Selasa, 08 November 2011

perlu ke aku tulis entry jiwang sedang aku sebenarnya tengah ......................

Assalamualaikum.

zaman aku kecik,
aku selalu malu bila akak aku kenenkenenkan aku dengan sapasape.
mesti aku akan marah budakbudak yang cuba nak satukan aku dengan sapesape.
tapi, bila aku dah naik form 3, hormon remaja mula la nak spread dalam diri.
fahamfaham jelakan, keinginan untuk menyayangi dan disayangi tu sangat tinggi.

zaman remaja.
indah?
entah la, aku pon tataw.
mungkin indah.
mungkin.
kalau tak, tadenya ada lagu yang liriknya 
' dalam kehidupan ini, yang terindah, melalui usia remaja! '

masa awalawal aku nak involvekan diri dalam bercinta, 
ada kawan aku selalu cakap love is rubbish.
dari aku start bercinta, sampai la aku putus, 
tu la katakata dia yang dok sebut kat aku.
bagi dia cinta tu tanggungjawab bukan jiwang-jiwang. 
bukan sekadar sukasuka.
kadangkadang cinta tu la yang akan menyebabkan kita terpesong makin jauh.

sebab tu bila dia taw aku clash dulu, dia mintak aku janji dengan dia.
janji supaya aku taksiasiakan cinta aku pada lelaki yang salah.
biarlah lelaki yang aku bagi cinta aku lepas Fauzi (bukan nama sebenar) tu adalah bakal suami aku.
ahhhh, kenapa perlu aku jiwang sangat ni.
ni mesti penangan lepas tengok citer Up tadi.
saya nak suami macam Carl. :)
em, love ni complicated. 
mesti kau ingat aku cakap love ni complicated sebab aku pernah kecewa kan?
mungkin jugak.
tapi betol, masa aku bercinta dulu pon aku rasa love ni sangat complicated.
mungkin sebab tu dekat facebook ada realtionship yang
'its complicated.'

dari dulu lagi, aku selalu berharap aku akan berkahwin sewaktu umur aku 24.
ada sebab nape umur 24 yang aku pilih.
muda sangat?
i dont think so.
sebab ada je yang kawin umur 19tahun, 18tahun.
alhamdulilah, bahagia je kan. (:

dan aku harap lelaki yang bakal jadi suami aku tu satusatunya yang aku sayang dan tu la last lelaki yang akan aku bercinta sampai aku hembus nafas aku.
paling penting, aku harap lelaki tu dapat terima segala kebiulan perangai aku.
sabar dengan kerenah aku.

mungkin aku tapandai masak, tapi aku akan cuba belajar masak makanan kegemaran beliau.
mungkin aku tapandai makeup, tapi aku akan cuba belajar untuk kelihatan cantik di mata beliau.
mungkin aku tapandai menjahit, tapi aku akan cuba jahit segala luka masalah yang dia hadapi.

aku harap bakal suami aku dapat terima aku seadanya, agak skinny, 47kg with 159cm height.
tapi tataw la kalau lepas kahwin tu aku dah makin menggemuk dengan 74kg with 150cm. (jgn tanya aku kenapa tinggi makin kurang)
silapsilap, boleh keliru suami aku sama ada aku ni bini dia ke ahli gusti.
demn =,=

aku harap bakal suami aku tu sanggup jaga aku bila aku sakit
aku memang selalu sakit, demam,  sakit perut, sakit tulang, sakit bahu, sakit kaki, sakit tangan, tambahtambah kalau ada tempat bermanja, segala bagai sakit nak datang.
mungkin aku perlu cari bakal suami doktor. ehem.

aku harap bila aku sedih, 
tangan dia sentiasa sudi lap air mata aku dari terus mengalir.
katakatanya menenangkan hati.
bahu dia sentiasa ada untuk aku nangis gila kaw kaw, 
kalau in case aku geram kat sapesape, dia pinjamkan bahu dia untuk aku tumbuktumbuk lepaskan geram.
i janji i tumbuk manjamanja je taw. auwww.. (✿◠‿◠)

aku harap dia imam kan tiap solat aku, mungkin aku dan dia samasama bekerja, tapi sekurangnya, mungkin maghrib dan isya aku boleh merasa menjadi makmum dia. pastu samasama ajar anak kami mengaji. (*^ -^*)

aku harap, tiap pagi, bila bangun dari tidur, dia bagi aku senyuman yang mana mencairkan hati aku. walau mungkin dia terlambat pergi kerja, aku nak dia sudi luangkan masa untuk aku salam dengan dia. mungkin kalau dapat pakej kiss di dahi lagi baek. *blushing 

aku harap, kalau kami ada masalah, dia bersabar.
kalau aku merajuk, dia pujuk.
kalau aku menangis, dia tenangkan.
kalau aku bersalah, dia menasihati.
dan kalau aku punya masalah, dia seolaholah mampu mengerti. (~o❤‿❤)

paling penting, aku harap dia jadi suami yang baik pada aku.
ayah yang baik pada anakanak aku.
anak yang baik kepada ibu ayah sendiri.
menantu yang baik pada mama dan abah aku.
abang yang baik pada adikadik aku.
adik yang baik pada kakak dan abang aku.
pastinya, menjadi bestfriend aku sepanjang waktu. (◕‿-)

kalau boleh, biarlah perkahwinan tu sampai aku tua dan ke akhir hayat.
susah senang bersama.
EruzuLiyana muda dan EruzuLiyana tua.
just hope dia terima aku waktu muda sampai lah aku berkedut dia tetap pandang aku cantik di hati dia.
tak cari perempuan lain dan tak terpandang pun gadis lain. 
masih jalan berpimpinan tangan walau mungkin masa tu giginya tinggal dua.

aku dan dia versi tua?
kalau boleh, aku nak future anak aku muka macam bakal suami aku dan aku akan nama kan anak tu sempena dia.

nota kaki : banyak pulak yang aku harapkan? itu cuma anganangan aku, efek tengok tb, but still hoping dat my imam akan buat semua tu untuk aku. (:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar