Senin, 07 Mei 2012

m a ma l a s las malas.

Assalamualaikum.

sebenarnyakhon, entry nih adalah kesinambungan dari entry lepas dan juga yang ni yakni berkisarkan perangai aku yang pemalas tahap tertinggi. bukan setakat master, PHD pon aku boleh dapat kalau kira aspek kemalasan aku nih.

okay, tahap malas aku adalah sama level dengan situasi di mana aku akan mintak abah aku yang ada kat ofis balik tolong kelipkan mata aku nih. sampai gitu sekali malasnya. takpon kau bandingkan je aku dengan orang lukis bendera PAS eh eh tak boleh belog aku bukan belog politikus tukar tukar. bandingkan je aku dengan orang yan lukis bendera jepun. nampak? nampak?

bendera jepun.


bendera pas.

eh eh kauorang tengok aku ni pemalas ke?

tentulah tak khon.....?

huh?
siapa yang angguk tadi?
*baling pinggan Vantage kesayangan mak aku*

tolong jangan buat assumption sebegitu kalau kau rasa nak hidup lama. kau kena ingat, hidup kita ni pendek je, jangan sampai aku pendekkan lagi hidup kau hanya kerana assumption yang kau buat tuh dah membuat hati aku terguris tersiat luka berdarah.

sebenarnyakan, aku bukan la malas sangat pon. aku cuma sayang nak guna tenaga yang ada dalam badan aku nih. maksud aku, penat penat aku berusaha keras nak hasilkan tenaga nih, so tak memadainye pon kalau aku bazir macam tuh je kan. kalau eletrik tahu pulak buat kempem jimatkan tenaga letrik dengan PROKETA tak proketa aduhainyepon, apa salahnya kalau aku pulak nak anjurkan kempem jimatkan tenaga sendiri pulak khonnnnnnnn. salah ke...?

doakan je la aku jadi rajin memandangkan aku punya final lagi seminggu je lagi dan sekarang aku berada di hari ketiga study week tapi satu buku pon aku tak sentuh. =,=

nota kaki : sila jangan masukkan unsur politik kalau nak komen. belog aku bukan belog politik, nak belog politik pergi belog najib tak pon anuar ibrahim tuh pon kalau diaorang ada belog la. aku bawah umor lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar