Assalamualaikum.
malas aku nak mintak maaf sebab lama tak hapdet sebab aku tau aku hapdet ke tidak takda yang kesah pon kan sob sob sob. disebabkan lama gila babeng saya tak hapdet eh eh saya gitewww, ulang balik ulang balik.
disebabkan lama gila babeng aku tak hapdet sudah tentulah banyak sekali cerita yang aku nak cerita. ceit ayat macam keling. =="
tapi disebabkan aku baru je habes Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) minggu lalu ditambah dengan tersebar meluasnya satu entry yang mengkritik kerjaya cikgu (well, i'm part of them), so kali ni titew rasa titew nak buat reply la entry yang dibuat oleh ENGINEER nih.
yang tak baca lagi entry dia p baca dulu, kalau tak probability hangpa tak paham butir bicara aku pasni amatlah tinggi. pastu mula lah meroyan memkhinzir buta. :B
so far memang bagi aku agak beruntunglah jadi cikgu ni. teramat beruntung. sebab apa? sebab cikgu ni adalah insan yang sebarkan ilmu.
Jika mati anak Adam, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat Muslim).
baiklah, ni jawapan aku kepada fakta-fakta yang telah Puan Engineer tuh keluarkan. kalau ada kawan kawan pada engineer tuh terbaca entry aku nih, boleh la tolong pass pada Puan Engineer tuh untuk dibaca. nanti aku belanja tutti fluti. :3
1. Gaji cikgu berlambak, kerja tak seberapa jika dibanding operator kilang.
first of all, kita nak bagitau kat manusia manusia yang tak tau kat luar sana. nak jadi cikgu hangpa kena spend 5tahun setengah bersamaan 11sem sebelum dipostingkan. takkan la cikgu cikgi yang belajar 5tahun setengah hangpa nak bandingkan dengan operator kilang yang sesetengah daripadanya terdiri daripada pendatang asing. well, open minded la girl. kenapa kau tak jeles dengan perdana menteri yang gaji berpuluh ribu sedangkan nak spesific kan keje depa pon kau tak reti?
setiap pekerjaan yang kita lakukan kat dunia nih ada tanggungjawab tersendiri, ada amanah yang kita pikul. tak kira la kau engineer, kau penoreh getah, kau doktor, kau tukang sapu, ada tanggungjawab yang akan disoal di mahsyar kelak. kalau kau jadi cikgu kau tak jalankan tanggungjawab kau dengan baik, kau dapat gaji buta beribu ribu, apa kau ingat kau boleh lepas kat Mahsyar nanti? begitu jugak la dengan kerjaya engineer or whatever kerjaya atas muka bumi nih kan, semuanya akan diperhitung nanti. so, tak payah la kau nak pertikai kau kerja banyak gaji sikit aku kerja sikit gaji banyak, anggap je rezeki masing masing. :)
2. Cikgu banyak cuti, ikhlas ke tak mengajar?
iya sayang, cikgu memang lebih sikit cuti dari awak yang bergelar engineer dari awak yang bergelar operator kilang tuh. tapi suka saya maklumkan di sini, kerja cikgu bukan terhenti lepas bunyi loceng balik tuh, balik rumah cikgu still ada tugasan yang kena buat. mana nak siapkan Alat Bantu Mengajar, nak tanda buku murid, siapkan RPH untuk pengajaran esok, semua benda tuh cikgu buat kat rumah. kau tau kenapa? sebab golongan cikgu taknak golongan macam kau ni cakap kami tak mengajar, sebok buat RPH, ABM dalam kelas.
eh eh bukan aku merungut tahu. bukan bukan bukaan. aku cuma nak memberitahu. ==''
soal keikhlasan kau nak pertikaikan ke Puan Engineer? tang tuh aku taknak cakap banyak, biar pepatah nih menjelaskan segalanya.
Ikhlas boleh diumpamakan sebagai semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap. Tiada siapa akan nampak semut itu walhal ia wujud di situ. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui kewujudan ikhlas di hati. Ikhlas tidak boleh ditemui pada lidah yang manis berkata-kata. Ia tidak dapat dilihat pada senyuman yang dibuat-buat.
3. Cikgu kalut dok hapdet belog, kalut dok bukak tuisyen.
yang pasal hapdet belog kau nak kecoh ape wey. tak paham betei aku. cikgu pon manusia jugak. suka hati dia la hapdet belog ke hapdet ape. yang kau dok kecoh tuh pe hal? dia hack wifi kau ke? lahaiiiii.
murid yang pergi tuisyen lebih berjaya dari murid yang tak pergi. fakta tuh macam betul la jugak kan. sama dengan kes orang yang rajin menghadiri kuliah agama lebih banyak ilmunya dari mereka yang dok tengok televisyen. tak paham? ok, cuba kau fikir. murid A dengan murid B sekelas. murid A balik sekolah attend kelas tuisyen, murid B balik rumah tido. so, sapa yang lagi pandai? lu pikiaq la sendiri.
part hantaq murid p hospital tuh cikgu berlumba lumba memang sakai la cikgu tuh. kau tau tak cikgu yang boleh hantar murid sakit ke hospital adalah cikgu yang bertugas. apa kau ingat senang senang cikgu boleh keluar time sekolah? eh eh aku lempang jugak budak nih.
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi
| one of my student together with jalur gemilang + baju melayu semasa sambutan merdeka raya. :) |
untuk tambahan, memang aku bersyukur sangat bakal jadi cikgu one day insyallah. aku juga sedar tanggungjawab yang akan aku pikul nanti sangat berat. cikgu la yang akan melahirkan perdana menteri, doktor, engineer, polis, dan sebagainya. kalau tak, takkan terhasilnya karya Usman Awang tuh.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,Jika hari ini seorang peguam menang bicara,Jika hari ini seorang penulis terkemuka,Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.- Usman Awang (1979)
sampai situ dulu la entry aku kali nih, esemen tengah dok lambai lambai suruh aku siapkan, kang tak buat esemen ada yang pertikai ikhlas ke tak aku belajar nak jdi cikgu nih. hmmm.
apa yang penting, respek kerjaya orang dan orang akan respek kerjaya kau. peace yaw !
apa yang penting, respek kerjaya orang dan orang akan respek kerjaya kau. peace yaw !