Senin, 19 Maret 2012

kau pernah baca orang tulis entry hanya tulis intro je?

Assalamualaikum..

kali nih aku dah malas nak mintak maaf sebab lama tak hapdet sebab aku tau takda orang kesah pon pasal aku. aku hapdet ke tak aku makan ke tak aku berak ke tak aku tido ke tak takdanya kauorang kesah kan. aku taw aku sedar akan hakikat bahawa aku bukan siapasiapa bagi kau kau jugak kau yang tengak korek hidung pastu gentelgentel buat bentuk love tuh.

what....?
korek hidong pastu gentelgentel buat bentuk love...?

haishh sikit punya tak senonoh perangai, nih kalau bagi kahwin dengan anak Salabiah Hassaniah janda jual goreng pisang hujung jalan yang selalu pakai baju ketat nampak macam nangka busuk jatuh tergolek masuk longkang memang sesuai nih.

astaga, tapasal aku dapat dosa mengumpat si anak Salabiah Hassaniah tuh. nasib baik aku letak nama mak dia je kat sini, kalau aku letak terus je nama si Faridah Aurora tuh kat sini berdosa aku pasal sebut nama masa mengumpat. eh...?

astaghfirullahalazim aku memang takda niat nawaitu saumaghodim pon nak ngumpat sapesape. betol sumpah kalau aku tipu aku tolong rumet aku sapu sampah. *geleng geleng kepala sampai terteleng*

baiklah, sekarang kita abaikan pasal Salabiah Hassaniah lupakan pasal Faridah Aurora. kita ke cerita pasal diri aku pulak.

eh eh apasal nak close tab tuh.....?

jangan nak less teach close tab pulak bila aku cakap nak cerita pasal diri aku. terhiris kau tau hati ini. T__T

semalam aku mengalami masalah tidur yang amat teruk kronik lagi membimbangkan. tak kira berapa banyak kali aku gulingguling macam dolphin yang tengah berenang dalam laut, berapa darjah pusingan arus angin aku buat, mata aku masih belum dapat tidur, tetap jugak mata taknak lena. aku syak ada orang jampi aku nih. baek ngaku sapa yang buat sebelum aku jampi marangkerapukerapoklekor balik. aku ada kawan tok bomoh kau tau, baru je dia add aku kat pesbuk. selalu tego aku kat chatting mintak nombor tiang api rumah aku, romantik betol la beliau. *lagu kuchi kuchi hotak hei berkumandang*

ok. melalut. aku pikir hari ni nak buat entry baurbaur ilmiah sikit. tapi kelaut china selatan juga akhirnya. mari tepuk tangan bersamasama atas kelalaian aku.

well, aku sekarang tersangat la letih campur tabermaya secukup rasa. penat nya hanya kerbau di sawah yang mengerti. and FYI, sekarang aku dah ada kat kedah so sape sape yang rasa rindu aku tahap gaban makan roti cicah kicap dah boleh la jumpa assistant aku buat apoinment cepatcepat. terhad untuk limaribupuluhratus apoinmen terawal je. first come first serve kau hensem aku love. =,=

NEHIIIIIIIII!
*sambil gulingguling kat bukit dan main sembunyiksembunyik kat belakang pokok tukartukar baju alaala bombastik gitewwww.

baidewei,ekceli semua ayat ayat yang kauorang baca atas tuh hanyalah introdakson je, panjang lebar kan?

haruslah.

bukan ke masa buat karangan esepi m dulu kalau sapaa buat karangan panjangpanjang dikira pelajar genius tahap universiti cambridge datang rumah merayu daftar belajar kat sana. so, kalau introdakson aku pon dah panjang tuh, agak agak campur semua introdakson isi kandungan dengan kesimpulan haruslah tiga hari tiga malam pemeriksa tanda kertas aku. *posing Salabiah Hassaniah

dan satu lagi yang kau orang harus eh bukan harus tapi dah jatuh hukum wajib tau adalah aku mungkin tak dapat hapdet lepas nih sampai aku habes BIG pasal aku kena kumpul tenaga banyakbanyak nak dayung rakit nanti. jangan sedih.

apa....?
gembira....?

*baling pasu bunga*

doakan aku selamat dan kulit muka aku tak terbakar okay. ehem, bila aku cakap terbakar, aku tak memaksudkan yang aku siat kulit muka aku dan panggang buat BBQ. tolong jangan buktikan kebodohan di sini dan tolong jangan bangang sampai begitu.
ni la posing salabiah hassan bila dia marah.
jangan mainmain naaa.
aku suka bukak peti sejuk tapi taksuke kalau tutup,
aku suka tulis intro tapi taksuke tulis penutup.

kan dah tapasalpasal keluar pantun kat situ. okay sila berpesta laga gelas plastik sekarang. cisssss

Senin, 05 Maret 2012

SBE Seminggu Bersama Eruzu. haha

Assalamualaikum..

alhamdulilah, setelah sekian lama tak dapat nak online dapat jugak aku curi sikit masa untuk hapdet entry hari nih. to be honest skang aku masih lagi berada di sekolah menjalani SBE yang hanya berbaki dua hari saja lagi. sumpah pengalaman SBE yang aku dapat memang akan jadi satu kenangan yang indah dalam hidup aku. mereka mereka banyak bukak mata aku tentang kerjaya seorang guru. bukan mudah. iya bukan mudah. sekali lagi aku ulang, bukan mudah. nak aku ulang lagi? eh, xkuasa aku.

apasal kauorang semua terkebilkebil baca statement aku kat atas tuh?

haaa, aku taw kauorang nak kata aku pelik kan pasal ayat aku guna tuh bukan main skema ikut format peperiksaan lagu kan. rilex la der, aku cuma nak ambik feel seorang cikgu, sebagai cikgu yang berdisiplin cekal amanah bertanggungjawab lagi comel *muntah* macam aku nih haruslah kekal skema bila berdepan dengan murid murid dari pelbagai latar belakang. nampaknya sekali lagi aku telah menggunakan ayat skema yang kalau aku tulis dalam karangan masa darjah lima kompem dapat anugerah pelajar terbaik punyerrrrr la. *posing pegang award

baiklah, jadi cikgu nih bukan mudah. nak kena handle student dari pelbagai latar belakang. apa kau ingat dalam satu kelas tuh ada tiga poloh orang ketiga tiga poloh orang tuh semau miliki kepandaian yang sama? semua pandai tambah tolak bahagi semua tahu eja konservatif eja protagonis dengan betol. tak okay. cuba imbas balik masa kita sekolah dulu, dalam kelas kita ada yang pandai ada yang kurang pandai ada yang jawab kalkulus sepuluh saat ada yang sepuluh hari pon tak terjawabjawab, ada yang terer speaking bangladesh ada yang terer speaking mandarin. masing masing punya kelemahan dan kelebihan. kat sini la peranan cikgu tuh sangat penting. ahhh, memang la kan bila online kat sekolah nih feel dia lain macam sikit, mudah je masuk pada mood skema sampaikan ayat nak sempoi macam biasa pon dah lari laju laju sampai cucur atap dah. huh.

semalam masa lepas aku rehat, tetiba diserang segerombolan student yang nak keluar rehat. mula mula tuh okay la kan depa bagi salam, tetiba datang lagi segerombolan yang nak bersalam. start dengan seorang semua yang lalu lalang pakat mai serang nak bersalam sekali. dan untuk menambahkan lagi unsur dramatik dalam ramairamai student yang salam dengan aku tuh, ada yang bagi aku cendol. kauorang mesti bayang air cendol tambah ais diminum petang lepas jogging sambil usya laki hensem kan kan kan. bukan cendol tuh yang aku maksudkan, cendol nih adalah sejenis cecair yang keluar dari hidung murid murid atau nama saintifiknya hingus. haaa, sila muntah bagi pihak aku sekarang. kau bayang je ada hingus kaler hijaun melekitlekit kat tangan kau. bayang cepat. pastu sambung muntah lagi sekali.


pagi tadi, semua cikgu mesyuarat, so mama aku suruh aku ganti kelas darjah satu merangkap kelas beliau, masuk masuk je, budakbudak dok menyapu. aku perhatikan sambil berkata dalam hati okay, not bad. pastu aku suruh diaorang lukis benda yang diaorang suka. huslah mereka lukis rumah, kereta, alat tulis dan lukis apa apa yang sesuai dengan imaginasi budak budak darjah satu bersamaan tujuh tahun. takkan la nak suruh diaorang lukis potret monalisa plak kan. ohh, lupa nak cakap, aku masuk kelas tuh dengan kawan aku seorang pompuan dan sorang laki. haruslah kawan aku yang laki tuh hensem tahap kalau budak tengok mintak nak add kat pesbuk, so, sebelum kami keluar tuh, boleh pulak budak budak tuh pergi peluk kawan aku tuh taknak bagi keluar. siap pesan suruh kami masuk lagi kelas dia nanti. masa tuh rasa macam dihargai sangatsangat, makin berkobar la semangat aku nak jadi cikgu. :)
Sir Amir with his lobly student. nampak tak betapa
eksaited nye bebudak nih. 

jangan tanya aku dari mana datangnya kepala tuh. haha
kawan kawan aku yang buat SBE kat sekolah lain pon macam macam pengalaman depa dapat, betol la SBE ni banyak membantu membuka ruang untuk kami mengenal sekolah. Seminggu Bersama Eruzu. eh eh bukan. School Base Experince. i love it. <3

nota kaki : baik aku berhenti sekarang sebelum pasni ayat yang keluar berunsur sastera sampai kalau kau baca kena google translate. eh?