Marhaban Yaa Syahru Ramadhan
Marhaban Yaa Syahru Shiyaam
Marhaban Yaa Syahrul Qiyaam
Marhaban Yaa Syahrul Quran
Marhaban Yaa Syahru Shadaqah
Marhaban Yaa Syahrul Ibadah
Marhaban Yaa Syahrul Maghfirah~
Tiba sudah Ramadhan,
bulan yang penuh keberkahan,
pengampunan..
dan kemenangan...
Bulan retreat,
segala perlakuan biasa
akan kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban,
melangkah masuk ke hari pertama ramadan..
dengan azam merebut ganjaran pahala.. :)
11 bln banyak kata sudah di ucapkan..
dan dilontarkan..
tak semua menyejukan..
11 bln banyak prilaku yang sudah dibuat..
dan diciptakan..
tak semua menyenangkan..
11 bln banyak keluhan,
kebencian,
kebohongan..
menjadi bagian dari diri..
Mari kita memaafkan, mohon maaf lahir dan batin~
kalau di bulanbulan lain,
perut begitu sibuk memproses makanan..
saban hari..
sepanjang tahun..
perut yang kita rajakan selama ini
mengempis,
membakar lemak-lemak..
yang telah kita kumpulkan setahun lamanya..
kehadiran Ramadhan sekurangkurangnya memberi peluang..
untuk mendapat kerehatan..
yang amat menyihatkan..
dan menyegarkan kepada perut
dan juga pada keseluruhan tubuh badan..
kalau di bulanbulan lain
kita hafal jadual sarapan,
makan tengahari
makan malam,
makan tgh malam..
tapi di bulan penuh kesucian ni..
kini kita berlapar..
menahan dahaga..
haus..
lintasan fikiran kita terlayang saat di Padang Mahsyar kelak..
Ya Allah..
di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.
dengan segala kehausan dan kelaparan,
lama dan berat menanggung penantian..
panas membahang membakar diri..
rasanya seperti tidak tertanggung.
secepatnya timbul keinsafan untuk kita..
untuk kita menjadi manusia baik..
supaya tidak akan kelak menderita di sana..
tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Ribena..
tanpa sesiapa menjenguk menghulur chokichoki..
tanpa sesiapa menjenguk menghulur aircond!
Dalam qiam Tarawih yang indah..
dan dalam sayup suara di mana-mana..
alunan Quran membawa kita membacanya..
dari lembar ke lembar..
satu muka surat ke muka surat seterusnya..
sehingga tamat...
sodakollahulazim.. :)
Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada,.
kisah dan teladan kita telusuri semula,.
hikmah dan maknanya,.
harapan dan suruhannya,
kita perkukuhkan azam bagi menghayatinya.
Larangannya..
kita tidak biarkan ia berlalu..
tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.
agar kita tergolong..
dalam mereka yang mencium haruman syurgawi..
:)
bulan ini..
Bulan ulangkaji Al-Quran.
Bulan untuk bermuhasabah diri.
Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa.
Bulan kesabaran.
mama saya kata :
Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati kita, katakanlah pada mereka,
"Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."Ia tidak mudah.
Tapi ingat kawankawan,
Ramadan ini boleh kita jadikan..
permulaan meninggalkan yang buruk-buruk..
di pagar harinya yang pertama.
sehingga ke hari yang terakhir..
sebelum melangkah ke bulan kemenangan..
istiqamahkan diri..
rebut peluang yang ada..
belum tentu ramadhan masih ada untuk kita..
di masa hadapan..
:)
sempena Ramdhan Al-Mubarak ini..
aku punya azam untuk dilaksanakan..
untuk berpuasa penuh itu mungkin aku tidak mampu (sila jgn bnyk tnya kenapa)
namun..
aku berharap..
semoga amal ibadatku di tahun ini..
lebih baik dari tahun sebelumnya..
insyallah..
aku akan bersahur (walaupun mungkin susah untuk aku bgn)
dan aku akan cuba..
bersolat terawih..
sekurang2nya melebihi 1/2 daripada bilangan hari berpuasa..
semoga ianya dipermudahkan Illahi..
amin ya rabbal alamin..
ramadhan menggamit keinsafan..
mengisi bekalan iman dan takwa..

Tidak ada komentar:
Posting Komentar