Senin, 21 November 2011

11 perkara menarik perhatian aku sepanjang final Sukan SEA : Mas-Indon

Assalamualaikum.

perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia ni adalah perlawanan yang paling mendebarkan hati aku.
lebih berdebar dari masa akad nikah dulu (?).
tibatiba jek pelbagai penyakit nak datang, semuanya dalam masa 110minit permainan dengan masa penalti.
jantung, darah tinggi, fallinlove dan macammacam la.
badan aku pun dah lunyai neh, asyik melompat, menjerit, memukul kerusi dan taklupa jugak memukul adik aku saat Indonesia score goal.muahaaa..

sekarang neh buat Indonesian yang dok kutuk malaysia macammacam dalam beberapa hari neh, apa khabar?

ada apaapa yang hangpa nak cakap lagi?

tapi nasihat aku, takyah nak cakap banyak lah weh.
kau orang taw konsep redha dengan ketentuan takdir kan?
adat beb, adat.
naama pun pertandingan, mesti ada kalah menang, kalau semua nak menang, kesian la kat kalah.
neh pertandingan jek pon, tak payah nak emosi bagai.
tapayah nak buat rusuhan, bagi je player malaysia balik dengan aman.
dah kalah tu, buat la cara kalah, jangan nak hack webweb malaysia pulak.

Malaysian pulak, jangan kutukkutuk Indonesian okay?
kita kan budak baik, jom  kita raikan kemenangan kita.
buat sujud syukur, yang nazar puasa tu, bayarlah nazar tuh.

sambil angpa semua dok bergembira pum pam pum pam tu,aku nak kongsi beberapa perkara menarik yang aku perasan sepanjang 110minit masa permainan ditambah masa penalti.

1) pemain Indonesia berjersi 25 akan sentiasa menyentuh jaring gol setiap kali sepakan percuma ataupun tendangan sudut dari team Indonesia, ada unsur bomoh di situ barangkali.

2) Muslim kelihatan sangat comel ketika bertepuk tangan selepas jaringan penalti oleh Fandi. tergoda mak jahhhhh~

3) apabila Fakri gagal menyempurnakan tendangan penalti, berbakulbakul sumpahan dari rakyat Malaysia yang diterimanya. kesian my fakri, mai kat baby mai..

4) pemain Indon berjersi 28 bernama Abd. Rahman sungguh kacak dan beragama islam, ketika dia menyempurnakan tendangan penalti, beliau telah melakukan sujud syukur. alhamdulilah, tenang makk jahhh nengoknya.

5) ada tiga orang makluk dari Indonesia sedang makan nasik di bahagian tempat duduk penonton ketika lagu Negaraku dinyanyikan. isk, rasa nak je aku p tampaqtampaq.

6) Asrarudin dan Badrol keduaduanya memakai kasut bewarna oren. saja nak tarik perhatian i la tewww.

7) pemain bernombor 17 dari Indonesia ada melakukan aksi 18sx di atas padang ketika saatsaat akhir. maaf, aku taboleh cerita. haha

8) Khairul Fahmi sangat gembira menerima maskot bewarna hijau selepas menerima pingat emas, nak bagi kat Dahlia la tewwwww, jeles mak jaaahhh.

9) antara tv1, astro arena dan tv3, pengulas yang buat aku gelak dari tingkat tiga sampai aras tanah adalah pengulas tv3. beliau sangat bersemangat bro. (:

10) Thamil sangat berani di atas padang, dalam masa seminit, beliau telah menolak sorang pemain Indon dan menghalang kaki salah seorang pemain Indaon yang lain, sebab tu la jurulatih cepatcepat keluarkan dia, bimbang ada kejadian berdarah pulak lepas tuh.

11) dalam perjalan balik, 3 orang pemain malaysia kena doping dan salah seorang adalah buah hati aku, asrarudin, ceit, ada ke patut.

konklusinya, kita dah buktikan kita mampu lakukan.
harimau muda mampu mengaum walaupun garuda berteriak kencang.
tahniah skuad Harimau Muda. 
Tahniah Coach, Ong Kim Swee.
AWESOME! 
Khairul Fahmi hebat!
Baddrol Bakhtiar sebagai Kapten juga hebat! 
Semuanya hebat! 

buat temanteman dari Indonesia, kalian juga hebat.
penalti mana2 sahaja pasukan akan menang.
kini, terus hubungkan silaturrahim antara kita kerana Allah..:)
tahniah malaysia, tahniah penyokong malaysia.
tahniah jugak untuk diri aku.
errr~

nota kaki : ada lagi perkara menarik yang aku terlepas pandang?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar