Kamis, 24 November 2011

jawapan bijak bagi soalan bodoh!

Assalamualaikum..

kau pernah tak tengah syok skodeng wall skandal korang, tetiba ada je yang datang nak berkenalan. yang pasti, orang tu adalah makhluk yang anda tidak ketahui asal usulnya.

kalau aku senang je, kalau ada yang tegor aku cam gitu, on the spot aku akan stalk profile dia. caricari datadata peribadi beliau yang memungkinkan aku untuk mengenali beliau, dan kalau tade apaapa info, on the spot jugak aku akan remove friends.

kejam? jual mahal?

bukan, aku hanya menitikberatkan soal keselamatan. lagipon aku taw, para sweettalker ni just cuba nasib je, semua pompuan pon dia tegor, kalau dapat, alhamdulilah, tadapat, depa cari lain. see. itu adalah hakikat kehidupan dunia akhir zaman. ahhh,ayat aku dua tiga hari ni sungguh awesome aku rasa..muahah

tadi lepas godekgodek facebook, ada jumpa satu notes ni. sinis bahasanya, tapi bagi aku, apa yang hendak disampaikan tu memang sampai la. dalam notes tu menyediakan antara pilihan jawapan yang boleh kau orang berikan bila disoal soalan seperti yang tertera. apaapapon, kau orang baca je la eh.

*****

Soalan: Hai,apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je...Awak?

Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?

Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...

Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.

*****

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...

Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?

Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.

Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.

Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

*****


Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?

Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...

Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.

Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

*****

Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.

Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.

Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.

Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

*****

Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?

Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~

Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?

Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?

Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

*****

Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?

Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!

Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?

Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

*****

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?

Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.

Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak kawan aku hari tu?

Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

*****

Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar porno.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?

Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

*****

Soalan: Awak,jom keluar nak?

Jawapan 1: Urm..Bila?

Jawapan 2: Boleh. kita nak pergi masjid mana ni?

Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang tangan aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!

Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah,nenek,datuk dan adik beradik saya ikut sama.

*****

Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan?

Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...

Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!dasar tak laku

Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.

Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

*****

so,pandaipandai la kau orang pilih jawapan yang paling sesuai, kau punya pilihan menentukan kau punya masa depan. ingat tu! haha

Tidak ada komentar:

Posting Komentar