Jumat, 30 Desember 2011

kau ingat kedah dengan kelantan tuh dekat ke?

Assalamualaikum..

sape kate kedah dengan kelantan tuh dekat angkat tangan? mungkin sebelum nih aku pon akan angkat tangan sampai nampak ketiak bila ditanya dengan soalan sebegitu, tapi tu dulu, tapi sekarang, aku dah temui satu bukti yang akan membuka mata kau semua betapa jauhnya kedah dengan kelantan tuh.

eh, lupa pula. turunkanlah tangan tu.

kau percaya tak kalau aku cakap yang aku akan lalui satu perjalanan dari kelantan ke kedah dan ianya akan memakan masa setahun?

kau bayangkan esok aku akan naik bas dari kelantan, tapi aku hanya akan sampai ke kedah pada tahun hadapan. diulangi, tahun hadapan. tahun hadapan. nak aku ulang lagi? eh, takuasa aku. =,=

aku naik bas tuh pada tahun 2011, tahun 2012 baru aku sampai.

bunyi menarik,kan? tunggu. jangan nak bertepuktampar dengan jiran sebelah yang baru lepas balik dari berkebun sebagai tanda kau berasa teruja. tolong jangan bangang sampai begitu.=,=
welcome 2012. :)
oh ya! Osbon dah jadi juara Maharaja Lawak Mega, aku sokong je kemenangan depa pasai depa buat lawak memang kelaka giler sampai aku gelak dari ruang tamu berguling hingga ke dapur. nasib baik dekat dapur pisau semua berada di tempat tinggi, kalau tak, mahunya jadi arwah aku. tahniah Os dan Abon :)

nota kaki : ini adalah entry terakhir aku untuk tahun 2011, so, dikesempatan ini, aku nak mintak maaf pada semua yang terasa hati dengan penulisan aku sepanjang hampir dua tahun aku mengarut kat sini, doakan segala azam aku untuk tahun 2012 tercapai okay. :)
[updated] seseorang yang agak istimewa dalam hidup aku baru lepas operate, dan sekarang dia dalam proses penyembuhan, doakan dia okay. :)

Kamis, 29 Desember 2011

apa kau akan buat pada barang yang dah EXpired date?

Assalamualaikum..

tadi, masa tengah tolong mama aku masak untuk makan malam (okay, aku memang rajin kalau babbab makan) , tetiba mama aku tanya satu benda yang menyentap ke hulu jantung, memedihkan hulu hati.
"nape putus dengan incikdomosaya?"
ringkas, tepat dan padat serta secukup rasa untuk aku jatuhkan pinggan yang sedang aku cuci supaya efek bunyi kaca bertaburan tuh lebih menghangatkan suasana.
"saja!"
aku purapura cool bagi menutup segala perasaan yang tengah berkecamuk dalam dada aku saat tuh, cuba teruskan aktiviti mencuci pinggan dengan ayunya.
"sapa yang start? sapa yang salah?"
abang aku yang ada bersama aku masa tuh aku lihat sedang tersenyum kambing mendengar butiran pertanyaan yang kuar dari mulut mama.
"duadua kot salah."
mama mula memandang aku dengan expresi muka cuba-jangan-nak-kias-kias-kalau-tanak-aku-tampar.
"macam mana boleh jadi duadua salah?lagipon, kalau duadua salah, kira adil la tu, watpe nak gadoh sampai putus?"
ahhhh, mama aku dah mula dah, dia punya hormon detektif conan memang sangat subur saatsaat macam ni, aku dah malas nak jawab banyakbanyak.
"dah tu duadua tanak mengalah, ego tatentu pasal, lantak pi la, lagipon malas nak pikir lagi, dah takde jodoh!"
tibatiba abang aku join the chitchat.
"awek aku selalu je ngalah ngan aku, bese la tu, pompuan, man is always leader!"
dan yang mengejutkan jawapan dari mama aku.
"senangsenang kembali je pada Fauzi (bukan nama sebenar)!"
dengar je mama sebut nama Fauzi (bukan nama sebenar), aku dah mula gelabah, cepatcepat tukar topik. ahhhhhh, mengapa nama Fauzi (bukan nama sebenar) jugak yang disebut saat ni.

tapi...!satu je yang mama aku perlu tau untuk saat ni, kalau boleh, aku tanak dah kembali pada orang yang dah pernah buat hidop aku huruhara, orang yang pernah buat aku menangis, takisah la sape pon orang tuh, melainkan jodoh aku dengan dia sangaatttt la kuat, aku redha dengan ketentuan takdir sebab aku takkan bazirkan masa aku dengan berlawan pedang dengan takdir sendiri. takkan.

apa yang dah jadi biarkan terjadi. cuma aku harap aku takkan ulangi silap yang sama dengan membazirkan masa aku dengan orangorang yang salah. lagipon, hidup ni bukan ditulis dengan pensel yang boleh dipadam bila aku taksuka guna pemadam. hidup ni ditulis dengan pen. ohhh, tolong jangan tunjukkan tahap IQ kau yang rendah dengan buat lawak suruh padam dengan liquid pula. aku tengah serius ni, jadi kauorang pon kena serius jugak.=,=

jadi tak perlu aku nak tunggu sesuatu yang tak akan kunjung tiba ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. ibarat menunggu Ashraf Muslim datang minta couple dengan aku sedangkan sekarang ni dia bahagia dengan isteri dia tu. lebih baik aku go on dengan hidup aku sekarang tanpa perlu nak menyesal dengan barangbarang EXpired date, semua tuh hanya akan menyusahkan aku.TT__TT

so, sekarang ni kau nampak tak point yang aku cuba sampaikan di sini? atau kau nak aku senaraikan lagi metaforametafora yang berkaitan? tapi aku rasa untuk kali ni, metafora tu sudah cukup sebab emosi aku hari ni pon macam tamenentu, so, untuk kebaikan sejagat, tolong jangan susahkan aku untuk berfikir lagi.

makan roti EXpired date boleh buat kau sakit perut, mengenang cinta yang dah EXpired date boleh buat kau sakit perut, hati, pankreas dan segalanya. TT.TT
nota kaki : aku baru beli kasut sukan baru tadi, harga boleh tahan la nak buat aku dok diam untuk seminggu, semuanya garagara misi aku nak turunkan berat badan start semester depan dengan berjogging, doakan aku berjaya okay! (:

Selasa, 27 Desember 2011

aku nak tukar nama boleh?

Assalamualaikum..

tolak tambah darab bahagi sekarang dah masuk sebulan setengah aku cuti bersalin semester dan aku hanya ada 4hari je lagi aku ada masa nak golekgolek depan tibi sambil kunyah ibu jari kaki sendiri. mana nak layan drama lagi, sinetron lagi, telenovela lagi, cerita Tentang Dhia pon dah banyak kali aku miss sebab terlalu busy dengan kejekeje sebagai manusia yang cuti bersalin.

aku tau, aku tau, aku memang dah lama tak hapdet blog, dan ketidakhapdetan itu telah menyebabkan desasdesus tentang kematian aku semakin kuat tersebar di lamanlaman sosial. aku nampak sinar kegembiraan di wajah mereka bila dapat berita tuh, takpetekpe, aku sabar. aku yakin berita tabetol macam tuh sekadar nak memeriahkan dunia facebook je pon. orang kata, masakan pokok bergoyang kalau takde angin, tapi orang yang kata tuh lupa, menatang spesies monyet memang suka goyanggoyang pokok. kau faham? tak faham sudah. =,=

aku dah habes bertapa, dah konvo dah pon, dan sekarang aku dah kembali menjadi seseorang yang baru, bukan lagi Eruzu yang dulu, yang mudah nangis bila hatinya terguris, yang mudah meraung bila kekasihnya jatuh gaung. ahh, tapasalpasal aku dah berpantun kat situh.

so, dah nak masuk taun baru nih, aku dah tanak jadi Eruzu yang dulu lagi dah. aku nak tukar nama, nama Eruzu nampak macam ayu sangat.
*tampar diri sendiri*
kau ada masalah dengan aku ke?
Hei! nama aku Z! bukan Zuzu, bukan Zu atau semua panggilan yang menggelikan tu. aku tak lemah lembut, aku kasar, aku cakap lepas, aku tak cantik, aku tak reti masak. dan ini diri aku yang sebenar.

kalau kau orang rasa aku dah berubah, tu cuma satu pura-pura. dan aku sangat penat tahu tak nak terus berpurapura jadi lemah lembut stok duduk kat kampung pakai kain batik, bersimpuh sambil mengait kain jadik gambar bunga ros kat beranda rumah. jauh sekali ulangalik masjid, qiamulail tiap malam. tak. aku bukanlah seperfect itu okay. tu yang kau, dan kau, dan kau perlu tahu! aku hanya manusia biasa yang makan ke ef si setahun sekali. =,=

tapikan,lepas aku fikir sambil main masakmasak, aku tanak la orang panggil aku Z. bukan sebab nama Z tu takde nilai komersial, bukan ye kak jah, bukan!

nama Z ni biasanya diguna pakai untuk watakwatak jahat dalam drama melayu, biasanya nama bagi samseng yang paling berpengaruh di kolumpor la. dan yang pasti, nama tuh biasanya untuk lelaki, takkan aku nak pakai nama laki pulak, kang tapasalpasal kena sumpah ngan mama aku jadi tong gas. tadapat aku nak kawin taun 2016 nih.

so, aku dah buat keputusan untuk dikenali sebagai Eruzu balik. jadi kaukau semua bolehlah memanggil aku dengan nama Eruzu. tapi kalau kau rasa kau tuh dah cukup kamceng dengan aku sampai tahap kau sanggup korekkan najis hidung aku, mungkin kau boleh panggil aku dengan nama Liyana. =,=

mari kita mulakan sesi perkenalan ni sekali lagi.
okay, semester baru nih
aku nak jadi skema!
dah tanak jimbajimba
macam dulu dah. (:
Hai! nama aku Eruzu Liyana. umur aku 12 kalau sekarang nih kau berada pada tahun 2004. seorang bakal cikgu yang tataw macam mana nak handle muridmurid masa hadapan, cuma niat di hati cuma mau mendidik anak bangsa ke arah kejayaan dunia akhirat. *muka suci*

aku tak ada masalah dengan orang yang tikam belakang, yang bermukamuka, yang suka menipu, ataupun orang yang menjadikan perangai gampang itu sebagai hobi, sebab aku ada beberapa botol asid dalam simpanan aku. so, tiada masalah! tapi aku cukup bermasalah dengan orang yang suka tanya aku pasal bekasbekas boifren aku. aku tak tahu la wei! EXpired date, lebih baik aku buang jauhjauh.

nota kaki : sumpah, ni entry paling mengarut, aku baca balik pon tafaham, tapi sebab dah tade idea nak tulis lain, aku publish la jugak, kau tak suka? ada aku kesah? *nada chef wan*

Kamis, 22 Desember 2011

kau ada masalah dengan orang single ke?

Assalamualaikum..

sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan (ececec,ayat takleh blah), aku rasa jelek nak jawab pertanyaan manusiamanusia yang suka betul tanya aku :
"Kau dah dapat pengganti ke belum?"
padahalkan kelmarin dia dah tanya dah, dua jam sebelum tuh pon dah tanya, apa kau ingat nak cari cinta nih macam cari ikan kat pasar ke? mestilah slow and steady. lagipon, pepatah ada cakap, tak lari gunung dikejar walaupun dalam kes aku nih gunung yang nak dikejar tak ada.=,=


so, setakat nih, aku masih lagi single mingle jingle bear jingle bear la li tamplom la. kauorang tapayah la nak datang ketuketuk pintu rumah aku ataupun telepon aku sampai tercabut keypad aku nak tekan reject sematamata nak tanya sama ada aku dah jumpa pengganti ke belum. ada paham adikadik manis sekalian?

lagipon aku taw, kebanyakan yang tanya aku tuh, bukan sebab kau caring, tapi hanya nak men'hanjeng' aku kan. aku taw, ayat sebenar yang kau nak bagi aku bukan persoalan tuh, tapi :
"Kau single sebab kau tak laku.....!"
hoi, ni mentaliti lapuk la wei. sekarang ni orang single adalah orang yang mempunyai kuasa untuk memilih yang terbaik. aku perlu masa untuk cari yang lebih baik agar aku tak terluka untuk kali kedua, kau tolong buang jauhjauh ayat kat atas tuh okay! *ayat sedapkan hati sendiri*

lagipon, lepas kena dumped for someone yang nyata lebih hot, aku makin tabah nak lalui likuliku kehidupan nih. hei, it's okay with me! tak kuasa aku nak nangis gulingguling sambil koyakkoyak gambar muka alien kau, hidup kena diteruskan. bukan susah sangat pun nak simpan dalam otak aku nih bahawa :
"kalau dah tak ada jodoh,aku guna bomoh hebat pon, tapi kalau Allah dah kata dia bukan jodoh aku, takkan bersatu jugakkan!" 
daripada aku dok berlawan pedang dengan takdir tuhan sematamata nak kau jadi milik aku, lebih baik kalau aku terima je semua ketentuan. kita hanya merancang, tapi Allah sebaikbaik perancang. :)

you know, sekarang ni aku mencari relationship yang ada masa depan. i means relationship yang ke arah perkahwinan, maklumlah, lagi beberapa hari je lagi umur aku pon dah masuk puluhan, tade belasan lagi dah, jadi, kalau setakat nak couple putus couple putus serious aku dah rasa macam nak muntah pelangi.

nota kaki: esok sepupu aku yang selalu main masakmasak dengan aku masa kecik dulu dah nak bertunang, petang tadi aku teman dia pergi beli barang hantaran, jeles kak jaahhhh. aku pon ingat nak kawin awal, moga cepat la kan jodoh aku sampai, dapat elak maksiat, amin. :)

eh eh, aku mencari bakal suami, bakal imam, bukan mencari pakwe/boifren untuk sukasuka, sebab aku dah tua untuk semua tuh! :)


[updated] 
alhamdulillah, semua berjalan lancar dan
sepupu aku dah pun begelar tunangan
pada tunang dia :)
walaupun aku jeles, aku tetap doakan
mereka bahagia sampai bilabila.. :)

Rabu, 21 Desember 2011

untunglar, duit boleh beranak.=,=

Assalamualaikum.

kau pernah dengar tak orang kata duit boleh beranak? lebih kurang macam hari nih kau ada singgit, tetiba esok kau ada dua hengget. kau faham? tak paham sudah.=,=

aku cuba pikir positif dengan mempercayai bahawasanya duit boleh beranak, dan aku sangat berharap dalam sekelip mata, purse aku yang bersarang dengan duit seringgit tuh akan menebal dengan not bernilai limapuluh henggit mungkin.

tapi....!

dari minggu lepas aku dok tunggu dia beranak tak beranakberanak jugak. sampai aku fikir duit aku tuh mungkin mandul, tapi takkan la duit aku ni mandul kot. takpun rahim dia rosak teruk macam Nora Danish dalam cerita Tentang Dhia tuh. eh, takmungkin lah...!

entahentah duit aku ni jantan kot, tu pasal la dia tak beranak.

tak...!

tak....!

aku yakin duit aku ni betina. aku sangatsangat yakin pasal kat belakang duit uh ada tulis nama Zeti. siap ada autograph lagi tuh. hilang akal ke apa jantan nama Zeti kan. dunia memang dah nak kiamat la kalau Zeti tuh nama untuk jantan. lagipon, kawan baik aku masa sekolah dulu pon nama Zeti, dan dia sahsah perempuan sopan ayu lagi cun melecun lagi. jadi, mustahil duit aku tuh jantan....!

dan aku baru perasan satu hal, dekat duit aku tuh ada gambar orang laki.

mungkinkah...........!

duit aku tuh khunsa...?

dan aku semakin sedar yang aku kelihatan seperti bodoh campur bangan secukup rasa sebab percaya duit boleh beranak, ahhhhh.

*bunuh diri*

eh eh aku taip entry nih bukan sebab nak kaji pasal jantina duit aku, demn, selalu je terlari akidah,

baiklah..

straigh to the point, tujuan utama aku taip entry nih adalah nak habaq kat hangpa semua yang bank negara dah buat keluar duit warna warni aidilfitri, meriah purse kau nanti kak jahhhh....


aku sangat teruja okay tengok not dua poloh hengget tuh, warna peberet itewww tewwww, syukenyerrrrrr.

pang.....!

*tampar diri sendiri!

Senin, 19 Desember 2011

kau ternak lemak, pastu kau bakar, kau tak rasa itu perbuatan siasia ke?

Assalamualaikum..

aku memang dah tataw nak buat apa dah, harihari keje aku makan, tido, makan tido. see, pakej lengkap nak gemukkan badan.
comel kan? ehem, aku nak anak aku macam nih,
so, my future imam, take note! :)
hari tuh, aku pergi shopping mall, macam biasa la, aku cari mana mesin yang boleh timbang berat yang kena bayar tuh..

ohh wait! jangan mengaku yang kau tu raja segala tolol dengan menyuruh aku naik penimbang yang orang selfish (jual ikan) guna dengan alasan ianya PERCUMA...!

masuk shopping mall, belok kiri, jalan terus, masuk celahcelah barang mekap, belok kanan, naik duapolohdua anak tangga, akhirnya jumpa jugak weighing scale tuh. *kesat peluh pakai tuala gudmorning*

muka riang, duit di tangan. kalau kauorang nak taw, muka aku masa tuh lebih riang dari wanita yang baru lepas beranak sulung dan anak tuh bakal mewarisi legasi perniagaan gedung kain terbesar di dunia.

masukkan dua posen. masukkan lagi duaposen. berjaya!

aku berdiri tegak macam tengah nyanyi lagu Negaraku sebab mesin tuh pon boleh ukur ketinggian jugak. sambil tunggu mesin tu kira aku punya berat dan tinggi, aku tersengih panjang, panjang dia adalah jugak 12 harkat.
muka riangria ribena.
aku pandang atas, bawah, kiri, kanan, kotkot ada mamat hensem lalulalang, mana taw, kotkot bertemu jodoh. dari senyum riang ria ribena, bibirku mula mengukir senyuman gatal. ^^

lebih kurang dalam seminit dua gitewww enjinenjin dalam mesin tuh bermesyurat tentang keputusan berat dan tinggi aku, akhirnya data dikeluarkan dengan rasminya.

height : 158cm

weight : 50 kg

what..?

limapoloh kilogram......?

pertama kali dalam hidup aku berat badan aku mencecah angka lima.

ahhhhhh.....!!

agakagak kalau aku terjun shopping mall tuh berat badan aku boleh kurang tak?

pastu tadi, ada la someone ni suggest suruh aku pergi jogging pagipagi, katanya tu satu cara nak bakar lemak nih. em.....! cadangan macam bijak bernas dan kreatif.
ni bukan sixpack dah ni, dah millionpack nih..HAHA
tapi.....!

bila aku pikir punya pikir punya pikir, lepas aku susahpayah ternak lemak aku sampai capai takat limapoloh, ape kejadahnya aku nak bakar pulak lemaklemak nih? takke namanya membazir tuh?

Sabtu, 17 Desember 2011

eh eh, sape cakap aku dah mati?

Assalamualaikum.

eh eh, aku masih hidup lagi la, saje je aku menghilangkan diri lamalama nak test berapa juta manusia yang rindu aku. so, kau orang rindu aku tak? tolong la cakap yang kau orang rindu. cakap la weyh, cakap la. okay fine kauorang takrindu aku pon kan, tak pedulik pun kan, takpetakpe, nanti lain kali kalau kauorang nak suruh aku rindu kauorang, jangan harap la aku nak rindu! huh! *emo*
itew raser itew windoo kamoo ler. kamoo tart
windoo itew kew...?
cuba kau teka aku pergi mana sampai dekat seminggu takhapdet blog? apa?  pergi tak kembali? oii, mulut sungguh tak ada insurans. aku pergi ke dua tiga tempat yang mana membuatkan aku tadapat nak online, bunyik macam aku pergi planet pluto je kan?
*libaslibas rambut ke kiri dan kanan dengan tangan*
Pwinces Eruzu Liyana
eh eh, macam retis la.
phewitttt.
aku baru sampai rumah pukul sebelas semalam. ni tengah mamaimamai tenuk pasal takcukup tido. yang penting sekarangg, aku masih lagi hidup kan kan kann? so, sesiapa yang nawaitu nak mengorat aku sebelum aku menghilangkan diri hari tuh, dah boleh sambung balik la ye. aku tau kauorang buat muka ungka kan? sampai hati. =,=

sebenarnya aku injured nih, semuanya hanya kerana aku pernah terfikir yang aku ni catwoman, aku pon dengan bangganya buat terjunan setinggi sepuluhmeter. peserta lain yang buat terjunam tuh kebanyakannya lelaki, badan ketulketul, tu yang abang lifeguard tuh pon suruh aku fikir betolbetol sama ada nak teruskan ke tak, dan aku yang dah penat panjat tinggi, nekad la kan dan sekarang leher aku dah terkehel, dah jadi macam robot dah, tido pon dalam keadaan penuh sopan dan tawaduk, nasib takpatah kang, lau tak, dah takpasalpasal jadi almarhum. haishh, mulut dah ada insurans belum nih?

buat masa sekarang, aku sangat memerlukan khidmat tukang urut profesional, kauorang kalau ada bakat mengurut, jom test power urut aku, nanti aku belanja chokichoki. tawaran ini hanya untuk lelakilelaki hensem dan badan sixpack macam kim jong kook. yang muka macam puaka, nenek aku pon tengah cari tukang urut jugak, nanti aku bagi pesbuk dia eh. 

nota kaki: kalau aku dikurniakan sifat rajin, nanti aku hapdet la tentang 'pemergian' aku tuh, buat masa sekarang, internet sangat slow untuk upload gambar, ni pon aku online atas pokok. =,=

Minggu, 11 Desember 2011

sama sama kita berdoa :)

Assalamualaikum.

Dear Allah, I pray that whoever reads this entry shall have your comfort, joy, peace, love, & guidance. I may not know their troubles, but you do. Please keep protecting us.
amin ya rabbal alamin. ♥


Jumat, 09 Desember 2011

tips nak lupakan bekas kekasih! semoga berjaya!

Assalamualaikum..

maaf la ceq takdapat nak hapdet harihari macam dulu dah la ni, cek ada keluarga sekarang nak kena ceq jaga dan tengok setiap masa. lagipun, sekarang ceq dok bertapa kat gua yang mana line internetnya macam gampang, tertekan kak jahhh!=,=
so, lupakan pasal gua, lupakan pasal internet tu semua, hari ni, aku nak bagitau satu cara bagaimana nak lupa orang yang kita sayang gilergiler. bukan senang habaq ang nak lupa EXpired date boifren atau gerfren yang kita cinta sangat tuh. tapi nak tanak, kau tetap harus lupakan si EX tu sebab dia dah ada awek/pakwe lain !@#!#$.
(ok, aku taip !@#!#$ tu bukan bermaksud aku mencarut, cuma aku rasa cantik bila ada banyak  simbol di belakang ayat tu.)

kau tau, aku pun tau, semua orang pon tau yang memang bukan senang nak lupa orang yang kita sayang nih, tapi, kau kena ingat, benda tu bukan jugak susah, semuanya terpulang pada kau. terpulang pada sejauh mana kau nekad nak lupakan makhluk tuh. apa yang penting, kau kena ada kekuatan!

You Must Forget Your Ex-Lover as Much as You Love Him/Her.

so, sebagaimana kau boleh semaikan rasa cinta yang menggunung tu kat si EX sebelum ni, apa kata kau guna cara tuh untuk lupakan makhluk tuh pulak. see, kalau sebelum ni kau sanggup bersusah payah nak kasi kaw kaw punya perasaan cinta tuh, so, apa kata sekarang kau kasi kaw kaw pulak perasaan nak lupakan dia. dulu, kau kuat nak pertahankan cinta kau tuh, dan apa kata sekarang kau guna kekuatan yang sama untuk lupakan dia pulak. ce terai ce terai.

teringat katakata kawan aku dulu masa dia putus cinta, aku as a friend, just boleh cakap suruh sabar, sabar, dan sabar. pastu dia cakap,
'melupakan seseorang yang kita sayang tu mungkin lebih mudah dari nak melupakan 'kenangan' yang kita kecapi sewaktu bersama dengan orang tersebut!'
see! 'kenangan' adalah salah satu punca kenapa sangat susah untuk kita lupakan seseorang tuh, baik kenangan manis atau kenangan pahit. kau makan semut banyakbanyak pon, belum tentu kau boleh lupakan kenangan kau dengan yang tercinta !@#$!@ tuh.

tapi, jangan jadikan  'kenangan' sebagai penghalang! dah nama pon kenangan, biar lah ia terus jadi kenangan, takpayah kau nak susahsusah nak jadikan kenangan tu masa depan kau pulak, kau bukannya hidup dalam drama yang kau tonton petangpetang tuh, yang boleh dipause, direwind, kau adalah manusia biasa,yang lepas biar lepas, usaha yang terbaik untuk yang masa depan bukan masa lampau. okay anakanak?

so, cara mudah, jangan terlalu banyak mencipta 'kenangan' sewaktu tengah bahagia, sebab nanti masa kau dah derita putus cinta, 'kenangan' tuh jugak lah yang akan buat kau bertambahtambah derita.

Don’t look at your past relationships as failures, but rather as opportunities to learn and improve your relationship "skills" in future ! ;)



Do not count what u have lost, just see what u have now, because past never comes back, think about your future because sometimes future can give u back your lost things! (:


selain daripada tuh, kau nikmati la hidup kau dengan penuh kegembiraan dengan orangorang yang sayang kau daripada dok meratapi kesedihan yang disebabkan oleh orang yang kau sayang! daripada kau bazirkan masa bersedih sebab orang yang taksayang kau, baik kau guna masa tuh untuk bergembira dengan orang yang betolbetol sayang kau such as friends and family. 0kay?

lagi satu, kurangkan la onlineonline ni, aku taw, kau bukak je facebook, twitter, mesti kau sebok dok stalk wall EX kau tuh, kau jangan nak tipu aku. opss! kau mesti nak kata 'kalau saya blok dia okay tak?' , jawapan aku senang je, tolong la jadi matang sikit, kau blok pon, nanti kau stalk jugak guna akaun lain, takke bodoh tuh? so, just be friend as usual, cuma kurangkan masa stalk, tapayh nak blokblok segala bagai, matang sikit okay? (:
The best revenge for those who've hurt u is
 to show that they're no longer
the reason of ur smile & tears. (: 
apa yang penting, banyakkan berdoa, zikir, dekatkan diri dengan Allah, DIA tau apa yang terbaik untuk kita. (:

so, renungrenungkan dan fikirfikirkan! (:

ni ayat untuk yang pernah jadi EX aku.. (:

Rabu, 07 Desember 2011

kau faham tak kalau aku cakap aku suka Keluarga Keluar dan Lelaki Berlari?

Assalamualaikum.

aku nak ngaku sikit nih, aku punya demam Family Outing dah capai tahap kritikal, dalam sehari, aku tengok show ni more less 10episod, pastu aku akan gelak sorangsorang. gembiranya aku macam aku dah menang cabutan bertuah kereta tigabijik. kau orang boleh bayang tak betapa gembiranya aku? (:

dan bagi aku, sekarang ni, tengok Family Outing lagi penting daripada online facebook tengok sampah sarap yang mencucukcucuk mata aku, haishhh, sabo je lah kak jahhhh.=,=
tadi aku bagitau kawan aku yang aku minat giler show tuh, pastu dia boleh cakap aku ketinggalan zaman! uhh, whatthehelium kau tipah! haha

tapi takpe, walau aku ni dah kira ketinggalan zaman (show ni, fofular masa taun 2009 dan sekarang dah nak masuk 2012, dah dekat more less 3tahun aku ketinggalan) kesah ke aku? yang penting, ianya boleh buat aku lupa pada alienalien %#!$ yang dah huruharakan hidup aku. *emo*
yang latest, show ni dah ada series dua tapi aku belum tengok lagi, cuma kadangkadang je TERtengok dekat channel 393. so, buat masa sekarang, taboleh la nak buat perbandingan series mana yang lagi best. tapi, sebagai peminat setia Kim Jong Kook, mesti la aku akan kata series 1 yang best. tak adil? so what? *baling botol kaca*

semester lepas, aku bawak virus Running Man kat member IPDA sampai sekarang semua pakat dok menanya 'ada episod baru tak?' , 'dah donlod episod bla bla?' dan seerti dengannya. jangan kau tatau, masa mulamula aku nak sebar virus Running Man, semua tanak peduli kat aku, cakap tak best la ape la,  sampai la depa nampak aku dok gelakgelak macam puaka sorangsorang depan lappy, baru la penyebaran virus tu kian berkembang.
Running Man 런닝맨
agakagak, pasni kalau aku sebar virus Family Outing pada member aku kat sana, berjaya macam Running Man tak?
*garugaru kepala*


nota kaki : ada sapesape yang dah tengok Family Outing series 2 tak? mana lagi best?

Senin, 05 Desember 2011

you should stop liking someone if it only hurting yourself!

Assalamualaikum.

aku sekarang memang jenis yang tapeduli pon dekat c902 pemberian abah aku yang dah usang tuh, kadangkadang, orang hantar mesej pagi, malam dekatdekat nak tidor baru aku baca, bukan aku takhargai, tapi tu pesan tok guru aku dalam usaha renovate hati aku nih.

tapi pagi tadi, aku tengah syok membuta takhengat dunia, tibatiba c902 aku keluarkan bunyi menandakan ada MMS masuk.

aku dah agak dah, mesti MMS dari Shukri (bukan nama sebenar) sebab semalam sebok dia dok bagitau aku yang dia dah makin hensem sekarang ni, ni tak lain la ni, mesti hantar gambar dia bagi membuktikan kehenseman dia kat aku nih.

dan oleh kerana aku ni jenis yang mementingkan tido dari segalanya, aku tabukak pon MMS tuh dan sambung tido lepas tuh. err, aku mimpi menakutkan kau taw. =,=

bangun tido, cari port depan tv, lepas aku bergolek depan tv sampai habes satu telemovie lawak bodoh aku tengok, baru aku teringat akan MMS yang aku terima. so, dengan langkah yang penuh sopan, aku masuk bilik dan cari c902 aku, ohh, bawah katil rupanya.

ada dua mesej, satu dari CelcomOffer @#$%, satu lagi MMS si Shukri (bukan nama sebenar) tuh.

tanpa pikir masa depan, aku delete mesej dari Celcom tuh, dan bukak MMS pemberian Shukri (bukan nama sebenar).

loading..

loading..

loading..

apasal la lembap sangat, kalau ye pon hensem sangat sekarang si Shukri(bukan nama sebenar) tuh, takkan la sampai masuk virus c902 aku nih. punya la lembap sampai aku rasa kalau aku makan nasik, dah siap dah proses pencernaan dalam perut aku nih.

lebih kurang seratusduapuluh saat aku tunggu, keluar la satu gambar yang membuat aku rasa terharu macam lepas menang award dekat AIM pastu award tuh kena tarik balik opss!

bukan gambar Shukri (bukan nama sebenar), tapi gambar nih!
go! go! yana!
stop like him k.
senyum! :)


kalau kau jadi aku, kau terharu tak?

tibatiba laju je ayaq mata aku ni keluar, aku bukan main lagi fikir yang si Shukri (bukan nama sebenar) tuh saja nak riak ngan aku pasal muka dia dah hensem sekarang ni, ruparupanya dia hantar nasihat yang betolbetol bermakna buat aku. ):

dan MMS nya aku balas dengan gambar di bawah.

terima kasih!
aku sayang kau sangatsangat!
doakan aku okay! (:
nota kaki : Shukri (bukan nama sebenar), walaupun aku selalu kutuk kau, tapi kau adalah antara kawan aku yang selalu ada bila aku berduka, terima kasih.

hey, check this out, aku suka quotes dekat gambar tu! (:

Minggu, 04 Desember 2011

kau nak mintak apa saja, mintak la pada DIA. (:

Assalamualaikum..

aku sekarang masih dalam tempoh pertapaan, jadi aku taboleh nak online sekerap dulu, bak kata tok guru aku, itu adalah untuk kebaikan aku jugak.

alhamdulilah, aku dah makin okay sekarang ni, almaklumlah ada yang selalu buat aku ketawa sampai sakit nak tercabut urat kentut aku ni. (:

apa yang paling penting, kena banyakkan berdoa, yes, salah satu tempat untuk kita mintak apa saja yang kita inginkan adalah mintak pada Allah SWT iaitu melalui berdoa.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْ نِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا
Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun,
allahumma ajurni fii musiibatii
wakhlufli khoiron minhaa-HR Bukhari.
dan semoga kauorang yang berada dalam kondisi (?) seperti aku sebelum ni jugak mampu renovate hati dan fikiran secepat mungkin. insyallah.

aku sekarang, bila buka facebook, dah tataw nak buat apa, kegiatan aku stalk wall 'orang' cuba aku kikis bagi menjaga tahap kebahagiaan aku sendiri.
tapi tadi, aku ada terbaca satu cerita pasal 'doa' yang aku kira sangat menyentuh hati aku yang sememangnya mudah tersentuh ni.

kauorang baca je laeh, aku copypaste je nih.
terima kasih pada pemiliknya (:

*****

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


*****

dan terima kasih pada yang sudi doakan aku terutama kawanbaik aku yang selalu ada time aku betolbetol memerlukan, mungkin atas sebab doa dari merekalah menjadikan aku lebih kuat hadapi semua ni sekarang. (:

so, disamping kita doa untuk kesejahteraan diri kita, selitkan jugak doa untuk ibubapa, adikberadik,sanak saudara jugak tidak terkecuali sahabat handai.

mogamoga, aku sentiasa didoakan oleh sahabatsahabatku jugak. (:


Sabtu, 03 Desember 2011

siapa yang bodoh?

Assalamualaikum..

aku ke 'crazy ex' tuh?
maaf, aku memang terasa. (:
terima kasih la pada kau berdua kan.

kau bijak, kau genius, kau pandai, kau pintar, kau cerdik.

sebab tu dulu kau selalu je dapat pointer tinggi daripada aku.

tapi, sebijak mana pon kau, segenius mana pon kau, sepandai mana pon kau, secerdik mana pon kau, kau bodoh dalam nak menghargai perasaan aku. kau bodoh dalam nak menjaga hati aku sebagai seorang perempuan yang pernah kau sayang walau kini kau sudah ada pengganti. kau bodoh dalam menghormati perasaan aku yang pernah terluka garagara kau.

tapi sekarang, aku sedih sebab aku rasa aku pon bodoh jugak sebab pernah sayang orang macam kau.

nota hati: dulu, aku mungkin hanya perlukan seminggu untuk renovate balik hati aku, tapi kenapa perlu kau tambah 'masa kecederaan' untuk aku?

Kamis, 01 Desember 2011

hukum karma? what goes around comes around? sama ke?

Assalamualaikum..
gambaq ni tade kena mengena pon dengan
apa yang aku nak sampaikan.
aku rasa ianya bermanfaat, so aku kongsi.
sumber

dalam hidup ni, dari kau kecik sampai la kau tua bangka, dari start kuaq perut mak hangpa, sampai la dah nak kena gali dalam kubur, kita selalu dengar orang dok sebutsebut, what goes around comes around.

dulu, zaman aku kecik-kiut-main-pondok-pondok, aku takpernah peduli pon pasal pepatah orang putih tu.
yela, zaman kecikkecik dulu, kau buat je apa kau suka tanpa fikir pon yang kadangkadang kau akan terima padah akibat perbuatan kau.

tapi dah besar-badan-macam-tong-gas la ni, aku dah makin faham kenapa wujudnya pepatah sedemikian.
kalau orang Hindu, biasanya merujuk situasi ni dengan Hukum Karma.
tapi kalau dalam islam, biasanya kita diajar bahawa kalau kita buat baik, kita akan dapat ganjaran pahala, dan bila kita buat jahat, kita akan dapat balasan dosa. itu la yang selalu ustaz/ustazah masa sekolah selalu sebut kan?
*anggukangguk kepala*

Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
apa yang penting, sebagai seorang islam, kita kena sedar akan hakikat adanya Hari Pembalasan.
walau mungkin kau terselamat dari hukuman di dunia, kau kena ingat, kau takkan selamanya selamat, akan adanya hari selepas kau tinggalkan dunia ni.
Allah Maha Melihat!
dan jangan lupa yang berada di bahu kiri dan kananmu, yang sentiasa mencatit apa saja yang kau lakukan.

sekarang ni, kau mungkin boleh berbangga sebab kau buat apa pon kau masih boleh ketawa pum pam pum pam walhal ramai yang terluka/teraniaya dengan perlakuan kau, tapi, kau kena ingat, doa orang yang teraniaya adalah doa yang akan dimakbulkan.

so, kau bayangkan orang yang kau aniaya tu, mintak doa kau kena hukuman sewajarnya dan mungkin ditimpa bala, kau rasa kau akan selamat ke?

wallahua'lam.

kalau kita tak mampu buat orang ketawa, jangan pula kita buat dia menangis..

kalau kita tak mampu bantu orang dalam kesusahan, jangan la pula kita tambahkan kesusahan dia..

kalau kita tak mampu kuatkan orang, jangan pula kita lemahkan dia..

kalau kita tak mampu nak simpan rasa sayang, jangan pula kita membenci dia..

kalau kita tak mampu nak pimpim dia ke syurga, jangan pula kita seret dia ke neraka!

Konklusinya,marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.

nota kaki : dengan rendah hati, aku mohon maaf pada semua yang pernah terluka/tearniaya dengan perlakuan aku, semoga kita semua berada di bawah lindunganNya. (:

Rabu, 30 November 2011

sayangsesayangsayangnya bencisebencibencinya.

Assalamualaikum..

aku kan, kalau dah sayang orang, aku akan sayangsesayangsayangnya.
mai la mamat hensem badan ketulketul macam Kim Jong Kook pon, aku tetap jugak sayang walau orang yang aku sayang tu hakikatnya muka macam mat bangla yang keje stesen minyak.

kau orang mesti nak kata untung orang yang aku sayang tu.
memang beruntung la wa cakap sama lu!
tapikan, kenapa orang yang aku sayang biasanya tasedar pon yang aku sayang dia?
atau dalam kata lain, orang tu tasedar pon yang diri dia dalam situasi yang menguntungkan.

so, boleh tak nak kata yang orang tu bodoh sebab tasedar keuntungan yang ada pada diri dia?

huh?
sapa yang angguk tadi?
*baling botol kaca*

sama la jugak bila aku dah benci orang, aku akan bencisebencibencinya.
takisah la muka kau hensem dan badan kau ketulketul macam Kim Jong Kook pon, aku tetap jugak akan benci kau.
kau buat la baik macam mana pon, aku tetap jugak label kau sebagai manusia yang patut dibenci.

kejam?
mungkin.
kim jong kook.
badan ketulketul, tapi dalam
hati ada taman. (:
tapi, setakat ni, tade la aku benci orang sampai tahap macam tu sekali, mungkin sebab setakat ni, manusia di persekitaran aku semuanya baikbaik stok pijak semut pon semut rasa nak pijak balik.
nampak tak betapa baiknya orang di sekitar aku?

kau pernah dengar orang kata faktor persekitaran banyak mempengaruhi peribadi kita?

jadi, kalau persekitaran aku terdiri dari orang yang baikbaik, so, aku ni kiranya........?

okay, jangan jawab!

kalau tak, masakan ramai makcikmakcik yang berkenan nak jadikan aku menantu untuk anakanak mereka yang hensem bergaya.
terlalu ramai sampai aku terpaksa bukak satu kaunter depan pagar rumah dan suruh diorang ambil nombor giliran.
bukan setakat tu, kenderaan tetap aku kalau nak pergi manamana sekarang ni adalah baraccuda.
takpe, aku sabar dengan dugaan dunia!

owh ya..
kejap lagi nak interview makcik yang ke 2509 pulak.
penatnya hanya kerbau di sawah yang mengerti..
*mengeluh sambil picit kepala yang pening*

nota kaki : terima kasih la pada yang akan jaga incikdomosaya walau aku tataw pon ang tu sapa pasai ang guna nama mak anom, tapi aku rasa aku taw kau sape, aku dengan detective conan tu ada hubungan sulit. (:


Senin, 28 November 2011

kau nak lupa orang yang kau cinta takubah macam kau nak ingat orang yang tapernah kau kenal!

Assalamualaikum.

mungkin sesaat itu sudah mencukupi untuk buat kau jatuh cinta. tapi kau kena ingat, seumur hidup pon belum tentu kau akan dapat melupakan cinta tu.

kauorang pernah dengar ayat tu?
or, kauorang sendiri pernah merasainya?

susah.
memang susah.
sangat susah.
betolbetol susah nak melupakan seseorang yang pernah kita sayang.

kalau ada bendera putih, dah lama aku kibar.
sama tinggi dengan kibaran jalur gemilang masa malaysia menang lawan indonesia hari tu.

tapi, nak tanak, kena jugak kan?
its for our own benefits right?


nampak apa yang gambaq atas tu tulis?
kau kalau tanampak aku tampaq sampai nampak.
nak?

kau nak lupa orang yang kau cinta takubah macam kau nak ingat orang yang tapernah kau kenal.

macam mana kau nak ingat orang yang kau tapernah kenal?

mustahil kan?
susah kan?
gitulah bila kau cuba untuk lupa orang yang kau cinta!

dulu kan, aku amek masa more than a year nak lupa cinta pertama aku.
even sekarang mulut asyik kata dah lupa dah lupa, tapi sekali aku hadap album gambaq kami, meleleh hingus keluaq.
atau dalam kata mudahnya, aku masih belum fully lupa la kat cinta pertama aku.
even masa aku dah kenal incikdomosaya pun, kadangkadang ada la jugak aku teringat kisah lama aku dengan dia.

bukan senang aku habaq ang, aku banyak kali putus asa.
ayaq mata aku ni kalau kumpul, dah sama banyak dengan air banjir depan rumah aku ni kau taw.
*emo*

dah lepas azab nak lupa cinta pertama, sekarang datang pula azab lupakan cinta kedua.
ahhhhh, tensen aku.
kalau nak melupakan depa tu senang macam nak makan nasik pakai tangan, aku terima la.
ni tak, susah mengalahkan macam nak makan nasik pakai chosptik.
susah wa cakap sama lu.
percaya la cakap aku nih.
padahal bunyi tepon aku datangnya dari celcom offer je. cis!
kauorang ada suggestion tak?
tolong aku wey, nanti aku belanja makan roti canai kosong cicah susu kegemaran aku sejak zaman berzaman.

errr, teringat roti canai Jitra!
sedapnya~

Minggu, 27 November 2011

kenapa aku jadi pencuri. (:

Assalamualaikum..

kau tau aku taip entry ni sambil air mata bercucuran sampai basah lappy aku?
bukan sebab aku yang baru putus cinta.
bukan, bukan, bukan.
tapi sebab bola kelayakan olimpik Malaysia lawan Bahrain.
aku kecewa sebab aku dah buat party celebrate malaysia leading dengan 2-0, tapi dalam masa 5minit, party aku bertukar menjadi majlis tahlil.
mama aku yang tengah tengok tv dari dalam bilik dia dah call cakap malaysia gerenti menang, tapi semuanya hancuss dengan tiga gol lolos.
ahhhhhhh, aku kecewa taw tak.
kecewa sangat.
*hantuk kepala ke lantai*

~tukar channel~

kau tau aku dah lama tabazirkan masa aku tengok drama melayu kat tv?
selepas aku kecewa tadapat tengok Soffiya episod last, aku merajuk tatengok drama melayu.
tapi tadi, aku TERtengok satu telemovie yang bertajuk Kenapa Aku Jadi Pencuri.
tolong alert dengan kata terbitan yang aku gunakan iaitu TERtengok.
TER bermaksud tasengaja, dan ianya memang benar.
lepas aku fruz dengan Malaysia kalah, aku TERtukar channel 105 yang mana menayangkan telemovie tu.
kebetulan pakwe aku si Zulhuzaimy berlakon, terus aku stay la tengok.
*posing muncung itik*
kisah pasal Zul yang jadi pencuri sebab kesempitan hidup.
mak sakit, adik pulak sekolah, ayah dah tade.
dapat duit gaji pertama, kena samun.
bapak sedara pon dah tamengaku darah daging.
mintak kerja, semua tamenjadi.
kau bayangkan betapa tertekannya hidup si Zul ni.
dia ada kawan dengan penagih dadah nama Edi.
Edi ni la yang selalu tolong dia dalam bab mencuri.
aku tertarik dengan dialog Zul lepas dia menyebat ayam PakLebai.
"duit ni, daripada aku buat makan dadah, baik aku bagi mak adik aku makan!"
see, akibat kekangan hidup, kesempitan hidup dan keadaan yang memaksa dia jadi macam tu.
bukan dia sukasuka.

aku kan kalau orang mencuri sebab nak beli dadah ke, nak buat judi ke, aku sendiri yang akan berada di depan pegang parang nak hlur kat si pemotong.
tapi kalau yang kes macam ni, aku mungkin akan jadi kesian dan tetiba rasa nak tolong.
nampak tak betapa baiknya aku?
nampak?
okay, jangan jawab.

lepas orang kampung tau kenapa Zul ni jadi pencuri, diaorang dengan rela hati menghalalkan apa jua yang dah dicuri oleh si Zul ni dengan syarat dia bertaubat.
meleleh hingus waa beb bila nampak ketulusan muka orang kampung tuh.
walaupun itu hanyalah LAKONAN, tapi, sekurangkurangnya ada sesuatu elemen penting yang terselit di situ.
dan aku sebagai penonton yang menghayati kekacakan Zulhuzaimy, dapat sesuatu lepas tengok telemovie tuh.

so, pada sesape yang ada astro, jangan lupa tengok telemovie nih.
pasni mesti akan ada ulangan.
astro kan asyik ulangulang cerita sama.
kau orang mesti tengok taw sebab aku dah penat promosi nih.
harus!

eh, kau orang jangan ingat aku pencuri pulak hanya sebab aku excited promosi cerita nih..=,=

nota kaki : walau aku suka tengok Zulhuzaimy, tapi cinta aku pada Fizo Omar tetap tiada tandingan. (:

nota lagi : eh, congrate la klasmate aku yang dah jadi tunangan orang, jeles ai tawwww.mencik!

Sabtu, 26 November 2011

aku putuskan hubungan kita dengan lafaz bismillah.

Assalamualaikum.

alhamdulilah, kita bakal masuk ke tahun baru lagi.
1432H dah setahun berlalu, giliran 1433H pula mengisi hari kita.
so, dikesempatan ni, aku nak ucapkan selamat tahun hijrah pada semua yang selama ni sudi baca entryentry dekat blog aku ni.
dan aku jugak harap, segala azam aku yang tauntaun lepas yang belom terlaksana, akan terlaksana di 1433H ni.
btw, jangan lupa baca doa awal tahun dengar akhir tahun okay!

baeklah, ramai yang taw keadaan aku sekarang taberapa stabil.
sebab tu status aku kat fb, entrentry aku banyak yang jiwang, yang sedih.
so, harap korang bersabar la ye untuk sementara waktu nih.
bagi can aku nak jiwang puaspuas, pastu kita kembali kepada entry yang mengarut lagi merapu seperti dulu eh. (:

okay la, i'm officially ended my relationship with incikdomosaya.
jangan tanya kenapa, or apaapa soklan yang berkaitan sebab biarlah aku dengan dia je yang taw.
mungkin, ini yang terbaek untuk kami berdua.

sedih? kecewa?

haruslah.
itu sudah pasti.
tapi, aku dah makin okay.
i'm just need time to renovate my heart and my mind.
terima kasih la untuk member aku yang banyak bagi aku semangat, sudi jadi telinga aku, sudi pinjamkan bahu untuk aku.
sumpah, aku bertuah ada mereka. (:
‎".. Apabila DIRIMU MEMINATI SESEORANG , BERMOHONLAH kepada ALLLAH SWT agar HATINYA akan KAMU MILIKI . jika , KAMU SANGAT MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR - BENAR KEINGINAN , maka , BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR - BENAR PENGHARAPAN..."
well, semoga dia berjaya menjadi seorang muslim yang baik dan menjadi anak yangg terbaek buat kedua orang tuanya.
sumpah, dia seorang yang sangat baek, so, aku sikit pon taberdendam ataupun simpan perasaan tapuas hati kat dia.

incikdomosaya,
jaga diri baikbaik.
maaf segala salah silap saya.
terima kasih sudi membahagiakan saya untuk satu tempoh yang agak lama.
jaga domo pemberian saya baikbaik,
satusatunya pengganti diri saya.
semoga berjaya menjadi doktor yang baik.
semoga dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.

mungkin kami tidak berjodoh untuk mempunyai rasa cinta, rasa sayang, tapi kami mungkin boleh jadi kawan yang baik untuk satu sama lain.
aku menharapkan hubungan persahabatan kami yang terjalin sebelum masuk elemen cintan cintun tu tetap kekal.
aku tanak gado sampai jadi musuh macam hubungan aku dengan cinta pertama aku.
its so childish. (:
terima kasih untuk semua yang pernah mendoakan hubungan aku dengan dia, walaupun mungkin kami tiada jodoh sekarang, mungkin di masa depan, kami mungkin bertemu lagi.

terima kasih pada semua.

terima kasih incikdomosaya.

terima kasih.

nota kaki : Ya Allah, jadikan tahun 1433H tahun yang membawa erti kepada aku sebagai seorang islam. amin. (:

Kamis, 24 November 2011

crying is killing me~

I'm still smiling even I'm hurt inside.
it shows how strong I am. (:

nota kaki : sahabat, terima kasih untuk ini dan juga untuk ini (:

23/11/2011

jawapan bijak bagi soalan bodoh!

Assalamualaikum..

kau pernah tak tengah syok skodeng wall skandal korang, tetiba ada je yang datang nak berkenalan. yang pasti, orang tu adalah makhluk yang anda tidak ketahui asal usulnya.

kalau aku senang je, kalau ada yang tegor aku cam gitu, on the spot aku akan stalk profile dia. caricari datadata peribadi beliau yang memungkinkan aku untuk mengenali beliau, dan kalau tade apaapa info, on the spot jugak aku akan remove friends.

kejam? jual mahal?

bukan, aku hanya menitikberatkan soal keselamatan. lagipon aku taw, para sweettalker ni just cuba nasib je, semua pompuan pon dia tegor, kalau dapat, alhamdulilah, tadapat, depa cari lain. see. itu adalah hakikat kehidupan dunia akhir zaman. ahhh,ayat aku dua tiga hari ni sungguh awesome aku rasa..muahah

tadi lepas godekgodek facebook, ada jumpa satu notes ni. sinis bahasanya, tapi bagi aku, apa yang hendak disampaikan tu memang sampai la. dalam notes tu menyediakan antara pilihan jawapan yang boleh kau orang berikan bila disoal soalan seperti yang tertera. apaapapon, kau orang baca je la eh.

*****

Soalan: Hai,apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je...Awak?

Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?

Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...

Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.

*****

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...

Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?

Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.

Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.

Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

*****


Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?

Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...

Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.

Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

*****

Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.

Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.

Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.

Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

*****

Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?

Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~

Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?

Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?

Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

*****

Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?

Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!

Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?

Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

*****

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?

Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.

Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak kawan aku hari tu?

Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

*****

Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar porno.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?

Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

*****

Soalan: Awak,jom keluar nak?

Jawapan 1: Urm..Bila?

Jawapan 2: Boleh. kita nak pergi masjid mana ni?

Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang tangan aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!

Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah,nenek,datuk dan adik beradik saya ikut sama.

*****

Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan?

Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...

Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!dasar tak laku

Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.

Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

*****

so,pandaipandai la kau orang pilih jawapan yang paling sesuai, kau punya pilihan menentukan kau punya masa depan. ingat tu! haha