Assalamualaikum.
ohoi orang kampung nih aku nak cakap nih rumah sewa aku dah ada streamyx yea yea jom kita semua melompat tinggi tinggi sampai cucur atap sebagai meraikannya. sebenarnya dah lama dah pon masuk streamyx tapi almaklumlah student nerd macam aku nih mana ada masa nak bazir dengan blogging, facebooking segala bagai tuh. masa aku hanya dihabiskan untuk baca buku, buat peta minda, hafal sifir sampai sifir 3juta limabelas lapan ribu pon aku dah hafal mengalahkan hafalan shalat dellisa. eh?
lagi satu, hari khamis baru nih kan bebudak maktab aku semua dah naik taraf jadi orang kaya dah lepas terima elaun berjumlah RM3+++, haaa bulat mata aku tengok jumlah duit dalam bank aku berjumlah ribu riban sedangkan dua hari sebelum tuh last balance aku tengok puluh puluh je. apa? aku tak reti berjimat? eh hello, okay la tuh ada puluh puluh kan daripada ada sen sen je. kan..............?
baik kauorang iyakan je apa aku cakap kalau taknak kadar kematian kat malaysia nih meningkat.
baiklah, memandangkan aku nih memang pesen elergik sikit bila dalam akaun aku ada banyak duit so dengan rasa rendah diri dan dengan hormatnya aku mempersilakan sahabat handai aku berjimbajimba pada tanggal 13/07/2012 yakni semalam. well, seharian jugak la kami habiskan masa nak kurangkan sikit tahap kekayaan kami tuh. but wait, bukan itu yang aku nak sampaikan dalam entry ni, bukan bukan bukaaaaannnnnn. *geleng geleng kepala*
aku sebenarnya tengah mencari seseorang nih. alkisahnya bermula...........
semalam masa aku gi city plaza dekat alor setar tuh lebih kurang pukul lima dekat pukul enam la kot masa tuh, aku ada nampak sorang mamat ni. hensem xda la hensem mana tapi memang taste aku la rupa macam tuh. ohh well kawan aku selalu cakap taste aku memang pelikpelik. ==''
first aku jumpa dia kat kedai makan, aku tengok dia dok sorangsorang je then aku pon mula la sawan bagitau member aku yang aku dah jatuh cinta kat mamat tuh, well hey itu perkara biasa bagi aku and member aku as it was one of our cara kami bergurau dan melawak walaupun aku tahu tak lawak pon. wuwuwu sadis.
pastu kami teruskan agenda kami pusing pusing bangunan city plaza yang xberapa nak besar tuh dengan tak mempedulikan pon pasal kejatuhan cinta aku tuh but suddenly tetiba mamat tuh berselisih dengan kami dan aku perasan yang dia pakai baju Jerman. baju Jerman okay. pasukan kesukaan aku dulu kini dan selamanya. aku pandang dia and then cakap 'baju jerman i love you' pastu sambung gelak dengan bebudak ni disebabkan aksi 'lawak' aku itu. okay, aku tahu kauorang nak cakap tak lawak pon kan. ok foine foine.
after that kami naik tangga bergerak yang orang panggil escalator ( dak tau betoi ka dak ejaannya ) tuh, nak dijadikan cerita tetiba aku ternampak butik pengantin so normal la sawan aku datang balik bila dah nampak baju pengantin yang comeicomei tuh, aku cakap ngan member aku suh pergi cari mamat tadi sebab aku nak kami pilih baju perkahwinan kami. eh eh KAMI okay. penggunaan kata ganti diri KAMI yang membawa maksud aku dan dia. ehem. tetiba bila pandang belakang aku nampak yang dia berada betul betul belakang aku. BELAKANG.
jap, mak aku call.
kat mana kita tadi? ohh, dia kat belakang aku. panjang lagi cerita nih nak sampai endingnya. so, dengan segala hormatnya aku pendekkan la cerita iya pasal besok pagi aku punya kelas pagi buta orang buta pon tak sebuta paginya kelas aku tuh.
kami berjumpa dan terus berjumpa dan masa aku hampir selesai shopim, aku bagitaw member aku tentang kepelikan kenapa kerap sangat kami berselisih, tetiba kawan aku, Hafiz cakap, kalau ditakdirkan aku dan dia berjumpa lagi sekali, memang kami nih ada jodoh la. tutupnya mulut hafiz ungkapkan kata kata tuh, tetiba je mamat tuh turun dari escalator betol betol depan aku. sumpah wey aku tak tipu. masa tuh seme member aku terbelalak bijik mata nasib baik tak jatuh bergolek je. pastu kami terus blah dari situ dengan perasaan yang penuh kekejutan dan kami ambil keputusan untuk hilangkan kekejutan yang kami alami dengan menjamah McD. ada hubungkait ke?
so, di sini aku nak sangat sangat la kan kalau boleh tahu siapa mamat tuh. andai kata dia terbaca la kan entry aku nih, tolong add pesbuk aku dan set date untuk kita kawen. eh?
![]() |
| dah dapat green light dari one of my bestie nih hewhewhew |
# citer di atas adalah benar sebenarnya dan aku memang mencari siapa gerangan mamat berbaju jerman itu. so, kepada sesapa yang adik atau abangnya yang memakai baju jerman pada 13/07/2012 around 5pm dilihat berkeliaran di city plaza bolehlah pm aku. kalau betul mamat tuh kenalan hangpa, aku belanja cendoi puluit sedulang. *muka serius*
nota kaki : sangat mengharapkan pertemuan yang berikutnya dengan si dia :) amin.
p/s : love after marriage, i hope !

Tidak ada komentar:
Posting Komentar