Kamis, 17 Mei 2012

masalah betei la kau nih!

Assalamualaikum.

dah tua nih kan rasa rimas sangat dengan masalah yang pelbagai. masalah kawan, masalah study, masalah kewangan, masalah muka hodoh, masalah pakwe lari dengan minah indon, masalah takcukup duit nak beli air gedegang, masalah baju tak basuh setimbun dalam bakul dan macam macam lagi masalah yang kalau iman tak kuat harus ramai yang dah bunuh diri nih. masalah tuh buat kita rasa penat letih sengsara sampaikan tak lalu makan tak lalu nak minum tak lalu nak korek hidung. susah betei kan ==''

kita kena ingat setiap pintu berkunci ada kuncinya, cuma sama ada kunci tuh ada kat tangan kita atau kat tangan orang lain yang perlu kita pinjam. gitu jugaklah dengan masalah, setiap masalah tuh pasti ada penyelesaiannya. sama ada kita sendiri selesaikannya atau kita berkolaborasi dengan orang lain untuk tolong kita selesaikannya. tapi ingat, jangan sampai susahkan orang lain sebab orang lain pon ada masalah diaorang sendiri. pasni kalau tak pasal pasal orang tuh pendekkan hidup kau jangan cari aku pulak. :)

apa yang penting, kalau semua orang taknak bagi kunci tuh pada kita, mintaklah pada Allah. Allah adalah pemegang kunci yang paling berkuasa. masterkey kepada penyelesaian masalah kita. jangan kita marah marah kat Allah. sapa kita yang rasa hebat sangat nak marah marah Allah sedangkan kita nih cuma hamba dia je. kalau kat opis pon kita tak berani nak lawan cakap bos, tapi kenapa dengan bos bumi nih berani pulak kita nak lawan. nauzubillah.

so, pandai pandai la cari jalan penyelesaiannya. jangan sampai menyusahkan orang dan lari akidah. gudluck pada semua yang tengah pening layan masalah tuh. *cakap dengan cermin*

senyum eruzuliyana :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar