Jumat, 12 Agustus 2011

allah lagi sayangkan mereka..:)

dalam aku menikmati saatsat minitminit jamjam terakhir bergembira di rumah bersama puan mama..
setelah bertonggang langgang dapur kami kerjakan..
perut diisi penuh kekenyangan dan kesyukuran..
aku ke bilik untuk bersiapsiap solat subuh..
seperti biasa..
intai incik c902 aku kotkot ada mesej..


3messages received..
ok..
buka yang pertama..
senyum..
buka mesej kedua..
senyum lagi..
buka mesej ketiga..
innalillahiwainnailaihirajium..
abah aku xdak dah..sedekah alfatihah ye kawankawan..
mesej yang dikirimkan kawan aku merangkap kelasmate aku..
buat aku menitiskan air mata..
nampaknya..

dia diuji dengan ujian yang maha berat di bulan mulia ini..
tapi..
aku tau..
dia sangat tabah..
semestinya aku tidak mampu untuk menjadi setabah dia..
atau mungkin dia hanya berpurapura tabah..
untuk menutup kerisauan di hati..
sebagaimana aku lakukan bila diberi ujian??

Ya Allah..
kurniakan dia kekuatan, ketabahan dan kecekalan menghadapi kehilangan 'my hero' nya..
jangan biarkan dia berputus asa..
pinjamkan sedikit ketabahan sumayyah pada dia..
agar dia terus mampu tersenyum..
dan membuat kami semua tersenyum..
:)


kami bukanlah kawan yang rapat ngam or digelar kawan baik..
atau mungkin aku tidak pernah disedari kehadiranku dalm hidupnya..
namun..
bagi aku..
dia sahabat aku..
sekali aku bersahabat..
selamanya tetap bersahabat..
andai sahabat aku berduka..
aku turut berduka..
andai sahabatku menangis..
aku turut menangis..
andai sahabatku bersedih..
aku turut bersedih..
berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..
aku akui kebenaran pepatah itu,,
namun,,
sebagai seorang kawan..
aku akan sentiasa menyokong dia..
moga dia terus tabah memahami erti kehilangan..


saat ini..
air mata mula bergelinangan..
mula bertakung..
mula membasahi..
mula mebanjiri kolam takungan mata..
semoga sahabatku itu diberi ganjaran berlipat ganda atas kesabaran menempuhi ujian kematian ini..
dan semoga 'my hero' beliau ditempatkan dalam kalangan orangorang yang soleh..amin..


dan..
aku sekarang berada di rumah..
bersama puan mama dan askar beraskar aku yang lain kecuali akak aku..
namun,
kesempatan ini aku juga tidak sempat pun untuk bersua muka dengan my incik abah..
dia sekarang sedang bekerja bersusah payah untuk mendapatkan rezki untuk kami..
beliau sekarang berada di tengah hutan..
bersama anakanak buah beliau melaksanakan amanah yang diberikan..
untuk meberi kemewahan, kesenangan pada aku askarberaskar..
tidak pernah berkira soal duit, wang, syiling maupun money..
tidak pernah berkira keringat yang perlu diperah demi askaraskar beliau..
penat lelah tidak pernah diungkit..
allahuakbar!
sungguh besar pengorbanan incik abah..


aku tidak dapat bayangkan jika aku kehilangan my incik abah..
sebak di hati andai memikirkan ini..
sesungguhnya incik abah bukan seperti puan mama..
incik abah tidak menunjukkan secara direct betapa dia sayangkan askaraskar beliau..
namun jauh di sudut hati aku..
aku selalu nampak kasih sayang kecintaan beliau pada kami askarberaskar..
sebagai mana banyaknya kasih sayang kecintaan yang puan mama berikan..
sebanyak itu jua lah yang incik abah berikan..
atau mungkin lebiiihhh banyak lagi..


ya Allah..
aku sungguh bertuah dikurniakan incik abah..
merasai kasih sayang seorang abah..
kerana aku taw..
masih ramai mereka yang tidak pernah sempat melihat ayah sendiri..
atau mungkin telah kehilangan seorang abah semenjak kecik..
namun aku..
sampai sekarang masih punya kesempatan untuk bersamanya..
panjangkan umur ku,, umur beliau dan puan mama..
supaya aku sempat untuk membalas budi mereka yang semestinya tidak akan mampu aku bayar..


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati.
Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya.
Sekuat mana pun kita lari,
sejauh mana pun kita cuba hindari,
namun kematian akan tetap mengekori kita.
Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua..



untuk mu kawanku yang telah kehilangan orang tersayang..
banyakkan berdoa untuk mereka..
kuatkan hati..
dan semoga tika waktu aku jua diberi ujian kehilangan orang tersayang..
aku bisa meminjam ketabahan sumayyah..
dan juga ketabahan kalian semua..
takziah pada mereka kawanku yang berada di langkawi..
:)


nota hati : semoga bila sampai saatnya ajal menjemput diriku, aku sudah bersedia dengan bekalan di alam akhirat dan sempat meminta maaf pada semua orang sama ada kesalahan secara lansung ataupun tidak..halalkan apa jua yang aku terambil terguna barangbarang atau mungkin makan makanan korang..jangan lupa sedekahkan alfatihah untuk aku juga andai saat itu menjelma..


sesungguhnya kematian itu satu kepastian..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar