Jumat, 01 April 2011

buat keputusan itu boleh membawa kamu ke jalan syurga dan juga neraka.

Assalamualaikum sahabatku yang luar biasa dan hebat sekali.

alhamdulilah, janji temu kita untuk bertemu terpenuh lagi, meskipun hanya melalui coretan di blog yang merupakan hasil luahan hati coretan minda seorang manusia yang bergelar hamba ALLAH yang selalu lalai dengan godaan dunia.

syukur la pada Allah sebab kauorang panjang umur, aku pon masih panjang umur untuk menaip entry ni, namun, satu kenyataan yang harus kau tau, percayalah sudah ada antara kita yang dah taberkesempatan untuk membaca entry aku pada kali ni. pasti sudah ada antara kita kita yang dah pergi dulu. terhentilah komunikasi antara mereka yang telah kembali ke rahmatullah dengan aku mahupun dengan sesiapa saja melainkan yang Maha Berkuasa.

dan kalau suatu hari nanti, aku pergi dulu dari korang semua, blog inilah yang akan menjadi penyambung bicara aku pada korang, terus, terus dan terus.

saat itu akan datang dengan sendirinya, so, sementara masih ada kesempatan buat kita, mari kita lakukan yang terbaek untuk kehidupan kita di dunia maupun akhirat.

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Al-Munafiqun : 11

Dalam hidup ni,kita takkan lari dari pelbagai masalah.
Masalah pelajaran~
Masalah persahabatan~
Masalah keluarga~
Masalah ! Masalah! Masalah!
setiap hari, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis masalah yang memaksa kita mengambil dan membuat keputusan!

setiap hari, berpuluhpuluh, malah beratusratus, mungkin beriburibu keputusan yang terpaksa diambil dan dibuat!

apa.....?
hiperbola.....?

ok, biar aku bagi contoh.

kau lewat untuk ke kelas, kat depan kau ada budak yang jalan slow mengalahkan model yang tengah catwalk. pada masa tuh, kau harus buat keputusan sama ada nak potong atau nak terus mengekor di belakang. atau mungkin nak potong dari sebelah kiri ke, sebelah kanan. 

see! berapa banyak pilihan yang korang ada dan hanya satu jawapan yang diperlukan. yang pasti, banyak benda nak kena fikir sebelum sesuatu keputusan tuh dibuat.

oleh sebab tuh la, aku rasa, perkara yang paling payah dalam hidup ni ialah nak buat keputusan dan pastinya lebih payah ialah melaksanakan keputusan yang dah diambil itu dan terkadang, tersangatlah payah nak terima hasil daripada keputusan yang kita ambil 2. kan?

perasan tak, perkara yg paling penting dalam hidop dan amat penting sebab ianya pasti datang dan datang ialah apabila kita terpaksa membuat keputusan. kita terpaksa buat keputusan dan meniti terus di atas keputusan itu, dan kita takkan pernah taw sama ada keputusan yang kita ambil tuh tepat atau macam mana!

ramai org yang punah, hancur, musnah, terbarai idopnya berpunca daripada kesalahan membuat keputusan, kesilapan membina keputusan, tersasul dalam mengambil keputusan!

jadi betulla, masalah dalam membuat keputusan adalah masalah yang sangat mencabar dan membuat masalah merupakan pakar untuk membuat org sakit jiwa, gila, dan berkemungkinan mengalami trauma sepanjang hayat! (hiperbola ckit)

so, kali ni, aku nak kongsi tips panduan membuat keputusan yang betul agar kau takkan menyesal kelak..(aku bc dalam satu buku motivasi)

1) Senaraikan semua poin sama ada kesan negative or positif yang akn kita hadapi bila amek sesuatu keputusan~

tp kan, ni pesanan aku yang plg ikhlas la ni aku nk bg kat kowg, tips ni hanya untuk masalah yg besar je!! jangan loyar buruk. takkan la nk buat keputusan sama ada nak lunch ke tak pun korang nak buat senarai negative-positifnya. tu tapayah la.kadangkadang jangan tunjuk sangat la kebodohan kita tuh..hehe

maksud aku kat sini adalah bila kauorang berhadapan dengan masalah yang besar yang mana keputusan yang kauorang ambil tu akan menyebabkan banyak pihak rugi kalau kau salah buat keputusan. contoh kalau kau tuh ketua kelas, JPP, ketua keluarga, boss, penghulu.

bila kau pikul tanggungjawab yang berat, mesti korang akan rasa betapa susahnya nak buat sesuatu keputusan! kadangkadang tu korang menonggeng, meniarap, menelentang, bergolek, berjalan, merangkap pon belum tentu korang jumpa jalan penyelesaian masalah tu. so, amek kertas, then tulis la pointpoint tu.

2) Tnya sama hati!

yang ni kena hatihati, sebab hati kita ni terbahagi pada dua, satu hati kecik, satu hati besar. yang besar ni taboleh percaya sangat sebab dia selalu bangga dengan saiznya yang besar tu. yang lebih jujur adalah hati kecik. sebab tu ada pepatah kecikkecik cili api. nampak tak hubungkaitnya? nampak? 

3) Istikharah!

Ini adalah langkah terakhir setelah kita berusaha, diulangi, selepas berusaha. sebab tu dalam islam kita disuruh berusaha dulu baru berdoa. kita disuruh usaha, doa, tawakal. bukan doa, tawakal, usaha! so, apabila telah berusaha semaksima mungkin, langkah terakhir, mohonlah petunjuk dari Yang maha Berkuasa.

baiklah sidang hadirin yang dirahmati Allah, aku harap tiga point tu boleh la bantu korang serba sedikit. bukan ape, aku just nk berkongsi sedikit ilmu Allah SWT yg aku baru perolehi ni, samasamala kita manfaatkannya.

apa.........?
aku baik??
takde la..
*blushing*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar