Kamis, 22 Desember 2011

kau ada masalah dengan orang single ke?

Assalamualaikum..

sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan (ececec,ayat takleh blah), aku rasa jelek nak jawab pertanyaan manusiamanusia yang suka betul tanya aku :
"Kau dah dapat pengganti ke belum?"
padahalkan kelmarin dia dah tanya dah, dua jam sebelum tuh pon dah tanya, apa kau ingat nak cari cinta nih macam cari ikan kat pasar ke? mestilah slow and steady. lagipon, pepatah ada cakap, tak lari gunung dikejar walaupun dalam kes aku nih gunung yang nak dikejar tak ada.=,=


so, setakat nih, aku masih lagi single mingle jingle bear jingle bear la li tamplom la. kauorang tapayah la nak datang ketuketuk pintu rumah aku ataupun telepon aku sampai tercabut keypad aku nak tekan reject sematamata nak tanya sama ada aku dah jumpa pengganti ke belum. ada paham adikadik manis sekalian?

lagipon aku taw, kebanyakan yang tanya aku tuh, bukan sebab kau caring, tapi hanya nak men'hanjeng' aku kan. aku taw, ayat sebenar yang kau nak bagi aku bukan persoalan tuh, tapi :
"Kau single sebab kau tak laku.....!"
hoi, ni mentaliti lapuk la wei. sekarang ni orang single adalah orang yang mempunyai kuasa untuk memilih yang terbaik. aku perlu masa untuk cari yang lebih baik agar aku tak terluka untuk kali kedua, kau tolong buang jauhjauh ayat kat atas tuh okay! *ayat sedapkan hati sendiri*

lagipon, lepas kena dumped for someone yang nyata lebih hot, aku makin tabah nak lalui likuliku kehidupan nih. hei, it's okay with me! tak kuasa aku nak nangis gulingguling sambil koyakkoyak gambar muka alien kau, hidup kena diteruskan. bukan susah sangat pun nak simpan dalam otak aku nih bahawa :
"kalau dah tak ada jodoh,aku guna bomoh hebat pon, tapi kalau Allah dah kata dia bukan jodoh aku, takkan bersatu jugakkan!" 
daripada aku dok berlawan pedang dengan takdir tuhan sematamata nak kau jadi milik aku, lebih baik kalau aku terima je semua ketentuan. kita hanya merancang, tapi Allah sebaikbaik perancang. :)

you know, sekarang ni aku mencari relationship yang ada masa depan. i means relationship yang ke arah perkahwinan, maklumlah, lagi beberapa hari je lagi umur aku pon dah masuk puluhan, tade belasan lagi dah, jadi, kalau setakat nak couple putus couple putus serious aku dah rasa macam nak muntah pelangi.

nota kaki: esok sepupu aku yang selalu main masakmasak dengan aku masa kecik dulu dah nak bertunang, petang tadi aku teman dia pergi beli barang hantaran, jeles kak jaahhhh. aku pon ingat nak kawin awal, moga cepat la kan jodoh aku sampai, dapat elak maksiat, amin. :)

eh eh, aku mencari bakal suami, bakal imam, bukan mencari pakwe/boifren untuk sukasuka, sebab aku dah tua untuk semua tuh! :)


[updated] 
alhamdulillah, semua berjalan lancar dan
sepupu aku dah pun begelar tunangan
pada tunang dia :)
walaupun aku jeles, aku tetap doakan
mereka bahagia sampai bilabila.. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar