Rabu, 29 Juni 2011

the power of 8+1

28-06-2010
28-06-2011
setahun masa berlalu agak pantas~
setahun masa aku bergelar student IPDA~
setahun masa aku belajar untuk menjadi seorang guru~
setahun masa aku lalui dengan pelbagai memori~
setahun masa aku belajar menjadi manusia~
dan paling penting.............
setahun masa aku bersahabat dengan mereka!
siapa mereka??
siapa ye??
kalau celcom ada pelan 5+1,,aku pulak ada sahabat 8+1~
bukan senang untuk kami mengekalkan persahabatan kami sampai tahap ni~
mungkin ramai yang tgk kami semua mcm bff tahap gampang,,tapi,,betol la perilbahasa melayu!
sedangkan lidah lagi tergigit,,inikan pula........
langit x selalunya cerah!
kita semua pernah diuji,
ujian yang buat hubungan kita makin kukuh!
ujian yang buat kita lebih menhargai persahabatan ini!
ujian yang membuatkan kita semua bertambah erat!
terima kasih sahabat!
menceriakan hidup aku selama setahun!
semoga 4 tahun yang akan kita lalui pasni akan bersianar bak mentari samudera~

SITI NUR AMIRAH 
~saya sayang awk sgt2,,awk sentiasa ada bila saya memerlukan,awk sentiasa menghargai kehadiran saya dalam hidup awak, maaf kerana pernah lukakan hati awak sebelum ni,,semoga kita terus berusaha untuk pertahankan persahabatan kita ek!<3 u b!

SITI NURAISYA FARHANA
~awk la sahabat yang sentiasa care pasal saya, bila saya sakit, saya sedih,awk org pertama yang akan pecah otak fikir pasal saya, bila ada org kacau saya, awk mesti akan usaha untuk protect saya,,saya pernah rosakkan hubungan kita sebelum ni,,dan saya harap, kita berdua lebih matang untuk harungi ujian lps ni ek sahabat!

SITI HAJAR
~awk yang sy knl adalah seorg yang kuat smgt, bila sy da mslh,,awk selalu sruh sy pk positif! satu sem awk jd rum8 x rasmi sy!sy gembira bersama awak,,apa yg saya harapkan,,awak terus bersama saya walau apa pun yang terjadi,,sebab sy syg awk sgt2

SITI NURHAFIZAH
~awk ni kalut la!selalu je buat kecoh walau di mana pon awk berada,,sbb 2 la sy suka kacau awk!sy suka tgk  awk mrh sy,,bukan sebab awk comel bila marah,,tp,,sbb awk boleh merubah mood saya,,awk selalu menceriakan hari sy!<3 u sweetie!

SUHAILA
~awak ni tempat saya mengadu masalah!saya syg awk sbb 2 la sy selalu cari awk bila sy da xpuas aty ngan tuuutttttt,,sbb awk kan satu negeri ngn imam sy!nanti saya kawin,,awak jadi pengapit sy k!pas2,,sy nk singgah tdo umah awk nnti,,hehehe,,

WAN NURADILLA
~awk ni mcm powerpuff girl la,,very da kiut one,,ok dah,,jgn nk pasan!awk nmpk strong heart,,tp,,penakut!mcm sy!sbb  2 la bila owg pasang citer antu,,kita yang yor yor o menjerit!hahah!<3 u~~muahhhhhh

FATIN NUR IZZATI
~apa ko cakap bha!!hahah,,selalu aja kamu cakap laju,smpai sy x faham!tapi,,sy suke tgk kamu,,kamu kan comel!opppppsss,,sy kan tahu rhsia kejelitaan kamu!hahaha..oetokkheeeeeeee!!suke dgr kamu pggil sy 'membesar'..hahah <3

dan yang ni spesel ckit.......

ANIS SYUHADA
~awk insan yang sgt sy syg,,sgt sy rindu,sentiasa ada bila diperlukan,sentiasa bersedia untuk membantu,,sy harap sgt awk xkan tinggalkan saya walau apa pon yang terjadi,,sebab awak adalah sebahagian dari hidup sy!<3




nota kaki:konklusinya,,aku sgt menyayangi mereka!


the power of 8+1


8 = sahabat yang aku sayang


+


1 = SITI NUR LIYANA..


happy 1st eniveseri of our frenship!

Sabtu, 18 Juni 2011

PAPA, ABAH, AYAH, DADDY, ABI

MOHD YUSOFF BIN HASSAN
aku bersama adik beradik dan juga abah n mama tercinta!


lelaki yang paling aku sayang atas dunia ni!
lelaki yang aku paling cintai atas dunia ni!
sebab dy adalah insane yang membesarkan aku selama ni!
insan yang iqamatkan di telinga ku suatu ketika dulu!
insann yang telah 19 tahun bersamaku!
ABAH!
itulah panggilan aku untuk beliau~
lau d alam reality,,kita mmg agak susah untuk meluahkan kata2 cinta, sayang pada insan yang xkisah la u all pnggil abah ke,,ayah, daddy, abi, dan juga papa!
sgt ssh!
lau ngan ibu korang,,xda la ssh sgt kan??
sedih kan jadi seorg ayah~
anak2 bese nmpk pengorbanan ibu je!
jarang nk hargai apa yang ayah dah buat untuk kita!
konon ayah 2 kan laki,,mana da masa nk tacing2!
xcuse me!
lau korg 2 ank laki skang ni,,tunggu la nnti korg bergelar bapak!
kita tgk la korg tacing ke x!
errrr~~

teringat aku akan suatu peristiwa yang berlaku masa aku nek kete ngan abah n mama aku~
masa 2,lau xsilap,,aku form5~
akak aku tepon mama aku,,tapi x dapat, so, dy pon col la no abah aku~
bila abah aku angkat,,kakak aku ckp nk cakap ngan mama aku!
pas2,,abah aku bg la tepon kat mama aku,,then dy ckp:
“anak2 abah lau tepon pon, mesti tepon mama,,lau tepon abah pon,,mesti just cari mama!”
errrrrrrr~
mungkin abah nada bergurau masa 2!
tapi, lau pk2 balik,,bila aku dok jauh cam gni,,aku rasa btol la kot apa yg abah ckp 2!
sbb lau aku pon,,jrg sgt aku tepon abah aku,,lau aku tepon pon,,ckp kejap je~
lau ngan mama aku,,3 jam pon xpe!
bagi nk bekap diri aku seolah2 aku ank yang solehah,,aku pk la:
“aku kan ank pompuan,,msti la suka gosip2 ngan mama aku”
tapi,,lau ank laki plak,,agk2 apa alasan dyorg nk bg utk bekap diri dyorg??errrrrrr~
abah!
abah!
abah!
terima kasih telah menjadi seorang lelaki yang menyayangi semenjak dari 26/04/1992 lagi, terima kasih atas kemewahan yang telah diberikan, atas kesenangan yang dilimpahkan!
ore saye abah!!

Selama ini, tangan itulah yang membelaiku. Selama ini, hati itulah yang selalu bimbangkanku. Sejak suara tangisku yang pertama, sejak dy laungkan azan di telingaku, dy begitu mengasihiku. Ya, aku adalah permata hatinya. Namun, aku bukan selamanya miliknya….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya aku pergi. Walaupun di hatinya tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah dy yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah dy untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai abah!

Hatinya tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjagaku sepenuh hati. Sejak bertatih, dy melihat jatuh bangun aku tanpa rasa letih. Siapakah yang akan membalut luka hatiku dalam kembara itu nanti? dy jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. dy tahu saat itu dy mesti mula melepaskanku. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. baginya, aku umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang.

mungkin inilah luahan hati seorang abah apabila seorang anak perempuannya dinikahi lelaki yang bakal menjaga anaknya itu!


Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak engkau membisikkan bahawa hatimu telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihanmu? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai? 

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. 

Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan! Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah. Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dirimu begitu manja di sisi. 

Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah. Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!


"ya Allah matikanlah aku sebelum sempat aku menyakiti hati kedua ibubapaku..sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui pejalanan hidupku sekarang dan masa akan datang" 

dan pintaku pada imamku kelak:
awak adalah lelaki yang akan saya cintai dan sayangi sebagaimana saya menyanyangi dan mencintai abah saya!
awak jagalah saya sebaik mungkin sebagaimana abah saya menjaga diri saya!
awak cintailah saya sebagaimana abah saya mencintai saya!
kerana awak menyambung tanggungjawab abah saya untuk membimbing saya!
jangan lah awak putuskan hubungan saya dengan abah saya walau apa pon berlaku!
sayangilah abah saya sebagaimana awak menyayangi ayah awak sendiri!
awk jangan pisahkan kasih sayang saya dengan abah walau mungkin masa 2 abah saya sudah tua!
kerana abahlah:
saya ada d dunia ni!
saya boleh menjadi makmum awak kelak!
dan ingatlah:
awk juga seorang lelaki
yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan!
yang akan menggalas tanggungjawab pada anak2 kita sebagaimana yang telah abah lakukan pada saya dan adik beradik!
dan kepada yang telah kehilangan ayah:
doalah moga beliau bahagia di alam sana!
sedekahkan la-fatihah setiap waktu!
SELAMAT HARI BAPA!



kelainan dalam membuat ucapan selamat hari lahir

memandangkan hari ni adalah besday adik aku dan juga sepupu kesayangan aku,,makanya rasa nk buat la entry pasal besday2 ni!!

kalau sebelum ni,kita dihidangkan dengan perkataan SAYA CINTA AWAK dalam pelbagai bahasa,,hari ni kita try translate pulak perkataan SELAMAT HARI LAHIR dalam bahasa2 yang ada kat dunia fana ni!!

so,,pada sape2 yg sambut besday dy pada bulan
January

February

mac

april

mei

jun

julai

ogos

September

October

November

December

entry ni adalah aku tujukan ikhlas la buat yang lahir pada bulan yang aku nyatakan,,x kira la tahun berapa sekalipun!!

hadiah yang berbentuk ucapan ni ikhlas daripada aku taw~=)

n pada yg ada awek/pakwe/kawan/keluarga yg foreigner 2,,senang la nk wish nnti!!heheh

Brazil: Parabéns a você! nesta data querida muitas felicidades e muitos anos de vida.

Chinese-Cantonese: Sun Yat Fai Lok!

Chinese-Mandarin: qu ni sheng er kuai le

Croatian: Sretan Rodendan!

Czech: Vsechno nejlepsi k Tvym narozeninam!!

Danish: Tillykke med fodselsdagen!

Dutch: Hartelijk gefeliciteerd! or Van harte gefeliciteerd met je verjaardag!

Esperanto: Felichan Naskightagon!

Farsi: Tavalodet Mobarak!

Finnish: Hyvaa syntymapaivaa!

French (Canada): Bonne Fete!

French: Joyeux Anniversaire!

German: Alles Gute zum Geburtstag!

Greek: Eytyxismena Genethlia! or Chronia Pola!

Hawaiian: Hau`oli la hanau!

Hebrew: Yom Huledet Same’ach!

Hungarian: Boldog szuletesnapot! or Isten eltessen!

Italian: Buon Compleanno!

Japanese: Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!

Russian: S dniom razhdjenia! or Pazdravliayu s dniom razhdjenia!

Spanish: Feliz Cumpleaños!

Swedish: Grattis på födelsedagen

Taiwanese: San leaz quiet lo!

Thai: Suk San Wan Keut!

Ukrainian: Mnohiya lita! or Z dnem narodjennia

Rabu, 08 Juni 2011

doa seorang hamba!

bismillahirahmanirrahim~

alhamdulillahirabbil alamin, wassolatiwassola waala ashrafil anbiya hi wa mursalim waalaalihi wasohbihi ajmain~

Ya Allah,,lindungi aku dari kerosakan dunia dan akhirat!

lindungi aku dari kejahatan dunia mahupun akhirat!

lindungi aku dari tergelincir iman!

kukuhkan iman di hati~

agar aku kekal sebagai islam seumur hidupku!

Ya Allah, dekatkan aku dengan kemuliaan dunia dan akhirat!

dekatkan aku dengan syurga!

dekatkan aku dengan segala kebaikan di dunia mahupun akhirat!

istiqamahkan diriku agar kekal sebagai seorang Islam sehingga hujung nafasku!

Ya Allah!

ampuni segala dosa2ku!

ampuni segala dosa kedua ibu bapaku!

ampuni dosa adik beradikku!

ampuni dosa seluruh ahli keluarga,sanak saudaraku!

ampuni dosa sahabat handai!

ampuni dosa seluruh umat Islam di seluruh dunia!!

sesungguhnya aku hambaMu yang suka meminta2~

murahkan rezekiku~

permudahkan urusanku~

jadikan aku hambaMu yang beriman~

jauhkan aku dari penyakit hati~

wujudkan hubungan baik antara aku dan umat manusia~

semoga aku berada dalam lindungan rahmatMu~

alhamdulilah atas semua nikmat yang engkau kurniakan pada ku!!

alhamdulilah!

alhamdulilah!!

rabbana atina fiddunia hasanah,wafil a khiroti hasanah, waqina azabannar~

amin ya rabbal alamin!