Senin, 13 Februari 2012

walau apa pon terjadi, ini pilihan aku. rezeki di tangan tuhan :)

Assalamualaikum..

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi doctor. tadi aku pergi klinik dia, aku demam. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
"kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak Toyota Camry dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan doctor, tu la, kau tamasuk asasi sains macam aku, kalau tak, boleh je kau sambung degree buat medic macam aku! nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi peguam. tadi aku pergi pejabat guaman dia, aku ada masalah berkaitan tanah pusaka arwah nenek. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
“kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak Ferrari dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan lawyer, tu la, kau tamasuk asasi law macam aku, kalau tak, boleh je kau sambung degree amek law macam aku. nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi engineer. tadi aku pergi pejabat dia, ada urusan yang perlu diselesaikan. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
"kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak Merc  dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan engineer, tu la, kau tamasuk asasi kejuruteraan macam aku, kalau tak, boleh je kau sambung degree amek kos kejuruteraan macam aku! nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

aku punya sahabat, sekarang sudah jadi menteri. tadi aku pergi rumah dia, untuk dapatkan sponsor dari dia untuk satu majlis yang sedang aku uruskan. oleh kerana dia pernah menjadi sahabatku sebelum ni, aku cuba bertanya khabar.
"kau apa khabar sekarang ni? alhamdulilah dah berjaya kau sekarang aku tengok!"
dia pandang aku dengan senyuman sinis, sambil menjongketkan sebelah keningnya alaala ziana zain, penyanyi kesukaan aku sewaktu aku darjah empat.
"kau tengok la sendiri! aku dah boleh bawak BMW dah pada usia muda ni. kau? eh, lupa, kau bukan menteri, tu la, kau tanak terlibat dengan dunia politik macam aku, kalau tak, kau taperlu nak mitakmintak sponsor cenggini, duit kau pon tahabis nak guna, macam aku! nak jugak jadi cikgu!"
senyum (:

wahai sahabatku yang kini sudah bergelar menteri, engineer, lawyer dan doctor atau apa jua pekerjaan kat dunia nih..

gaji aku mungkin tasebanyak kauorang, sebab aku hanya seorang guru. guru sekolah rendah. tapi, aku bersyukur, sebab dengan kerja aku nilah, lahirnya doctor, peguam, engineer dan jugak menteri yang punya kereta mewah ataupun rumah sebesar istana. macam kau. 

kalau semua manusia di bumi ni nak jadi menteri, engineer, lawyer ataupun doctor, siapa yang akan jadi cikgu? tanpa cikgu, kauorang rasa akan lahirkah seorang menteri, engineer, lawyer, doctor atau apaapa kerja pon kat dunia nih? dan tanpa cikgu, kau rasa sekarang kau boleh ke baca blog aku nih? boleh baca status dekat pesbuk? boleh taw macam mana nak selesaikan 9m12n + 4m4n x 12r dengan hanya sekelip mata. boleh ke?

aku mungkin takkan sekaya korang hanya dengan gaji cikgu, tapi aku harap aku akan kaya di akhirat nanti. sebarkan ilmu. insyallah, ilmu yang berguna. tahniah sebab berjaya dapat pangkat tinggi, tapi, jangan pernah rendahkan martabat seorang guru. :)

tolong, tolong, tolong!

jangan pandang rendah hanya kerana aku seorang cikgu!
aku bukan doctor.
aku bukan lawyer.
aku bukan peguam.
aku bukan menteri.
aku hanya seorang cikgu. 
nota kaki : pekerjaan yang aku sebut tuh hanya kiasan, takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati, hanya luahan rasa terkilan bila sering ditanya kenapa aku pilih kerjaya cikgu dan tanpa aku sedari pilihan aku diperlekehkan. takpe, jadi cikgu kena kuat! :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar