Rabu, 23 Maret 2011

muhasabah diri. musibah itu penuh hikmah.

Assalamualaikum.


Al-fatihah untuk keluarga tok saudara atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada 22/3 yang lepas.
“ dan Allah tidak akan menangguhkan(kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
Surah al-munafiqun-ayat 11


ok,sebenarnya yang dekat atas 2 mukadimmah je , apa yang aku nak cerita ni, ada la sikit kena mengena dengan mukadimah di atas. 

ujian kematian. masalah bertimpatimpa. musibah. malapetaka.

ok, setiap kali kita ditimpa masalah, bencana, atau seumpama dengannya, kita mesti nak salahkan orang lain. salahkan orang tuh, orang ni, kadangkadang, duit kita tercicir, senangsenang je kita tuduh jiran sebelah rumah yang merompak kita. pastu mula la mulut merungut, membebel dan segala bagai lagi la, mengalahkan pemidato terbaik. 

sedarkah kita itu semua ketentuan TAKDIR?

baiklah, sebut pasal takdir, kite sebagai hamba taboleh anggap takdir yang berlaku adalah disebabkan oleh kita, dan paling penting kita taboleh salahkan diri sendiri dan lebilebih lagi nak salahkan orang lain.

Contoh:
seorang ibu suruh anaknya beli gula, dalam perjalanan anaknya kemalangan, dan si ibu menyalahkan dirinya sendiri sebab dia la yang suruh anaknya beli gula. 
sebagai hamba, kita tak boleh salahkan diri sendri, sebab setiap sesuatu yang berlaku telah tercatat di luh mahfuz sejak kita lahir lagi! itu semua ketentuan Illahi!
Tapi, ada juga case sesuatu musibah yang menimpa kita adalah disebabkan diri kita sendri, mungkin pembalasan dari Allah swt atas kejahatan atau dosa yang telah kita lakukan sebelum ni.mungkin ungkapan tuhan bayar cash tuh sesuai untuk gambarkan situasi nih.

“ Dan apa sahaja musibah yang menimpa kalian, maka adalah disebabkan tangan kalian sendiri.”
As-Syura-30


“ sesungguhnya Allah swt tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendri.”


Surah Yunus-44


jadi, jalan terbaik apabila kita ditimpa ujian adalah bermuhasabah diri. apa dosa yang telah kita lakukan dan mengapa hal sedemikian berlaku. banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah SWT. Jangan melakukan tindakan bodoh yang boleh merosakkan diri atau mencemarkan maruah diri, keluarga serta agama.


“ Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang boleh menghilangkannya melainkan DIA sendri.”
Al-An’am:17

setiap makhluk yang dijadikan Allah, ada dugaanya masing-masing. bagi yang reda pasti akan mendapat ganjarannya nanti. dan bagi yang mengalah sebelum berjaya melepasi ujian tu, mereka sendirilah yang akan rugi. (:

sekarang tugas kita lihat semua kekuatan yang kita ada dalam mendepani masalah dan cabaran dalam hidup kita, jangan tengok kekurangan kita. kalau tengok kekurangan, kita boleh jadi marahkan keadaan, boleh jadi marahkan tuhan, kan kufur jadinya. masyallah. mintak dijauhkan.

Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasaketinggalan dan masa meninggalkanmu,Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi xberjaya, Allah ada jalan penyelesaiannya.
Bila tak ada yang bererti buatmu, ALLAH ADALAH JAWAPANNYA~~

Sabtu, 19 Maret 2011

bakal jenazah la kita ni!!sedar la dri~~

ASSALAMUALAIKUM SAUDARA SAUDARI MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN~~

Permulaan bg entry pd kali ni,,aku nk mntak maaf pada semua!!

Ya Allah,,ampuni segala dosa2ku,,aku hambaMu yg sering melakukan kecelakaan kepada driku sendri,,kepada umat manusia,,kepada alam sekitar,,sesungguhnya aku manusia yang lemah!!

~Amin Ya rabbal Alamin~

MAKLUM LA AKU INSAN YANG BANYAK BERBUAT DOSA. 
DARIPADA DOSA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT, 
YANG SEDAR DAN TAK SEDAR, 
YANG NAMPAK DAN TAK NAMPAK, 
YANG KECIK DAN YANG BESAR, 
YANG SENGAJA DAN TAK SENGAJA..
EMMM ALAHAI MALANGNYA NASIB AKU DI MAHSYAR KELAK!!

Dan aku yakin dan percaya,,lau aku mati sekarang,,belum tentu untuk aku menjadi penghuni syurga walhal aku terlalu menginginkan untuk menjadi penghuni Syurga yg indah itu~~

Perjalanan idop kita ni kejap je!!

Bak kata kawan aku,,

Dunia hanya sebentar saja, ibarat mimpinya orang yg tidur, jika tlh terbangun itulah akhirat.

Lau ckp sal mati,,gerun la plak pk,,sebab mmg aku blom bersedia lg~~

Tp kdg2 pk,,makin lama aku idop,,makin bnyk dosa yang aku buat..

so??

+__+

Sebab 2 la ada doa yg aku pernah terbaca yang berbunyi:

Ya allah,,jika idop ku lebih baik dari kematianku,,maka, panjangkn umo ku,,tetapi sekiranya kematianku adlah yang lebih baik dari aku terus idop dan menambahkan dosa,,maka matikan aku dalam Islam~~


lau kita tnya seme org,,,mana lebih penting??

Akhirat or dunia??

Aku gerenti la,,rmai yg akn jwb AKHIRAT la penting!!

Tapi,,lau kita perhalusi balik kehidupan kita,,kita di beri masa setiap orang 24 jam,,

apakah kita menggunakan masa kita lebih banyak untuk KEHIDUPAN DI AKHIRAT memandangkan kita memilih akhirat lebih penting berbanding dunia??

Ok,,untuk lebih mudah difahami,,kita pura2 la pk yang akhirat dan dunia sama penting:

So,,adkah masa 24 jam anda,,anda gunakan 12 jam untuk dunia dan 12 jam untuk akhirat??

Hmm,,tepuk dada,,tnya iman!!

Aku bukan nk tnjuk pndai,,ni cuma sekdar nasihat dari aku buat diri aku dan juga sape yg bc(2 pn lau da owg bc la)!!

Aku pon masih lg lam proses nk mnyeimbangkan dunia dan akhirat sebelum berubah kepada akhirat sepenuhnya~~

So,,doakan aku ek~~

Nota hati: aku ingin meneruskan kehidupan sebagai muslimah sejati agar kekal dalam Islam sehingga bergelar jenazah, ahli kubur,,dan juga peserta di padang Mahsyar kelak~~

Jumat, 04 Maret 2011

sedarlah wey!!ko 2 hamba je la wey!!

Assalamualaikum wahai bakal pemakai kain kafan,,wahai bakal ‘penunggang’ keranda, wahai bakal pendengar talkin,,wahai bakal yang akan ditimbus tanah,,dan wahai bakal pemilik syurga atau neraka..
macam mana iman hari ni? semakin bertambah atau semakin berkurang, aku harap iman aku akan semakin bertambah agar aku dapat jadi muslimat solehah. amin ya rabbal alamin.
‘mana Eruzu yang aku knl?’
‘eh..apasal Eruzu snyp ai ni?’
‘xbest la Eruzu snyp..T__T’
‘Eruzu, ko ok xni?apsl laen mcm je ak tgk?’
Ok, tu adalah ayat yg sering aku dengar seminggu dua ni, terlalu asyik smpai mulut aku ni tataw dah nak jwb ape, so, the best answer is to smile :)

::S::E::N::Y::U::M::

senyum tu kan satu sedekah, lagipon, aku sendri tiada jawapan untuk persoalan di atas. lidah seakan terkelu. idea seakan berkerutu.

tapi aku yakin, ada yang tau kenapa aku jadi cenggitu, mungkin bukan parent aku, bukan kawan baik aku, bukan pakwe aku yang memang aku takda pakwe, bukan musuh aku.

ALLAH SWT..

ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI..

Salah satu sifat asmaul husna kan? so, DIA pasti tahu segala apa yg berlaku di muka bumi ni, sebab tu la bila kita disoal tentang persoalan yang kita sendiri taketahui jawapannya, sebaikbaik jawapan adalah :
~~Wallahua’lam~~
berbalik pada muqadimmah di atas, aku sendiri pon masih lagi tertanyatanya sama ada :
betol ke aku dah berubah??
betol ke aku dah tamacam dulu??
kenapa aku jadi cenggini??
kenapa aku dah lain dari Eruzu yang diaorang kenal dulu??
aku sendirii takde jawapannya, jadi, sila hentikan tanya aku soalansoalan cenggitu. tapi kalau boleh, itu memang niat di hati. nak berubah ke arah kebaikan.

mungkin ada yang tgk aku sama je mcm dulu, still tingtong macam dulu, tapi sebenarnya jauh d sudut aty aku, aku mmg nk berubah. berubah ke arah kebaikan.

aku nak jadi........

::A::N::A::K::
Yg baik pd kedua owg tua aku!

::K::A::K::A::K::
Yg baik pd dua org adik aku!

::A::D::I::K::
Yg baik pd abg n kakak aku!


::K::A::W::A::N::
Yg baik pd kwn2 aku dari sekolah smpai la aku dh berada d IPDA ni..

::G::U::R::U::
Yang baik pada anak muridku bila aku dh bgelar pendidik kelak!


::I::S::T::E::R::I::
Yg solehah pada yg halal utk aku kelak!


::I::B::U::
Yg baik utk anak2ku kelak!

Dan plg pntg,,aku nk sgt jadi:

::H::A::M::B::A::
Yg solehah,yg muslimah,,yg jauh dari mksiat,,yg sentiasa melakukan kebaikan dan yg akan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti~~


setelah mukadimah yang panjang lebar kat atas, benda yang aku nak sampaikan sebenarnya pada hari nih adalah tentang kehidupan kita di dunia nih sebagai seorang hamba.

bukan hamba pada sapesape, tp hamba pada Allah Swt. kalau pada zaman jahiliyah dulu, hamba abdi kena dengar ape jua arahan dari tuannya, gitu jugalah dengan kita.

tapi......

akurkah kah kita pd arahan TUAN kita??
patuhkah kita pada suruhan TUAN kita??
jauhkah kita dari larangan TUAN kita??

tepuk dada,,tnya iman~~
Wallahua’lam =)

Nota hati nurani: dua pilihan berada di tangan kita:

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!