(sila baca entry ni dengan penuh perasaan dan jangan beranberani nak sengih, apatah lagi ketawa..)
p/s : entry ni sangat panjang di dunia..harap bersabar ye..
aku punya kawan baik atau dalam bahasa inggerisnya orang panggil bestfriend..
kat sini, aku nak gelarkan bestie aku 2 pooh ( sebab tuala dia ada gambo pooh )..
kami banyak persamaan..
terlalu banyak kebetulan yang berlaku pada diri aku turut berlaku pada dia..
hebat kang??
yeah, itulah orang kata
paling penting..
sinetron kisah cinta pooh ni lebih kurang je dengan telenovela cinta aku..
kalau telenovela aku ada merpati putih, sinetron pooh ni plak ada merpati
dan incikdomosaya yang merupakan pujaan hati aku sekarang jugak punya nama sama seperti incikpeguin (pakwe si pooh)..
hebat bukan??
ape??
tacukup hebat??
aku picit jerawat kat pipi 2 kang!!
sambung..
semalam, masa aku tgh bergayut (mcm monyet plak bunyinye) dengan incikdomosaya, tetiba pooh ni dtg bilik aku..
macam biasa la, bilik aku ni memang kaunter pertanyaan atau kadangkadang boleh transformasi menjadi kaunter aduan..
so, aku mintak la pooh tnggu sat..
tapi..
bila aku tengok muka dia..
bengkak dan mata dy merah macam jerangkung..
otak aku ditujah pertanyaan..
ini kawan aku or jelmaan pontianak ni??
selepas aku baca al-fatihah kuatkuat dan dia masih berdiri teguh di muka pintu bilik aku,
yakinlah aku dia adalah kawan baik aku yang betulbetul manusia..
ye..manusia yang bernama pooh (bukan nama sebenar)..
tapi..
kenapa muka dia bengkak dan mata dia merah??
ohh..pastinya dia baru lepas nangis..
belum sempat aku nak bertanya lanjut, pooh dah chow entah ke mana..
memandangkan aku punya otak segenius detective conan..
aku mengagak pasti pooh gadoh ngan incikpeguin ni..
aku pon terus btanya incikpeguin,
dia cakap yang merpati hitam kacau pooh..
entah apa yang merpati hitam dok buat kat pooh pon incikpeguin tataw..
aku dah mula panas menggelegak..
maklumlah..
aku pon pernah berdepan dengan situasi gini..
kan dah kata kisah cinta aku dan pooh ni banyak persamaan..
so, aku teramatamat la faham perasaan pooh..
aku cari pooh, tapi dia dah hilangkan diri..
aku mesej tapi taberbalas..
sumpah, aku risau akan keadaannya..
tetiba je aku jadi emo tatentu pasal..
sampai kan tadi aku berselisih dengan merpati hitam pon aku buat muka toya sambil mata dijulingkan sampai 360darjah..
menyampah giler ase aku nampak muka dia..
masa kat kafe nak beli ayaq plak, aku jmpa ngan incikpeguin..
ada la jugak keinginan aku nak buat muka toya untuk kali kedua..
tapi oleh kerana (wacana) incikpeguin datang tego aku secara baik, aku pon memaniskan muka aku dengan
pooh..
Aku bukan kaunselor bertauliah.
Aku bukan alim ulama'.
Aku ada pengalaman yang mungkin sama dengan kau.
Kau sendiri pernah tengok macamana aku bertarung nak hidup.
masa merpati putih menghuruharakan hidop aku..
masa merpati putih dok bercerita macammacam sampai tahap aku nekad nak lupakan incikdomosaya..
kau datang bagi aku kekuatan, kau datang bagi aku semangat..
konon kau suruh aku pertahankan cinta aku..
tapi kau??
berkat sokongan kau dan the power of 8+1 yang lain..
Kau sendiri boleh nampak aku hidup lagi sekarang,..
bersenang-lenang siap boley tulis blog lagi.
Kau pun boleh weh..
Jangan kata kau putus asa kalau kau taknak aku lempang kau.
jangan kata kau nak mengalah kalau kau tanak aku simbah asid dalam lubang hidong kau..
pooh..
Kau selalu kata aku kuat, aku kuat.
Tapi sekarang kau dah nak jadi bodoh macam aku pernah jadi bodoh dulu.
kau nak menambahkan lagi bilangan orang bodoh dalam dunia ni??
pehlis la..
Aku tak suka ramai orang bodoh dalam dunia ni..
Aku nak kau sedar cepat.
Family kau sayang kau.
Kawan-kawan kau sayang kau.
Allah sayang kau.., sebab tu Dia uji kau.
Dan yang paling penting, aku pun sayang kau.
jangan mengalah..
teruskan pertahankan apa yang sudah milik kau..
selagi kau yakin incikpeguin sayangkan kau..
pertahankannya..
pedulikan merpati hitam sebagaimana aku tidak pedulikan merpati putih..
abaikan..abaikan..
Dulu kau kata kat aku, sabar, sabar, sabar...
dan sekarang aku pun nak cakap kat kau sabar sabar sabar..
Aku tau aku tak boleh sekadar cakap 'sabar, sabar, sabar',
tapi memang tu je aku dapat cakap buat masa skang.
Kau maki aku bila aku mula nak putus harap.
Sekarang aku nak maki kau puas-puas.
Padan muka kau..
jangan nak nangis sampai mata bengkak..
hodoh taw tak muka kau nangis..
hodoh..
aku ulang..
hodoh..
kau nak aku ulang lagi??
eh, takuasa aku!
tolong la senyum wahai pooh..
senyum untuk aku..
sebab aku yakin..
incikpeguin sayang kau..
percayalah pada aku..
aku pernah lalui semua ni..
Aku sekarang ni memang cakap macam bagus sebab aku taknak kau sedeh-sedeh.
Padahal aku mungkin sama hampeh je macam kau sekarang (pandai tak aku berlakon demi kau?kau terharu tak?).
Aku pun akan perlukan kau kalau esok-esok aku jatuh lagi.
Aku perlukan kau untuk ingatkan aku pada Allah,
aku tanak kau lemah..
Kalau kau lemah, siapa yang nak kuat?
hari tu aku penah ajak kau join kelab single dengan aku kan..
aku ajakajak ayam je 2..
aku taw kau sayang incikpenguin..
aku taw kau tamampu hidup single..
so, kuat okay!
Tolong jangan bazirkan airmata aku untuk kau boleh tak?
Janji dengan aku, kau kuat ...:)
now, i'm being more of a listener rather than story-teller. I guess i need not say even more. But i wish you'll spend 3 minutes to read and understand this entry.
Tidaklah di beratkan seseorang melainkan kemampuannya "
Surah Al-Baqarah : surah 2 : ayat 233

incikpeguin,
aku bukan nak tunjuk pandai jauh sekali nak masuk campur dalam kisah ni..
sebab aku jugak sentiasa dibelengu pelbagai masalah..
bila aku terima kau bersama dengan pooh..
itu bermakna aku percaya yang kau akan jaga dia..
aku percaya kau takkan sakitkan hati aku..
tolong jangan rosakkan keprcayaan aku..
aku harap kau handle la masalah ni betulbetul..
aku sayang pooh..
dan aku taw kau pun sayang dia..
kita samasama tanak tengok dia menderita..
sebagai kawan, aku mintak pada kau..
fahami perasaan dia..
selami perasaan dia..
aku percaya pada kemampuan kau..
dan kepada merpati hitam..
hentikan menyedekahkan gangguan pada pooh..
jangan kau lupa, incikpeguin sudah punya kekasih hati..
dan tidak perlu kau nak terusmenerus post status yang mnyiat hati pooh..
aku pernah jumpa perempuan macam kau..
aku ingat dia orang terakhir yang akan aku kenal..
ternyata engkau merpati putih versi kedua dalam hidup aku..
hentikan semua ini..
jangan sampai nanti kau dah kawin, ada pompuan lain datang ganggu kau cakap sayang kat suami kau dan mintak kau bercerai ngan suami kau..
what u give, u get back..
what goes around comes around..
bertindak matanglah sesuaai dengan usia kau sekarang..
maaf andai aku kasar di sini..
cuma pastinya aku tidak mau ada merpati putih seterusnya dalam kamus hidup aku..
nota kaki : sila hentikan telenovela sinetron drama cinta tv3 macam ni,,rimas ko taw x..errrr~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar