bergurau dengan kau!' 
gurauan berkaitan hati dan perasaan.
situasi : kau syok dekat BFF kau yang memang hensem tahap Aaron Aziz pon jeles. pastu satu hari member kau tuh cakap dia sayang kau, nak ajak kau kapel. kau kunun kunun jual mahal mintak masa nak fikir. bila kau dah setuju selmba je member tuh kata
'alaa, aku gurau je la, takkan la aku nak kapel dengan kau, aku kenal kau dari masa kau mandi tapakai baju lagi. jangan la ambik serius!'
gurauan berkaitan hal penting. 
situasi : kau sedang tekun mengulangkaji pelajaran sebab esok ada test. tetiba dapat mesej dari kawan kau yang awek kau dah mati kena langgar basikal anak pak Haron beroda tiga. oleh kerana terlalu terkejut, kau berlari sekuat hati kerumah awek kau, pastu tengok awek kau senang lenang dok korek hidong atas katil sambil main Ipad. kau mesej kawan kau, dan dia reply
'alaaa, aku saja je nak test kau sayang ke tak kat awek kau!' 
gurauan berbentuk fitnah.
situasi : kawan kau pergi cerita kat kawan kau yang lain yang kau mengandung anak luar nikah dengan niat nak bergurau. masa tengah syok bergurau melintas la si Salmah yang terkenal dengan mulut tempayan dan sekelip mata cerita pasal kau menandung anak luar nikah tuh tersebar. so, agakagak, sapa yang salah dalam hal ni? kawan kau? kawan kau yang dengar? Salmah? atau kau sendiri?

gurauan berbentuk lucah.
situasi : yang ni aku malas nak hurai sebab aku belom cukup umur. aii muda trang tang tang lagi u olls. *kelipkelip bulu mata palsu
nota kaki : nak bergurau boleh, tapi ada hadnya. yang laki pompuan tuh taw batas, jangan nak main tempuk tampar sesuka hati, kang aku tampar betolbetol baru hangpa tau.

Kamis, 02 Februari 2012

dunia dan akhirat tuh perlu seimbang.

Assalamualaikum..

aku malas nak buat intro yang klise macam sori dah lama takhapdet sebab aku busy uruskan pernikahan nenek aku dengan budak kelas aku masa sekolah yang sememangnya aku dok syok dari dulu lagi. hari nih aku nak cakap straight to the point ja. malas nak berkiaskias berpantunpantun.

first of all aku nak ucap terima kasih banyakbanyak kat gobemen sebab bagi aku duit 4k freefree je. walaupun tuh untuk kegunaan kehidupan aku 5bulan akan datang, tapi ianya sudah cukup untuk buat aku merasa jadi orang kaya segera. dah macam milo 3 in 1 plak kan nak segerasegera nih.

semestinya semalam aku dan koncokonco aku dah berjimbajimba bersukaria. and you know what, misssriyani dah pakai galaxy okay! ahhh, aku sangat jeles. mama aku takasi aku beli telepon baru, katanya telepon aku tuh masih elok lagi. padahal keypad pon da tercabut, tuh pasal la aku jarang reply mesej kauorang. so, tolong jangan ngumpat aku bila aku tareply mesej. isk isk. ini bukan alasan okay. =,=

baidewei, terima kasih la pada 'abang baju pepel' yang sudi teman aku jalanjalan seharian semalam. kawankawan dia yang superduper cool pon aku respek jugak sebab sudi melayan kerenah aku dan koncokonco. eh eh, sebelum mulut tempayan kauorang sebar gosip satu dunia aku dengan 'abang baju pepel', lebih baik aku cakap awalawal yang aku dengan dia hanya kawan. dia mungkin dah ada awek dan aku takacau pakwe orang. itu sangat loser okay. =,=

ohh ya, malam ni aku tido sorang pasal rumet aku balik, so, nak tanak, nampaknya terpaksa la lampu bilik aku bekerjakeras sepanjang malam. haaa, jangan nak buat kontrobesi kata aku penakut pulak. aku tatutup lampu bukan sebab aku takut, tapi senang sikit kalau terjaga nak kiamulai ke ape ke. tak gitu kawankawan? *posing zaiton sameon

mengikut agenda yang aku dah rancangkan, malam ni aku nak tengok cerita Hafalan Shalat Delisa, dah lama aku tunggu cerita nih, laaaamaaa sangat, dari rambut aku paras bahu sampai sekarang dah paras lutut. cerita ni unsur islamik, so, dah puas aku jimbajimba dengan urusan dunia, aku harap cerita nih boleh bawak aku ke jalan yang lurusssssss.

terima kasih la pada enciknaqib sebab bagi aku cerita tuh. aku sangatsangat gembira okay. lebih gembira dari orang yang baru lepas dapat anak sulung. sekarang pon aku dah senyum sampai telinga, bukan telinga aku, telinga jiran aku. almaklumlah, hari tuh aku donlod cerita nih, dekat dua jam beberapa minit je lagi nak siap, tetiba aku tertutup suis lappy. masa tuh nak tutup suis charger henset. so, bila dah dapat cerita nih tanpa perlu aku donlod sendiri, semestinya aku sangat gembira kan kan kan.

haa, nampak tak betapa gembiranya aku skang? sapa kata hidop single takboleh gembira? kau silapppppp. silapppp *goyanggoyang jari

ada sapesape yang dah tengok cerita tuh? berapa bintang kauorang boleh bagi? tanak bagi bintang bulan pon okay. matahari tapayah. bilik aku dah cukup panas dah.
*kibas diri sendiri guna kotak tisu

nota kaki : ohh ya, aku panggil abang baju pepel bukan sebab dia pakai baju pepel semalam, tapi sebab dia pernah buat dp pesbuk gambaq kartun lelaki pakai baju pepel, masa tuh matching dengan dp aiiii nokkkkkk.