Selasa, 06 September 2011

sesungguhnya derma darah itu jauh lebih baik dari derma dara ye adikadik :)

Kerana aku dalam mode tension-tension kambing semenjak raya lepas,
jadi hari ni aku nekad nak derma darah sambil mencabar kewibawaan diri aku yang takut kena inject..
apa??
kenapa buat muka macam pakwe ko kena rampas??
ko ingat aku bergurau ke??
Ini serius okay!
(nampak tak muka serius aku sekarang?)
Sila kerutkan dahi sampai dua-dua kening korang bercantum bagi menunjukkan bahawa korang sudah percaya..
bagus..
dah lama tamerasa terima sijil..
dulu zaman sekolah nak kena masuk pertandingan duatigapoloh pusingan baru dapat sijil..

Ini sijil kawan aku yang join derma darah si hafiz! :)



sebenaqnya ak sorg je nak derma darah..
tapi memandangkan aku memang takbese hidup single ( watde..)
so,, 
aku paksa la kawan baik aku si hafiz 2..
at first dia macam tanak..
tapi oleh kerana kasih sayang hafiz pada aku tinggi menggunung dan dia jugak tanak aku terjun bangunan sebab merajuk,, dia ikut aku..
yang nurse dok bersusah payar masukkan wayar 2 aku eh..
yg tudung pink kat blkg terbaring walau masih belum setitik darah didermakan adalah kawan aku si hafiz 2..
yang pasti..
kawan aku si farhan (farhanaisya) 2 bagi alasan macammacam takut aku paksa dy sekali..
tapi xpe..
alasan ko aku terima yang ko pon tengah menderma darah sekarang kan..
7hari berturut2 pulak 2 ko menderma..ke ke ke
ok..
rasanya dah boleh abaikan kot pasai si farhan 2..


sebenaqnya,,
selain dari aku nak menderma darah dan mengusya doctor ensem..
aku jugak nak taw darah aku jenis ape..
kot kot la aku ni anak angkat ke walau muka aku ngan akak aku mcm potostat je..
dan keputusannya,, aku darah B!!
b untuk....
baik..
bertuah..
bijak..
bengong..
lempang nak??
huh!


orang kata la..
aku tataw la orang mana..
kalau derma darah ni boleh menggemukkan..
ceit!!!
apa punya mitos la..
bukan derma darah lagi sihat ke??
lagipun, asyik nak kurus je kerja korang ni kan.
Tahu tak?
mengikut kajian dari benua antartukamelendosadosete,
bila anda terlalu kurus,
angin sepoisepoi bahasa apa pon aku tataw akan meniup-niup anda,
dan anda akan terbang tanpa sedar,
dan anda akan terjatuh tertonggeng apabila angin 2 berhenti meniup,
dan kemudian, anda akan mendapat sakit belakang yg maha dahsyat.
So, jgnlah terlalu obses nak kurus okey!
tengok aku..
chill je walau baju kurung aku banyak yang tamuat dah..
dan kakak aku selalu je kutuk aku ni dah gemuk atau dalam bahasa comelnya debab..
*tacing*


dan satu lagi kebenaran yang perlu aku bongkarkan kat sini..
derma darah ni tade la sangat sakit pon okay!
manusia jakun mana yang dok bisikbisik kat telinga aku cakap macammacam pasai derma darah..
jarum besaq gajah..
nurse muka garang cucuk dengan rakusnya..
nanti dah derma darah pengsan 3 4 kali..
nanti muka pucat macam mayat takkebumi lapanbelastahun..
ok..
sila ketuk kepala lutut sendiri kalau korg percaya ngan bisikan 2..
ni la kenapa bank darah kat hospital tak kayakaya macam bank simpanan nasional..
lagipun..
tapayah la kedekut sangat nak derma darah..
dah la nak derma duit korang taik hidung masin..
derma senyuman muka macam platipus je tiap masa..
baik ang derma darah..
jangan risau darah angpa abes la tuan puan adik kakak abg encem sekalian..
nanti Allah ganti balik la..
korang akan ada sistem dalaman yang akan proses balik darahdarah 2..
(sila percaya cakap aku sebab aku adalah budak asasi sains yang out sebelum sempat belajaq)
kan ada proses hematopiesis yang bina sel darah 2..
tataw apa makna hematopiesis??
jangan risau..
bukan bermakna anda bodoh..
cuma kurang pandai..
jangan rasa rendah diri or nak bunuh diri okay? =,=
Aku saje je guna term-term macam canggih,
nampak la sikit macam aku cerdik.
Ahahaha..!~ Kejinya taktik ~
walhal aku sendiri pon dapat B je subjek sains masa darjah 5..


ye..ini bukan air sirap..
ini darah..
yang takut darah,,sila pengsan sekarang..
sambung balik citer..
oleh kerana nak jaga nama baik aku selaku artis popular..
aku kena la tunjuk muka cool sepanjang proses derma darah 2..
dalam hati aku cuak usah ceghita la..
tapi..
tetiba je masa doc 2 nak test darah aku..
bila jarum mencium lembut jari aku ni..
terkeluar jeritan menggoda dari bibir mulus aku ni:
"allahuakbar!"
apa??
korg ckp aku bikin malu golongan artis..
hello..
nasib baik aku tak laung merdeka 7kali..
aku puji kebesaran allah okay!
Dahh..
Tak payah buat muka macam pakwe ko kena kebas...
Apa?
Ingat orang ganas tak ingat Allah ke?

Tolong skit...
simbah asid kanggggg..
Ni bukan dalam hati ada taman dah ok..
Ni dah siap ada hutan hujan tropika dah ni haa..
korang nak cakap tade kaitan antara aku melatah Allahuakbar dengan dalam hati ada taman??
banyak cakap la korg ni..
nak derhaka ngan aku..
lempang kang haaaaa!


masa amek darah 2..
si farhan sebok dok amek gambo aku dan hafiz,,
tapi xboleh la plak nak upload sebab macam tangan aku dah terselak sampai siku..
Yang penting sekarang, gambo seksi taley tunjuk kat orang..
aurat kena jaga..
Yaa.. nasihat harus diselitkan walaupun sedikit.
Apa??
Baiknya aku??
Ehh.. Janganlah cakap macamtuu...
Err.. Mana tudung saji ni.
Nak cover muka.
Malu.


teruskan..


pas darah aku mengalir dengan lajunya mengisi beg tu..
nurse tu pon bagi aku hadiah..
gila la wey..
aku derma ikhlas..
tapi dapat hadiah pulak..
ni yang rasa nak derma lagi nih..he he he
ye..
adiah makanan yang disediakan..
makanan??
ye,,aku suke..
bakal imam saya..
sila bagi hantaran kawin saya makanan banyakbanyak taw..
nak lari topik jap..
Harini incikdomosaya dah start mendaftar balik sebagai pelajar UITM. (so what?) 
dan dia sekarang sudah berada di shah alam belajar bersama dengan akak aku (kakak ipar beliau mungkin?)
dan aku rasa macam aku nak terbang je pergi rumah akak aku kat sana..
dan aku taw dia pasti akan sibuk dah pasni..
dan aku jugak taw banyak benda yang akan berubah pasni..
dan aku jugak tau informasi-informasi berikut takperlu pon aku bagitaw korg semua..
sebab informasi ni takkan keluar dalam soalan exam korang..
dan paling penting..
korang bukan peduli pun pasal aku,kan?
Aku cukup makan ke tak, ade korang kesah ke?
Hah?
Ade?
* kerut dahi..(emo,kan? Nak tampar aku tak?)


ok,,kecelaruan identiti aku kembali lagi..
nak kena gi bilik hafiz ni..
ajak p toilet teman aku gosok gigi dan basuh muka aku..
sebagai artis popular,
aku kena jaga penampilan okay!
dah jangan nak buat muka lepas kena cerai ngan suami!
selamat malam semua..


pesanan ikhlas masyarakat : ramairamai la menderma darah.. sumpah! tak sakit dan banyak keistimewaanya! :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar