Selasa, 26 April 2011

unforgetable day!!!never!!!

Saat dan detik inilah lahirnya seorang insan yang amat ditunggu2 oleh ma, abah, maka kami asuh, didik agar jadi insan solehah dunia akhirat. Penuhilah cita2 ma abah ini krn tiada yg plg mulia selain dr maruah diri dijaga, patuh perintah Allah dan jd insane yg boleh ma abah kagumi. Semoga Allah panjangkan umur, murah rezki, jauh dari sgala bahaya dan berjaya mencapai cita2.

Bergetar dada tatkala aku membuka mesej dari insan yg amat aku sayangi. Bercucuran air mata tatkala membaca baitbait perkataan yang terpapar pada screen tepon pemberian abah aku suatu ketika dahuluu. wuwuwu

Malam tuh masa tengah on call dengan parents aku, satu perasaan bahagia menerjah pintu hatiku. bergayut dengan pakwe pon tak rasa gini baq hang.Yang best masa abah aku nak bagi wish.

“selamat hari jadi esok! selamat hari lahir anak abah yg ke berapa ek?”

Bukan ke besday aku hari ni ke? paling penting abah dah lupa berapa umor aku sob sob sob. takpela bah, walau apa pon, i will always love you and mama :)

Kalau nak kira, ni pestime aku sambut besday  tanpa mereka di sisi. tapi takpe, aku masih punya insan yg bergelar SAHABAT! syukur sangat padaMu ya Allah kerana dianugerahi sahabat yang terlalu baik, sahabat yg terlalu mulia dan sahabat yg terlalu ikhlas macam mereka.

dah memang lumrah la kan kena prank tuh kan. uhuk uhuk

Prank yang PERTAMA: Mandi Malam

Suhaila datang bilik aku mintak temankan pergi toilet konon takut kononnya sekarang ada isu hot pasal toilet tuh, masa tuh aku dah smell something fishy, tapi sebab kesian kawan tengah tahan tuuuttt, aku ikut je la kan. masuk je dalam toilet, terus depa kunci dari dalam then start la adegan jirus menjirus tuh selama beberapa minit. memang menarik la kan pukul 1 pagi aku mandi. *tangan kedada mata ke atas*

Prank yang KEDUA: Putus Hubungan

Geng aku nih mintak someone yang aku rapat berlakon nak tinggalkan aku la hape la. nak bertunang, tanak kawan sebab ape la, nasib je masa mesej dari tuut tuh masuk aku dok tengah gayut dengan zeti. kalau tak ada jugak yang nangis macam kena histeria. malu syial. tapi jujurnya, aku agak sedih la bila dia cakap macam tuh, tapi aku cool pasal zeti pujuk aku. terima kasih zeti :)

sampai sekarang masih tertanya-tanya bila depa semua ambik nombor tuut dalam fon aku....?

Prank yang KETIGA: Hubungan Diplomatik Classmate dan Lecturer

yang ni aku agak rasa jengkel tapi masih dalam mood happy. bebudak ni berpakat dengan lecturer mandikan aku dengan tepung. dah la kejadian berlaku di bangunan hujung yang mana sangat la jauh dari asrama. adalah macam jarak bumi dengan matahari. sehari tuh memang jadi public figure la aku. nasib baik aku punya tuut bukan budak ipda la khonnn. 

walauapapun, terima kasih pada semua yang ingat besday aku dan segala prank prank yang anda buat aku tak marah. cuma berdendam tuh ada la :D

dan untuk party malam tuh, susunan donut tertulis PWINCES make me speechless. terharu kau tahu terharu. semua hadiah yang aku dapat pon sangat la aku hargai. insyallah akan kekal jadi kenangan kita bersama :)

terima kasih pada semua yg wish besday aku sama ada secara msg, col, fb, tweet, skype, friendster, pada yg masih belum wish, masih ada masa lagi jangan risau cepat cepat hantarkan wish anda ke 32999. eh? pada yang tak wish tuh, aku fikir positif, bukan lupa jadi penyebab tapi kauorang telalu sibuk khon khon?

kepada kawankawan pesbuk,bebudak ipda, puncak alam, bebudak SMK.SYP 2, bebudak SKKK, family dan semua, terima kasih sebab bagi aku peluang merasa glemer dengan bunyi msg yg xhenti2, notification yg 1stime menimbun,rs mcm artis la plak.

*bunyi cengkerik*

terima kasih walaupun mungkin ucapan anda hanya dengan dua bijik huruf iaitu H dan B. yang ucapan macam karangan Bahasa Melayu SPM pon aku suka sangat. aku sgt menghargainya! arigato semua~~hehehe..doakan aku cemerlang dunia akhirat!!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar