berjumpa lagi kita pada hari selasa yang permai ini..
baiklah anakanak, cube kita fikirkan sejenak,
dalam hidup ni, kita tak akan lari dari buat pilihan..
macammacam pilihan yang kita kena pilih..
samaada pilihan yang kita buat tu tepat atau tak, hanya Allah yang tahu..
dan aku rasa aku pon dah pernah buat entry pasal pilihan yang kita buat..
hilang ingatan??
sila klik sini..
:)
ok, kita teruskan kepada tajuk perbincangan kita iaitu buat pilihan..
| nak beli susu kat kedai pon nak kena buat pilihan taw! |
setiap benda yang aku pilih tu selalunya lebih banyak mengundang malapetaka dari kebaikan.
dan biasanya pilihan yang aku buat selalunya tidak tepat..
dulu aku tak kisah sangat nak pilih.
suka hati je aku buat pilihan tanpa fikir pro and kon..
sebab bagi aku apa yang aku buat semua dah tertulis dekat takdir aku.
aku selalu anggap, apa jua pilihan yang aku buat, adalah berdasarkan percaturan dari Allah dan aku pasrah tanpa ambil inisiatif pun walhal aku taw pilihan yang aku buat tu takberapa nak membangunkan ekonomi negara.
kadangkadang, aku boleh buat pilihan tanpa fikir panjang mahupun pendek..
naknak kalau pilihan tu secara mata kasarnya banyak positif dari negatif, walhal kalau tengok dengan mata hati, hamek kau, sakit jiwa kak bedah!
tapi sekarang ni, aku dah mula fikir..
kalau aku salah pilih, agak-agak sempat ke aku nak patah balik?
sempat ke aku nak baiki balik apa yang dah rosak disebakan pilihan yang aku pilih..
tabah sangat ke aku nak mulakan dari awal semula lepas pilihan pertama yang aku buat tu salah..
Demn!
selalu bagi aku kusut.
kalau boleh, aku nak hidop rilekrilek je..
aku taksuke keadaan yang mana memerlukan aku buat pilihan..
terutama pilihan yang berkait dengan masa depan aku sendiri..
haruslah aku takut nak buat pilihan yang berkaitan dengan masa depan aku..
pilihan yang berkait dengan masa depan negara amerika aku peduli hape kan..
bukan aku dapat jadi presiden amerika pon kan..
tapi, nak tanak,
akan tiba masanya, bila kita harus membuat pilihan.
kiri kanan akan ada orang yang menunggu jawapan.
atas bawah orang dok mengintai menanti jawapan.
semua orang pandang dengan penuh pengharapan pilihan yang akan diberikan..
dan masa tu, bahu yang sebelum ni ringan, lebih ringan dari kapas menjadi terlalu berat dengan bebanan yang ditanggung umpama mendukung anak gajah..
see!
betapa susahnya nak buat pilihan..
tambahtambah bila ada tekanan dari orang sekeliling..
dan sekarang, aku juga ada satu pilihan yang perlu aku pilih..
mungkin pilihan aku ni tapenting pon bagi korang..
sapela aku nikan..
aku pilih ape pon buka ada yang nak kisah..
aku makan ke tak ke, mana ada orang peduli..
*tacing*
berbalik pada pilihan yang aku cakap tadi..
sekarang, aku berada di satu persimpangan..
dan semestinya aku kena pilih nak ikut jalan mana..
aku tataw jalan mana yang akan membantu kemewahan aku di masa hadapan..
sebab yang aku nampak, pilihan yang aku ada sekarang, kesemuannya penuh liku, ranjau dan onak duri..
satu jalan bengkang bengkok macam ular kena palu..
satu jalan lurus tapi dipenuhi dengan najis lembu kambing meratarata..
satu jalan rosak yang dipenuhi lubanglubang yang menyusahkan golongan drifter seperti aku..
sungguh!
sungguh aku tafaham..
tapi aku taw, manamana jalan sekalipun yang aku pilih, aku tetap akan tiba ke destinasinya..
bezanya, cepat atau lambat, mudah atau susah atau mungkin selamat atau aku yang takdapat diselamatkan..
dan yang pasti, untuk kali ni..
aku akan serahkan pada takdir..
istikharah adalah jalan terbaik bila dalam keadaan sekarang..
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
nota kaki : aku rindu ............... sangatsangat!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar