Senin, 10 Oktober 2011

yang mana kawan yang mana lawan, yang mana kawan yang mana sahabat.. :)

Assalamualaikum..
Ok! hari ni, petang ini, saat ini, mari kita semua berlaku jujur dengan diri sendiri.
pernah tak korang pikir apa yang akan jadi pada hidup korang dalam masa 10 tahun akan datang?
korang mungkin akan berkahwin.
ada anak.
ada kerja yang bagus.
nak lagi hebat, korang mungkin dah merasa untuk drive BMW.
makan malam dekat hotel mewah.
makan tengah hari dengan client dekat restoran mewah dengan nama makanan yang sama panjang dengan nama tuan punya restoran.
yang tersemat cantik di badan kau adalah pakaian dari jenama-jenama yang mungkin korang sendiri tergeliat lidah nak sebut.
tangan korang selembut sutera dengan adanya khidmat amah yang melakukan semua kerja rumah dan kamu hanya perlu goyang kaki sambil baca paper tentang saham dunia..
dan korang tidak perlu bermandi peluh hanya untuk mendapatkan sesuap spageti..
sungguh hebat hidup sebegitu..

well anakanak sekalian,
masa depan yang sebegitu mungkin akan diperolehi sekiranya korang adalah dari golongan yang kayaraya harta berjutajuta dengan pendapatan tigaratus angka sebulan..
kalau nasib korang baik, kehidupan sebegitu akan korang nikmati setelah korang berkahwin dengan anak dato'. 
atau mungkin dengan dato' itu sendiri.
apadehal jadi bini nombor 2 atau 3.
tua muda hitam putih belakang kira..
bukan hal besar selagi poket setebal lemak di perut

taktak.
bukan itu maksud aku.
yang pasti, aku taberminat pun nak tahu apa perancangan hidup korang sepuluh tahun kedepan.
korang nak kawin dengan dato, jadi mistress ke, tu masalah hidup korang..
hidup aku sendiri pun terumbang-ambing sekarang ni.
Pwinces Eruzu Liyana
dengan pelbagai masalah yang dok berkeliaran dalam kepala hotak aku..
masalah lama dalam otak ni pun tak hilang lagi, dah ada manusia yang cipta masalah baru.
kalau pepatah duludulu, mesti nak cakap yang hidup aku sekarang ni dah ibarat jatuh ditimpa tangga kayu, tangga besi, tangga lipat, tangga batu rumah dua tingkat, segala jenis tangga la..
bukan setakat tangga, ni dah macam lif pun dah hempap aku sekali..
peribahasa baru :
sudah jatuh ditimpa basikal, ditimpa barang, dalam hujan pulak tew..
di saat bermasalah macam ni la baru senang nak detect yang mana kawan yang mana lawan..
well, lepas aku analisis, aku ada sorang kawan. jap!
bukan sorang, dua pun bukan.
tapi ramai..
ye, mungkin aku punya ramai kawan..
tapi aku hanya ada beberapa orang sahaja sahabat..

bukan susah nak beza mana sahabat mana kawan..

bila korang menangis macam babun hilang anak, dan sahabat itu akan cuba menenangkan korang tanpa mempedulikan pakwe mereka yang sedang menelefon berjutajuta kali..
sudah terang lagi nyata tanpa perlu nak bersuluhsuluh pakai lampu spotlight, itulah sahabat!
faham maksud aku?

lagi satu cara senang nak bezakan yang mana sahabat yang mana kawan..

bila korang ada masalah dan korang akan rasa tenang dengan bermain hujan, dan di saat itu korang mengajak sahabat korang menemani korang, tanpa banyak cakap sahabat itu menarik korang ke tengah court walhal korang taw, sahabat korang juga taw, bermain hujan di waktu malam adalah satu tindakan yang sungguh tidak bijak dan boleh menyebabkan korang dan sahabat korang demam, sakit kepala, migrain, batuk atau mungkin mati.

okay, mungkin tak sampai tahap mati..
ye, sahabat korang mungkin akan sakit kepala, migrain garagara terkena hujan..
tapi, dia tetap temani korang sehingga korang berasa tenang, lupa segala masalah..
dan itulah sahabat!

dan sahabat yang baik juga akan sentiasa memberi sokongan walau sokongan yang diberikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan..
ahh,, rasa macam takena je peribahasa itu..
malas aku nak edit..
cuma cukup la kalau korang faham maksud yang cuba aku sampaikan..

sahabat yang baik itu adalah yang tanpa memikirkan pembaziran kredit, menghantar mesej berjelajela sematamata untuk memotivasikan korang, dan tanpa memikirkan pembaziran masa, menaip entry yang panjang lebar yang mana di saat korang membacanya, salji turun dari mata korang..
hebat bukan?
bukan??
kaki nak kaki?

dan satu je cara nak bezakan yang mana kawan, yang mana lawan, yang mana kawan yang mana sahabat!

situasi 1..
Peah : Ramlah, aku sedih ni.. aku dah putus dengan Sarip.. :(
Ramlah : takde kaitan dengan aku, k thanx bye !
(bunyi guruh)
situasi 2..
Peah : Ramlah aku sedih ni.. aku dah putus dengan Sarip.. :(
Ramlah : alaa, tapayah nak sedih sangat la kan, nnti baik la plak 2, macam la aku tataw korang 2, gadoh je manjang..lagipun, aku dah lama xsuke dengan Sarip 2!cari yang lain je.. (muka cuak)
situasi 3..
Peah : Ramlah, aku sedih ni.. aku dah putus dengan Sarip.. :(
Ramlah : (senyum) habis 2, kau okay x sekarang? nak aku teman kau main hujan? kau nak nangis, ni bahu aku pinjamkan, siap lengkap dengan pakej sapukan hingus lagi! nak aku slowtalk dengan Sarip??sabar ehh! bla bla bla bla..
agakagak la kan, orang di sekeliling korang sekarang ni berada di situasi mana?

dan terima kasih untuk mereka yang menjadi Ramlah dalam situasi 3 dalam hidup aku.. :)

nota kaki : kemana awak pergi sehingga bertanyakan sy soklan yang ada perkataan 'sepanjang ketiadaan saya....... '

Tidak ada komentar:

Posting Komentar