Rabu, 19 Oktober 2011

foundation untuk putihkan kulit yang dijamin berkesan.

Assalamualaikum..

semalam aku menghadapi kesukaran untuk tidur walaupun aku sangat mengantuk.
aku rasa aku terlelap pun dalam pukul 4 pagi tadi.
mungkin.
mungkin juga pukul 4.47...
aku tak pasti. 
aku tak tengok jam.

sekarang, aku baru bangun dari lena.
jam menunjukkan pukul 12 tengahari..
tu pun selepas mama aku call tanya pukul berapa nak bertolak balik.
ahhh, mama betolbetol rindukan aku rupanya.
sungguh aku terharu.
*kesat air mata*

ohh ya, sebelum aku lupa, aku dah nak habis semester 3.
today is da last day for kuliah.
tapi, sebab bebudak kelas aku semua dilahirkan dengan otak yang bijaksana (?), semua pandai je mengampu lecturer suruh batal kelas.

so, malam ni aku akan balik rumah dengan bas.
ye, dengan bas.
aku takisah naik bas..
sebab kalau diberi pilihan sama ada naik bas atau helikopter,
memang aku pilih bas.
bukan sebab aku gayat naik helikopter.
what?
aku jakun?
bukan la ngok.
tapi sebab rumah aku tade tempat landing helikopter.
tunggu pilihanraya nanti la,
kotkot ada peruntukan untuk keluarga aku 3.4billion.

aku cuti dari 20/10/2011 sampai 29/10/2011.
ye, cuti deepavali ditambah dengan cuti sem secukup rasa.
lepas bukak cuti tu, dah study week.
then aku punya final exam.
lepas habes exam, maknanya aku dah habeskan program foundation. 
(bukan bedak asas yang korang tempek kat muka tu).
next sem aku dah masuk degree.
hopefully pointer aku untuk program foundation ni takkan mengecewakan perasaan rakyat malaysia la. =,=
aku tanak sebab pointer aku drop menjunam macam semester lepas, ada perhimpunan demostrasi haram pulak.
sungguh, aku cintakan keamanan.

(baru aku ingat, aku basuh kain, lebih baik aku jemur sekarang, kalau tak memang seminggu la kain aku di ampaian ta berangkat)

baiklah, sambung balik.
kat mana kita tadi?
ohh ya, pasal pointer aku.
ye, pointer untuk semester ni akan dicampur dengan semester lepas dan semester sebelum semester lepas untuk mendapatkan pointer keseluruhan bagi program foundation ni.
haruslah untuk aku risau.
pointer semester lepas aku drop 0.1 .
dan aku tanak untuk semester pon drop lagi.
ahhhh, aku sangat risau.
nampak tak muka risau aku?

tapi, probability untuk aku belajar bersungguh semester ni adalah sangat rendah.
sebab ada pertindanan dengan cuti sembelih lembu.
dan kali ni, suasana final exam yang aku lalui turut berubah.
ye, berubah.
ahh sudah, aku tamau ingat lagi.
*gelenggeleng kepala penuh dramatik*

dan sebenarnya, aku belum packing barang pon lagi.
kan best kalau ada suami, boleh tolong aku packing.
errr, macam pelik je.
abaikan.
we shall never be separated through :) through :(
nota kaki : bila terasa rindu, ku sebut namamu, dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku, dan semalam kau betulbetul muncul dalam tidurku. i really miss you incikdomosaya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar