Senin, 05 Desember 2011

you should stop liking someone if it only hurting yourself!

Assalamualaikum.

aku sekarang memang jenis yang tapeduli pon dekat c902 pemberian abah aku yang dah usang tuh, kadangkadang, orang hantar mesej pagi, malam dekatdekat nak tidor baru aku baca, bukan aku takhargai, tapi tu pesan tok guru aku dalam usaha renovate hati aku nih.

tapi pagi tadi, aku tengah syok membuta takhengat dunia, tibatiba c902 aku keluarkan bunyi menandakan ada MMS masuk.

aku dah agak dah, mesti MMS dari Shukri (bukan nama sebenar) sebab semalam sebok dia dok bagitau aku yang dia dah makin hensem sekarang ni, ni tak lain la ni, mesti hantar gambar dia bagi membuktikan kehenseman dia kat aku nih.

dan oleh kerana aku ni jenis yang mementingkan tido dari segalanya, aku tabukak pon MMS tuh dan sambung tido lepas tuh. err, aku mimpi menakutkan kau taw. =,=

bangun tido, cari port depan tv, lepas aku bergolek depan tv sampai habes satu telemovie lawak bodoh aku tengok, baru aku teringat akan MMS yang aku terima. so, dengan langkah yang penuh sopan, aku masuk bilik dan cari c902 aku, ohh, bawah katil rupanya.

ada dua mesej, satu dari CelcomOffer @#$%, satu lagi MMS si Shukri (bukan nama sebenar) tuh.

tanpa pikir masa depan, aku delete mesej dari Celcom tuh, dan bukak MMS pemberian Shukri (bukan nama sebenar).

loading..

loading..

loading..

apasal la lembap sangat, kalau ye pon hensem sangat sekarang si Shukri(bukan nama sebenar) tuh, takkan la sampai masuk virus c902 aku nih. punya la lembap sampai aku rasa kalau aku makan nasik, dah siap dah proses pencernaan dalam perut aku nih.

lebih kurang seratusduapuluh saat aku tunggu, keluar la satu gambar yang membuat aku rasa terharu macam lepas menang award dekat AIM pastu award tuh kena tarik balik opss!

bukan gambar Shukri (bukan nama sebenar), tapi gambar nih!
go! go! yana!
stop like him k.
senyum! :)


kalau kau jadi aku, kau terharu tak?

tibatiba laju je ayaq mata aku ni keluar, aku bukan main lagi fikir yang si Shukri (bukan nama sebenar) tuh saja nak riak ngan aku pasal muka dia dah hensem sekarang ni, ruparupanya dia hantar nasihat yang betolbetol bermakna buat aku. ):

dan MMS nya aku balas dengan gambar di bawah.

terima kasih!
aku sayang kau sangatsangat!
doakan aku okay! (:
nota kaki : Shukri (bukan nama sebenar), walaupun aku selalu kutuk kau, tapi kau adalah antara kawan aku yang selalu ada bila aku berduka, terima kasih.

hey, check this out, aku suka quotes dekat gambar tu! (:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar