Minggu, 12 Februari 2012

bukan senang nak curi hati orang. :)

Assalamualaikum..

tolong jangan marah aku sebab dah lama takhapdet. lagi satu, tolong jangan fikir yang aku dah kena penyakit hepatitis B. bukan sebab tu aku takhapdet entry. bukan. tolong la faham.

aku takhapdet sebab internet sekarang dah macam tahik yang nak kuar masa kau sembelit. punya la susah nak dapat line yang betolbetol cemerlang. nak bukak pesbuk pon dah kena tunggu limapuluh minit, apatah lagi kalau nak publish entry. maunya tiga hari dua malam baru terpublish. jadi, jangan buat kontrobesi yang aku kena penyakit hepatitis B okay. aku sihat alhamdulilah. sekarang, kauorang dah boleh duduk diam sambil makan popcorn dengan tenang ye. jangan risaukan aku.

baiklah, memandangkan aku sekarang berada dalam zon kegawatan ekonomi, aku perlu fikir satu cara untuk buat aku jadi kaya raya. takisah la raya aidilfitri ka aidiladha, yang penting kaya raya. haaaa, tapayah nak suggest supaya aku rompak bank atau ragut beg duit Datin Rosmah, aku baru menjangkau umor duapoloh tahun dan aku masih belum bersedia untuk bergelar banduan.

lagipon, takkan la orang sesopan aku nih nak jadi banduan kan. muka banduan kan ganasganas, nak lagi legend, ada parut macam kesan jatuh beskal kat pipi. tuh baru sesuai jadi banduan.
aku punya muka ada parut jerawat je, tuh pon takde la nampak sangat. terima kasih Safi Rania sari kecantikan asli. *posing maya karin

teringat zaman kecikecik dulu, suka sangat main polis entry one two jaga, polis mati pencuri jaga. yang sadisnya, aku mesti kena jadi pencuri. bukan sebab aku ada bakat lari pecut, tapi sebab member aku cakap muka aku sesuai jadi pencuri. haishh, ada ke patut. aku nih nak curi hati orang pon takut, apatah lagi nak curi limpa jantung segala bagai tuh.
tapi aku tafaham la macam mana orang lain senangsenang je nak curi hati aku, padahal aku dah lock pakai mangga yang besar gedabak jatuh atas kaki lumpuh sampai mati. dah la lepas curi tuh tareti nak hantar balik, sesuka hati je curi hati aku. nih mesti tabelaja sistem barter kan masa sekolah dulu. sepatutnya, dah curi hati aku, bagilah pulak hati dia kat aku. ni tak, haishhh, nasib je aku ni penyabar, kalau tak dah lama aku lempang secukup rasa. baru taw langit tinggi rendah.

takpetakpe, pada sapesape yang pernah curi hati aku tuh, terima kasih sebab kau pulangkan balik lepas kau seksa ia sampai hancur lebur lumat leik. tahniah  sebab berjaya curi hati aku sebelum ni, tapi jangan pernah berharap hati ini akan dapat dicuri lagi lepas ni sebab kau dah diblacklist. doakan hati yang dah lebur tuh dapat bercantum balik dengan kekuatan yang aku ada nih agar dengan itu kau akan ku maafi. :)

baidewei, bukan tadi aku nak cerita pasal macam mana nak jadi kaya raya ke? macam dah lari topik je. takpela, lain kali je aku hapdet pasal tuh k. aku punya semangat blogwalking tengah tinggi nih. nak singgah semua 'rumah' petani kat ladang aku nih sat. bye bye.
air mata di hati lebih payah dihapuskan berbanding air mata yang mengalir di pipi...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar