Rabu, 15 Februari 2012

kira pilihan yang aku buat tuh salah la?

Assalamualaikum..

aku takhapdet entry semalam bukan sebab aku pergi sambut valentine ke sambut ape, aku berkabung. kau taw makna berkabung?

menurut wikipadiaa berkabung bermaksud tak hapdet entry sebab aku tengah sedih. memang aku sedih sangat semalam kau taw. lagi sedih dari masa aku kena dumped duludulu, lagi sedih dari masa Yuna tamenang juara lagu ini tidak adil tidak adil baginya. dan yang pasti perasaan sedih tuh bukan disebabkan masalah cinta hati keluarga kawan sahabat handai pelajaran atau disebabkan diri-aku-yang-taberapa-nak-putih.

semalam dekat IPG aku nih, ada satu tayangan movie Hafalan Shalat Delisa. memang aku dah tengok cerita tuh, malahan masih ada lagi dalam lappy aku nih. memandangkan aku nih memang lah anak solehah baik budi pekerti sopan anggun ayu jalan terkepit, memang takla mama aku nak bagi aku masuk panggung wayang kan. so, nih la satusatunya peluang nak membayangkan situasi alaala berada di panggung wayang walaupun tempat tayangan tuh hanya dalam dewan kuliah yang biasa aku tido sampai termeleleh ape yang boleh meleleh.

nak dijadikan cerita, semalam jugak ada match antara Kelantan dengan Selangor. so, dengan tidak semenamena aku jadi keliru sama ada nak stay hostel tengok match atau pergi tengok si Delisa yang taingatingat macam mana nak baca bacaan dalam solat.

fikir punya fikir punya fikir, dari pagi sampai petang, masa tengah mandi tengah makan, aku terus dalam kekeliruan. nak tengok bola atau Delisa. bola ada Aziz jersi no 11 yang hensem auw auw, Delisa ada Nirina Zubir yang kalau aku lesbian memang aku dah rasa dia sangat kiut miut. nak buat istikharah, nampak macam melampau sangat, dan akhirnya aku buat keputusan nak tengok bola selepas kawan aku kalahkan aku osom dan dia paksa aku tengok bola dengan dia. =,=

lepas je siap semayang maghrib haruslah untuk aku berlari ke bilik tibi sematamata untuk cop tibi tuh. kalau tak memang aku kena layan vanila salad eh bukan coklat la jawabnya pasal adikadik akakakak cikgu sekalian nih memang fanatik cerita tuh. dan semestinya merekamereka yang nak tengok cerita tuh merasa sangat frust bila tengok geng aku tengah layan bola pasang volume paling kuat seterusnya mereka perlu pergi bilik tibi blok lain dan aku rasa aku sangat kejam tapi keadaan mendesak dan ape ke bangang ayat aku sangat skema aku tapaham. hew hew hew

dipendekkan cerita, lepas menjerit bagai kena histeria, Kelantan kalah dengan 1-2 dan semestinya ada beberapa pemain Kelantan yang kena carut dengan aku pasal aksi yang macam tengah tayang body sixpack kat tengah padang tapi bila dapat bola lari terkepitkepit. ahhh, rasa nak sunatkan je depa kali kedua. nasib je Subramaniam skor semalam, kalau tak, tapasalpasal bersunat mamat tuh. haha.

dan yang pasti, bagi aku game semalam best cuma mungkin ada beberapa kesilapan yang ketara buat team Kelantan nampak sungguh loser. tapi tahniah la apek walau kau lepas dua bola tapi kau tetap hebat walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mau kita berdua bersatu auw auw. dan aku dengar peter butler dah nak letak jawatan pastu M. Kutu eh eh Karuthu akan kembali bersama TRW. dan tolong la jangan nak ada gadoh gdaoh dalam KAFA ka sape ke, sat agi aku merajuk tanak sokong TRW lagi dah barulah merana kerol pahmi tuh. haha

dan sebenarnya panjang lagi aku nak cerita pasal bola semalam tapi sebab aku ada latihan teater dan Rita Rudaini yang datang ajar aku, terpaksa aku chow dulu nak solat nak mandi nak pakai comelcomel kotkot beliau nak bermadu dengan aku. auw~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar