Assalamualaikum.
*bunyi cengkerik*
*cengkerik membuat bunyi lagi*
ini adalah entry terakhir aku bergelar remaja belasan tahun yang comel. bukan bermakna di entry akan datang kecomelan aku berkurang. bukan. bukan. kauorang kena ingat kecomelan aku nih tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. aku cuma memaksudkan di entry akan datang aku akan menginjak ke umur dua puluhan dah. nampak tak macam mana aku menggunakan perkataan 'menginjak'?
kauorang paham ke tak maksud tersurat aku dalam perenggan di atas? await yang mata terkebilkebil, bulu hidung terkeluar tergantung tahik hidung tu? tuh simptom simpton orang tak faham tuh. biarlah, senang je aku buat rumusan, kalau kauorang tak faham maksud tersurat aku dalam perenggan di atas, sah sah la kauorang ni termasuk dalam golongan golongan yang tidak sempurna akalnya atau dalam bahasa orang belajar agrikultur berpenyakit gila.
esok besday aku.
*bunyi cengkerik*
sila set reminder sekarang jugak. atau mungkin kau akan tergolong dalam golongan manusia yang mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. eh?
dan kepada golongan yang sayang aku, mohon post banyak banyak dekat wall aku kat pesbuk wish besday bagi menambahkan lagi riak aku sebagai retis fofulew. mohon sesangat. nak buat fake akaun semata-mata nak wish aku pon aku tak kisah. secret admire la katewkannn *mata ke atas tangan ke dada*
ekceli aku nak buat wordless wednesday hari nih wey. tapi tetiba tertaip panjang panjang pulak. takkan aku nak delete pulak kang. ahhh peduli hape aku, pinjam ayat blogger jakun sat 'suka hati aku la blog aku'. ok bye :D
nah aku tempek sekeping gambar bagi memenuhi syarat wordless wednesday yang tak berapa menjadi. nokharemmmm.
nota kaki : quotes dalam gambar tuh aku tuju buat semua member aku tak kira di mana jua anda berada walau di Zimbabwe mahupun Hungary kauorang tetap sahabat aku. nampak tak betapa penyayang nye aku? okay, boleh add aku kat pesbuk atau follow kat twiter untuk rasai lagi kasih sayang aku hew hew hew :|

Tidak ada komentar:
Posting Komentar