Minggu, 05 Februari 2012

bukan susah pon nak dapat pahala.

Assalamualaikum..

aku ada cerita ni nak bagitau hangpa semua. skang rapatkan saf, betulkan saf. yang jauh mai rapat, yang rapat siap sedia dengan pen dan kertas di tangan. salin apa yang aku nak cerita nih. insyallah dapat manfaatnya.

【ツ】 【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】
di suatu hari yang indah dengan angin sepoisepoi bahasa entah bahasa melayu ke bahasa inggeris, ada seorang muslim sedang menikmati keindahan ciptaan Allah seraya berkata,
ALLAHU AKBAR
tidak cukup dengan ungkapan itu, beliau menyambung lagi,
LAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
setelah itu dia terus berkata,
LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN
setelah menyedari bahawa masih banyak kerja yang perlu beliau lakukan, beliau mengucapkan katakata beliau yang terakhir,
SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM
tanpa beliau sedari, dengan mengucapkan semua itu, beliau telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】

nampak macam takmenarik kan cerita aku tuh? 

sapa yang angguk tuh...?
*bunyi botol kaca pecah

baiklah, aku yakin mesti kauorang nak tau sapa manusia yang beruntung dapat ganjaran pahala dari Allah SWT tuh kan. 

dan sebenarnya, orang itu adalah KAU. 

kau yang tengah baca entry aku nih. tahniah, kau dah dapat pahala dengan percuma. dengan cara yang paling senang mudah cepat dan bijaksana. kalau korang rasa nak melipatgandakan lagi pahala kauorang tuh, boleh la ulangulang baca tulisan warna biru tuh seberapa banyak yang boleh. senang kan?

nak lagi afdal, ajarkan jugak pada orang lain. kongsikan bersama mereka yang kau mau bersama di syurga nanti. semoga ini salah satu cara kita meraih keredhaan Allah SWT. :)

satu lagi cara mudah nak dapat pahala adalah dengan senyum. senyum tuh kan satu sedekah. sesungguhnya orang yang sentiasa senyum adalah orangorang yang bahagia hidupnya. :)

salam maulidur rasul dari aku, Eruzu Liyana :)
mohon maaf salah silap. doakan aku berjaya dunia akhirat. ^__^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar