Assalamualaikum.
dah lama gila aku tak menyinggah kat sini almaklumlah dekat rumah sewa yang baru seminggu aku duduk nih takda internet lagi. bukan setakat berbelog bertweet berpesbuk semua pon dah bersawang ape dah menampakkan bakteria hidup bahagia. tunggu bulan tujuh nanti la pasang streamyx ka wimax ka.
aku sebenarnya tak biasa hidup berjiran ni pasal kat kelantan rumah aku sejibik je dikelilingi rumah sedara mara belah abah aku. tapi bila semester ni aku dah kena halau dari asrama dan dan je pilih rumah teres kaler oren. paham paham je la kalau rumah teres macam mana. jiran dari segenap penjuru pon ada. kadang kadang bunyi kete masuk macam masuk dalam pagar sendiri je walhal rumah jiran sebelah. tuh tak kira lagi tang bunyi laki bini gadoh ke ape.
jiran belah kanan rumah aku pakcik Hassan rasa nama dia. ada anak lelaki yang hensem kacak lagi polite jugak tak kurang manis senyumnya. semalam ada la kitaorg bertego sapa sebab aku nak tahu pasal proses pelupusan sampah kat taman nih, cara dia bercakap masyallah macho gila sukanyeeeeee. eh eh lupa pulak kan nak suh dia follow twitter titewwww.
alkisah pulak jiran sebelah kiri, penuh misteri dan macam biasa la bebudak rumah aku nih memang virus badan sibuk lebih sikit dalam tubuh masing masing, hari hari dok stalk rumah tuh. misteri macam mana tuh nanti pas kami berjaya siasat aku cerita naaa. kang kalau cerita sekarang benda tak betol jadi fitnah pulak. nauzubillahiminzalik.
![]() |
| pesanan ikhlas |

Tidak ada komentar:
Posting Komentar