Rabu, 02 Mei 2012

entry ilmiah #1

Assalamualaikum.

kelantan dapat masuk final Piala FA. gembira baq hang. mula mula macam keliru jugak nak sokong team mana, Kelantan tanah airku, Kedah tempat menimba ilmu, tiga hari tiga malam tak dapat tido fikir nak sokong team mana, tuh takcampur pening memikirkan kat mana aku nak tengok siaran lansung match tuh memandangkan asrama aku takde astro. sedih bukan kehidupan aku tanpa astro? nak nak masa match penting mengalahkan pentingnya kemenangan Mat Haron dalam ABPBH hari tuh. aku kira kejayaan melangkah ke final semalam hadiah besday yang paling bermakna dari Kerul Pahmi Cek Mat buat aku. oh lupa nak bagitau aku dah terima lamaran beliau menjadi awek beliau. aku tak nak cerita secara terperinci macam mana dia lamar aku. nanti Dr. Rozmey nak guna kisah hidup aku pula buat drama. malas lah nak jawab panggilan telefon dia. rimas.

ok. melalut. aku pikir hari ni nak buat entry baurbaur ilmiah sikit tapi kelaut juga akhirnya. mari korek hidung bersama-sama.

kita selalu je rasa hidup kita nih panjang pasal kita tak tahu bila perjalanan kehidupan kita nih akan tamat. kalau drama cerekarama tuh takpe la, start kol 10 dalam pukul 12 kita dah boleh jangka dah yang cerita tuh dah nak tamat. tapi hidup kita tak macam tuh. entah esok entah lusa perjalanan tuh akan tamat. kita memang tak tahu bila ianya akan tamat. kita cuma tahu yang ianya pasti akan tamat. pasti. macam kehidupan aku selama duapuluh tahun ni, perjalanan aku kadangkadang bengkang bengkok kadangkadang lurus kadangkadang jammed kadang-kadang dalam perjalanan tuh kereta yang aku naik tuh rosak. shit. mungkin lepas ni aku kena belajar baiki kereta sendiri. takde lah menyusahkan orang sangat. takkan sepanjang panjang hidup nih kita nak menyusahkan orang je, ye dakkk.....?

sepanjang duapoloh tahun hidup nih, macam macam perangai manusia aku jumpa. ada yang selfish, yang gila kuasa, yang hipokrit, yang jenis tak tahu malu dan pelbagai lagi. tapi dalam beberapa keadaan, perangai itu diperlukan supaya kita tidak dipijak kepala oleh manusia yang suka mengambil kesempatan. maksud pijak kepala kat sini bukan la bermaksud kawan kau pijak kepala kau sampai terburai otak kau. bukan. buka. tolong jangan tunjuk kau bangang di khalayak ramai gini. kontrol sikit.
hakikatnya, hidup kita ni cuma sekali je, pendek plak tu. janganlah kita biarkan orang lain pendekkan lagi umur kita tu disebabkan perangai 'macam bagus' kita tu. entah apa yang akan jadi pada masa depan tak de siapa yang tahu takda sape yang boleh duga. tapi yang pasti kita yang akan tentukan sama ada perjalanan kita tuh akan smooth atau berombak dan semuanya kita kena mula dari sekarang. iya sekarang. jadi kauorang yang selalu berperangai menyusahkan orang nih boleh la berhenti daripada berbuat demikian. jangan sampai semua makhluk kat bumi nih ditambah dengan makhluk asing planet marikh jupiter pluto pon mengeji kau okay. itu sangat tidak cool kawan. sangat.


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" 
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin) 

baiklah, sampai sini saja entry ilmiah kali nih. aku nak mandi. hari nih aku penat gila. gila penat. badan pun dah busuk. tapi masih comel. itu point penting.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar