Assalamualaikum.
salam jumaat. penghulu segala hari. bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang menghirup udara segar dengan nyaman di bumi Malaysia sedangkan sudah ramai di antara kita yang telah kembali ke rahmatullah. gunakan kesempatan ini untuk perbanyakkan amal ibadat untuk menampal balik calit calit dosa yang dah kita lakukan sepanjang kita hidup nih.
sapa kata aku tak reti buat introduction yang berilmiah..? see.
*posing Ramlah Ram
baiklah anak anak sekalian alam, pada hari ini iaitu hari jumaat bersamaa dengan empat mei dua ribu dua belas iaitu tarikh perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, aku nak kongsi satu cerita dengan kauorang. bukan nak tunjuk betapa cuai nya aku, betapa sukanya aku, betapa hebatnya aku tetapi ianya sebagai pengajaran kepada kauorang semua.
semalam masa UAK (Ujian Akhir Kursus) dekat dewan exam, aku jatuh tersungkur. kau faham maksud jatuh tersungkur? jatuh tersembam. jatuh tersadung. ahh, peduli lah jatuh ape pon yang penting aku jatuh. tapi bukan jatuh cinta.
kaki aku tetiba cramp, tak boleh nak bergerak dan kawan aku yang berjalan belakang aku terlanggar aku di saat aku tak boleh bergerak tuh. masa tuh jugak aku jatuh bedebuk macam nangka buruk. sakit. malu. hilang semua ilmu aku nak jawab exam. malu. nak control tanak bagi ketara sangat malu tuh, aku pura-pura ketawa. bodoh bukan? aku malu. sakit lagi. kawan-kawan yang dok berdekatan datang hulur bantuan. terima kasih. malu.
kau nampak berapa kali aku ulang perkataan malu dalam perenggan tadi? cuba kira. lima kali bukan? tapi tahap malu aku bukan hanya tahap lima tapi tahap lima poloh ratus pulus ribu kali lebih dari tuh. satu batch ada dalam dewan tuh. satu batch bersamaan 16 kelas bersamaan lebih kurang tiga ratus orang lebih. kalau kau agak agak kau malu tak?
| sekadar gambar hiasan. aku tak jatuh macam nih. aku jatuh dalam keadaan terhormat. eh? |
dah la sakit, malu lagi. bertambah tambah sakit nih tahu.....!
telepon mama aku, dia cakap itu perkara normal sebab kalau aku tak jatuh maknanya itu bukan aku. kejam bukan.....?
pengajarannya di sini adalah kita hendaklah sentiasa menghargai anggota tubuh badan kita sewaktu sihat. hal ini kerana mahkota kesihatan yang baik yang terdapat pada seseorang individu itu hanya dapat dilihat oleh mereka yang sakit. oleh itu, berhati-hatilah walau di mana anda berada.
nampak macam jawab soalan komsas masa tingkatan lima khon....?

Tidak ada komentar:
Posting Komentar