Rabu, 23 November 2011

tanda-tanda kau dah jatuh tangga eh bukan, jatuh cinta.

Assalamualaikum.

tadi, masa aku dok mesej dengan kawan aku, tetiba dia tanya aku, macam mana nak taw yang kita dah fall in love kat seseorang.
dia tu adalah budak skema dan agak suci dalam babbab bercinta, tapi dah masuk UM* ni, barula dia punya hormone untuk jatuh cinta sampai.

actually, aku pon tataw macam mana nak taw yang kita dah fall in love, sebab aku pon tapernah fall in love. ahh, nampak sangat aku menipu kan.
iya la, aku memang pernah jatuh cinta, tapi baru dua kali, tasempat nak buat kajian pon. aku mula kenal cinta masa form3, iya, agak gatal aku di situ. ahh, apa ke bangang aku kutuk diri sendiri kat sini. abaikan abaikan.

tapi, pada pendapat aku la kan, ehem, bila kita dah fall in love kat seseorang, orang tu akan selalu kita ingat. maksud aku, kau tengok kipas kau ingat dia, kau tengok almari, kau ingat dia, kau tengok lembu, err salah perumpaan, okay, kau tengok kereta pon kau ingat dia. semua benda yang ada kat sekeliling kau mengingatkan kau pada dia. faham ?

selain tu, bila kau dah fall in love dengan someone tu, kau rasa nak dia sentiasa ada di sisi kau, takkira masa kau tengah hodoh atau kau tengah jelita, masa kau tangah gelak macam pontianak atau masa kau menangis macam pocong. atau dalam bahasa mudah, sentiasa ada time susah jugak time senang. kalau kau ada masalah, kau nak dia je, ada dia, automatic kau rasa tenang. faham? 

kalau boleh, nak je kau berkepit duapolohempat jam dengan dia tanpa memikirkan dia akan fed up dengan muka kau. dan kau pasti akan simpan mesejmesej dari dia walaupun hanya ungkapan kata ‘ok!’ dari si dia.

besides that, bila kau rasa sedih, mesti orang tu la orang pertama yang kau nak jumpa. kau rasa, dengan kehadiran orang tu akan buat kesedihan kau lari jauhjauh. dengan adanya orang tu, sedih pon takut nak dekati kau. dan memandangkan kau ni jenis cengeng, suka nangis bila sedih, mesti kau mengharap orang tu la yang akan sapu atau lap ayaq mata kau.

talupa jugak bila kau tengah gembira, mesti dengan orang tu la kau nak kongsi kegembiraan tu. contoh macam kau dapat no satu dalam pertandingan lari dalam guni, oran pertama yang kau akan bagitau adalah dia, dia yang kau angau nak mam tu. maksudnya kat sini, kau nak orang yang kau cintai tu turut merasai kegembiraan yang sedang engkau rasa.



pastu kalau la kau tau orang yang kau cintai tu sakit, kau akan rasa menyesal kenapa dulu kau tabelajar betolbetol sampai jadi doctor, kalau tak, boleh kau rawat dia. kau akan jadi sangat risau, boleh katakan kat sini, kau punya perangai akan sedikit hiperbola. baiklah, contoh macam orang yang kau cintai tu luka kena pisau masa tengah potong sayur, kau punya tahap risau tu dah macam orang yang kau cintai tu tengah usaha nak lahirkan anak pertama. kadangkadang kau punya orang tercinta tu demam sikit je, tapi kau punya risau dah macam dia ada tempoh hidup dua hari je lagi. over giler.

yang pasal kau akan selalu stalk facebook orang tercinta tu aku malas nak sentuh sebab budak darjah tiga pon taw pasal tu. dah tu setiap kali dia update activity dia, mesti kau la orang pertama nak komen, nak like. ada je kaum sejenis kau orang datang komenkomen dekat wall dia, kau mula mencarut dua bakul. apa nak jadi la anak mak jaaaah ni. kau akan jeles bila dia berbual mesra dengan kaum sejenis kau, nak nak kalau kaum sejenis kau tu lagi hensem/cun dari kau. semuanya sebab dia dah berada dalam hati kau. <3

bila ditakdirkan tibatiba hubungan korang dilanda badai, mesti kau akan cuba sedaya mungkin untuk selamatkannya, sebab kau taw kau sangat mencintai dia.

konklusinya, bila kita dah jatuh cinta dengan seseorang tu, orang tu akan nampak sempurna je kat mata kita walhal orang lain tengok si dia dah macam lanun. orang tu la yang kita sentiasa doakan menjadi imam/makmum in the future. so, kalau kau mengalami simptomsimptom yang aku sebutkan di atas, mungkin kau tengah ada perasaan cinta kat seseorang.


tapi, nasihat aku, berhatihatilah dengan cinta, kadangkadang cinta boleh bawak kau ke syurga, juga boleh bawak kau ke neraka. (:

so, kepada kawan aku yang baru nak mengenal erti cinta, good luck, semoga hubungan kau dengan dia kekal ke jinjang pelamin. (:

nasihat aku, pandaipandai la pikir baik buruk untuk diri sendiri dan masa depan. pilihan kau hari ni menentukan siapa kau di masa hadapan, chewaah ayat aku, dah ada improvement.

~Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

~Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

~Jangan jatuh cinta atau menerima cinta kalau belum sedia sebab kau akan seksa orang yang benar-benar jatuh cinta dengan kau.

~Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

nota kaki: semua gambar tu adalah dari cerita Mimpi Tinggi, aku kipas susah mati cerita tu sebab boifren aku berlakon dalam tu.
nota kaki dah ada, so, kira nota tangan la : betol ke apa simpton yang aku nyatakan tu? kau rasa macam mana? nak tambah pon okay. (:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar