Minggu, 26 Februari 2012

ni belum jadi perdana menteri lagi nih.

Assalamualaikum..

ya kepap kepum kepap kepum haruslah bunyi kompang sambut pengembalian aku ke ladang ni setelah sekian lama aku menghilangkan diri. kau orang dah boleh berhenti berpesta sekarang sebab aku belum mati sebagaimana yang kau orang sangka. *posing maya karin

baiklah, sebelum aku pergi panjang lebar, aku nak tanya, ada orang rindu aku tak sepanjang aku takda ni? ohhh tolong lepaskan pelukan yang maha kemas ini, aiii tak selesa okay, okay okay aiii tau you olls rindu gempang dengan aii kan, tapi bagi ruang untuk aii bau oksigen plis. kang mati betol betol baru u olls menangis tak berlagu purnama merindu.

sapa buat muka ungka tuh?

kalau terer sangat cuba buat muka platipus ke muka tapir ke. ni buat muka ungka, tapayah buat pon dah sebijik macam ungka.

sumpah aku tersangat busy minggu nih, weekend nih aku balik kelantan, pastu seminggu kena pergi SBE dekat sekolah, sambil berSBE aku kena analisis budak budak kat sekolah tuh, pastu balik dari SBE ada mid term break tapi takdanya nak bermid term break sangat pasal esemen aku yang setinggi lori balak tuh dah buat apoinmen dengan aku. aku ada lebih kurang 7 esemen. maybe lebih dari tujuh tapi takkan kurang dari tujuh dan ape kejadah aku guna frasa lebih kurang dalam ayat tadi. uhuk

habes SBE dan cuti, seminggu lepas masuk kuliah, aku dah kena pergi BIG pulak. em, BIG tuh bukan big yang bermaksud besar yang mana memerlukan aku membesarkan tubuh aku ni. bukan. apa kejadah aku nak besarkan tubuh aku plak. hari tuh bukan main lagi merungut dah macam kena sawan walhal berat naik sekilo je. BIG stands for Bina Insan Guru dan ianya adalah program seperti BTN ataupun PLKN. so, seminggu aku hadiri BIG insyallah balik tuh aku taperlu joging sebab probability untuk berat aku turun sangat tinggi dan muka aku dengan kuali lepas bakar ayam warnanya mungkin beza cuma senipis kulit bawang. sikit je bezanya.
gambar takde kena mengena. saja nak tunjuk anak
aku yang cantik macam mama nya. okay aku adalah
ibu tunggal. so, sape nak aku kena bersedia la
dapat anak expres duaorang. :)
haruslah aku tidak mendapat tidor yang cukup sejak dua tiga menjak ni dengan pelbagai aktiviti yang kena buat dengan segala bagai masalah nak menyemak dalam kepala hotak aku nih. yang pasti aku masih normal dan masih belum gila dan bersedia untuk mendaftar kat tanjung durian eh rambutan.

nota kaki : doakan aku melalui bulan 3 nanti dengan penuh kesabaran dan ketabahan serta dilindungi dari rasa nak mencarut pada SBE, BIG dan esemen. n pada bestie aku, sorry sebab mood aku selalu swing skang, jiwa bergelodak, paham2 la. jangan amek aty k.. :) okthankbye.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar