Rabu, 17 Agustus 2011

fahami apa yang anda baca dalam solat anda..:)


mood : serius..
kadangkadang kita terleka dengan keindahan dunia..
membutakan mata hati kita..
lupa bahawa diri sebenarnya muslim muslimat..
solat diabaikan..
puasa ditolak tepi..
quran bukanlah rujukan..
islam hanya pada ic..
jika tidak..
kehidupan seolaholah manusia zaman jahiliah..

ya Allah..
anugerahkan kami kecintaan kepadaMu..
kukuhkan iman kami..
jauhkan kami dari melakukan dosa besar mahupun dosa kecil..
amin..

mengapa orang kata solat itu tiang agama?
tiada tiang tidak dapat berdirikah sesebuah rumah itu?
haishhhhhh..
bukan tu la maksud solat tiang agama eruzu!!!

maksud solat tiang agama tu :

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)

suda faham??
kalau sudah,,BAGUS!!
pandai anak kak senah..
yang masih tafahamfaham 2..
aku malas nak ulas..
kang free je aku dapat dosa kutuk koran..he he he

ok..apa yang aku nak cerita dekat entry kali ni adalah berunsur ilmiah dan islamik sikit..
macam biasa..
sape yang rasa xsuke..
boleh la berambus blah dari sini tanpa meninggalkan sebarang kesan yang tidak diingini..
(senyumm sambil tunjuk tangan ke arah pintu alaala pekerja hotel)

ok..
nampaknya ada yang masih setia nak meneruskan pembacaan..
tahniah..
semoga anda dan aku samasama mendapat manfaat daripada entry kali ni..
dah terlalu banyak entry aku yang tamenjana minda,maaf la ye :) 

ye..
ramai di antara kita yang melaksanakan rukun islam iaitu solat 5waktu sehari setiap hari..
tapi aku yakin dan percaya masih ramai lagi yang tidak faham akan maksud setiap bacaan di dalam solat kita kan?
aku sendiri pun masih belum menguasai sepenuhnya lagi.. (sedang berusaha)
nenek aku kata,,atas sebab itulah kita susah untuk mencapai tahap kekhusyukan di dalam solat yang kita dirikan..

Jom, kita samasama baca apa yang ada dibawah dan try sedaya mungkin utk fahami makna setiap bacaan dalam solat yang kita lakukan hari-hari…


Takbiratul Ihram

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bangun dari Rukuk & Iktidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.. Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Doa Qunut (Subuh Sahaja)
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Salam

Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah
Semoga kita dapat menyempurnakan solat kita. Ia bukan untuk orang lain. Kebaikannya kembali pada diri kita, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar