Kamis, 27 Oktober 2011

untuk mereka yang putus cinta (skema tak title entry aku?)

Assalamualaikum..

aku pernah putus cinta.
mungkin sekali.
sekali.
eh, sekali ke?
atau mungkin sudah dua kali?
aku sendiri tataw apa status hubungan 'kami' sekarang.
pelik kan?

muka fruz putus cinta.
*lakonan sematamata*
okay, abaikan saja intro di atas sebab bukan kisah cinta aku yang aku nak kongsikan sekarang.
bukan jugak nak kongsikan kisah cinta client aku yang asyik buzz aku kat ym citer masalah cinta dia dengan awek dia.
tapi, satu kisah cinta yang aku kira agak menarik untuk dikongsikan bersama.
ahh, aku taw ayat aku sangat skema.
tapi, tolong la jangan nak pertikaikan sebab aku malas nak tekan backspace.
tolong mengerti.

baiklah, aku nak minta korang bukak mata, bukak minda untuk fahami kisah dibawah.
ohh, lawak bodoh seperti bukak baju adalah sangat kuno untuk zaman manusia makan shushi ni.
tapi, jika anda seorang lelaki yang mempunyai sixpack, aku rasa anda dibenarkan buka baju.
ahhh, apa aku mengarut ni.
mudah benar terpesong akidah.

okay, teruskan pada cerita di bawah.

******

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”

Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”

Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku.”

“Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.

“Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”

Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.

*****

see?
nampak?

so, kalau korang jenis yang macam aku (?),
jenis yang setia,
jenis yang ikhlas,
jenis yang hanya taw mencintai satu manusia dengan sepenuh hati,
jangan menangis.
kita hanya kehilangan kehilangan orang yang takmencintai kita.
tapi, orang tu la yang patut nangis, sebab kehilangan manusia yang ikhlas, setia mencintai dirinya.
kebahagiaan terletak kepada betapa seseorang itu mencintai kita, bukan betapa kita mencintai orang lain.
~EruzuLiyana 2011~ 
baiklah, sekejap lagi sudah pukul 7.
citer feveret aku kat tv3 akan ke udara.
aku perlu bersiap untuk berebut tv dengan adik aku.
kadangkadang prinsip 'kakak selalu mengalah' perlu ditolak ketepi.
perlu.
perlu demi fizo omar yang hensem.
aku suka dia.
fullstop.

nota hati : apa status diri aku sekarang eh?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar